Sahabat Alam Maya

Sunday, October 31, 2010

Its Our Very First Anniversary GA

Marathon GA lagi... kali ini dianjurkan oleh cik lulu sempena anniversary dia dengan cik Faiz



1. msti copy banner di atas dan letakkan di entry korg.
banner di atas juga perlu di linkkan ke entry ni!

2. be my follower~
senang korg nak tau ape2 updte tntg GA ni

3. buat short entry bout dis GA..
senang kan!
entry 2 msti bertajuk 'it's our very first anniversary GA!!'

4. tinggal coment dan link entry korg kat comment ni ye...
sng saye nak terjah blog korg!

5. pemenang akan di pilih secara rawak!

My Ex-Boyfriend

Layan ye.. pakwe lama munna ni .. Takuya Kimura





Saturday, October 30, 2010

Petang 6 November Lihat Anak Bulan Zulhijjah

KUALA LUMPUR - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu:

1. Pontian Kecil, Johor.

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.

5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.

6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.

7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan

8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.

9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.

11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.

12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.

13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.

14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.

15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.

18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.

19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.

20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.

21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.

22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.

25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.

26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.

27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.

30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga. - Bernama


Sembilan Belas Kebaikan dan Kelebihan Wanita


19 Kebaikan Wanita

Mungkin terdapat banyak hadis yang menyatakan wanita lebih ramai menghuni neraka, namun janganlah kamu bersedih wahai muslimah. Selagi dirimu menjadi kekasih Allah dan rasul-Nya, kedudukanmu amatlah mulia. Di sini saya senaraikan 19 kebaikan tentang kamu!

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

Tragedi Ngeri Kemalangan Bas Terbabas Di Genting Sempah

Tadi masa tengok buletin utama ada disebutkan pasal kemalangan ngeri di Genting Sempah melibatkan bas.. melalui berita jam 12 tadi mangsa dah meningkat kepada 6 orang.. kesiannya muda belia lagi yang jadi mangsa... Al-Fatihah


Bas pelancongn terbabas: Enam maut, 21 cedera

KUALA LUMPUR:Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Kilometer 38 Genting Sempah, dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang membabitkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.


Bas itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.


Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.


Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.-Bernama

Bas terbabas: Senarai mangsa korban kemalangan di Genting Sempah


Berikut ialah senarai enam penumpang bas pelancongan yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.

Mereka dikenali sebagai:- Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.


-Bernama

Friday, October 29, 2010

Kisah Malam Pertama Kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Sumber : Berbunga Kasih

AC Mizal Nyaris Dipenjara 25 Hari

Kes Tuntutan Nafkah: AC Mizal Nyaris Dipenjara 25 Hari


baca kisah AC di sini

Kereta Bentley yang harga beratus ribu tu boleh pula beli takkan nafkah anak yang rm 200 sebulan tak boleh bagi... walaupun dah ada anak sendiri dengan isteri baru anak dengan bekas isteri janganlah abaikan .. itu tetap tanggungjawab yang perlu dipikul

Tips Memakai Shawl Dari Tuala

Hari ini munnna nak kongsi pada semua ye tips yang berguna memakai shawl menggunakan tuala.. kaedah ini dapat meminimunkan pengeluaran duit anda semua ye .. sebab kita hanya perlu recycle tuala untuk dijadikan shwal



Step 1 : Letak tuala atas kepala



Step 2 : Pastikan kedudukan tuala ini betul kedudukannya




Step 3 : Mulalah pusingkan hujung tuala agar menjadi seperti ekor



Inilah hasilnya.... untuk hasil yang lebih menakjubkan silalah buat makeover





p/s : Khidmat masyarakat ini di taja oleh Kakak Meya

Thursday, October 28, 2010

1st Lucky Draw by Atie Aizam


Marathon Lucky Draw lagi kali ini nak join GIVEAWAY PERTAMA ATIE AIZAM




khas untuk
Rakan2 & Follower2 Atie

Syarat2 nye senang jer..

1. Anda mesti seorang blogger
2. Anda mesti merupakan follower atieaizam.blogspot.com
3. Anda mesti mempunyai alamat di Malaysia
4. Buat entry bertajuk: 1st Lucky Draw by Atie Aizam
5. Mesti letak banner 1st Lucky Draw tu yer kat entry anda
dan linkkan ke blog ni
6. Kat sidebar pun, jgn lupa letak banner ni dan perlu linkkan juga
7. Tinggalkan link entry anda di komen box entry ini saje
8. Tag sorang kawan anda atau lebih terpulang pada anda

Munna nak tag Kie-yu untuk join Lucky Draw ni... jom ramai2 join lucky draw ni... hadiah dia berbaloi-baloi ada hadiah saguhati lagi

Bergumbira Di Harijadi Bersama Keluarga

Jom layan lagi gambar munna sekeluarga bersuka ria .. kali ini makan time..
setelah membuat pilihan diantara makan di Secret Recepi atau di Old Town .. akhirnya kami pilih makan di sini

Ini pilihan suami munna .. nasi lemak supreme... dah pukul 3 pun nak layan nasi lemak lagi....

munna pula nasi ayam hainan with chickhen chop

air pula...ini ala-ala cendol pilihan en. suami

munna pula oreo ?... lupalak namanya
kakak meya sempat lagi berposing

Wednesday, October 27, 2010

"Cutest Baby Contest" Bersama Sinar Raudah

Contest lagi.. kali ini munna turut serta dalam contest yang dianjurkan oleh Sinar Raudah


Munna nak letak gambar kakak Meya untuk contest ni


Nama Si Manja : Norhana Humaira Mohd Osman

Umur Si Manja : 2 Tahun 8 Bulan

Nama Ibu : Norhalina Md. Yunus (Munna)

Amacam! Cute Tak Saya

syarat-syarat rasanya munna dah follow..sila tuan penganjur check ye!

Jemput Makan Kek Semua

Layan ye gambar anak dara munna makan kek harijadi ummi dia... tahun ni cuma beli yang slice je dari Secret Recipe.... malas nak buat dan yang penting sekali ummi tgh diet...

semangat betul makan cheese oreo kek



lupalah nama kek ni.. tapi mmg sedap ada pisang antara layer kek dgn krim


Ini oreo cheese .. kakak meya pulun sorang je .. tak bagi langsung kat ummi dia

Tuesday, October 26, 2010

Hadiah Untuk Ummi

Hadiah dari yang tersayang sempena birthday Munna ... handbag ini munna yang pilih sendiri masa pergi Melaka baru2 ini... kiranya hadiah dapat dulu sebelum birthday..


Satu Jusco keliling mencari .. yang ini juga yang berkenan... thanks abah umtuk hadiah ini


SINAR CAHAYA AYAT KURSI


SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Monday, October 25, 2010

Berrtambah Setahun Lagi

Dengan rasminya munna dah berusia 30 tahun hari ini... Alhamdulillah semua baik sahaja sehingga hari ini... diharapkan semuanya berjalan lancar buat munna dah ahli keluarga munna...Amin

Entry pendek je kali ini... nak bersiap pergi bergumbira dengan ahli keluarga sempena umminya sambut birthday hari ini....

Sunday, October 24, 2010

Kami 1st Giveaway

Marathon GA lagi.. kali ini munna join GA dari blog Cikgu Yanti pula ...






Syarat - syaratnya :

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog .
2. Follow blog Kami in the house .
3. Add ' Kami in the house ' di bloglist anda .
4. Copy & paste gambar di atas dan letak di side bar anda dan link ke entry ini .
5. Buat satu entry " Kami 1st Giveaway " .
6. Tinggalkan link anda di entry ini .

Tarikh tutup GA ialah 30 Oktober 2010 .

TIGA hadiah menanti anda .
Pemenang dipilih randomly dengan cabutan bertuah .

Saturday, October 23, 2010

Awasi Islamic Fashion Show

Awasi Islamic Fashion Show

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.
Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.

Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.

Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI

Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan ‘meluat’ membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan ‘close minded’. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.

Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.

Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut. Firman Allah swt

وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.

Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam.

Justeru, ingatan buat penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS

Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.

Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.

Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.

Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di sini. Selebihnya anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.

Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.

Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion show ini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.

Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :

إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت

Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu” ( Riwayat Al-Tirmidzi)

Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu?. Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..

JATUH MARUAH

Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.

Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.

Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.

Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya

Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',

Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,

Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,

Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat ‘menyerang’ kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.

MENGAPA BARU SEKARANG?

Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.

Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.

Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka.

Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.

Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.

JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM

Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.

Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama ‘Islam’ pada pertunjukan fesyen itu.

Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.

Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.

Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam.

Sebarang caci maki politik kepartian tidak dialukan di sini. Hanya komentar berdasar hukum & sensitiviti agama sahaja. Please.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Oktober 2010

Friday, October 22, 2010

Sape nak hadiah free dari Paris

Marathon GA lagi.. kali munna di tag oleh Kieyu untuk join ni...

GA ini dianjurkan oleh Cik Nadia .. wah hadiah dia masyukk... import terus dari Paris..

syarat syarat seperti di bawah ye

1. bt entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)"
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog

'Eiffel Tower Giveaway'


2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korg
dan link kan terus ke entry ni ye. klu pic besau sngt, korg tlg kecikkan ye.

3. mnjadi follower blog ni.

ni penting bukti mengatakan kak munna dah follow blog nadia

4. tag 3 org blogger
lain dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!

siapa yang bertuah ye

5. dan last sekali,
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat
kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye.


Hadiah?
5 souveniors yang akan dipos khas oleh Farah dari Paris.
mungkin akan di up kan lagi bilangan hadiah.
mkin ramai, makin banyak hadiah.
up to us bebes. =)

Pemenang?
akan dipilih berdasarkan beberapa calculation buatan sendri
seperti giveaway seblom ni. unik kan?

Tarikh Tutup:
20.11.2010, 12.00 PM


Petua Untuk Isteri-Isteri Sentiasa Dara

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Thursday, October 21, 2010

Asyik-asyik Kerja! .. Tak Sempat Nak Bersiar-siar

Dua hari ini ... munna agak sibuk dengan kerja di office.. sampai tak sempat nak bersiar-siar ke blog kawan-kawan... kat rumah pun tak sempat juga kerana melayan 2 orang puteri munna yang perangai dia ..alahai ummi dia je yang tahan...


Ini dia borang tender yang perlu munna isikan.. due untuk hantar borang ni pada hari selasa ini 26/10 sebab isnin cuti umum kat Pahang sempena birthday Munna... sorry yek munna punya birthday telah diisytiharkan cuti umum dekat Pahang ... suka akak.. hahahaha..Sebenarnya birthday Sultan Pahang jatuhnya 24/10 pada hari ahad.. jadi terpaksa lah di bawa kepada hari Isnin ... jadi akak terimalah tempiasnya...


Tu dia... sekali sampai 4 borang kena isi sekaligus...

Yang sedihnya disebabkan tak melakukan aktiviti bersiar-siar kat blog kawan-kawan semua.. traffic munna pun ... aiseh menjunam turunnya... malu nak tunjuk kat korang semua..
mana yang singgah tu minta maaf ye kalau munna tak balas jejak korang .. lepas siap kerja munna balas dendam semula...

p/s : hati berbunga riang.. sebabnya dah dapat birthday present dari en. abang ... cepat giler hadiah tahun ni..

Bahaya Mandi Malam

Mesti dulu mak korang semua selalu larang korang mandi malam kan... hah ni dia kesannya..


-:Bahaya Mandi Malam:-

Baca penjelasan di bawah mengenai kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.

Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun.

Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA.

Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa! ". Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu.

Wednesday, October 20, 2010

Redgurl 1st Giveaway

Munna tengah marathon nak join contest & GA yang kawan2 blogger anjurkan skrg ni... manalah tahu ada rezeki dapat hadiah yang comel2... tapi hadiah tak penting sangat yang penting ikatan silaturrahim di alam maya kita sambungkan ...

Kali ini Munna nak join GA dari Redgurl pulak... alahai comelnya kerja craft si Redgurl ni




nak sertai mudah saja!!!

1. follow blog redgurlcraft ni!!

2. copy gambar di atas di blog anda

3. buatkan satu entry tentang give away ini di blog anda..

4. tinggal comment dan link entry anda pada comment yer so senang redgurl nak jenguk semula ke blog anda

4. pemenang akan dipilih secara rawak!!

hadiahnya seperti mana dibawah!!


TARIKH PENYERTAAN ADALAH MULAI
11 OKTOBER 2010 HINGGA 11 NOVEMBER 2010





HADIAH PERTAMA

satu beg laptop!!

kat bawah ni contoh jer!!..





HADIAH KEDUA

Satu Camera Casing





3 HADIAH SAGU HATI

Broadband casing



jom ramai2 join!! mana tau dpat gift kan!!
Related Posts with Thumbnails