Tiba-tiba je mamat ni glamer.. sebelum ni tak pernah dengar pun nama dia... cuma sebab dia mengaku yang berbogel dalam filem " xxx...dalam botol" terus glamer tahap dewa mamat ni.
Tahap glamer dia sampai menteri pun masuk campur sapa mamat ni sebenarya ye..sibuk2 pasal ariel dia pulak nak enterframe...nak glamour cara yang paling mudah dan senang.
PETIKAN DARI uTUSAN
Khabarnya berbogel di dalam filem ... Dalam Botol, boleh jelaskan?
Memang dalam satu adegan saya berbogel. Ia bagi menggambarkan Ruby sedang mandi di rumah pada waktu senja sebaik saja sampai di tanah air dari Amerika Syarikat.
Perlu ke sampai berbogel?
Pada mulanya, saya diberi seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Barangkali ramai faham apabila mandi, banyak orang lebih selesa berbogel. Akhirnya, saya meminta kebenaran daripada pengarah, Khir Rahman mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya itu.
Bagaimana keadaan ketika penggambaran adegan itu?
Penggambaran dilakukan dari sudut tepi dan 'benda tu' (alat sulit) saya tak nampak. Saya juga mendapatkan panduan daripada seorang juru mekap bagaimana untuk 'menyelitkan' 'benda tu' ke bawah agar tidak kelihatan bagi menggambarkan watak Ruby yang telah membuang alat sulit. Selesai adegan itu, pengarah memuji lakonan saya dan menyifatkannya salah satu adegan yang paling berjaya dalam filem itu.
Maksudnya awak berbogel di hadapan ramai krew?
Sudah tentu di hadapan saya ada pengarah. Jurukamera, jurucahaya, jurumekap dan penolak rel pun ada juga. Ada dalam 10 krew ketika itu.
Ish!Tak malu ke, boleh bogel macam tu?
Memang malu. Lagipun bercanggah dengan norma masyarakat, saya pun orang Islam, tahu hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat pula. Namun ia berbalik kepada niat dalam hati untuk menyampai mesej positif. Saya mahu penonton tidak mengikut jejak Ruby yang sanggup mengorbankan segala-galanya apabila menukar jantina dan tinggalkan keluarga hanya kerana cinta kepada kaum sejenis.Jangan buat macam Ruby, itu mesej saya.
Ini semua bukan bertujuan mencipta kontroversi murah untuk awak cepat popular?
Adegan bogel itu merupakan satu keperluan dalam watak Ruby. Sebenarnya dalam menjalani norma kehidupan, terdapat masyarakat yang selesa mandi bogel atau memakai kain basahan batik dan pelekat. Apa yang penting, saya bogel bukan kerana hendak menunjukkan Ruby berperasaan seksi apabila mandi tanpa seurat benang.
Sudah bersedia menerima cemuhan bila filem itu ditayangkan kelak?
Saya tidak dapat menjangka respon yang akan berlaku. Sebelum filem itu memulakan penggambaran pun, saya sudah puas menerima kutukan apabila terpilih memegang watak Ruby itu. Saya tidak takut dengan tohmahan kerana buat benda itu (bogel) bersebab berikutan watak Ruby itu seorang yang berani. Apa yang saya lakukan itu lebih baik daripada berlakon filem porno. Sebenarnya apabila saya menggadaikan tubuh badan, saya mahu ia dilakukan kerana seni dan bukan berbogel tidak tentu pasal seperti di tepi kolam renang.
Dengar khabar terdapat satu lagi adegan panas, Betul ke?
Ya, adegan itu melibatkan aksi manja dengan Wan Raja yang memegang watak Ghaus. Ia dalam suasana romantik di tepi pantai sebelum kami digambarkan melaku hubungan seks di dalam khemah.
Bagaimana perasaan awak ketika melakonkan adegan romantis itu dengan kaum sejenis?
Kami kaku ketika melakukan adegan itu. Malu dan segan silu. Speechless, hopeless and useless (ketawa).
Agak-agak lepas ke adegan bogel dan manja itu apabila dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)?
Filem ini sebenarnya tidak panas tetapi suci. Saya berpendapat adegan berkenaan tidak perlu dipotong dan kalau mengikut garis panduan LPF pun tidak salah kerana tidak keterlaluan. Tapi kalau kena potong, hendak buat macam mana.
Tidak takut orang menuduh awak seorang gay gara-gara aksi panas dalam filem itu?
Saya sudah banyak menerima tohmahan sejak terima watak Ruby ini. Saya harap tidak dihukum masyarakat tanpa mengenali diri saya yang sebenarnya. Kenal saya dahulu.
Apa perkembangan diri sekarang?
Saya sedang melanjutkan pengajian tahun kedua dalam Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Sebelum ini saya sudah pun memiliki Sarjana Muda Tarian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Tamat pengajian di USM nanti, saya merancang melanjut pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya. Saya mahu jadi pensyarah seperti penyanyi Syafinaz Selamat.
Seronok ke kehidupan di kampus selepas mula dikenali apabila berlakon dalam sebuah kontroversi?
Saya masih menjalani kehidupan sebagai mahasiswa biasa, berjalan kaki, naik bas ke kelas sebab saya tidak memiliki kenderaan. Namun saya ramai rakan,kadang-kadang saya menumpang mereka yang mempunyai motosikal.
Pernah kena sindir atau dikutuk rakan-rakan di kampus bila jadi gay dalam filem?
Hingga kini, saya tidak pernah mendengar ada yang mengutuk. Kata- kata negatif mungkin timbul selepas filem itu ditayangkan.Itu dah jadi adat, saya tak kisah.
No comments:
Post a Comment