Sahabat Alam Maya

Friday, October 15, 2010

Hati-hati Dengan Sauce PREGO...

Orang kita bab makan …….makan dulu tgk kemudian…….



Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang
digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Seorang rakan mengirim e-mail kepada Tok Wan dan kini e-mail tersebut Tok muatkan dalam fb untuk kita share lagi.

Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.



Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.

Sumber Nota Tok

18 comments:

  1. adakah semua nye cm 2???adus slame ni x prasan plk nk cek...

    ReplyDelete
  2. erk betul kew...
    aduh...
    penah termkan gak neh

    ReplyDelete
  3. erk....adusss kene lebih berhati2....nsb dh lame xmkn spageti..tp tulah slalunye sos tomato xde kan...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. selalu masai spaghetti tapi suka masak sos bolognese sendiri.. kalau tak makan dengan sos bolognese pun cipta sos sendiri aje.. from scratch..

    ReplyDelete
  5. baca pun rasa nak termuntah ni :(

    ReplyDelete
  6. erk..biar betul?thanks for sharing. kena berhati2 pas ni

    ReplyDelete
  7. akak dah lama tau pasal sos prego ni.memang tak beli dah apa pun jenama prego.
    munna nak air zam-zam.akak ada..tapi camna nak hantar..

    ReplyDelete
  8. kalau prego botol sahaja. kalau tin takde. my family semua chef. da lama tau pasal ni

    ReplyDelete
  9. ye ker...tak mungkin lar.sbb biskut pon teliti gak bab2 nie.tapi kena check balik nie..

    ReplyDelete
  10. kak munna....betol ke????????????????????????? seyes sy slalu msk spageti T___T...tp b4 ni sy bc xde lak gtu

    ReplyDelete
  11. eiii betulke?memang jenama yg saya selalu guna,jap nakgi check stock kat dapur.tq banyak2 untuk entry yang berguna ni.

    ReplyDelete
  12. ala...faa selalu je wat spageti guna sos ni, anak2 pun suka...astagfirullah...pas ni kena hati2 n taubatttt dah tak nak wat spageti pregooo..salah sapa kalu hal2 macm ni tak didedahkan pada pguna macm kita ni????

    ReplyDelete
  13. nak kena bace sebelom beli ni...payah betul la...tq kerana bagi aku celik mata ttg hal ni

    ReplyDelete
  14. saya pun suka masak spaghetti dengan sos prego tapi setakat beli yang traditional tanpa apa-apa campuran. tapi memandangkan dah terbaca email ni, saya akan check semula kandungan sos tu. terima kasih banyak2 atas perkongsian ni ya, manmunna.

    ReplyDelete
  15. kak rose : bukan munna yg termakan ni... tapi kawan yg terima melalui email..nasib baik x pernah guna sauce ni ..biasanya klu nak buat spagheti cuma guna yg maggi je.. senang

    ReplyDelete
  16. nauzubillah...risau nye lah kan...btw, jom join contest sy k..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails