Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Nukilan Hati. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Hati. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Dugaan Lagi

Ya Allah ...... berikanlah kami kekuatan menempuhi dugaan ini. 

Petang semalam keluarga munna dikejutkan dengan berita anak saudara munna iaitu anak bongsu kakak munna yang sulung terlibat dengan kemalangan. Setakat semalam dah di sahkan oleh doktor ada darah beku di kepalanya. Saat mendengar khabar sebegini memang tak terkata dah perasaan munna waktu itu... inikan pula kakak munna. 

Mohan sahabat doakan anak buah munna ye. Tahun ni dia nak ambil PMR semoga dia lekas sembuh dan diberikan kekuatan. Setakat ni dia sedar dah boleh bercakap ... cuma nampak agak mamai kesan dari keaadaan kepalanya. 


Monday, November 5, 2012

Tiba-Tiba Rasa Nak Sangat

Aduhai..... bila dah selalu sangat pegang newborn baby.... tiba-tiba je rasa kalau ada baby baru bestnya. 2-3 minggu ni asyik pergi tengok newborn baby je... ada cousin dan member yang dapat newborn baby... seronoknya. Munna suka bau baby.Yasmin pun dah besar kan.. jadi bolehlah kot kalau ada rezeki.... 

Pada kawan2 bloggers yang dah dapat baby baru munna ucapkan tahniah... yang bakal nak dapat baby pula  doakan dipermudahkan segala urusan ye.

p/s: Bestnya kalau dpt twins kan mcm blogger EMME

Tuesday, September 11, 2012

Tertunai Sudah Hasrat Di Hati

Dapat dah yang dihajatkan ini semalam. Memang sedap je bila masuk kat mulut.


Diberi pilihan samaada coklat atau strawberry .... pastinya coklat pilihan munna.


Order satu set dengan GCB


Perghhhh.... memang sedap GCB ni.....


Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Esok kita dah mula berpuasa. Munna nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat teman-teman semua. Bila bulan puasa nanti mungkin jarang munna update blog ini. Sibuk dengan membantu suami munna yang akan berniaga di Baazar Ramadhan nanti. Kat office pula banyak kerja skrg ni... sebab company dapat tender baru. Jadi mungkin jarang blog ini berupdate nanti. Selamat Berpuasa buat semua ya....

Wednesday, June 27, 2012

Lamanya Tak Berupdate Rupanya

Aduhai dah bersawang-sawang blog munna ni rupanya.... mula-mula mood ke laut dah tu bersambung pula dengan borang tender dan audit company yang perlu di siapkan.... lama juga munna tak update dan blogwalking. Alhamdulillah ...kerja pun dah siap mood nak berblog pun dah berkobar-kobar ni....  Nak jalan-jalan ziarah blog kawan2 lepas ni ye

Tuesday, June 5, 2012

Mood Ku Ke Laut

Aduhai ...... malasnya nak update...padahal banyak yang nak di bebelkan..... nanti-nantilah munna cerita ye.... nak skodeng blog kawan2 kejap lagi....

Monday, May 21, 2012

Masih Setia Dengan Natasya


Hampir 5 Tahun menggunakan produk Natasya ini... alhamdulillah masih sesuai dengan kulit muka munna. Pernah juga mencuba yang lain ... tapi kembali semula kepada produk ini. Tapi sejak ramai yang bagi feedback Safi Rania Gold pun memberi hasil yang baik ...teringin juga nak mencupa.

Tuesday, May 15, 2012

Misi Mencari Hadiah

Tak lama lagi nak sambut anniversary dan birthday en. abang munna. Kebetulan tarikh tu dekat jadi sekali harung je lah bagi hadiah kat dia. Sekarang ni tengah fikir nak bagi hadiah apa kat dia... macam dah tak tahu nak bagi apa pada dia. Nak bagi gadjet2 ni ... tak mampu. Lagipun dia tak minat sangat pun.
Pening...ooo kepala ku pening. Nak bagi apa ye?

Wednesday, May 2, 2012

Hanya Mampu Menjeling

Aduhai lamanya tak berupdate blog munna ni. Memang sibuk betul sekarang ni... company dapat projek baru jadi banyak sikit kerja yang perlu diuruskan dahulu. Memang tak sempat nak skodeng blog2 kawan hanya jeling2 manja je yang termampu. Ini pun curi2 juga utk update sebab ada yang dah bertanya kemana menghilanggnya munna.

Wednesday, April 25, 2012

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Jalan-jalan ke blog kawan-kawan munna terpaut dengan entry dari Yatzakie ni. Besarnya dugaan buat suami apabila isteri yang baru sahaja di kahwini di duga dengan dugaan yang berat. Teringat munna dengan kisah Norma.


Terharu munna membaca pengorbanan En Abil Fitri yang menjaga isterinya yang diserang penyakit saraf otak. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini dan kuat demi isterinya yang dicintai.

Tuesday, April 17, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa

Tengahari ni layan kerepek ubi pedas je... memang sedap yang akak kedai ni jual. Rangup dan pedas-pedas manis memang kena dengan tekak munna rasanya


Bila tengok kerepek ubi pedas ni teringat zaman kanak2 kanak munna. Dulu mak munna jual kerepek pedas ni... munna dengan kakak akan pergi ke asrama sekolah sebelah rumah ni dah jual pada kakak-kakak kat asrama tu. Seronok rasanya sambil berjual dapat pula kakak-kakak angkat masa tu.


Begitu cepat masa berlalu dulu dan semuanya kenangan indah buat munna.

Monday, April 9, 2012

Teringin Nak Makan iNI


Menggoda jiwa dan nafsu betul... nak pergi carilah hari ini... harapnya berjumpa

Thursday, April 5, 2012

Sesi Bayar Hutang

Minggu ini walaupun ada entry dari munna tapi blogwalking memang terbatas sangat. Memang busy dengan kerja-kerja di office.. hanya beberapa blog je yang sempat munna terjah dan tinggalkan komen. Jadi hari ini kerja semua dah siap dan ada kelapangan jadi bolehlah blogwalking sepuasnya. Munna nak bayar hutang ni... tunggu ye!!

Friday, March 30, 2012

Harapnya Ada Berita Gembira

Bila tengok kawan-kawan munna semuanya dah ada rumah sendiri... hati ini teringin juga nak ada rumah sendiri. Kalau ikutkan en abang dah ada rumah sendiri tapi sangatlah kecik sebab rumah flat je dan tinggi juga jadi tak selesa pada munna dan anak. Sudahnya kami sewakan rumah tu dan munna sekeluarga pindah menyewa rumah orang lain pula.

Sekarang ni teringin nak ada rumah sendiri yang besar dan selesa sikit. Kalau ikut target munna nak ada rumah sendiri menjelang umur 35 tahun ..nampaknya ada 3 tahun lagi masa untuk mencapai target tu. Sekarang ni tengah pikir samaada nak beli rumah taman ataupun nak beli tanah lot dan bina rumah sendiri. Mana satu yang lagi baik ye....


Friday, March 23, 2012

Dah Ada Simptom-Simptom Awal

Aduhai ... kepala dah mula rasa berat dan pusing-pusing.
Hidung dah mula gatal-gatal.
Tekak dan mula perit dan gatal-gatal.

Petang ni jawabnya kena lah jumpa doktor.

Rasanya baru je di serang selesema dan batuk bulan lepas ... nampaknya ni berjangkit lagi.... kat rumah semuanya tengah menghadapi penyakit ni.. cuma kakak Meya je yang steady lagi. Harap-harap cepat sembuh sebab nak ke Gambang Waterpark bawa budak berdua tu.

Thursday, March 15, 2012

Misi Mencari Baju Kurung Hijau

Jiran sebelah rumah mak munna buat kenduri sambut menantu minggu ini. Jiran ni memang rapat dengan mak munna dah kira macam anak angkat pada mak munna. Dia dah warning awal-awal kalau boleh pakai baju warna hijau untuk kenduri dia nanti....

Gigih dah munna mencari baju kurung hijau masih tak jumpa...al maklumlah size macam munna susah nak jumpa. Nak beli on9 memang tak berani sebab size tak sama ikut pattern...  ada yg ni size 48 dah boleh masuk... cuba jenama lain size 48 dah macam sarung nangka pulak.... 

 

 

Cantiknya baju yg jual on9 .... 

Belek2 baju lama... rupanya baju munna yang warna hijau cuma ada satu je...itupun dah selalu pakai..malulah pulak asyik pakai baju yang sama je.... Esok hari jumaat lunch hour lama sikit jadi nak cuba try cari kat mentakab pula... itulah bila last minute baru nak mencari...itu belum cari tudung lagi tu.... beginilah jadinya...

Tuesday, March 13, 2012

Demam Bella

Aduhai sejak ada Astro Bella ni....munna dah kena demam layan telenovela rasanya. Hari-hari mesti  kena tengok sebab dah tengok dari mula lagi. Tapi munna suka layan cerita Filipino terutama cerita Rivals Dan Fish Port Princess. 

Magkaribalposter-1.jpg



Tapi nak tengok Astro Bella ni bila budak kecik berdua tu dah tidor je sebab tak sesuai untuk budak-budak lagi2 kakak meya yang banyak tanya tu. Tak terjawap semua pertanyaan dia.

Telenovela Empartiz pun best juga ... lagi yang jadi heroin tu dlm telenovela ni Gabreilla Spanic yang berlakon dalam La Usurpadora dulu.



Monday, March 12, 2012

Leganya.... Sudah Siap Semuanya....

Akhirnya semua kerja munna yang menimbun minggu lepas dah siap semuanya. Sebab semua dokumen tender yang menimbun dan perlu disiapkan juga minggu lepas... jadinya minggu lepas munna tak update blog dan berjalan-jalan ke blog kawan2. Bila dah siap semuanya tender dari Alloy, JKR dan JPS baru aman rasanya dan nak berblog rasa bahagia je....Happy blogging semua....

Tuesday, January 3, 2012

Lamanya Menyepi.....

Rindunya rasa nak berblog .... tapi apakan daya munna memang sibuk dengan kerja-kerja di office sekarang ni.. hingga ada kerja yang terpaksa munna bawa balik ke rumah. Semuanya sebab company munna dapat tender membekalkan barang-barang untuk peserta 1 Azam. Memang tak menang tangan di buatnya. 

Alhamdulillah... semua kerja berkaitan tender tu dah selesai.. InsyaALLAH lepas ni akan mula aktif semula berblog seperti dulu. Terima kasih pada pengunjung setia blog ni yang masih sudi singgah walaupun takde apa2 cerita terbaru dari munna....

Oklah.... siapkan kerja dulu... nanti munna terjah semua ye... TUNNGU.....

Monday, December 12, 2011

Lepak-Lepak Sambil Makan Kerepek Pisang


Memang sedap bila cuaca hujan petang-petang ni... mulut pulak kunyah kerepek pisang ..pekena dengan kopi o .. mata mengadap blog sambil blogwalking... Ini gara-gara bos takde kat opis lah petang-petang ni... mood nak buat kerja pun dah ke laut.  Lepas blogwalking nak layan korean drama pula....
Related Posts with Thumbnails