Jom tengok drama siri Dottie..
Astro promote giler citer ni... harap sedap lah.. kalau ok boleh follow.. jom semua layan citer ni start 5 Julai ni di Astro Ria jam 10 mlm .
Keyakinan adalah segala-galanya dan bentuk fizikal bukan penghalang bagi seseorang untuk mengejar cita-cita. Siapa kata orang yang bertubuh gempal tidak boleh berjaya?
Inilah yang cuba diketengahkan melalui drama bersiri komedi romantik, 'Dottie' yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 10 malam bermula 5 Julai depan.
Pengurus saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata, selepas kejayaan beberapa drama bersiri komedi romantik seperti 'Renjis', 'Rona Roni Makaroni' dan 'Awan Dania', pihaknya melihat para penonton cenderung untuk terus menonton drama bersiri yang mempunyai jalan cerita yang mudah tetapi padat dengan mesej tersirat.
'Dottie' dilihat begitu istimewa kerana mempertaruhkan sesebuah watak yang wujud dalam kelompok masyarakat kita tetapi kadang-kala kurang diberi perhatian kerana rupa paras dan saiz fizikal.
Peranan drama ini dilihat secara tidak langsung dapat memberi motivasi kepada orang ramai bahawa saiz tubuh badan bukanlah penentu segala-galanya kerana mereka juga mempunyai kualiti yang tersendiri dan mampu bersaing setaraf dengan orang lain.
Drama bersiri komedi romantik ini membawa penonton untuk mengenali seorang gadis ceria bernama Dottie (lakonan Nor Syuhaida). Pengarah berbakat besar, Ghaz Abu Bakar dan Nizam Zakaria telah menggarap watak Dottie sebagai seorang gadis comel yang berkeyakinan tinggi mengejar impian dan cita-cita untuk menjadi pengacara rancangan TV.
Kecekalan Dottie dan keikhlasannya telah memberi peluang untuk Dottie mencapai cita-citanya. Sikap Dottie yang menyenangkan dan pandai mengambil hati orang di sekelilingnya membuatkan dia disayangi ramai. Tetapi dia juga tidak terlepas dari dicemburui orang. Apatah lagi dia juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen serta pengacaraan.
Dottie merupakan anak tunggal Makcik Petir (lakonan Noryati Taib), seorang penjahit baju dan penjual jualan MLM. Makcik Petir tidak menyukai Dottie menceburi bidang penyiaran tetapi lama-kelamaan dia akhirnya mengalah dan menyokong Dottie dalam kerjayanya.
Dottie mempunyai seorang rakan baik iaitu Wati (lakonan Elliza AF). Wati adalah seorang yang cepat melatah, kuat membebel, tetapi dia mempunyai hati yang baik dan amat mengambil berat tentang Dottie.
Dalam diam, Wati menaruh cinta pada Ajis (lakonan Saharrudin Yaacob), lelaki yang hendak dijodohkan dengan Dottie oleh ibu Dottie tetapi tidak tahu bagaimana hendak meluahkannya. Wati adalah seorang yang takut dan sering tunduk pada ketuanya, Madam Gaga.
Madam Gaga adalah ketua bahagian busana di Radius TV. Seorang yang sangat mencintai fesyen, walaupun fesyen yang diketengahkan kadang-kadang tidak masuk akal. Madam Gaga adalah seorang yang bengis, ego, dan tidak boleh melihat orang lain lebih darinya, lebih-lebih lagi berkaitan dengan fesyen.
Ameer (lakonan Sharnaaz Ahmad), anak Tan Sri Azman, pemegang saham terbesar Radius TV, lelaki kacak berusia 30 tahun yang merupakan bapa tunggal kepada seorang anak lelaki bernama Junior. Seorang lelaki yang kelihatan dingin, walaupun dia sebenarnya mempunyai hati yang besar dan sangat baik. Ameer mengalami kekecewaan dalam hidup apabila bercerai dan ditinggalkan oleh bekas isterinya.
Maria (lakonan Marsha) merupakan hos paling terkenal di Radius TV dan rancangannya berada di tangga pertama. Maria cuba untuk mendapatkan perhatian Ameer tetapi Ameer tidak yakin akan cinta yang cuba diberikan oleh Maria, sehinggalah apabila dia bertemu dengan Dottie. Apabila Dottie tiba-tiba muncul dalam hidup Ameer, Maria merasa lebih tertekan kerana saingan tidak segah dirinya.
Me
1 month ago
ok nanti kite tgk citer dottie nie. thks for review
ReplyDeletehi..salam kenal..u pun excited gak nak tgk citer nie..mcm best jer..
ReplyDelete