Sahabat Alam Maya

Monday, November 29, 2010

BARUKU TAHU BAHAYA SARDIN


Ermmm ... terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin .... ups, this is my last menu mkn sardin ... cuba sedaya upaya ... takut lak baca artikel di bawah :-Penemuan menakjubkan .... JANGAN MAKAN SARDIN

Assalamualaikum wbh


Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.


Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.


Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.


Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.


Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.


Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.


Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.


Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.


Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.


Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.


Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.


Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.


Setakat mana kebenaranya


Wassalam wallahualam

30 comments:

  1. tulang ikan sardin jadi lembut sebab masak dalam periuk tekanan la..bukan sebab bahan kimia..

    ada je yang buat sendiri ikan sardin kat rumah..guna periuk tekanan tu..

    weeda pernah tengok resepi Mat Gebu buat ikan sardin sendiri..

    ReplyDelete
  2. lol..baru kutahu..seb baik..jarang2 amat mkn sardin..6 bulan sekali pun pyh..

    tq munna sal info nih..

    ReplyDelete
  3. sungguh bernas entry ini..bole hambe pjgkan ke blog hambe ttg hal ini?

    ReplyDelete
  4. huhu.. sukar nak percaya...
    bukan hape.. sardin tu,my faveret.. sodap tu... huhu

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Koi pun dah setahun benti mkn sardin..Dulu suke ngat mkn karipap sardin..puncanye koi benti pas dpt emel bahawa kuah sardin yg pekat tu dicampur daging katak..Wallahualam...

    ReplyDelete
  6. terima kasih beritahu :)
    Takleh makan lah pasnie =__='

    p/s:jom lawat kite pulak. new entri http://psycho-mate189.blogspot.com/2010/11/topik-hangat-bila-umur-sudah-20.html

    ReplyDelete
  7. atie penah dgr, sstengah jenama sardin guna siput babi utk pekatkan kuah sardin..
    atie klu tringin nak mkn pun pilih jenama PERTIMA je, keluaran bumiputra. xsilap HPA guna yg PERTIMA jgk, cuma tukar brand ke HPA je

    ReplyDelete
  8. saya xpercaya sangat email2 macam nih
    bagi saya senang
    makan tu boleh tapi jangan makan terlampau banyak dan kerap

    contoh senang macam buah
    memang buah bagus sebab ada vitamin C
    tetapi dalam sehari tubuh kita hanya perlukan berapa saja vitamin dan jika kita makan lebih buah maka lain jadinya

    jadi, apa2 makanan pun ada effect
    pandai2lah memilih
    paling bagus masak sendiri lauk atau ikan2 yang dibeli di pasar kerana makanan yg dimasak segar dan berkualiti

    P/S : Nak Ambil Aku Kau Lupa! Bila Tiba Bab Duit Cepat Pula Kau Ingat! Hahahaha!

    ReplyDelete
  9. Saya tak setuju dengan artikel ni. Tiada makanan yang spesifik pun yang boleh menyebabkn fibroid tumbuh. Malah para saintis sendiri masih belum tau puncanya. Artikel ni senang ja cakap sardin ialah punca kepada fibroid.

    Makanan apa pun, kalau ambil tiap2 hari memanglah tak elok. Bersederhanalah. Saya juga tak faham kenapa diorang nak membazir kos utk letak bahan kimia ke dlm tin.

    Makan je la ikan sardin dalam tin ni, cuma syaratnya pastikan ia halal, dan jangan makan tiap2 hari sangat. Yang tu je. =)

    p/s: kesahihan sesuatu artikel perlu kita periksa sebelum disebarkan. Ini emel berantai, takleh caya bulat2. ^__^

    alhamdulillah.. ~.^

    ReplyDelete
  10. weeda ; tak tahulah mcmana diaorg buat sardin sebenarnya... jrg sgt makan

    ReplyDelete
  11. sarahy: munna pun baru tahu .. x tak boleh percaya sgt takde bukti pun lg

    ReplyDelete
  12. uruchimaru : silakanlah panjangkan

    ReplyDelete
  13. tomato ;kak munna pun jadi takut dibuatnyua.. nasin baik x minat sardin

    ReplyDelete
  14. aida ;lepas ni pikir dulu ye sblm makan

    ReplyDelete
  15. cik shinju ; ni lagi takot dah campur ngan katak

    ReplyDelete
  16. fasihahy ;sama-sama.. nanti kak munna terjah

    ReplyDelete
  17. atie : skrg ni semua benda kena check dulu sblm makan/beli.. nak selamat beli yg keluaran bumiputra utk lebih selamat

    ReplyDelete
  18. akak makan ikan sardin bila lauk dah habis je...kalau ada lauk lain tak pandang ikan sardin ni...he he he

    ReplyDelete
  19. sekali sekala makan juga sardin.

    ReplyDelete
  20. ya Allah...
    dni gemar makan sardin.. terutamanya tuna ayam brand tu wat sarapan pagi huhu

    ReplyDelete
  21. tapi kan..knp eh, kalo dia gune bahan kimia kat sardin tu, cume tulang dia je leh lembut, tapi daging dia cam biasa je?
    ikut logik sy..kalo dia leh lembutkan tulang ikan yang maha keras tu, maka daging ikan tu sure akan hancur berderai puye...
    huhuhuhu..
    sekadar pendapat..


    tapi mmg x elok pon mkn mknn dlm tin byk2..huhu

    ReplyDelete
  22. ALAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    NADEY SUKE GILE MKN SARDIN WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    ReplyDelete
  23. thank ... nak share artikel kat my blog
    jom visit my blog at:
    budakkg-setiu.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. dlu brand ni hebog pasal masuk daging katak..pastu No tuka pada ADABI lak huhu..ya mmg ada bahan kimia, semua barangan lam tin ke kotak ke mesti ada..selain tu tuk bg tahan lama..lagipun besi tin bahaya klo dia dh kemek huhu

    ReplyDelete
  25. Alamak...sardin ni selalunyer jadi lauk bl keadaan terdesak. Peh ni kena ttp matalah...

    ReplyDelete
  26. hmm....dah lame sy cari artikel mcm ni....baru jumpa...

    maaf ya kawan2 yg terlalu percaya artikel ni...sy nak bgtau kebenaran je...

    melembutkan tulang? guna bahan kimia? adoiyai....kartun sungguh....

    dalam proses pembuatan sardin ni, ade satu proses nama 'RETORTING'...proses masak guna tekanan yg tinggi dan haba yg tinggi...kalo u letak tulang manusia skalipun dalam tu akan jadi rapuh....

    kalau bahan kimia dalam makanan plak, in FACT, beras yg anda makan pon dah ada treatment bahan kimia...bleaching proses (pelunturan)...garam yg korang makan (sodium chloride...korang ingat buat garam semata2 keringkan air laut je pastu boleh teros makan tanpa ada apa2 tambahan bahan kimia?)

    hmm...maaf la ya....saya bukan nak betulkan sapa2...tp ini apa yg saya belajar....

    Ijazah Sains dan teknologi Makanan, UPM...

    sekadar perkongsian....
    =)

    ReplyDelete
  27. Rasanya artikel ni kurang bukti2 saintifik la..kita tak boleh buat kesimpulan berdasarkan pengalaman/pemerhatian kita saje..kalau saya tokey sardin cap ayam, saya rasa saya berani nak saman penulis artikel ni. Mmg bukti sgt tak kukuh..bukan senang2 nak cakap sesuatu benda tu carcinogenic..kalau betul carcinogenic, cuba la buat satu study dan bagi satu statistik yg kukuh membuktikan dakwaan tu..

    SEbenarnya, sardin ialah sumber calcium dan omega 3 yg baik..kalau tak percaya cuba la google dan kaji sendiri pasal ikan sardin ni..jgn percaya apa org cakap bulat2..

    ReplyDelete
  28. Kalau dah ketagih tu bawalah semua bukti mmg org xkan percaya. X percaya sudah la. Dah kena nanti baru nak beringat agaknya korang ni...

    ReplyDelete
  29. boleh je lembutkan tulang ikan tu...sister me buat guna periuk tekanan.....sejibik cam sadin beli....
    btw karsinogen radikal bebas tu dekat sate pun ader,,,kesan bakar arang tuh!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails