Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Indahnya Ciptaan Allah

Kolam Air Semulajadi Bertingkat Yang Menakjubkan

Terletak di Turki, kolam ini terbentuk akibat kesan gempa bumi

Kolam semulajadi bertingkat yang begitu indah ini terletak di Pamukkale, Wilayah Denizli, Turki. Ia terbentuk secara semulajadi akibat kesan gempa bumi yang menggoncang kawasan itu.
Pamukkale berasal dari bahasa Turki "Pamuk'' yang bermaksud kapas dan "kale" yang bermaksudi benteng. Diberi nama 'benteng Kapas' mungkin kerana warna putih dominan yang dapat dilihat pada batuan karbonat tersebut. 
 Selain menjadi tempat pelancongan yang popular, yang menariknya air di kolam ini juga boleh digunakan untuk mandi-manda dan untuk aktiviti berenang.






Friday, December 2, 2011

Thursday, March 10, 2011

Shisha Lebih Bahaya Dari Rokok




Selalunya kalau ada kenduri kat kawasan munna ni mesti ada yang sediakan shisha untuk orang-orang yang tolong rewang masa kenduri. Selalunya anak-anak muda memang suka hisap shisha ini. Baru-baru ini kerajaan dah haramkan penggunaan shisha kerana ianya lebih bahaya dari rokok.


SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita. 

Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.

Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.

Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam. 

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. 

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital. 

Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri. 

Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini. 



sumber Tok Wan

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

[sunting]

Thursday, January 27, 2011

Buat Pecinta Warna Hijau





Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 

1.” Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”

Ar-Rahman: Ayat 76

3. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”

Al-Insan: Ayat 21

Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. 

Salam Ukhuwah..~

Saturday, January 22, 2011

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu Nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'Jawab Jibrail:'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan 
sesudah sadar Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Tuesday, January 18, 2011

Bahaya Ketuhar Gelombang Mikro



Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. 


Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven. 



Cara masak melawan fitrah 



Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau  ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar. 



Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama,katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.  



Ketuhar pengancam nyawa 



Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. 



Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!  Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an
mati menghidap kanser. 



Makanan jadi toksik 



Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia. 



Badan tak kenal makanan 



Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.  Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro,
para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda. 



Penemuan mengejutkan 



Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. 



Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini
menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun? 



Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang 



*** Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia    
       'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

*** Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.



*** Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro. 

*** Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

*** Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat
       makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

*** Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam
       ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat. 



*** Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap
       penyakit ini.

*** Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

*** Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan
       pengubahan serum darah.

*** Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan. 

Sumber : Mohd Rizal

P/S : baru je bercadang nak rembat satu... nampak gayanya tak jadilah... bukannya penting sangat  pun

Saturday, January 8, 2011

MALAIKATMU TERSENTUH HATI




Share dengan kawan-kawan semua... beruntungnya kita menjadi ibu

Malaikatmu.....


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Sunday, January 2, 2011

Adab-Adab Di Dalam Tandas


TANDAS di sini ialah suatu tempat khas yang dibina dalam sesebuah rumah atau bangunan yang pada kebiasaannya digunakan untuk qadha hajat. 

TANDAS yang bersih, lebih-lebih lagi yang selesa, merupakan suatu keperluan. Kerana itu tidak hairan jika sebilangan individu tidak menggemari TANDAS awam, kerana menganggap ianya antara tempat yang kotor, menjijikkan atau kurang menyenangkan. 

Apapun gambaran yang dibayangkan terhadap TANDAS, ianya tidak mengurangkan dan menjejaskan pandangan Islam terhadap kepentingannya. Oleh kerana itu, telah digariskan beberapa adab yang mudah untuk diamalkan ketika berada dalamnya, ketika qadha hajat dan setelah selesai qadha hajat.. Antaranya ialah:- 

1. Ketika Berada Dalam TANDAS 

i. Tidak membawa sesuatu yang tertulis padanya perkataan yang mulia seperti ayat-ayat al-Qur'an, bahkan SUNAT ditanggalkan. 

Ini termasuklah lafzhul jalalah, asma’ul husna, nama nabi-nabi sekalipun dia bukan Rasul, nama malaikat dan kesemua nama-nama mulia; samada nama-nama yang dikhususkan untuk seseorang yang mulia ataupun nama tersebut mempunyai persamaan seperti ‘al-Aziz’; kerana nama ini digunakan untuk asma’ul husna dan juga selainnya. Begitu juga‘Ahmad’yang menunjukkan namaNabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallamdan juga untuk selainnya. Adapun jika nama tersebut dimaksudkan secara umum, maka tidaklah makruh. 

Ini berdasarkan kepada hadis Anas Radhiallahu ‘anhu, iaitu perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menanggalkan cincin Baginda yang telah diukir dengan perkataan‘Muhammad Rasul Allah’.

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila Baginda (hendak) masuk ke TANDAS Baginda menanggalkan cincin Baginda” (Hadis riwayat at-Tirmidzi). 

Sekiranya seseorang itu terlupa atau tidak sempat untuk menanggalkan cincin yang mengandungi perkataan mulia tadi, maka hendaklah digenggam dengan telapak tangan atau dimasukkan ke dalam serban dan seumpamanya (disembunyikan atau ditutup). Perbuatan seperti ini adalah adab yang dituntut. 

Adapun membawa masuk mushaf ke dalam TANDAS tanpa darurat, maka hukumnya adalah HARAM. Begitu juga dengan cincin yang ada perkataan mulia yang dipakai pada tangan kiri yang digunakan untuk beristinja’ (bercebok), kerana sudah pasti akan terkena najis padanya. 

ii. Jangan masuk TANDAS dengan kepala dan kaki yang terdedah (tidak berlapik). Hadis mursal daripada Habib bin Shalih Radhiallahu ‘anhu dia berkata: 

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam jika (hendak) masuk ke TANDAS, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda” (Hadis riwayat al-Baihaqi). 

iii. Sunat mendahulukan kaki kiri apabila masuk TANDAS. 
Sekalipun bukan dengan tujuan untuk qadha hajat seperti menyimpan atau mengambil barang, dahulukanlah kaki kiri apabila masuk TANDAS. 

iv. Sunat mendahulukan kaki kanan apabila keluar dari TANDAS. Dahulukanlah kaki kanan apabila keluar dari TANDAS atau beredar dari tempat qadha hajat. 

v. Sunat menyediakan air yang akan digunakan untuk beristinja’ (bercebok) lebih awal. Jika tiada kemudahan paip air untuk beristinja’, buatlah persediaan awal menyediakan air. 

vi. Sunat membaca doa sebelum masuk TANDAS. 
Sepertimana riwayat daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika hendak masuk TANDAS, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: 

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan khaba’its (perempuan)” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

vii. Sunat membaca doa setelah keluar dari TANDAS. 
Antaranya riwayat daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dan Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengucapkan: 

Maksudnya: “Aku memohon keampunanMu. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesusahan (berak dan kencing) daripadaku dan menjadikan aku sihat wal‘afiat” (Hadis riwayat Ibnu Majah). 

Adapun perkataan itu, maka SUNAT dibaca sebanyak 3 kali. 

viii. Sunat mengangkat pakaian satu demi satu ketika hendak duduk qadha hajat. Melainkan jika ditakuti terkena najis, maka memadailah mengikut kadar yang sepatutnya. Begitu juga setelah selesai qadha hajat, SUNAT menurunkan atau melepaskan pakaian satu demi satu sebelum sempurna dia berdiri tegak. 

ix. Makruh berlengah-lengah (duduk lama-lama tanpa keperluan) dalam TANDAS. 

x. Disunatkan untuk tidak makan dan minum. 

xi. Haram menghadap atau membelakangi kiblat ketika qadha hajat pada tempat yang tanpa ada pendinding. 
Khususnya pada tempat yang luas atau terbuka dan tanpa ada pendinding (yang boleh menutup aurat), kecuali jika tempat itu berada dalam suatu bangunan atau binaan dan memang disediakan sebagai tempat qadha hajat seperti TANDAS yang dibina dalam rumah atau bangunan. Maka hukumnya adalah dibolehkan; tidak haram dan tidak makruh dan tidak menyalahi yang utama (khilaf al-awla). 

Ini dapat difahami dari hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma dia berkata: 

Maksudnya: “Aku naik ke atas rumah Hafshah untuk sesuatu hajat (pekerjaan), lalu aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang qadha hajat (buang air besar), iaitu Baginda (dalam keadaan) membelakangi kiblat (dan) menghadap negeri Syam” (Hadis riwayat al-Bukhari). 

Setelah qadha hajat, jika dia ingin berpindah ke tempat lain untuk beristinja’ (bercebok), maka tiada haram atau makruh untuk dia menghadap atau membelakangi kiblat. 

2. Ketika Qadha Hajat 

i. Disunatkan supaya berat anggota badan dibebankan ke bahagian kiri dan mengangkat atau meringankan bahagian kanan. 
Setelah dibebankan ke bahagian kiri dan mengangkat atau meringankan bahagian kanan, kemudian merapatkan kedua-dua peha untuk memudahkan lagi qadha hajat. 

ii. Makruh buang air kecil dalam keadaan berdiri kecuali ada keuzuran. Kecuali ada keuzuran, maka pada ketika itu hukumnya tidak makruh dan tidak menyalahi yang utama (khilaf al-awla). Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha: 

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengatakan kepada kamu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil dalam keadaan berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya. (Sesungguhnya) Baginda tidak membuang air kecil kecuali dalam keadaan duduk” (Hadsi riwayat at-Tirmidzi) . 

iii. Disunatkan supaya tidak melihat kemaluan, tidak memandang ke arah langit. Tidak memerhatikan apa yang keluar dari dua kemaluan kecuali kerana maslahat, tidak mengoyang-goyangkan atau memain-mainkan dengan tangan (tanpa faedah atau tujuan) dan tidak (banyak) menoleh ke kiri dan ke kanan. 

iv. Ketika sedang qadha hajat, makruh berkata-kata. 
Walau apapun bentuknya samada dzikir ataupun bukan; seperti perkataan biasa, kecuali kerana darurat umpamanya memberi amaran kepada orang buta yang hampir jatuh ke dalam perigi dan seumpamanya. Bahkan kadang-kadang dalam keadaan seperti ini dihukumkan wajib (untuk berkata-kata dan memberi amaran). 

Larangan ini difahami dari satu hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id Radhiallahu ‘anhu: 

Maksudnya: “Janganlah dua orang lelaki pergi (untuk) memasuki satu TANDAS, (lalu) keduanya membuka aurat mereka (untuk qadha hajat sambil) berbual-bual. Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla benci dengan (perbuatan) demikian itu” (Hadis riwayat Abu Daud). 

Sekalipun bukan dalam keadaan qadha hajat, maka diSUNATkan juga ketika berada dalam TANDAS agar tidak membaca sesuatu dzikir atau al-Qur'an. Adapun kata-kata biasa sahaja, maka tiadalah makruh (karahah). 

Apabila seseorang itu bersin, maka memadailah dia mengucapkan tahmid dalam hati sahaja tanpa melafazkannya. Namun jika dia menggerak-gerakkan lidahnya tetapi tanpa mengeluarkan suara, maka perbuatan seperti ini tidak dihukumkan MAKRUH. Sekiranya dia menyaringkan juga suaranya untuk mengucapkan tahmid dan didengar pula oleh orang lain, maka tidak dituntut bagi orang yang mendengar tadi untuk men"tasymit" (Mendoakan orang yang bersin, yang telah mengucapkan tahmid, dengan kebaikan dan keberkatan dengan mengucapkan . 

Manakala hukum berdehem dan berbisik-bisik pula tidak makruh, seperti berdehem apabila pintu TANDAS diketuk untuk memberi makluman atau isyarat bahawa dia berada dalamnya. 

Di samping itu dapat difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma bahawa menjawab salam juga tidak dituntut: 

Maksudnya: “Bahawa seorang lelaki telah berjalan melintasi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Baginda (pada ketika itu) sedang buang air kecil, lalu dia pun memberi salam (kepada Baginda). Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menjawab salamnya itu” (Hadis riwayat Muslim). 

v. Disunatkan tidak bersiwak (membersihkan gigi) sambil qadha hajat. 

vi. Disunatkan tidak meludahi kencingnya. 

vii. Disunatkan tidak duduk terlalu lama (tanpa keperluan). Kerana Luqman al-Hakim pernah mengatakan bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan penyakit limpa / hati dan menyebabkan buasir (penyakit yang disebabkan urat darah pada dubur membengkak). Maka pesannya, duduklah (untuk qadha hajat) dengan selesa kemudian (segeralah) keluar. 

3. Setelah Qadha Hajat. Setelah selesai qadha hajat, perkara yang perlu dibuat ialah beristinja’ (bercebok) dan hukumnya adalah WAJIB. Maka antara adabnya ialah:- 

i. Sunat beristinja’ dengan tangan kiri dan makruh menggunakan tangan kanan. 

Daripada Abu Qatadah Radhiallahu ‘anhu daripada bapanya bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu kencing, maka janganlah sekali-kali dia memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan (begitu juga) janganlah dia beristinja’ dengan tangan kanannya” (Hadis riwayat al-Bukhari). 

ii. Sunat memulakan membasuh kemaluan (hadapan) kemudian barulah dubur jika beristinja‘ dengan air. 

iii. Sunat menggunakan jari tengah ketika beristinja’ pada dubur. 

iv. Sunat dibasuh tangan yang digunakan untuk beristinja’ dengan tanah dan seumpamanya (seperti sabun) kemudian dengan air. Kemudian membaca doa selepas beristinja’, 

Ertinya: “Ya Allah sucikanlah hatiku dari sifat-sifat nifaq dan peliharakanlah kemaluanku dari perkara-perkara keji”. 

Penutup

Inilah antara adab-adab yang telah disepakati oleh para ulama dan dituntut untuk diamalkan ketika berada dalam TANDAS. Sekalipun hukumnya hanyalah SUNAT untuk dikerjakan atau ditinggalkan, namun adalah rugi jika diabaikan kerana adab-adab tersebut sangat mudah dan praktikal. Manakala mereka yang mengamalkannya pula adalah orang yang beruntung kerana mendapat ganjaran pahala di samping mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Juga tidak dinafikan mungkin terdapat banyak lagi hikmah yang tersembunyi yang tidak diketahui dan tidak disebutkan di sini. 
Related Posts with Thumbnails