Sahabat Alam Maya

Monday, October 11, 2010

10.10.10 Ada Yang Bergembira & Ada Yang Berduka


10.10.10 tarikh yang cukup cantik untuk dingati. Semalam ramailah yang ambil kesempatan untuk membina masjid pada tarikh tersebut. Munna pun sampai 3 tempat kenduri ada jemputan tapi satu pun tak dapat pergi sebab kakak Meya demam panas... jadi rasanya lebih baik duduk rumah.

Paling grand rasanya Wedding Of The Year angkasawan kita Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr. Harlina Mohd Yunos dan satu lagi perkahwinan antara Pengarah Urusan Sani Express Datuk Wan Mohamad Sani Salleh dengan Fatimah Dalilah Omar.Di saat kita meraikan kegembiraan kita dikhabarkan pula dengan berita yang menyayat hati dengan tragedi kemalangan ngeri yang mengorbankan 12 nyawa di Melaka. Ini berita dari Kosmo

MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

3 comments:

  1. aku jugak gembira walaupun terpaksa berkorban separuh dr kegembiraan tue...

    ReplyDelete
  2. pilu btol hati lieza mbaca cerita kemalangan tu kak..lieza xsempat nk tgk news cz bz dgn katering...

    ReplyDelete
  3. sedih tengok pic2 eksiden tu.rasa mcm nak nangis.tak boleh saya bayangkan kalau saya ada kat tmpt mreka.tarikh keramat 10 10 10 pasti akan sentiasa diingati.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails