Sahabat Alam Maya

Saturday, July 31, 2010

Waktu Bersuka Ria

Ni takde mende cuma nak tunjuk birthday yang telah dirai dlm family munna



birthday anak buag munna - Mohammad Imran Hakimi


bithday anak buah munna - Ahmad Iman Asyraf





birthday anak munna - Norhana Humaira


birthday Norhana Humaira Lagi


Thursday, July 29, 2010

Renungan Bersama

En3 ini munna pun tak tahu kesahihannya... ikut korang semualah nak percaya ke tidak... yg penting kita semua kena berhati hati ye..

> PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
> RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL,
> PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA &
> JABATAN KASTAM MALAYSIA .
> KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI :

> 1. MINYAK MASAK LAM SOON ( CAP HELANG & BURUH )
> 2. UBAT PEARL CREAM ARCHE ( THAILAND )
> 3. AJINOMOTO ( THAILAND )
> 4. AIS KRIM HARGA RM1.00 KE ATAS
> 5. SEMUA TAUHU BUATAN ORANG CINA
> 6. SABUN LUX & LOTION BADAN BUATAN MALAYSIA , USA , & THAILAND
> 7. SABUN FAB BERBUKU
> 8. LOBAK JERUK
> 9. MEE & KUETEOW BASAH ( BUATAN CINA)
> 10. KRIM MUKA HAZELINE SNOW

> SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI
> ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. SEMUA JENIS SERBUK MEE SEGERA TERUTAMA MAGGI
> 2. PUCUK , KULIT POPIA, FISH CAKE & BEBOLA IKAN BUATAN ORANG CINA
> 3. DAGING BURGER IMPORT
> 4. SARDIN, KARI AYAM DLM TIN & YONG TAUFU BUATAN ORANG CINA
> 5... KASUT BOLA JENIS ' GOLD CUP'
> 6. BERUS GIGI JENIS ' REACH'
> 7. MEE KERING ( SANGGOL ) 15...MEE REBUS TULANG&KIUB PERASA AYAM
> 8. SEMUA SABUN MANDI YANG DIIMPORT
> 9. AJINOMOTO KECUALI KELUARAN KILANG LOT 5710 JALAN KUCHAI LAMA KL
> 10. SEMUA JENIS SHAMPOO KECUALI KELUARAN ORANG ISLAM
> 11. HAVE PEARL CREAM
> 12. RAMUAN KENTUCKY FRIED CHICKEN & MC DONALD
> 13. UBAT KURAP BUATAN ORG CINA
> 14. BEEHON SEGERA SIAM
> 16. SABUN MANDI YANG BERMINYAK

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN
> ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. BOSSET WINE GUM
> 2. DAIRY MILK COKLAT
> 3... COKLAT CADBURY/ CHEWING GUM
> 4. SUGUS STRAWBERRY
> 5. PASSER DOILY MIXTURE
> 6. TREBO MINT CHEWING GUM/ PEPPERMINT
> 7. SCOTHES VIKMIN
> 8. SHARE EXTRA ATRENGHT
> 9. BLACK CURRENT JELLY
> 10.. ROYAL GULAMAN & DECART ORANGES
> 11. VALVIS GELATIN
> 12. SARUNG KAPSUL UBAT
> 13. AIS KRIM DALAM BEKAS PLASTIK
> 14. GULA-GULA FRUITIES
> 15 CAKE METS VILBER PUNCH
> 16 COKLAT CAKE
> 17 TEPUNG KASTARD LADY'S CHOICE
> 18 SEMUA JENIS JELLY
> 19 SEMUA JENIS GINCU BIBIR
> 20 KESELURUHAN JENIS SHEISEDO
> 21 LADY'S CHOICE JELLY


CRISPY
> Saya dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas
> Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
> TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
> Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
> >>>
> >>>AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS
> INDUSTRIES SDN BHD
> DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK
> LEMAK BABI...YANG
>
> JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...




Wednesday, July 28, 2010

Masam-Masam Manis

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan Bayi 6 Bulan - < 9 Bulan

sambungan kepada en3 sebelum ini


Bidang Perkembangan:

1. Pergerakan Kasar

Aktiviti Perkembangan:
a) Maju ke depan menggunakan dada atau perut dalam keadaan meniarap

b) Berpusing-pusing dan berguling dalam keadaan baring

c) Duduk dengan sokongan

d) Duduk tanpa sokongan

e) Merangkak

f) Jika kanak-kanak didapati lambat perkembangannya ujian akan dilakukan oleh Anggota kesihatan


2. Pergerakan Halus

Aktiviti Perkembangan:
a) Memasukkan objek ke dalam mulut

b) Memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain

c) Memegang objek di kedua-dua tangan pada masa yang sama

d) Menggunakan tangan yang sama setiap masa (TIDAK NORMAL)


3. Psikososial

Aktiviti Perkembangan:
a) Ketawa bila diagah.

b) Marah/menangis bila permainannya diambil

c) Mengenali ibubapa/pengasuh melalui suara, sentuhan dan paras rupa

d) Menangis apabila ditinggalkan

e) Main cak cak (peek-a-boo)


4. Pendengaran

Aktiviti Perkembangan:
a) Berpaling dengan pantas (90 darjah) pada bunyi ketukan sudu dan cawan dari jarak 1 meter.

b) Untuk dilakukan oleh kakitangan kesihatan:
  • Modified Distraction Hearing Test (Menggunakan loceng/rattle)
  • Bunyi 's', 'sh', 'o-oo
  • Respons ke Infantometer pada 50 db (jika ada)

5. Bahasa Pertuturan

Aktiviti Perkembangan:
a) Menyebut 'da', da da', da', 'ba, ba ba' (gunakan satu, dua sukukata)

b) Ketawa atau menghasilkan bunyi-bunyi bila bermain dan menjerit jika marah

munna dapat info ini dari kak engku

Friday, July 23, 2010

Goodbye everybody



Bukan untuk selamanya yek.. cuma untuk 2 hari ni je... munna tak dapat nak entry post terbaru, melawat blog2 rakan bloggers sekalian dan beramah mesra dengan bloggers yang lain ... bukan merajuk... cuma munna buat kenduri cukur jambul anak sabtu ni ... ahad pula adik munna yang bongsu pula kahwin... jadi sibuklah sikit... apa-apa hal kita jumpa next week ye!


Lepas ni kita tgk apa jadinya rupa budak ni bila dah dicukur jambulnya

Thursday, July 22, 2010

Zuriat Kita


Malam tadi munna tengok rancangan ulangan Zuriat Kita.. memang tersentuh di hati munna sehingga mengalirkan air mata melihat seorang ibu menghadapi dugaan yang amat besar untuk memelihara anaknya yang jadi kurang upaya disebabkan oleh kecuaian orang lain.

Ni cerita Akmal Haris yang munna dapat dari Utusan Malaysia :-

BERAPA ramai ibu yang pernah menempuh pengalaman menyambut ulang tahun kelahiran anak dengan menyorongnya masuk ke bilik bedah.

Ketika anak tersebut sepatutnya girang meniup lilin dan memotong kek hari lahir sambil dikelilingi rakan-rakan sebaya, tubuhnya terlantar tidak bermaya di atas katil ditusuk jarum suntikan dan pisau pembedahan.

Pilu mendengarnya, tapi jauh lebih memilukan bagi yang pernah melaluinya. Bahkan, tiada kata-kata yang mampu mengungkap perasaan seorang ibu menempuhi pengalaman sebegitu.

Bagi ibu muda, Rozarina Bukari, 35, ia umpama mimpi ngeri yang akan menghantui kehidupannya sampai bila-bila.

Segalanya bermula apabila anak keempatnya, Akmal Haris Shamsul Anwar, satu tahun enam bulan, mengalami musibah atas kecuaian pihak yang diberi tanggungjawab melindungi dan menjaganya.

Setiap kali bercerita mengenai peristiwa malang itu, air mata Rozarina pasti deras mengalir.

Menceritakan semula tarikh hitam 7 September 2005, Rozarina masih mengingati satu demi satu detik cemas yang terpaksa dilalui.

Katanya, petang itu dia menerima panggilan daripada pengasuh dari pusat jagaan kanak-kanak (taska) tempat Akmal ditinggalkan pada pagi tersebut.

Si pemanggil beberapa kali meminta dia datang ke taska, tetapi peliknya enggan memberitahu sebabnya walaupun selepas didesak berulang kali.

"Hati saya sudah mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku. Bergegas saya ke sana dan setiba di sana saya lihat seorang pengasuh sedang mundar-mandir mendukung Akmal.

"Mulanya pengasuh berkenaan enggan menyerahkan Akmal sehinggalah saya menjerit supaya menyerahkan anak saya. Ketika dalam pangkuan, saya lihat keadaan Akmal sudah lembik tidak bermaya dan setelah didesak baru mereka memberitahu anak saya jatuh buai.

"Saat itu juga saya bawa dia ke klinik berhampiran dan doktor memberitahu keadaan Akmal serius perlu dihantar ke hospital. Doktor juga memberitahu anak saya sudah diserang sawan sekurang-kurang 40 minit sebelum tiba di klinik.

"Kemudian baru saya tahu, Akmal rupanya diserang sawan sebaik jatuh dari buai di mana tubuhnya jadi biru, muntah dan mulut berbuih. Malangnya, pengasuh taska mengambil masa lama untuk menghubungi saya,'' katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Mewah, Semenyih, Selangor.

Menurut Rozarina, saksi kejadian juga memberitahunya pengasuh taska membuai Akmal terlalu kuat dan tali nylon yang dijadikan tali buai putus menyebabkan tubuh kecil itu melambung ke dinding sebelum jatuh ke lantai.

Sambung ibu muda itu, ketika dihantar ke hospital keadaan Akmal begitu menyedihkan, kedua-dua mata hitamnya sudah tertarik ke tepi dan hanya mampu mengerang apabila dipanggil namanya.

"Ujian x-ray menunjukkan kepala Akmal retak dan berlaku pendarahan. Tapi yang lebih mengejutkan terdapat juga kesan darah beku yang sudah lama.

"Doktor mengandaikan Akmal sebelum ini sama ada jatuh atau digoncang dengan kuat berkali-kali. Kata-kata doktor amat mengejutkan saya kerana pihak taska tidak pernah memberitahu apa-apa tentang perkara itu.''

Buat pertama kali malam itu, Akmal memasuki bilik bedah dan kepalanya ditebuk untuk mengeluarkan darah beku.

Tiga jam berada di dalam bilik bedah, Akmal dibawa keluar dengan keadaan tubuh yang berselirat dengan wayar, langsung ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

"Sukar sungguh untuk saya menerima kenyataan. Bayi yang pagi tadi saya tinggalkan dalam keadaan sihat dan riang, kini terlantar tidak bermaya. Hanya Tuhan saja yang tahu sayu dan gundah-gulananya hati seorang ibu menyaksikan keadaan anak yang sedemikian rupa,'' katanya menyambung cerita.

Trauma yang dilalui Rozarina dan suami, Shamsul Anuar Saidin, 35, rupanya jauh lagi dari titik noktah kerana keadaan Akmal tidak berubah, bahkan bertambah teruk berikutan tekanan otak sebelah kanannya yang sangat kuat.

"Doktor meminta kebenaran untuk membuang tempurung kepala sebelah kanan bagi mengurangkan tekanan. Katanya, kepala Akmal ketika itu umpama air yang sedang 'menggelegak' yang bila-bila masa boleh 'meledak' jika penutup cereknya tidak dibuka.

"Doktor memberi dua kemungkinan, jika tidak dibedah Akmal mungkin tidak dapat diselamatkan dan jika pembedahan dilakukan anak saya mungkin lumpuh.

"Bayangkan apa pilihan yang saya ada ketika itu. Saya tidak mampu memberi jawapan kerana terlalu tertekan, tetapi pada hari ketiga saya reda membenarkan pembedahan dijalankan kalau itulah yang dapat mengurangkan penderitaan Akmal,'' katanya sambil menyeka air mata yang deras mengalir.

Selepas pembedahan, Akmal dimasukkan semula ke ICU dan keadaannya stabil, tetapi hujung jahitan pada tempurung kepalanya yang dibuang pula menghadapi masalah tidak mahu bercantum.

Doktor terpaksa membuka dan menjahitnya semula bahagian tersebut sebanyak tujuh kali tanpa menggunakan ubat bius kerana tubuh Akmal tidak boleh lagi menerima suntikan tersebut.

"Bayangkanlah kesakitan yang ditanggung, sedangkan kita yang dewasa luka sedikit pun sudah mengadu sakit, inikan lagi dijahit 'hidup-hidup'. Sampai sekarang masih terdengar-denger rengekan Akmal ketika jarum jahitan menusuk kulitnya."

Mungkin disebabkan kesakitan itu, pada hari ketujuh suhu badannya tiba-tiba naik hingga mencecah 40 darjah celsius. Seluruh tubuhnya menggeletar dan sentiasa mengerang seolah-olah menahan sakit yang amat sangat.

Doktor kemudian memberitahu, anak kecil itu perlu dibedah sekali lagi untuk membuang cecair yang terlalu banyak pada kepalanya yang saiznya semakin membesar.

"Ketika doktor memberitahu Akmal perlu dibedah sekali lagi, hati saya sangat berdebar dan naluri keibuan saya seolah memberitahu saya mungkin tidak akan bertemu lagi dengan anak cukup istimewa ini.

"Sebelum dibawa masuk bilik pembedahan saya cium wajah Akmal sepuas-puasnya. Saya bisikan pada telinganya yang saya sayangkannya dan halalkan susu yang dia minum.

"Saya lepaskan dia dengan hati yang berat tapi saya reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,'' katanya.

Keluar dari bilik pembedahan, Akmal koma dan doktor terpaksa menebuk leher untuk memudahkan sistem pernafasannya. Keadaannya begitu tenat dan doktor sendiri memberi tempoh tiga hari untuk hidup kerana tekanan dalam kepalanya terlalu kuat.

Namun, memang benarlah Akmal anak yang istimewa, semangat untuk hidup begitu kuat dan dia terus bertahan biarpun tempoh ramalan doktor berlalu.

Rozarina tetap bersyukur kerana Akmal terus berada di sisinya walaupun dalam keadaan koma dengan matanya terbuka.

"Seperti yang saya kata tadi, Akmal memang anak yang istimewa. Dalam keadaan seperti itu dia masih bertahan, malah dipindahkan ke wad biasa.

"Kebetulan waktu itu sudah masuk bulan Ramadan. Sebulan saya berpuasa dan berhari raya di hospital. Sempat juga saya beli dan pakaiankan Akmal baju raya," katanya pilu.

Begitupun, keadaan akmal amat daif, badannya melengkung dan kakinya berlipat, sesekali air kencingnya mengandungi nanah.

Rasa lega Rozarina dan suami juga tidak bertahan lama apabila masalah lain pula muncul. Disebabkan pengaliran oksigen yang tidak lancar, kaki Akmal mengalami gengeran dan doktor mencadangkan kaki tersebut dipotong.

"Ia satu lagi pukulan yang maha hebat. Saya tolak saranan doktor kerana pada masa itu saya fikir kalaulah Akmal mahu 'meninggalkan' saya biarlah dalam keadaan anggotanya sempurna tidak ada cacat cela.

"Namun, satu hari saya ternampak daging kakinya yang gengeran luruh satu demi satu sehingga menampakkan tulang.

"Kerana terlalu terkejut saya jatuh terduduk. Saat itu juga saya izinkan doktor memotong kakinya jika itu jalan terbaik.

"Saya dapat rasakan dia cukup menderita. Namun, melihat keadaannya, saya insaf selagi Tuhan masih belum menjemput dia sebagai ibu saya perlu bertanggungjawab mencari penawar yang terbaik untuknya.''

Tiga bulan 'berumah' di hospital, Akmal akhirnya dibenarkan pulang ke rumah biarpun dalam keadaan yang begitu daif, hanya terlantar dan tidak boleh bergerak.

Usaha menyembuhkan Akmal tetap diteruskan dengan mencari rawatan alternatif seperti berurut dan fisioterapi.

"Alhamdulillah ada perubahan, badan yang melengkung kembali lurus, manakala kaki dan tangan yang berlipat sudah tegak semula,'' katanya yang kemudiannya menyambung tugasnya sebagai guru sekolah menengah selepas 'bercuti' panjang.

Begitupun kata Rozarina, kesengsaraan Akmal belum berakhir, giliran matanya pula menerima kesan daripada keadaannya yang koma.

Disebabkan keadaan mata Akmal sentiasa terbuka, tidak berkedip dan tiada air mata, mata hitamnya menipis dan berkemungkinan bocor.

"Doktor memberi pilihan sama ada untuk membuang biji mata yang rosak atau menutup terus dengan menjahit kelopak matanya,'' katanya.

Tidak tahu ujian apa lagi yang harus dilalui anak kecil ini, Rozarina hanya mampu berserah melihat kelopak mata anaknya dijahit rapat untuk selama-lamanya.

Dengan cara itu menurut doktor, biji mata akan kecut dan diliputi daging sekali gus mengelakkan daripada jangkitan virus jika ia dibiarkan terbuka.

Sejak kejadian malang pada usianya baru tiga bulan dan kini mencecah setahun enam bulan, Akmal sudah melalui sembilan pembedahan besar, tiga di kepala, tiga bagi membuang kakinya yang gengeran dan tiga pembedahan mata.

Terkilan
Biarpun reda dengan keadaan Akmal sekarang, jauh di sudut hati ibu kepada empat anak ini, masih terbuku rasa terkilan yang mendalam.
Keadilan yang dicari tidak kunjung tiba apabila pihak yang menyebabkan Akmal berkeadaan begitu masih bebas daripada sebarang tindakan. Bukan saja tidak dikenakan apa-apa hukuman, malah pihak berkenaan kini mengembangkan perniagaan dengan membuka sekurang-kurangnya dua lagi pusat jagaan serupa.

"Saya bukan berdendam, saya cuma mahu keadilan bagi Akmal dan supaya kejadian yang menimpa anak saya tidak berulang pada kanak-kanak lain. Siasatan oleh pihak polis terhadap kes ini sampai sekarang pun tak dengar khabar beritanya.

"Kalau kes ini kecuaian saya boleh terima lagi, tetapi ini kes penderaan. Doktor yang merawat Akmal pun mengakuinya. Saya anggap ia sama seperti kes merompak dan membunuh. Mereka sudah 'bunuh kehidupan' Akmal, merompak hak Akmal untuk berjalan, melihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain,'' katanya dengan air mata berlinangan semula.

Walaupun terlantar, tumbesaran Akmal seperti kanak-kanak normal lain dan kini beratnya sudah mencecah 11 kilogram.. Semakin meningkat usia, kos penjagaannya juga semakin tinggi, lebih-lebih lagi Akmal hanya bergantung pada susu khas berharga RM21 satu tin kecil dan dalam sebulan dia memerlukan sekurang-kurangnya 10 tin susu.

Penjagaan terhadapnya juga perlu dilakukan berhati-hati memandangkan sebahagian besar tempurung kepalanya sudah dibuang dan hanya diliputi kulit serta rambut hitam lebat.

Setakat ini menurutnya, hanya pihak Yayasan Kebajikan Negara yang mengambil peduli dengan memberi bantuan lampin pakai buang dan susu selama setahun.

"Pihak taska sudah tidak ambil tahu, malah sejak insiden itu mereka hanya datang dua kali menjenguk Akmal di hospital dan menghulurkan duit sebanyak RM2,000,'' katanya.

Selain dari segi kewangan, kejadian yang menimpa Akmal memberi kesan kepada seluruh keluarga termasuk tiga lagi anak Rozarina, Farhana Shamsul Anwar, 8, Adam Illman, 6 dan Aizad Haqimi, 3.

Menurutnya, sesekali mereka merungut tidak dapat lagi bercuti ke tempat-tempat yang mereka sukai.

"Bukan tidak mahu membawa mereka bercuti, tetapi keadaan Akmal menyukarkan untuk kami bergerak ke mana-mana. Begitupun, saya berusaha juga sedaya upaya memenuhi permintaan mereka,'' katanya.

Sebagai ibu, tekanan yang dirasai oleh Rozarina juga bukan kepalang hebatnya, lebih-lebih lagi apabila datang rasa rindu yang tidak tertahan pada anak kecil itu.

"Pada hari lahir saya baru-baru ini, dek kerana terlalu rindu dengan pandangan mata Akmal, saya bisikan pada telinganya, 'bukalah mata Akmal dan ibu ingin sangat melihat Akmal berjalan walaupun dalam mimpi'.

"Permintaan saya dimakbulkan Tuhan, sayangnya mimpi itu bukan berlaku pada saya sebaliknya pada pengasuh yang menjaga Akmal sekarang. Dia bermimpi melihat Akmal berlari dan tersenyum,'' katanya sambil mengesat air mata yang tumpah untuk sekian kali.

Munna juga suka membaca kisah adik Yasmin Nabila yang menderita akibat lemas ketika dilahirkan tetapi mempunyai ibu dan bapa yang sangat sayang dan mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anaknya.

Munna harap para remaja yang membaca kisah mereka ni contohilah mereka.. walaupun dikurniakan anak yang kurang upaya mereka masih menjaga mereka sepenuh hati sedangankan ramai remaja sekarang walaupun dikurniakan anak yang comel dan cukup sifatnya tetapi mereka sanggup membuang anak mereka seperti sampah saja.

Tuesday, July 20, 2010

Minum Air Ikut Sunah Nabi




Minum ikut sunah nabi

RASULULLAH SAW amat menyukai minuman madu yang dicampur dengan air sejuk. la bukan semata-mata lazat tetapi juga sebagai salah satu amalan kesihatan. Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi selain minum air yang telah disimpan semalaman dalam sebuah bekas.

Antara khasiat amalan-amalan ini adalah:
• Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
• Mencuci perut.
• Membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
• Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
• Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa:
"Di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk." Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendam buah tamar).
Di dalam satu doa, Rasulullah ada menyebut: "Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk." Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.
Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan sekaligus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Adab Minum
• Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
• Bacalah 'Bismillah'.
• Minum dengan tiga nafas.
• Minum dalam keadaan duduk.
• Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
• Setiap kali berhenti minum (pada setiap pemafasan), bacalah 'Alhamdulillah'.
• Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
• Minum dari baki air yang telah dimmum oleh orang lain, hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
• Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. ®

5 Cara Beri Ubat Pada Bayi

Munna sekeluarga dijangkiti virus selsema dan demam... pergi klinik semua dapat ubat masing-masing. Susahnya nak bagi ubat kat 2 orang puteri munna ni... nasib baik ada tip dari kak engku


5 Cara Beri Ubat Pada Bayi


Anak tidak mahu makan ubat? Pastinya ramai di kalangan ibubapa menghadapi masalah ini. Pelbagai reaksi pernah anda hadapi, antaranya nampak sahaja ubat terus geleng kepala, tutup mulut, memuntahkannya dan tidak kurang juga yang menangis serta memberontak.

Sedangkan hampir semua ubat kanak-kanak berupa sirap yang manis dan berperisa buah-buahan, namum kebanyakkan kanak-kanak tetap fobia bila sebut sahaja minum ubat. Maka wajarlah kalau anda terpaksa bersabar bila memberikan anak ubat.

Untuk memudahkan anak minum ubat dengan baik dan anda tidak menghadapi masalah memberikannya, cubalah tip berikut:-
  • Dukunglah bayi semasa memberi ubat, pastikan posisi mendukungnya, kepala lebih tinggi dari badan supaya bayi tidak tersedak yang boleh menyebabkan ubat masuk ke paru-paru.
  • Bayi yang tidak boleh duduk diam, mintalah bantuan orang dewasa lain atau anak lebih besar untuk menenangkannya. Kalau tidak ada orang lain, bungkus (bedung) tangan bayi agar tidak mengganggu anda.
  • Jika bayi sering memuntahkan semua ubat yang diberikan, minta bantuan seseorang untuk membuka semula mulutnya dengan perlahan. Perlahan-lahan masukkan ubat ke dalam mulutnya.
  • Jika memberi ubat jenis cecair anda boleh gunakan sudu, cawan atau pam ubat (biasa disediakan oleh farmasi semasa mengambil ubat).
  • Menggunakan sudu : Letakkan di bahagian bibir bawah. Angkat sedikit sudu agar ubat mudah mengalir ke dalam mulut.
  • Menggunakan pam ubat : Letakkan pam di sudut mulut bayi dan pamkan perlahan-lahan ubat ke dalam mulutnya sebelum mengeluarkan semula pam dari mulutnya.
  • Pemberian ubat titis untuk hidung, mata dan telinga pada bayi juga ada caranya. Ubat titis hidung : Baringkan bayi di atas pangkuan atau di katilnya, tinggikan bahagian kepala dan biarkan bahagian hidungnya tinggi. Sebelum ubat titis diberikan, beri tumpuan kepada perkara-perkara berikut:-
  • Rendam ubat titis dalam bekas berisi air suam dengan posisi tegak beberapa minit supaya apabila dimasukkan ke dalam mata atau telinga anak tidak terlalu terkejut.
  • Jangan sentuhkan ubat titis ke hidung, telinga atau mata agar bakteria tidak berpindah ke dalam botol ubat.
  • Perhatikan tarikh akhir penggunaan ubat kerana ubat yang melebihi tarikh akhir akan memburukkan lagi penyakit dihidapi oleh anak.
Memberi Ubat Untuk Anak Lebih Dewasa
  • Minta anak menutup hidung semasa minum ubat supaya dia tidak tercium bau ubat yang kuat.
  • Campurlah ubat tablet dengan sirap atau madu agar tidak berasa pahit.
  • Jangan larutkan ubat dengan air dalam gelas kerana ada kemungkinan ubat mendap dan tak terminum oleh anak.
  • Minta anak menggosok gigi selepas minum ubat yang manis agar tidak melekat di gigi.
Nota :
  • Jangan takut-takutkan (ugut) anak anda dengan ubat, setiap kali dia melakukan kesalahan dan sebagainya. Ini akan memburukkan keadaan bila anda ingin memberi ubat kepadanya kelak, kerana anak beranggapan ubat adalah ancaman kepadanya.
  • Jangan campurkan ubat dengan susu. Ini akan membuatkan anak mungkin tidak mahu minum susu lagi apabila diberi kerana merasakan susu yang diminum lain rasanya, serta kemunkinan dos ubat yang perlu diambil tidak mencukupi sekiranya anak tidak menghabiskan susu tersebut.
  • Pujuk dan berilah hadiah atau habuan kepada anak setiap kali anak makan ubat, dengan ini dapat membuatkan anak-anak lebih rela makan ubat dengan sendirinya tanpa dipaksa.

Peringatan Untuk Kita Semua Insan Yang Lemah

Perkara Yang Akan Membuatkan Kita Susah (Renungan)

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.


Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN


Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat" , maka
ia termasuk sunnah Rasulullah SAW


1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.

2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.

3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.

4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.

5) Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.


LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI


"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :


1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.

2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.

3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.

4) Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.

5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk
tinggal didalamnya."


HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA


Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :


1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.


7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa! hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak
menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu! yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


Wallahua'lam

Monday, July 19, 2010

Sex Education

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..

'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya
takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan..
" Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni "...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..
NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

Saturday, July 17, 2010

Sunnah Nabi

Munna dapat ini melalui email yang di hantar oleh seorang teman. Lepas ni kalau nak potong kuku ikut sunnah nabi ye.


" RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala."

Friday, July 16, 2010

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan 3 Bulan - < 6 Bulan

Bidang Perkembangan:

1. Pergerakan Kasar

Aktiviti Perkembangan:
a) Kawalan kepala yang baik semasa didudukkan dan meniarap

b) Meniarap dengan satu tangan ke depan, kedua-dua tangan ke depan, menolak perut dan badannya ke atas

c) Boleh mengampu berat badan apabila dipegang berdiri


2. Pergerakan Halus

Aktiviti Perkembangan:
a) Sentiasa menggengam kuat jari-jari (TIDAK NORMAL)

b) Melihat, cuba mencapai objek yang berwarna warni

c) Mencapai dan memegang objek

d) Mengambil objek dengan telapak tangan (palmer grasp)


3. Psikososial

Aktiviti Perkembangan:
a) Selesa dengan ibubapa/pengasuh yang melayan keperluannya

b) Senyum bila diagah

c) Senang dipujuk jika menangis

d) Boleh ambil perhatian ibubapa/penjaga

e) Suka menyentuh benda-benda


4. Pendengaran

Aktiviti Perkembangan:
a) Berpaling bila nama dipanggil

b) Bertindak balas pada perubahan nada suara

c) Kenal pada suara yang biasa didengari

d) Untuk dilakukan oleh anggota kesihatan "Modified Distration Hearing Test" (menggunakan loceng/rattle)


5. Bahasa Pertuturan

Aktiviti Perkembangan:
a) Menangis mintak perhatian

b) Mengeluarkan suara lantang seperti 'aah' 'eeh'

c) Bersuara dengan riang bila orang bercakap dengannya atau apabila gembira

Minyak Naik Lagi

Terima kasih lah kerajaan Malaysia yang kucintai ini dengan menghadiahkan kenaikan harga minyak menjelang musim perayaan ini.

Lepas ni berduyun-duyunlah harga barang-barang yang lain naik juga atas alasan minyak naik lagi... nampaknya kita semua kena berpakat nak mintak naik gaji dengan bos .

Thursday, July 15, 2010

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan Bayi 0 - 3 Bulan

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan Bayi 0 - 3 bulan

Bidang Perkembangan:

1. Pergerakan Kasar

Aktiviti Perkembangan:
a) Pergerakan tangan dan kaki secara aktif

b) Kepala berpaling ke arah objek yang menyentuh pipi dan mulut

c) Memusing kepala dan badan ke kiri dan kanan


2. Pergerakan Halus

Aktiviti Perkembangan:
a) Tertarik kepada muka seseorang

b) Memandang tetap pada sesuatu objek

c) Jari-jari mula terbuka

d) Membawa kedua-dua tangan ke depan muka

e) Pegang objek yang diberi ke tangan sekejap dan melepasnya


3. Psikososial

Aktiviti Perkembangan:
a) Senyum

b) Mudah diam dari tangisan bila didodoi


4. Pendengaran

Aktiviti Perkembangan:
a) Terkejut/terjaga pada bunyi yang kuat

b) Diam apabila bercakap dengannya

c) Mengelip mata pada bunyi dan menghentikan pergerakan

d) Berpaling sedikit ke arah bunyi


5. Bahasa Pertuturan

Aktiviti Perkembangan:
a) Menangis apabila lapar/tidak selesa

b) Mengeluarkan suara lembut (berkukur)

p/s: info ini munna dapat dari kak engku

Coffee House Drama Series

2 eps je lagi munna nak habiskan cerita Personal Preference. Munna dah plan lepas ni nak layan drama Coffe House. Tgk trailer macam best je.... hero dah ok tapi tak berepa suka dengan heroin...



Title: 커피하우스 / Coffee House
Previously known as: 페이지 원 / Page One
Genre: Romance
Episodes: 16-20
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2010-May 17 to TBA
Air time: Monday & Tuesday 20:55

Cast

Kang Ji Hwan as Lee Jin Soo

Park Si Yeon as Seo Eun Young



Jung Woong In as Han Ji Won
Ahn Kil Kang as Seung Yeon's dad
Kim Ji Young as Seung Yeon's grandmother
Jung Soo Young as Oh Hyun Joo
Jin Sung (진성 as Park Young Chul
Lee Soon Jae
Heo Tae Hee
Jung Joon Ho (cameo, ep1-2)


Synopsis

Lee Jin Soo made it big after writing several thriller novels and established himself as a talented novelist.He works for Seo Eun Young and has a long time friendship with her. She is the owner of the biggest publishing company in Korea. Lee Jin Soo has lots of fans, specially female ones, and he seems to be the perfect match for any woman, but what no one knows is that in fact he is a bit weird and sarcastic and has lots of strange habits combined with his perfectionist to the extreme behavior and holds a dark secret... Who has to cope with him and his habits is his secretary, Kang Seong Yeon who begged him for this job to become a pro instead of the below average girl that she really is. On top of that there is also the return of Han Ji Won, Seo Eun Young ex-fiance, who she despises, Han Ji Won is trying to get Seo Eun Young back, but she has her eyes set to Lee Jin Soo.

source:-
wiki.d-addicts

Wednesday, July 14, 2010

Jom pergi memancing

Mancing apa.... orang ke ikan?

Mancing ikan lah....





Mancing apa.... orang ke ikan?

Ginilah rupa family munna pergi rumah BIL kat Perak hari tu. Kebetulan depan kawasan perumahan dia ada sawah padi.. apalagi kami semua pakat pergi memancing lah... yang dapatnya ikan puyu dgn haruan je..kenit-kenit je...

seronok wei kejap je letak pancing terus ikan tu sambar ada juga lebih 20 ekor.. yang tak bestnya semua ikan tu mati sebelum sempat sampai temerloh . ni semua pasal letak dlm tin biskut ikan tu dan tutup rapat penutupnya... sian ikan takda udara...



Tuesday, July 13, 2010

Kek Zebra Pandan



En3 kali nak tunjuk hasil bersilat kat dapur semalam. dengan bangganya munna dah mula satu lagi cabang hobi iaitu main masak-masak. tapi bukan main2 mcm budak tadika ye.. ni real punya main masak-masak iaitu buat kek Zebra.

Kek ni munna dah adjust sikit dengan tambah perisa pandan dgn pewarna hijau ye. Resepi dia munna dah lupa munna dapat kat mana tapi rasanya dari kawan bloggers juga.

ni resepi asal kek zebra

Bahan A
6 biji telur ayam
165 gram gula kastor
1 sudu besar ovalett
45 gram susu pekat manis
25 gram air
1 sudu teh vanilla
Bahan B
250 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
(ayak 2 kali)
Bahan C

150 gram butter - dicairkan
1 sudu besar dark choclate - warna kek lebih cantik n sedap
* guna loyang 8 '


Cara - cara membuatnya :
1. Sapu dasar loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Dibahagian kelilingnya sapu dengan mentwega dan tabur sedikit tepung.

2. Cairkan butter dan ketepikan.

3.Ayak tepung kemudian panaskan oven 150'

4.Masukan semua bahan A dalam mangkuk adun putar seketika lebih kurang 1 minit @ hingga semuanya sebatinya -jgn sampai kembang.

5. Masukkan tepung dan putar no.6 @ high speed selama 10 minit.

6.Perlahankan dan tuang butter yang telah dicairkan tadi sikit demi sedikit -lebih kurang dalam lima kali tuang dan adun sebati.

7. Bahagikan adunan kepada 2 adunan.Lebih kurang 1 adunan dapat 500 gram.

8. 1 adunan dimasukkan 1 sudu besar dark choclate.Gaul rata n jgn terover mix.

9.Mula melapis di tengah2 loyang dengan 2 sudu besar warna asal dan 2 sudu besar warna choc dark diatasnya.ulang dengan cara begini hingga adunan habis.

10. Telah siap bolehlah masukkan ke dalam oven dgn suhu 180' selama 45 - 55 minit



P/S : Abaikan tarikh dekat gambar ye...

Bilalah payment nak dapat ni



Ni projek yang company munna tengah buat sekarang ni . Ni projek ciput je untuk Kontraktor kelas F tapi yang ciput ni lah banyak masalah. Projek ni dah mula dari September 2009 dan siap dalam Feb 2010 tapi sampai sekarang payment masih tak dapat lagi bila tanya je dekat pejabat belia diaorang ada banyak kerja-kerja yang kena repair dah repair diaorang suruh repair lagi.

disebabkan payment tak dapat lagi semua payment untk subkontraktor pun sangkut. hari-hari diaorg call office tanya pasal payment dia .... tension munna

gambar-gambar pekerja sedang baikpulih gelanggang pelbagai guna







Monday, July 12, 2010

Cuba Twitter Pula




Selama dah berfacebook ni tiba-tiba rasa nak cuba Twitter lak. Munna nak cuba tengok mana yang lebih syok untuk nak bersosial. Member pun dah ramai yang buka akaun Twitter ni tu yang rasa berkobar-kobar nak join Twitter pula.

Siapa-siapa yang nak join munna atau jadi followers munna klik sini ye

Sunday, July 11, 2010

Arja Lee Berbogel



Tiba-tiba je mamat ni glamer.. sebelum ni tak pernah dengar pun nama dia... cuma sebab dia mengaku yang berbogel dalam filem " xxx...dalam botol" terus glamer tahap dewa mamat ni.

Tahap glamer dia sampai menteri pun masuk campur sapa mamat ni sebenarya ye..sibuk2 pasal ariel dia pulak nak enterframe...nak glamour cara yang paling mudah dan senang.

PETIKAN DARI uTUSAN

Khabarnya berbogel di dalam filem ... Dalam Botol, boleh jelaskan?

Memang dalam satu adegan saya berbogel. Ia bagi menggambarkan Ruby sedang mandi di rumah pada waktu senja sebaik saja sampai di tanah air dari Amerika Syarikat.

Perlu ke sampai berbogel?

Pada mulanya, saya diberi seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Barangkali ramai faham apabila mandi, banyak orang lebih selesa berbogel. Akhirnya, saya meminta kebenaran daripada pengarah, Khir Rahman mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya itu.

Bagaimana keadaan ketika penggambaran adegan itu?

Penggambaran dilakukan dari sudut tepi dan 'benda tu' (alat sulit) saya tak nampak. Saya juga mendapatkan panduan daripada seorang juru mekap bagaimana untuk 'menyelitkan' 'benda tu' ke bawah agar tidak kelihatan bagi menggambarkan watak Ruby yang telah membuang alat sulit. Selesai adegan itu, pengarah memuji lakonan saya dan menyifatkannya salah satu adegan yang paling berjaya dalam filem itu.

Maksudnya awak berbogel di hadapan ramai krew?

Sudah tentu di hadapan saya ada pengarah. Jurukamera, jurucahaya, jurumekap dan penolak rel pun ada juga. Ada dalam 10 krew ketika itu.

Ish!Tak malu ke, boleh bogel macam tu?

Memang malu. Lagipun bercanggah dengan norma masyarakat, saya pun orang Islam, tahu hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat pula. Namun ia berbalik kepada niat dalam hati untuk menyampai mesej positif. Saya mahu penonton tidak mengikut jejak Ruby yang sanggup mengorbankan segala-galanya apabila menukar jantina dan tinggalkan keluarga hanya kerana cinta kepada kaum sejenis.Jangan buat macam Ruby, itu mesej saya.

Ini semua bukan bertujuan mencipta kontroversi murah untuk awak cepat popular?

Adegan bogel itu merupakan satu keperluan dalam watak Ruby. Sebenarnya dalam menjalani norma kehidupan, terdapat masyarakat yang selesa mandi bogel atau memakai kain basahan batik dan pelekat. Apa yang penting, saya bogel bukan kerana hendak menunjukkan Ruby berperasaan seksi apabila mandi tanpa seurat benang.

Sudah bersedia menerima cemuhan bila filem itu ditayangkan kelak?

Saya tidak dapat menjangka respon yang akan berlaku. Sebelum filem itu memulakan penggambaran pun, saya sudah puas menerima kutukan apabila terpilih memegang watak Ruby itu. Saya tidak takut dengan tohmahan kerana buat benda itu (bogel) bersebab berikutan watak Ruby itu seorang yang berani. Apa yang saya lakukan itu lebih baik daripada berlakon filem porno. Sebenarnya apabila saya menggadaikan tubuh badan, saya mahu ia dilakukan kerana seni dan bukan berbogel tidak tentu pasal seperti di tepi kolam renang.

Dengar khabar terdapat satu lagi adegan panas, Betul ke?

Ya, adegan itu melibatkan aksi manja dengan Wan Raja yang memegang watak Ghaus. Ia dalam suasana romantik di tepi pantai sebelum kami digambarkan melaku hubungan seks di dalam khemah.

Bagaimana perasaan awak ketika melakonkan adegan romantis itu dengan kaum sejenis?

Kami kaku ketika melakukan adegan itu. Malu dan segan silu. Speechless, hopeless and useless (ketawa).

Agak-agak lepas ke adegan bogel dan manja itu apabila dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)?

Filem ini sebenarnya tidak panas tetapi suci. Saya berpendapat adegan berkenaan tidak perlu dipotong dan kalau mengikut garis panduan LPF pun tidak salah kerana tidak keterlaluan. Tapi kalau kena potong, hendak buat macam mana.

Tidak takut orang menuduh awak seorang gay gara-gara aksi panas dalam filem itu?

Saya sudah banyak menerima tohmahan sejak terima watak Ruby ini. Saya harap tidak dihukum masyarakat tanpa mengenali diri saya yang sebenarnya. Kenal saya dahulu.

Apa perkembangan diri sekarang?

Saya sedang melanjutkan pengajian tahun kedua dalam Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Sebelum ini saya sudah pun memiliki Sarjana Muda Tarian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Tamat pengajian di USM nanti, saya merancang melanjut pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya. Saya mahu jadi pensyarah seperti penyanyi Syafinaz Selamat.

Seronok ke kehidupan di kampus selepas mula dikenali apabila berlakon dalam sebuah kontroversi?

Saya masih menjalani kehidupan sebagai mahasiswa biasa, berjalan kaki, naik bas ke kelas sebab saya tidak memiliki kenderaan. Namun saya ramai rakan,kadang-kadang saya menumpang mereka yang mempunyai motosikal.

Pernah kena sindir atau dikutuk rakan-rakan di kampus bila jadi gay dalam filem?

Hingga kini, saya tidak pernah mendengar ada yang mengutuk. Kata- kata negatif mungkin timbul selepas filem itu ditayangkan.Itu dah jadi adat, saya tak kisah.





Lubuk Yu ditutup serta-merta

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB dan SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

MARAN 10 Julai - Selepas enam maut dan 83 orang dijangkiti virus kencing tikus, sebuah pusat perkelahan terkenal, Hutan Lipur Lubuk Yu di sini diarahkan ditutup serta- merta bermula hari ini.Kesemua mereka yang dijangkiti bakteria meilioidosis dan leptospirosis itu dipercayai terlibat dalam usaha menyelamat seorang pemuda yang lemas di lubuk berkenaan pada 26 hingga 30 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada jumlah tersebut seramai 56 orang adalah daripada pasukan penyelamat manakala 27 orang adalah sukarelawan.

"Seramai 13 mangsa menunjukkan simptom dijangkiti kuman berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya enam kematian.

"Justeru, pusat perkelahan itu hendaklah ditutup serta-merta bermula hari ini dan orang ramai dilarang mengunjunginya sehingga dibenarkan berbuat demikian," katanya kepada pemberita di pusat perkelahan tersebut di Kuala Sentol di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kerajaan Pahang, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib, ADUN Kuala Sentol Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Rosnah Ismail.
Menurutnya, penyebaran bakteria itu disedari penduduk selepas enam kematian bermula 3 Julai dan terakhir pada Khamis lalu yang membabitkan penduduk tempatan yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 60 tahun.

"Penduduk mula bimbang apabila keenam-enam mangsa tersebut terlibat semasa membantu usaha mencari mangsa lemas di Lubuk Yu.

"Malah, ujian X-ray dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis," jelasnya sambil memberitahu dua mangsa meninggal di rumah manakala empat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Tambahnya, orang awam yang berisiko tinggi terutama penghidap diabetes atau mengalami luka dinasihatkan agar tidak mengunjungi kawasan terbabit.
"Kawasan rekreasi yang berisiko seperti di Jengka, Jerantut dan Maran tidak perlu dikunjungi pada masa ini bagi mengelak jangkitan bakteria sama.
"Saya ingin jelaskan bahawa penularan penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar," jelasnya.

Menurutnya, penyebaran bakteria itu disedari penduduk selepas enam kematian bermula 3 Julai dan terakhir pada Khamis lalu yang membabitkan penduduk tempatan yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 60 tahun.

“Penduduk mula bimbang apabila keenam-enam mangsa tersebut terlibat semasa membantu usaha mencari mangsa lemas di Lubuk Yu.
“Malah, ujian X-ray dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis,” jelasnya sambil memberitahu dua mangsa meninggal di rumah manakala empat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Tambahnya, orang awam yang berisiko tinggi terutama penghidap diabetes atau mengalami luka dinasihatkan agar tidak mengunjungi kawasan terbabit.
“Kawasan rekreasi yang berisiko seperti di Jengka, Jerantut dan Maran tidak perlu dikunjungi pada masa ini bagi mengelak jangkitan bakteria sama.
“Saya ingin jelaskan bahawa penularan penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar,” jelasnya.

P/s : dulu family munna selalu gak pergi bersuka ria kat sini...
sedih dekat keluarga mangsa yang tolong mencari mangsa lemas hari tu diaorang
pula yang jadi mangsa

Friday, July 9, 2010

Sotong yang paling popular


"macam superimpose je gambar bendera Belanda"

Gara-gara ramalan sotong ni benar belaka... dialah yang paling glamour dalam dunia sekarang ni.. semuanya nak tahu ramalan dia.. wah-wah punyalah glamour sampai ada yg nak bunuh sotong ni pasal marah dengan ramalanya.. aiyokkk

tapi yang penting kita jangan terpengaruh itu cuma nasib sotong tu yang baik je...kalau takde world cup mesti orang tak ambil pot pasal sotong ni

Ramalan terakhir dia tunjuk Spain yang menang... sama-sama kitu tunggu Final Worl Cup nanti

Cerita klinik lagi!



Yasmin dah empat bulan... pagi tadi timbang berat Yasmin cuma 4.9 kg je... alahai ringannya ... dah jatuh bawah yellow line dah...

apasal berat Yasmin naik ciput je ye.. mula-mula keluar berat dia 2.55kg , first month naik 3.3kg, 2nd month 3.9kg, 3th month 4.5kg dan yang terbaru untuk 4 bulan naik 400g je jadi 4.9 kg. kesianya anak munna ni kecik je .. mungkin sebab dia kurang menyusu waktu time munna kerja tulah badan tak naik.. yasmin tak nak guna botol susu nak minum susu dia sanggup berlapar tunggu munna balik lunch hour utk bagi direct bf kat dia... orang kata bagi minum pakai sudu, cawan atau picagari pun dia tak nak gak minum susu yang muna pam untuk dia..

walaupun yasmin fullybreast feeding tapi munna dah cuba bagi dia nestum untuk tambah berat dia... nurse pun dah bagi green light untk try bagi solid food dekat yasmin. harap next month yasmin boleh cecah 6kg.

Kesian Gadis Tu

Pagi lagi hari ni dah siap-siapkan Yasmin dan Meya sebab nak pergi klinik nak timbang berat Yasmin 4 bulan.Hantar Meya rumah mak dulu... kalau bawa dia sekali harus meroyan munna dibuatnya, habis barang kat meja nurse tu dia terjah....

Kat klinik punyalah ramai orang, macam-macam ragam munna tengok. Ada seorang perempuan mengandung tu munna heran jugak tgk dia muda sangat lagi , tanya umur dia .. rupanya baru 15 tahun dan yang lagi kesian dia x kahwin lagi..bapa pada anak dia tak mengaku yang itu anak dia. Dia buat monthly check up kat situ mak & ayah dia ada sekali temankan.. alhamdulillah sekurang-kurang nya dia tak buang bayi dia.. sebab ada family yang support dia.

Munna memang kesian kat perempuan tu... sepatutnya hidup remaja dia tengah seronok kat sekolah dan kawan-kawan tetapi dek termakan pujuk rayu teman lelaki jadi senggsara macam tu dan nasib baik family dia bagi moral support kat dia.. kalau tak mungkin ada seorang lagi bayi yang dilahiran kat dunia ni dibuang macam sampah


Anak adalah anugerah kepada kita sentiasalah peliharanya dengan sebaik-baiknya

Wednesday, July 7, 2010

Hujan Dah Turun

Hujan lebat wei! kat Temerloh ni dah turun.... nampaknya musim kemarau dah nak habis hari-hari hujan petang kat sini.

Hujan...hujan... bukanya munna tak suka hari hujan tapi sebab

- pagi tadi munna jemur kain ..ni balik kerja mesti dah habis basah semuanya

- nak balik karang jalan mesti jammed punya ... kereta semua jln slow-slow

- dan semestinya kalau hujan jawabnya ... buat penannya je hantar kereta munna pegi car wash tadi...


tapi hujan pun best gak sejuk sikit... tido malam best... tak payah nak on aircond dan semestinya bil elektrik pun jimat



Salt

Before becoming a CIA officer, Evelyn Salt swore an oath to duty, honor, and country. She will prove loyal to these when a defector accuses her of being a Russian sleeper spy. Salt goes on the run, using all her skills and years of experience as a covert operative to elude capture, protect her husband, and stay one step ahead of her colleagues at the CIA.

entah apa mimpi hubby munna malam tadi... dia ajak temgok wayang citer ni bila premier nanti .... musykil biasanya dia tak minat tengok wayang2 ni.... ni kena edisi siasat ni...
Related Posts with Thumbnails