Sahabat Alam Maya

Wednesday, April 11, 2012

Terkini : Gempa Bumi Landa Acheh Dan Amaram Tsunami Di Keluarkan

Dari berita tadi munna dapat tahu berkenaan gempa bumi yang melanda Acheh hari ini. Setakat ini amaran Tsunami telah pun di keluarkan. Semoga tiada tsunami yang akan berlaku. Marilah kita doakan bersama-sama

Sebentar tadi, sebuah gempa bumi dengan skala yang sangat besar iaitu 8.9 skala Richter telah melanda Acheh  dan gegaran dapat dirasai hampir di semua tempat di Malaysia.Gempa bumi tersebut dicatatkan  Kalau ada sesiapa yang perasan, memang ada gegaran kecil dirasai. Aku sendiri rasa sebab rumah di tingkat 4. Dan Agensi Geofizikal Indonesia telah mengeluarkan amaran Tsunami yang mungkin melanda ekoran dari gempa bumi tersebut. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. - Jabatan Meteorologi Malaysia 
AMARAN UNTUK SEMUA YANG BERADA BERHAMPIRAN PANTAI, SILA AMBIL LANGKAH BERJAGA JAGA DAN  JAUHKAN DIRI ANDA DARI KAWASAN PANTAI SEHINGGA AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK KERANA MUNGKIN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN . SILA PATUHI AMARAN PIHAK BERKUASA DAN UPDATE BERITA DARI SEMASA KE SEMASA.
Berikut adalah info berkaitan gempa bumi yang berlaku sebentar tadi
image
Berikut adalah pusat gempa yang berlaku sebentar tadi . Info awal mengatakan gempa bumi berskala 8.9 tetapi laman web geologi menyatakan ia berukuran 8.6 skala Richter
Sama sama kita berdoa semoga tak ada sebarang kejadian buruk berlaku . yang penting sila maklumkan kepada sahabat, rakan dan keluarga untuk menjauhi kawasan pantai bimbang jika ada sesuatu yang berlaku. Nauzubillahiminzalik.
UPDATE TERKINI!!
  • Waktu Ombak dijangka sampai di Malaysia
    • Georgetown –9.11pm (11 April 2012)
    • Port Dickson – 2.10 am (11 April 2012)
    • Singapore – 7.51 am (12 April 2012)
  • Student Malaysia di Acheh kini dalam operasi menyelamatkan diri dan telah dipindahkan ke kawasan Masjid  Unsyiah dan jauh dari Pusat Kota dan dikhabarkan air sedang naik ke kawasan tanah tinggi. Doakan rakan rakan kita disana selamat dari sebarang bencana. 
  • Dikatakan Ombak setinggi 6meter telah melanda kawasan Pulau Simeulu . Kelajuan ombak dikatakan mencecah 756km/j .
  • Ombak dijangka sampai ke Malaysia lewat petang atau malam.

    Sumber Credit kepada Harilhafiz Blogspot

6 comments:

  1. tulah menakutkan ..
    terbaru amaran telah ditamatkan .. syukur x membawa bencana besar huhuh

    ReplyDelete
  2. akak dengar juga di berita awani dan kawan2 cerita di FB... semoga mereka tabah dan redha ngan dugaan maha besar ni,..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tiada pkhabaran lg utk tsunami nieh..Allah lindungilah hambaMu nieh

    ReplyDelete
  4. Huhu…
    Alhamdulillah..amaran tsunami di tarik balik..
    Tp harapnya kita masih berwaspadakan kak munna..

    ReplyDelete
  5. Syukur Allhamdulillah, patutnya kami masih kat penang, tapi Hubby kata job settle awal so balik KL malam selasa malam rabu.
    kalau tak tentu saya panik kat sana...

    Syukur juga kan bencana kalini tak seteruk dulu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails