Sahabat Alam Maya

Friday, December 31, 2010

Jom Makan Pulut Dakap

Korang pernah makan tak kuih ni. Sebelum ini jangankan makan tengok pun tak pernah kuih ni. Bila dah kawen dengan orang kelantan baru lah jumpa. Semalam mak mertua buat pulut ni dan bagi sikit kat family munna

Ni lah rupa pulut dakap ni ... dalam dia ada letak pisang

pulut yang didakap-dakapkan

Thursday, December 30, 2010

Masih Sayang Rupanya

Baru je semalam munna cakap dah lama tak dapat BE .. tup tap gi check kat nuffnang rupanya ada satu BE baru lah untuk blog munna. Rupanya nuffnang masih sayangkan blog munna.




Ini dia iklan BE yang sedang berjoget dangdut dalam blog munna

Giveaway Pertama Dari Balancing! Balancing! Balancing!






Menarik tak hadiah dari GA ni..sape-sape nak join jom terjah sini
Cepat sebelum terlambat .. tarikh tutup pada 1/1/2011

Bila Cik Abangku Rajin



Ada siapa2 yang lapar bila tengok gambar ni tak? Hujan-hujan cuaca sejuk pagi-pagi ni layan nasi lemak memang best. Lagi best kalau cik abang kita yang buat. Inilah sarapan munna pagi ini. Tak sempat nak makan kat rumah jadi bawak bekal ke office aje.

Pagi2 lagi dengar kelentung kelentang kat dapur ..rupanya cik abang tengah masak nasi lemak. Sangat rajin cik abang hari ini , walaupun ikin bilis dah habis dia belasah guna udang kering dan goreng telur lepas tu potong kecik-kecik masuk dalam sambal .

Wednesday, December 29, 2010

Nuffnang Munna Dah Jadi Kosong!!!


Semalam munna dah cash out duit munna dalam Nuffnang buat pertama kali ...selama lebih kurang 4 bulan dengan Nuffnang akhirnya munna dah boleh cash out. Itupun dengan jumlah yang ciput je boleh lah kalau nak beli kain batik 2-3 helai . Sudahnya kini munna bermula dengan kosong semula ... nampak gayanya kena lebih kerja keras untuk update dan blogwalking lepas ni...untuk cari BE.

Itu pun ada satu lagi BE yang tengah running dalam blog munna masa ini.... sekarang ni macam susah je nak dapat BE baru, ramai gak blogger yang otai dah lama tak dapat BE. Harap-harap pihak Nuffnang masih sudi hadiahkan munna BE lagi lepas ni.

Tuesday, December 28, 2010

Majlis Pertunangan Siti & Zaril ~ Part 2

Kali ni gambar hantaran dari pihak lelaki kepada adik ipar munna pula ye .. layan zasss...

Kuih putu beras

Kain Pasang

Kek Tiramisu Blueberry .. memang sedap

7 dulang hantaran dari pihak lelaki

Monday, December 27, 2010

Majlis Pertunangan Siti & Zaril ~ Part 1

Seperti yang digembar-gemburkan, adik ipar munna telah selamat menjadi tunangan orang pada 25/12 baru-baru ini. Majlis telah berlangsung dengan lancar dah meriah sekali. Jom layan gambar yang sempat di snap oleh munna.

Ini dia watak utama hari tu, adik ipar munna yang bongsu a.k.a Maksu


Pelamin serba ringkas dengan tema warna hijau

Set hantaran sebanyak 9 dulang untuk rombongan pihak lelaki




Buah ni yang anak munna dok curi-curi senyap.. nasib baik tak lesap semuanya

Part 2 akan menyusul selepas ini

Memek Muka Siapa Yang Paling Comel

Bila dah berkumpul ramai-ramai, macam-macam ragam boleh kita saksikan. Tengok gelagat Yasmin bila munna ambil gambar dia dengan sepupu dia Kaseh. Mereka berdua sebaya cuma Kaseh tua sebulan je dari Yasmin

Mula-mula ambil gambar ok lagi

masa ni masing-masing nak tunjuk skill siapa lagi comel


alahai senyum lah sikit.. ummi nak ambil gambar ni


Yasmin dengan aksi mulut yang agak daring dan muncung panjang

Kembali Bersiaran!!!

Assalamualaikum!


Setelah dua hari bercuti dari bersiaran, munna kembali lagi.. ada sapa2 yang rindukan munna tak? Wah.. bajet macam popular lak... apa-apa pun terima kasih munna ucapkan pada yang datang dan sudi komen pada blog ni.. kejap lagi munna terjah semula ye....

Saturday, December 25, 2010

Selamat Hari Natal Semua


Selamat menyambut Hari Natal kepada teman-teman yang menyambutnya . Semoga perayaan tahun ini lebih meriah dan gembira hendaknya...

Biasanya kalau christmas suka layan tv aje kat rumah ... tapi sekarang ni munna berada di rumah mertua .. masa entry ni dipublishkan munna sedang berperang di dapur memasak (tolong aje) untuk tetamu yang datang sempena majlis pertunangan adik ipar munna.

semoga majlis pertunangan adik ipar munna ni berjalan dengan lancar dan diberkati Allah

p/s : auto publish punya entry

Friday, December 24, 2010

Berhenti Bersiaran Seketika!!!

Munna akan berhenti bersiaran dalam blog ni seketika ye... tak lama cuma 2 hari saja....

pasai apa?

malam ni nak gerak balik kampung hubby sebab besok ada majlis pertunangan adik bongsu hubby.. sebagai orang kuat dan hubby memerangkap tukang masak ...haruslah! balik kan

mana yang singgah munna ucapkan terima kasih... mana2 yg komen nanti munna komen balik ye...

kalau ada entry selepas ni semuanya adalah auto publish ye..

cau cin cau!!!!!!!!

Assalamualikum!!!

Banyaknya Minyak...Mudah Saja Gunakan Ini

Ini bukan nak hilangkan minyak kat tepi dapur gas rumah anda ye.. ini cara nak hilangkan minyak kat muka kita yang selalu muncul terutamanya di zon T muka . Munna suka gunakan oil control film ini untuk buang a minyak dekat muka sebab kalau guna tissu nanti ada je serpih2 tisu yang tinggal kat muka.. make up pun tak hilang bila guna ini..

sebelum ini munna guna yang warna biru ... sekarang ini ada yang baru warna pink ada bau wangi.. size pun kecik aje senang nak simpan dlm purse munna

sebelum di lekapkan dekat muka munna .. bersih je

ini buktinya muka munna banyak minyak... klu tengah panas.. muka sangat berkilat .. malu rasanya .. nasib baik ada oil control ni... anytime..anywhere boleh hilangkan on the spot..

Alhamdulillah... Kenyang Sudah!

Korang semua dah makan siang ke belum? Munna !.. kenyang dah.. meh tunjukkan sikit menu tengahari munna.
>
>
>
>
>
>

Syok weii.. masakan padang.. beli bungkus saja.. pasal ramai sangat kat kedai.. jadi tapau je makan kat office... aroma bau daun pisang penambah selera...

Thursday, December 23, 2010

Buah Asam Gelugor Sebelum Menjadi Asam Keping

Almaklumlah orang bandar lah katakan.. sangat jakun bila dapat lihat buah asam gelugor ni dengan lebih dekat... seriyes tak pernah tengok buah ini yang akan bertukar menjadi asam keping nanti. Dulu masa pergi kelantan ada hubby tunjukkan pokok buah asam ni tapi time tu takde buah lagi... jadi bila tgk gambar ni macam happy dan jakun sangat.. korang pernah tgk ke buah asam gelugor ni..

Ini Baru berputik

Putik Buah Asam Gelugor

Asam Gelugor yang masih muda

Asam gelugor yang dah masak

semua gambar dari Tok Wan

10 PERKARA YANG SIA-SIA

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-



1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.



2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.



3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.



4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.



5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama'ah.



6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.



7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.



8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.



9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfa'atkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.



10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Jom Join Contest Si Manjaku Comel



munna nak join contest yang dianjurkan oleh Masyimalo Heart



Kali ini nak letak gambar anak buah munna pula

Nursyasha Rafika
5 bulan

munna tag
hafizah
angah
ummiarissa
yuka-luv
nazlieza

Wednesday, December 22, 2010

Mana Dia Stock EBM Munna?

Pic dari Mr. Google

Ada yang tanya pada munna, mana dia gambar stock EBM (Expressed Breast Milk) munna sebab fully breast feeding anak kedua munna. Biasanya bagi ibu-ibu yang bekerja dan pentingkan penyusuan ibu mesti ada buat stock EBM untuk anak masing-masing kan? Tapi munna seriyes tak pernah buat stock EBM dah sekarang ni... awal-awal lepas pantang dulu memang ada buat stock tapi di sebabkan Yasmin taknak menggunakan botol susu untuk feeding munna pun stop buat stock EBM.

Kalau tak pump susu masa kerja tak bengkak ke?

Munna tak pernah pulak alami masalah bengkak susu ini..sebab tiap-tiap hari masa lunch hour munna akan balik ke rumah pengasuh Yasmin untuk direct breastfeeding. Lagipun air susu munna tak banyak sangat sekali pump je pun cuma dapat dalam 4 oz je.. itupun dah kira banyak sangat tu..sebab tu tak pernah bengkak . Rasnya cuma sekali je alami masalah bengkak susu ini masa terpaksa tinggalkan Yasmin 10 jam tanpa direct breastfeeding kerana outstation.

Munna rasa bersyukur sangat dapat menyusukan anak munna dengan susu ibu sepenuhnya, kalau boleh nak teruskan bagi susu ibu kat Yasmin sampai umur dia 2 tahun. Masa kakk Meya dulu tak tahu sangat pasal kepentingan susu ibu ini dan info pun kurang munna cari dulu rasa sangat menyesal. Memang dah terbukti pada munna perbezaan diantara anak yang menyusu badan dengan menyusu susu formula...

P/s : Bagi yang bakal nak menimang cahayamata ... kalau boleh pastikan anak kita mendapat susu ibu sepenuhnya

Gara-Gara Keropok Lekor

Bukanlah munna nak salahkan keropok lekor itu sehingga menyebabkan tangan munna jadi begini.. tapi salah sendiri. Rupanya kalau nak goreng keropok lekor ini, ada cara dan teknik yang betul rupanya.

Munna pelik gak, bila hubby goreng keropok lekor sebelum ini tak pernah pula keropok tu meletop dalam kuali. Tapi bila munna yang goreng habis meletop keropok lekor tu dalam kuali. Habis minyak panas tu bersembur kena tangan munna. Cepat-cepat cari minyak Nona Roguy sapukan pada tangan munna. Rupa-rupanya kalau nak goreng keropok lekor kena belah dekat tengah-tengah untuk elakkan keropok tu meletop dlm kuali.. munna je yang baru tahu...

Tuesday, December 21, 2010

Hukum Menyimpan Kuku Panjang


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua haiwan tersebut jadi, potonglah kuku anda.

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrup dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Info Tambahan


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli./ E.Coli 0157

Hakikatnya, mungkin ramai yang faham bahaya E.Coli, iaitu sejenis kuman yang mengeluarkan toksin dan boleh mengundang gejala keracunan apabila berlaku pemindahannya daripada proses pembuangan najis. E.Coli dikaitkan sebagai bakteria penunjuk najis, manakala E.Coli 0157 adalah EHEC (Entero Heamoragic E.Coli).

Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Selain itu, memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama membersihkannya (sunat-sunat fitrah). ini sesuai dengan hadis

Nabi saw yang bermaksud:

"Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku,mencabut bulu ketiak dan menggunting misai"


(Sahih Muslim)

Oleh yang demikian, seharusnya setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan melaksanakan tuntutan Islam ini termasuk menjaga kebersihan kukunya sesuai dengan anjuran Islam supaya menjaga kebersihan dari setiap aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau persekitaran.

Ini selaras dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:
"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"

Hot Tiket .. Siapa Yang Dah Redeem

Perut hujan-hujan ni rasa lapar je... nafsu makan payah betul nak kawal. Dah plan hari ni nak redeem hot tiket ni ..boleh dapat 4 personal pan pizza dengan hot tiket yang munna dan collect...
jawabnya malam ini makan pizza saja untuk dinner... jommmm


tengah tunggu adik munna kasi lagi 3 keping tiket ni baru boleh redeem 4 personal pan pizza...

Monday, December 20, 2010

Petang Hujan Gerimis Sedapnya Dapat Makan.....

Cuaca kat area munna ni hari-hari hujan .. cuaca pun sejuk je..kalau kat office ni rasa dah beku macam ais rasanya... Petang2 kalau hujan macam ni pekena pisang goreng panas-panas memang best.... Pakat-pakat dengan officemate nak pergi keluar beli goreng pisang ... tapi hampehhh... makcik tu tak jual pulak.... Nak pergi beli tempat lain jauh lah pulak. Jawabnya kunyah je lah jajan kerepek bawang ni..

Kerepek bawang ni memang munna suka giler.. mesti kena ada selalu kat office untuk stock kunyah-kunyah... Ini dalam laci munna macam2 kerepek ada untuk stock makan dengan kawan-kawan..

Korang ada tak stock jajan kat office, macam munna yang kuat makan ni?

Thursday, December 16, 2010

Boring Lah.. Nak Kena Makeover Ni

Rasa macam boring je pulak masuk blog sendiri... dah boring rasanya dengan template yang munna guna sekarang ni... tapi kalau tukar je template baru mesti ada je benda yang tak betul dalam sistem atur widget dalam blog ni... kalau munna ni otai pasal IT ni takpelah jugak ini idak.. zero je!
takut pulak karang tukar-tukar template karang langsung hilang semua post munna nanti...

Sebelum ni tukar je template yg baru.. mulalah serabut blog munna jadinya tak kemas langsung lepas tu kalau open tab guna Chrome ok aje ... tapi bila open tab dengan mozilla terus jadi lain ... tu yang malas nak tukar template... tapi bila tak tukar boring je pulak rasanya... asyik2 macam tu aje.... Nampak gayanya kena try and error lah dulu baru dapat yang mantoppp..

Tunggu ye hasil makeover munna.....

Dah Bertukar Tangan Akhirnya

Alhamdulillah ... akhirnya wira munna dah dapat tuan baru .... setelah segala urusan selesai, hari ini wira munna akan bertukar tangan. Selepas 3-4 orang yang datang untuk melihat dan akhirnya jumpa dengan orang yang menawarkan harga yang bersesuaian.Ingatkan munna nak terus tolak je pada agent kereta tapi harga yang ditawarkan rendah sangat jadi baik cari direct buyer boleh tawar harga yang lebih tinggi.

Masa orang yang beli tu bawak pergi wira munna tadi... mata dah tak boleh tahan nak nangis... meleleh je airmata... sayang woo wira ni... banyak berjasa pada munna dan keluarga. Selama berkhidmat tak pernah lagi buat hal .... Masa mula-mula plan nak beli kereta baru munna ingat taknak jual wira ni sebab sayang .. tapi fikir2 balik nanti nak kena tanggung insurans dan roadtax tiap2 tahun dah tu takde siapa yg nak pakai baik jual je kan?... Sedihnya...

Wednesday, December 15, 2010

Perkembangan Nurain Yasmin 9 Bulan




Anak ummi yang sorang ni dah masuk 9 bulan.. setakat ni memang takde masalah dari segi perkembangan Yasmin cuma berat dia tak berapa nak naik la.. koman-koman tiap-tiap bulan dia cuma naik 200 gm .. kadang-kadang geram je tengok anak orang lain montel-montel anak ummi kecik je... at least ada juga pertambahan berat badan kan... jangan tak naik sudah...

Apa dia yang Yasmin boleh buat pada usia 9 bulan ni

~ Yasmin dah pandai ikut mulut ummi dia kalau buat bunyi

~ Yasmin dah pandai berdiri dan lepaskan tangan dia

~ Yasmin dah pandai meniti di tepi sofa atau meja ...tapi mesti nangis kuat-kuat sebab tak
pandai nak duduk semula

~ Yasmin dah pandai nak panjat tangga

~ Yasmin cuma Ada 2 batang gigi

~ Yasmin sangat sukakan kucing

Yasmin dah masuk 9 bulan tapi ummi dia tak bawa dia pergi bersunat lagi lah... tengah survey mana-mana klinik yang sesuai kat sini...

Alamak!... banyaknya sawang

Alamaknya banyaknya sawang dan habuk kat rumah munna... sebab sibuk dengan dokumen tender yang perlu di submit pada hari ini.. jadi munna terpaksalah tinggalkan sekejap rumah munna ni... Tapi walaupun berhabuk dan bersawang.. ada jugak lagi jiran-jiran yang sudi singgah dah bertandang kat sini.. terima kasih ye... yang mana tanya mana munna menghilang tu ..sebenarnya bukanlah menghilangkan diri cuma kerja kena di dahulukan ..al maklumlah kerja makan gaji kan...

Alhamdulillah dokumen-dokumen tender yang bertimbun kat meja munna dah pun disiapkan... lepas ni aktiviti berblog akan berjalan seperti biasa ya... mana yang singgah tu munna ucapkan ribuan terima kasih... lepas ni aktiviti membalas dendam pulak...

Friday, December 10, 2010

Kalau Dah Astro Ceria 24/7

Kalau dah 24/7 mengadap Astro Ceria je.. ummi pun dah jadi macam kanak-kanak ceria pulak rasanya .. Inilah penyakit baru yang melanda kakak Meya.. nak on channel Ceria 24/7 .. mana tahan nak mengadap kartun je bila tengok tv. Kalau munna tukar je channel lain .. mulalah dia meraung menangis sekuat hati dia... Rasanya dah lama tak dapat nak tengok drama-drama kat tv yang sekarang ni memang banyak yang menarik sedang ditayangkan.. lagi haru dah tak dapat nak tengok rancangan realiti macam Amazing Race, Biggest Loser danTop Chef ... munna ni suka sangat tengok rancangan realiti ni.

Astro ceria ni pun satu asyik ulang tayang kartun dan series yang sama je hari-hari.. kadang-kadang dialog dalam kartun pun kakak meya dah boleh hafal... dah lah tu ada juga kartun yang ditayangkan macam tak sesuai untuk budak-budak tengok terutama sekali kartun-kartun dari Jepun... Munna pernah tengok sekali series kartun Asarichan ganas sangat lah.. ada ke patut kartun tu tunjuk mak dia tendang anak dia sampai benjol dan dihantuk ke dinding dan satu lagi part asarichan bergaduh dengan kakak dia sampai sepak terajang semua keluar.. aduh ganasnya... Memanglah cuma kartun tapi kalau budak-budak yang tengok mudah sangat tepengaruh...

Ada tip tak macamana nak kurangkan minat kakak meya tengok Astro Ceria ni tak.. Jangan suruh munna beli tv satu lagi sudahlah!

Thursday, December 9, 2010

Kakak Meya yang Nakal

Semasa tengah mencuci semua data-data dalam komputer buruk ni.. jumpa lak gambar kakak meya yang nakal... kakak meya memang dari dulu suka sangat bergambar .. tengoklah aksi nakal kakak meya ni

Gambar ni diambil masa family day di Melaka


Di kelilingi oleh sepupu-sepupu yang semuanya lelaki ...dah6 orang cuci lelaki baru lah dapat kakak meya cucu perempuan... jadilah cucu paling manja dengan atuk dia dan jadi rebutan dengan makcik dan pakcik dia yang lain... tapi sekarang ni dah turun taraf sebab cucu-cucu yang baru menyusul semuanya berderet perempuan

6 Perkara ALLAH Sembunyikan

SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:

"WAHAI TUHANKU"

* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?

* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,

* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA

"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"

* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."

KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.

* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;

* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"

* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI

SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI.

WALLAHUALAM

KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MULIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.....

Wednesday, December 8, 2010

Banyak Tanya Betul!

Dah lama munna kena tag dengan Amy dan Amyna ni sebenarnya.. tapi disebabkan kesibukan tahap melampau dgn tugasan di pejabat .. hari ni baru boleh disiapkan .. kebetulan tugasan yang sama jadi munna jawab sekaligus je lah ye


Name : munna
Full name : norhalina md yunus
Sibling(s):6 orang

eye colour : coklat hitam rasanya
Shoe size : 8 atau 9 bergantung pada bentuk kasut
Hair : hitam legam
Height : 158cm.. rendah je!!!
What are you wearing right now :T-shirt dengan seluar track...

Favourite number : 25
Favourite drink : Ice Blended
Favourite month :oktober
Favourite breakfast : roti planta

-Have you ever-

Broken a bone : nope
Been in a police car : nope
Fallen for a guy/girl in a short period of time : masa sekolah dulu asal nampak je yg hencem terus jatuh hati
Swam in the ocean : nope
Fallen asleep in school :selalu masa kat U
Broken someone's heart :nope
Cried when someone died : selalu
Sat by the phone all night waiting for someone to call : masa bercinta dulu ada gak
Saved e-mails : simpan sampai dah tak boleh simpan baru buang mana yg tak penting
Been cheated on : tak pernah..

-What-

Your room look like : macam org dah ada anak 2
What is right beside you : kucing
What is the last thing you ate : baru lepas pekena keropok ikan

-Ever Had-

Chicken pox : pernah sekali..
Sore throat : pernah gak
Stitches :takde

-Do You-

Believe in love at first sight : yupp
Like picnics? : suka sangat


-Who-

Who did you last yell at? : kakak meya.. pasal kacau adik dia.. tapi tak menjerit kuat pun
Who was the last person you danced with? : kaka meya .. paksa ummi dia menari bila tgk citer bollywood
Who last made you smile? : cik abang dan anak2

-Final Questions-

What are you listening to right now? : bunyi buai letrik yasmin ..
What did you do today? : kemas rumah ... basuh baju..
Are you the oldest? : yang tengah
Indoors or outdoors? : dua dua

-Last person who-

You talked to on the phone ? : cik abang
Made you cry? : hmmmmm.. pergi laman blog superkids.
You went to the mall with ? :cik abang
Who cheered you up ? :anak2 and family

-Have you-

Been to Mexico ? :nope
Been to USA ? : nope..

-Random-

What books are you reading right now? :baru lepas belek majalah RASA..
Best feeling in the world? : Bersama dengan keluarga yang tersayang..
Future kids name? :dah ada 2 yg future lambat lagi kot
Do you sleep with a stuffed animal? : ada bear kakak meya sebelah
What's under your bed? : baju-baju lama
Favourite sport (s) : terjun
Favourite place : rumah sendiri
Who do you really hate? : Penipu,ego,sombong
Do you have a job? : ada.. kerja rumahlah..
What time is it now? : 4:58 ptg...



Related Posts with Thumbnails