Sahabat Alam Maya

Monday, October 18, 2010

Keywords Munna Minggu Ini


bila munna kaji selidik kat nuffnang keywords munna untuk minggu ni.. kebanyakan cari pasal perkahwinan tauke Sani Express... rasanya munna takde pun buat entry pasal perkahwinan datuk sani ni cuma ada beritahu dlm entry ini pasal siapa yang berkahwin pada 10.10.10. . Oleh kerana taknak menghampakan korang ni munna bekalkan korang semua dengan berita pasal perkahwinan tauke Sani Express ni

Perkahwinan Mewah Pengarah Urusan Sani Express di Masjid Kristal, Terengganu.

Tarikh 10 Oktober 2010 menjadi detik bersejarah buat Pengarah Urusan Sani United, Datuk Wan Mohammad Sani Datuk Salleh, 34, selepas selamat mengakhiri zaman bujangnya dengan wanita pilihan, Hajah Fatimah Dalilah Omar, 30.

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam, (TTI), Pulau Wan Man, dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Omar Endut, sambil disaksikan Jurunikah Mukim Bandar, Mohd Syukri Harun.

Mohamad Sani berkata, dia bersyukur apabila perkenalan sejak lapan tahun lalu dengan Pengarah Syarikat Firma dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat OBE Development Sdn Bhd itu berakhir dengan sebuah perkahwinan selepas majlis bertunang pada Jun lalu.

Dengan tiga kali lafaz, pasangan ini sah menjadi suami isteri dengan mas kahwin RM100,000 dengan 13 berbalas 15 hantaran.

Ditanya destinasi percutian sempena perkahwinannya, Sani menyerahkannya kepada isteri tetapi belum menetapkan tarikh sesuai.

Sementara itu, Fatimah Dalilah berkata, dia ingin ke Kota Paris kerana negara tersebut merupakan destinasi kota cinta.

Mohammad Sani mengenali isterinya selepas diperkenalkan ibunya pada 2002.

Bermula dari situ, mereka selalu berhubungan antara satu sama lain dan atas persetujuan serta restu kedua-belah pihak, mereka disatukan dalam majlis pertunangan di Kuala Terengganu, Jun lalu.

Majlis perkahwinan itu bukan sahaja berlangsung pada tarikh istimewa, malah turut dimeriahkan dengan konvoi kereta mewah.

Kira-kira 30 kereta mewah termasuk Ferrari, Lamborghini dan Porsche menyertai konvoi tersebut dari Riyaz Heritage, Resort & Spa di Pulau Duyong ke Masjid Kristal, Pulau Wan Man.

Selain jamuan selepas majlis akad nikah di pekarangan Masjid Kristal membabitkan jemputan kira-kira 100 orang, jamuan kedua iaitu jemputan saudara-mara, penduduk kampung dan penduduk pulau berkenaan dianggarkan seramai 500 orang diadakan di resort berkenaan.

Majlis persandingan membabitkan jemputan orang kenamaan dan kenalan rapat seramai 900 orang di Cindai Ballroom, bermula kira-kira jam 8.30 malam.

Sumber : Sinar Harian

5 comments:

  1. cayalah. untung sungguh pompuan yg dpt dia ni.. hahaha

    ReplyDelete
  2. kelas gitu!
    org kaya lah katakan :)

    ReplyDelete
  3. owh,, pompuan ni dah hajjah, baguslah memuda lagik

    tapi ke memang nama dia hajah?? huhuh

    ReplyDelete
  4. Mewah dan meriahnyer perkahwinan taukeh ni. Hmmm...jgn lupa raikan yg ketidakberadaan.

    ReplyDelete
  5. kyuubi ; Pompuan yang dapat tu pun memg dah kaya

    tauke sani ni dulu artis ke.. mcm pernah tgk je dia

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails