Friday, December 31, 2010
Jom Makan Pulut Dakap
Thursday, December 30, 2010
Masih Sayang Rupanya
Giveaway Pertama Dari Balancing! Balancing! Balancing!
Bila Cik Abangku Rajin
Wednesday, December 29, 2010
Nuffnang Munna Dah Jadi Kosong!!!
Tuesday, December 28, 2010
Majlis Pertunangan Siti & Zaril ~ Part 2
Monday, December 27, 2010
Majlis Pertunangan Siti & Zaril ~ Part 1
Memek Muka Siapa Yang Paling Comel
Kembali Bersiaran!!!
Saturday, December 25, 2010
Selamat Hari Natal Semua
Friday, December 24, 2010
Berhenti Bersiaran Seketika!!!
Banyaknya Minyak...Mudah Saja Gunakan Ini
Alhamdulillah... Kenyang Sudah!
Thursday, December 23, 2010
Buah Asam Gelugor Sebelum Menjadi Asam Keping
10 PERKARA YANG SIA-SIA
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.
2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.
5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama'ah.
6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfa'atkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
Jom Join Contest Si Manjaku Comel
Wednesday, December 22, 2010
Mana Dia Stock EBM Munna?
Gara-Gara Keropok Lekor
Tuesday, December 21, 2010
Hukum Menyimpan Kuku Panjang
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua haiwan tersebut jadi, potonglah kuku anda.
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrup dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Info Tambahan
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli./ E.Coli 0157
Hakikatnya, mungkin ramai yang faham bahaya E.Coli, iaitu sejenis kuman yang mengeluarkan toksin dan boleh mengundang gejala keracunan apabila berlaku pemindahannya daripada proses pembuangan najis. E.Coli dikaitkan sebagai bakteria penunjuk najis, manakala E.Coli 0157 adalah EHEC (Entero Heamoragic E.Coli).
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Selain itu, memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama membersihkannya (sunat-sunat fitrah). ini sesuai dengan hadis
Nabi saw yang bermaksud:
"Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku,mencabut bulu ketiak dan menggunting misai"
(Sahih Muslim)
Oleh yang demikian, seharusnya setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan melaksanakan tuntutan Islam ini termasuk menjaga kebersihan kukunya sesuai dengan anjuran Islam supaya menjaga kebersihan dari setiap aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau persekitaran.
Ini selaras dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:
"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"
Hot Tiket .. Siapa Yang Dah Redeem
Monday, December 20, 2010
Petang Hujan Gerimis Sedapnya Dapat Makan.....
Thursday, December 16, 2010
Boring Lah.. Nak Kena Makeover Ni
Dah Bertukar Tangan Akhirnya
Masa orang yang beli tu bawak pergi wira munna tadi... mata dah tak boleh tahan nak nangis... meleleh je airmata... sayang woo wira ni... banyak berjasa pada munna dan keluarga. Selama berkhidmat tak pernah lagi buat hal .... Masa mula-mula plan nak beli kereta baru munna ingat taknak jual wira ni sebab sayang .. tapi fikir2 balik nanti nak kena tanggung insurans dan roadtax tiap2 tahun dah tu takde siapa yg nak pakai baik jual je kan?... Sedihnya...
Wednesday, December 15, 2010
Perkembangan Nurain Yasmin 9 Bulan
Anak ummi yang sorang ni dah masuk 9 bulan.. setakat ni memang takde masalah dari segi perkembangan Yasmin cuma berat dia tak berapa nak naik la.. koman-koman tiap-tiap bulan dia cuma naik 200 gm .. kadang-kadang geram je tengok anak orang lain montel-montel anak ummi kecik je... at least ada juga pertambahan berat badan kan... jangan tak naik sudah...
Alamak!... banyaknya sawang
Friday, December 10, 2010
Kalau Dah Astro Ceria 24/7
Thursday, December 9, 2010
Kakak Meya yang Nakal
6 Perkara ALLAH Sembunyikan
SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:
"WAHAI TUHANKU"
* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?
* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"
* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,
* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD
"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"
* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA
"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"
* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD
"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."
KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.
* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;
* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"
* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD
"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."
MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI
SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI.
WALLAHUALAM
KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MULIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.....