Sahabat Alam Maya

Wednesday, June 29, 2011

Bermula Dari 0 Semula....


Baru je munna tekan button cash out di Nuffnang tadi. Nampaknya bermula dari kosong semula. Tapi masih ada satu lagi BE yang sedang beristirehat di blog munna.Harap-harap kekal lah lama. Kalau cash out sekarang ni jawabnya awal bulan lapan nanti dah boleh terima cek kedua dari Nuffnang. Walaupun tak banyak bolehlah lepas belanja beli bahan buat kuih raya nanti....

Tuesday, June 28, 2011

Selsema Datang Menyerang

Mula-mula Yasmin di serang lepas tu Kakak Meya pula. Sekarang ni munna pula dah kena tempiasnya. Dah meleleh je air dari hidung ni...rasanya sekotak tisu pun tak cukup. Bila nak selsema ni hidung memang tak selesa tekak pun dah mula perit. Tak tahan rasanya....

Monday, June 27, 2011

Yasmin Yang Nakal Bila Berposing

Program hari sabtu  jalan-jalan ke shopping mall dalam misi untuk mencari hadiah buat cucu munna yang menyambut birthday setahun hari esoknya.


Bergambar dengan sepupu Kasih. Suruh posing buat tangan peace macam tu jadinya


Sangat suka bila orang ambil gambar dia


Muka masam bila ummi ajak turun dia taknak turun dari kaunter cashier tu...

Misi mencari hadiah berjaya. Malam tu misi membuat apam dot dot atas permintaan anak buah munna sempena sambutan majlis harijadi anak dia keesokan harinya..

Saturday, June 25, 2011

Juara Maharaja Lawak Milik Sepah

Suka munna bila Sepah jadi juara. Memang dah agak dia juara sebab sketsa yang pertama je dah buat orang ketawa terbahak-bahak. Skesta meniru gaya Ustazah Noorbaayah memang menjadi. Kemunculan Dafi dalam sketsa untuk muzikal komedi pun salah satu penyumbang kemenangan Sepah dalam Maharaja Lawak. Jozan di tempat kedua pun tak kurang hebatnya... Mail Lambung dan Ah Chai memang menjadi semalam. Rata-rata semalam persembahan untul muzikal komedi yang paling best. Memang terbaeklah Maharaja Lawak semalam....

Friday, June 24, 2011

Menunggu Siaran Langsung Finale Maharaja Lawak

Tak sabar menunggu Maharaja Lawak ni. Harap-harap cuaca tak ribut atau hujan nanti ada pula siaran terganggu mahu sentap rasanya. Sekejap lagi penuhlah rumah munna kerana anak buah dan adik munna nak datang tengok Maharaja Lawak sebab rumah diaorang takde saluran Mustika. Riuh rendah lah rumah munna di buatnya. Makin ramai makin seronok nak tengok sebenarnya.

Rasanya antara Jozan atau Sepah yang akan jadi juara. Munna tak kisah yang mana satu sebab dua-dua kumpulan ini memang best dan lawak persembahan mereka. Nabil dan Jambu pun apa kurannya cuma hujung-hujung ni lawak diaorang kurang menjadi. Apa-apa pun kita tunngu je Finale Maharaja Lawak

Perasmian Jalan Berturap Oleh Cik Yasmin Dan Cik Syasha

Nak panggil Ahli Parlimen Temerloh datang rasmikan sibuk katanya, nak jemput Tok Ketua pun sibuk katanya nak iringi Ahli Parlimen. Sudahnya bagi budak kecik berdua ni je lah yang rasmikan jalan baru depan rumah mak munna.


Mula-mula gaduh ..Cik Syasha tak bagi Cik Yasmin naik sama. Kena pujuk baru ok


Seronok naik stroller sebab jalan dan ada.... jalan pun lancar je takde dah lecak-lecak macam sebelum ni.


Entah apa-apa yang diaorang berdua bincangkan....nak minta wang kopi sebab ramsikan jalan ini agaknya.

Entry bersangkutpaut dengan entry yg INI

Jadilah Walaupun Seketul


Bercinta sungguh hari ini nak makan karipap sedap. Semalam lagi munna cari tapi dah habis. Hari ini pergi awal sikit kat kedai tu..alhamdulillah dapat seketul karipap sedap ni..... aduhai hilang rasa mengidam.... ni cuma mengidam nak makan je ye tiada maksud lain yang tersirat di sebaliknya....

Thursday, June 23, 2011

Param Dan Pilis

Semalam adik ipar munna berurut dengan tukang urut dari seberang. Tukang urut tu suruh adik ipar munna pakai param seluruh badan dan pilis di dahi untuk hilangkan pening-pening kepala. Munna memang tak pernah guna barang-barang tu sebab tak suka bau-bau jamu ni.

Ada siapa-siapa yang pernah guna ke?. Berkesan ke....balik dari kerja ni nak ke kedai jamu nak beli Param dan Pilis. Harap-harap adalah di jual di kedai tu.

Bila Kena Saman.... Bayar Ye!


Aisemen.... kena saman pula. Tak tahu kenapa semalam boleh terlupa letak kupon parking padahal munna dah beli tetapi terlupa gores. Jawabnya dapatlah surat cinta dari Majlis Perbandaran Temerloh. Dah kena saman kenalah bayarkan. Karang tak pasal-pasal kena black list pula nama en. abang munna. Hari itu ada di war-warkan yang kerajaan akan sekat nama pemilik kenderaan yang tak bayar saman dari penguatkuasaan perbandaran dari menghidupkan lesen memandu atau cukai jalan kenderaan tersebut. Dah di wartakan atau belum ye?


Inilah kupon parking yang di kenakan kepada kenderaan yang parking di sekitar bandar Temerloh RM 0.42 untuk sejam, murah ke mahal kat kawasan korang semua macamana. Rasanya di bandar Melaka lagi mahal kan RM 0.62 untuk sejam.

Wednesday, June 22, 2011

Best Juga Layan Drama Ana Lulu Di TV3

Dah 2 episod munna layan drama Ana Lulu di TV3, tengok kakak Meya pun suka  je. Mungkin sebab citer ni tak berat sangat ada komedi dan yg penting sebab baju yg Ana Lulu tu pakai semuanya warna-warna ceria jadi sukalah kakak Meya tengok. Takde pulak dia suruh tukar channel ceria atau Maharaja Lawak...kira oklah dapat juga ummi dia layan drama2 melayu. Suka tengok pelakon Nora Danish yang jadi Ana Lulu sesuai je dengan watak tu sebab dia comel sangat.

Drama Ana LuLu Slot Lestary TV3


ANA LU’LU mengisahkan Ana Lulu (Nora Danish), seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya. Ana bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah kedai bunga bersama seorang kenalan baru, Bunga (Wawa). Konflik percintaan bermula apabila Harris (Kamal Adli) telah jatuh hati terhadap Ana. Walau bagaimanapun, Ana sedang menyulam cinta dengan Fadzil (Adey Syafrien) tanpa menyedari Fadzil sering mempergunakannya demi wang.
Kalau anda masih ingat, Ana Lu’Lu adalah arahan Pierre Andre dan merupakan adaptasi dari telemovie yang pernah ditayangkan di Astro dulu, tapi dulu telemovie ni diberi tajuk Lu’Lu sahaja, dan pelakon utama dulu ialah Yana Samsudin. Drama Ana Lu’Lu ni konsep dan genre tetap sama cuma jalan cerita je lain. Sinopsi Ana Lu’Lu tak dapat lagi. Tapi dengar ceritanya, drama ni ada sikit sikit macam cerita Ugly Betty. Sinopsi nanti akan diupdate.
Watak Nora Danish dalam ni agak gila gila, dan kebudak-budakan sikit, comel dan manja. Ikut kata pengarah dia, Pierre Andre, mungkin drama ni akan mengatasi Adamaya.

Dapat Buffered Earning Lagi

Dah seminggu semua BE munna bertukar jadi ME. Sedih juga rasanya... tiba-tiba check kat Nuffnang tadi dah ada BE baru dari iklan Trudy and Teddy 2nd Burst LR. Bila ada BE baru ni jadi penambah semangat nak berblog rasanya. Thanks pada Nuffnang sebab sudi bagi BE baru....lepas ni sudi-sudilah beri lagi ye....


ini iklan BE terbaru dari Nuffnang

Tuesday, June 21, 2011

Special Untuk Followers 1212

Entry ini khas untuk followers munna yang ke 1212. Tiba-tiba rasa menarik pula nombor itu dan kebetulan pula yang jadi  followers munna tu ialah Kak Yana. Kak Yana ialah rakan serumah munna masa belajar di Yayasan Pelajaran Mara dulu. Tak sangka-sangka dengan blog kami berjumpa semula.



Jom ramai-ramai singgah sana ye....

Sayang Abah...Memang Meleleh Air Mata Di Buatnya

Semalam munna blogwalking ramai blogger yang bercerita tentang drama ini. Kebetulan semalam Astro Prima ulang tayang semula drama itu munna tak lepas peluang untuk menonton drama tu.



Aduhai memang sedih cerita ni..penuh dengan mesej kepada kita semua..sayangilah Abah kita selagi mereka masih ada di sisi kita.

Monday, June 20, 2011

Alhamdulillah... Dah Bertambah Lagi Ahli Keluarga Munna

Semalam munna dapat berita baik... adik bongsu munna dah menimang cahayamata yang pertama.. Alhamdulillah dengan kurnian tuhan pada keluarga kami. Bayi perempuan dengan seberat 3 kg telah menjadi ahli keluarga kami yang paling junior. Nampaknya berderet 5 orang cucu ayah dan mak munna adalah perempuan. Hari itu berderet 5 lelaki aje.

Kesian tengok adik ipar munna hampir 10 jam duduk dalam labour room barulah baby tu dilahirkan. Adik munna dah siap tandatangan untuk bagi kebenaran untuk buat pembedahan kerana walaupun jalan dah buka 10 cm tapi baby tetap tak nak keluar. Sudah hampir hilang kudrat dia nak meneran dan sebab takut baby lemas adik munna suruh je pembedahan di lakukan. Tetapi alhamdulillah baby keluar secara normal akhirnya.

Sunday, June 19, 2011

Blog Munna Bakal Di Serang Hackers Dan Senarai Blog Yang Akan Di Hacks

Munna di kejutkan dengan berita yang blog munna termasuk dalam senarai blog-blog yang akan di serang oleh penjenayah siber. Walaupun tidak tahu itu semua adalah betul atau tidak..munna cuba untuk elakkan perkara tersebut dari terjadi. Sayang kalau blog munna ni jadi mangsa penyangak siber tu nanti. Dah takde kerja lain agaknya diaorang ...blog orang lain pula nak dijadikan mangsa. Apa yang munna lakukan cuma cuba tukar password munna pada password yang lebih panjang dan campuran antara huruf dan angka. Harap-harap benda-benda ini tak terjadi pada blog kesayangan munna ini. 

Astro..... Cakap Tak Serupa Bikin

Dah la sentap dengan Gdex sebab lambat hantar smart card Astro pada munna. Bila dah dapat smart card tu pulak buat hal....asyik invalid je. Munna call Astro katanya mungkin ambil masa 24 jam untuk smart card tu di aktifkan... ini dah 5 hari masih lagi tak terima siaran yang keluar cuma invalid smart card. Hari-hari munna call Astro katanya mungkin masalah satelit je... tiba-tiba call hari ni katanya sebab smart card tu rosak... Bengang betul munna di buatnya.... diaorg tak test dulu ke smart card tu... RM 80 tu untuk sekeping smart card... jangan hantar yang baru diaorang caj lagi sudahlah.... Dah la nak naikkan lagi caj bulanan...perkhidmatan hampeh....oooo Astro....

Friday, June 17, 2011

Peserta Akhir Maharaja Lawak Minggu Depan

Akhirnya Maharaja Lawak dah sampai finale minggu depan. Tahniah buat Jozan, Sepah , Nabil dan kumpulan Jambu yang di beri imuniti untuk beraksi di finale Maharaja Lawak. Hari ini peserta yang di undi keluar adalah R2. Munna memang dah agak R2 dan Jambu akan di undi keluar minggu ini... tetapi di sebabkan juri mempunyai kelebihan untuk memberi imuniti kepada mana-mana peserta , mereka telah berikan kepada Jambu. Tapi memang munna sokong di beri imuniti kepada Jambu... sekurang-kurangnya ramai peserta bertambah meriah finale nanti.....

Brochure Perodua Myvi 2011 dan Harga Perodua Myvi 2011



Cantiknya Perodua Myvi 2011 ni. Rasa terbekenan lah pulak. Siapa-siapa yang plan nak beli kereta baru bolehlah rembat satu ni.... warna pun cantik....

 Features :
  • EPS: Electronic Power Steering
  • ABS with EBD & BA System
  • The latest modern new design: Projector headlamp
  • Dual SRS Air bags (All variant)
  • Automatic Shift lock part
  • ISO Fix Child Restraint System
  • 3 point rear seatbelt
  • Pre tensioner Seat belt with force limiter
  • Dash mounted gear shift
  • Electronic retractable side mirror
  • Fuel efficient
  • Built in GPS with DVD Player, MP3, USB, and Bluetooth
Harga:
  • RM44,926.00 (M) Standard
  • RM47,726.00 (M) Premium
  • RM54,908.00 (M) Elegance
  • RM47,926.00 (A) Standard
  • RM50,726.00 (A) Premium
  • RM57,908.00 (A) Elegance

Brochure Perodua Myvi 2011 1 Brochure Perodua Myvi 2011 baharu   first impression!

Brochure Perodua Myvi 2011 7 Brochure Perodua Myvi 2011 baharu   first impression!

Perodua Myvi 2011 technical Brochure Perodua Myvi 2011 baharu   first impression!

Brochure Perodua Myvi 2011 2 Brochure Perodua Myvi 2011 baharu   first impression!

Brochure Perodua Myvi 2011 4 Brochure Perodua Myvi 2011 baharu   first impression!

Info dan gambar dari Arena Kereta

Thursday, June 16, 2011

Makan McD Hari Ini...


Kebetulan ada urusan di Mentakab..alang2 dekat situ je ada McD jadi inilah menu munna untuk tengahari ini... Panas2 lagi ini.... jemput makan semua ye.....

Wednesday, June 15, 2011

Alhamdulillah...Akhirnya Dapat Juga Steam Roller Beraksi


Ini steam roller yang sedang beraksi depan rumah mak munna. Alhamdulillah selepas 10 tahun dapat juga jalan yang berturap di lorong rumah mak munna hingga ke belakang... Terima kasih pada Tok Ketua yang banyak membantu kami mendapatkan peruntukan jalan ini. Dibelakang rumah mak munna ada lagi 10 buah rumah memanjang ke belakang....


Lori hantu tengah menabur crusher run... insyaALLAH lagi 2-3 hari pemix pula akan di turap di depan rumah mak munna. Lepas ni kalau musim hujan dah tak risau lagi sebab jalan ke belakang dah diturap...sebelum ini...tiap2 kali musim hujan ayah munna akan berpakat dengan jiran-jiran untuk membeli batu untuk menimbus tanah yang dtakungi air...

Tuesday, June 14, 2011

Rindu Pada Kakak Meya Yang Bam Bam Dulu


Kakak Meya dah masuk 3 tahun 4 bulan sekarang ni. tapi sejak dia berhenti minum susu botol badan dia dah susut lah.... puas munna pujuk bagi dia minum dengan cawan dia tak mahu juga minum susu. Semalam cuba bagi susu pada dia dengan botol pun tak nak juga... dia kata dia nak pergi sekolah dah tak boleh minum susu dlm botol. Munna kesian tengok dia badan nampak kurus je sejak dah tak minum susu ni... rindu pada kakak Meya yang bam bam macam dulu...


Ini masa umur kakak meya 2 tahun ...chubby kan?



Sunday, June 12, 2011

Hazama Juara Terakhir Akademi Fantasia Kesembilan


Akhirnya ..Hazama ni nobatkan sebagai juara AF 9. Hazama merupakan juara terakhir yang dilahirkan melalui program Akademi Fantasia kerana selepas ini tiada lagi AF yang akan di wujudkan. Munna memang sokong Hazama jadi juara AF 9... teringat lagi persembahan dia masa konsert prelude AF 4 dia menyanyikan lagu Zakiah. Masa tu semua ingat Hazama akan masuk AF 4 tapi takde rezeki dia masa tu. Tapi Alhamdulillah akhirnya hasratnya untuk masuk AF tercapai malah menjadi juara. Naib juara AF9 pula ialah Lena, manakala Fina ditempat ketiga dan akhir sekali ialah Azri  

Friday, June 10, 2011

Selamat Ulangtahun Ke 32 Buat En. Mohd Osman

View Image


Hari ini En Mohd Osman sambut ulangtahun yang ke 32 . Munna nak ucapkan selamat panjang umur, murah rezeki dan di berkati oleh Allah dalam semua bidang yang di ceburi. Sorrylah tahun ni takde sambutan yang grand dari munna dan anak-anak....al-maklumlah budget sudah lari. Tapi tunggu ye hujung bulan ni kita celebrate ... 

p/s : uols tahu ke siapa En. Mohd Osman ni...

Thursday, June 9, 2011

Sentap.... Dengan Gdex

Munna ada mohon kad Astro yang baru sebab yang lama dah hilang kat rumah mak munna masa renovation rumah hari tu. Dah call Astro katanya dah pos munna punya kad tu dengan Gdex sejak 2hb hari tu lagi...tapi sampai sekarang tak sampai lagi pada munna. Bayangkanlah sepatutnya sampai dalam masa 1 hari  saja dah jadi seminggu... bila munna call katanya dah ada dengan mat despatch diaorg dah bawa keluar, on the way lah bagailah...Call semalam katanya hari ni comfirm sampai pada munna tapi sampai petang ni tak sampai lagi... memang dah panas rasanya ni.... Nak pergi collect sendiri jauh juga dengan pusat diaorg kat bandar Mentakab. Kalau pagi esok tak sampai juga... siaplah diaorg munna bom...tahan jelah telinga kerani diaorg dengan bebelan berapi munna esok...

Yahooo!!!!1.....Dah Ada Semula


Akhirnya masalah munna pasal dengan blogspot ni dah ok. Ada juga dalam 3 minggu dashboard munna tak boleh di buka. Alhamdulillah akhirnya dah pulih seperti biasa.. senang sikit lepas ni nak blogwalking. 

Rindu Serindu-Rindunya

Baru 4 hari tak buka blog rasa macam dah lama sangat... rindu dekat kawan2 semua.  Menghilangkan diri bukan sebab merajuk ye... cuma kerja di pejabat banyak yang perlu munna siapkan. Jadi kenalah dahulukan mana yang penting dulu. Alhamdulillah semuanya dah selesai.. lepas ni bolehlah munna terjah rumah kawan2 semua ya..... Tunggu ya....

Saturday, June 4, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu Ke 10

Maharaja Lawak Minggu Ke 10 - Pembukaan


Jozan


Nabil


Jozan


R2


Sepah


Penyingkiran

Friday, June 3, 2011

Tiada Penyingkiran Peserta Maharaja Lawak Untuk Minggu Kesepuluh

Malam ini tiada peserta Maharaja Lawak yang di undi keluar. Nampaknya kesemua 5 peserta akan bertanding lagi minggu depan. Minggu ini pertandingan diadakan langsung dari Pulau Pinang. Sedikit kecewa minggu ini kerana kesemua persembahan peserta malam ini tiada yang meninggalkan kesan di hati munna. Cuma rasanya Sepah dan Jambu saja yang agak boleh tahan persembahan mereka malam ini. Minggu depan Maharaja Lawak akan berlangsung dari Kuantan, Pahang seronoknya kalau dapat pergi tengok secara live.

p/s : video Maharaja Lawak sekejap lagi ye...

Renungan Bersama


En3 untuk hari Jumaat ... hari yang mulia... renungkanlah ................

Beringatlah sebelum kita


Blog Adinda Milano Evans Tengah Hot Sekarang Ini

Agak ketinggalan munna dengan cerita yang tengah hot di blog dan Facebook sekarang ini. Gara-gara budak perempuan berumur 14 tahun mengaku yang dia sudah tidak mempunyai dara di blog dia. Gara-gara entry itu menyebabkan ramai yang meghamburkan kata-kata yang kesat dan menghina dia.

Kesian pula munna tengok dia..baru umur 14 tahun dah kena alami pengalaman ini. Nasiblah,  terlajak perahu boleh di undur ... tetapi terlajak kata tanggunglah akibatnya. Bagi munna sudah2 lah kutuk budak tu kesian dia, semoga dia mendapat pengajaran diatas semua ini..

Kalau nak tahu pasal Adinda Evans ni google je lah ye..memang tengah hangat di pasaran dia ni..

Thursday, June 2, 2011

Senaman Khas Untuk Bloger Tegar

Korang semua dah penat blogwalking... ni dia senaman untuk merelakskan dan meregangkan otot-otot kamu semua

Berapa ekor binatang?


Cuba teka ada berapa ekor binatang dalam gambar ni

p/s : sesi relaks kan otak

Wednesday, June 1, 2011

Keajaiban Angka 7


KEAJAIBAN ANGKA 7



oleh Permata Dunia


TUJUH (7) –APAKAH HIKMAHNYA??



1. Allah telah menjadikan 7 HARI dalam seminggu.


2. Allah telah menjadikan 7 LAPISAN langit


3. Allah telah menjadikan 7 LAPISAN bumi.


4. Allah telah menjadikan 7 AYAT di dalam surah al-fatihah.


5. Allah telah menjadikan 7 KALI pusingan TAWAF mengelilingi kaabah.


6. Allah telah menjadikan 7 KALI SAEI antara Shafa dan Marwah.


7. Allah telah menjadikan 7 PINTU SYURGA.


8. Allah telah menjadikan 7 PINTU NERAKA.


9. Allah telah menjadikan 7 PENGHUNI GUA yang tidur selama lebih 300 tahun didalam (Surah Al-Kahfi)


10. Allah telah menjadikan 7 ANGGOTA SUJUD didalam solat (2 kaki,2 lutut,2 tapak tangan dan 1 dahi)


11. Allah telah menjadikan 7 LAUTAN (Mediterranean,adriatik,laut hitam,laut merah,laut arab,Persian,laut kaspia)


12. Allah telah menjadikan 7 BENUA (afrika,amerika selatan,amerika utara,antartika,asia,eropah,oceana)


13. Allah telah menjadikan angka 7 sebagai no ‘prime’(nombor perdana) dlm penyelesaian masalah matematik.Ianya juga digelar sebagai ‘safe prime’/no perdana yg unik.


14. Allah telah menjadikan 7 sebagai penyelesai kebanyakan masalah matematik yang melibatkan nombor kuasa genap,polynomial,vector dan nombor faktor sepunya.


15. Allah telah menjadikan 7 sisi polygon (heptagon), dimana sesebuah polygon sekata dpt dilukis dgn menggunakan jangka lukis,namun tidak bagi Heptagon (7 sisi) yang sekata ini.


16. Allah telah menjadikan 7 sebagai nilai yang paling kerap muncul (kebarangkalian 1/6) apabila dadu dibalingkan,jumlah hasil tambah 2 permukaan yg muncul itu menghasilkan 7


17. “Millenium Prize Problems” merupakan 7 masalah dalam ilmu matematik yang diumumkan oleh “Clay Mathematics Institute”.Hingga kini 6 lagi masalah tersebut belum diselesaikan.


18. Terdapat 7 unit S.I (Standard International) dalam sukatan fizik iaitu (meter,kilogram,saat,ampere,Kelvin,mole, candela)


19. Allah telah menjadikan 7 warna didalam pelangi.


20. Allah telah menjadikan 7 atom karbon didalam setiap molekul Heptana


21. Allah telah menjadikan 7 sebagai nilai ‘NEUTRAL’ antara sifat asid dan alkali.


22. Allah telah menjadikan 7 sebagai nombor atom didalam nitrogen.


23. 7 merupakan bilangan “KALA” didalam jadual berkala (pengelasan unsur kimia)


24. Allah telah menjadikan 7 “Cervical vetebratae”/(tulang belakang leher yang menyambung ke kepala) bagi kebanyakan mamalia.


25. Terdapat 7 jenis virus merujuk kepada “Pengelasan Baltimore”


26. Terdapat 7 tompok hitam diatas badan kumbang jenis “LADYBIRD”


27. Terdapat 7 keajaiban dunia yang telah direkodkan/ 7 wonders of the ancient world.


28. Dan masih terdapat beratus-ratus lagi penggunaan angka 7 yang tidak disenaraikan disini - didalam Bidang Astronomi,Psikologi,Falsafah,Kebudayaan,Penulisan,Kepercayaan Agama (Buddha,Hindu dan Kristian) yang telah direkodkan dan berkemungkinan masih terlalu banyak lagi yang masih belum dikenaslpasti.




Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia atau secara kebetulan melainkan disebaliknya terlindung suatu hikmah besar lagi tersembunyi didalam pengetahuan dan rahsia Allah S.W.T.


Jika ada sesiapa yang bertanyakan saya, angka apakah yang paling disukai…Jawapannya pastilah ANGKA 7


WAALAHUALAM


Prepared By : PermataDunia

Fakta Menarik Tentang Buah Kurma






Tak lama lagi nak masuk bulan puasa. Banyaklah kita tengok orang menjual buah kurma. Munna memang suka buah ni. Wajib ada masa berbuka dan bersahur di bulan Ramadhan. 




FAKTA MENARIK TENTANG KURMA

1. KESIHATAN

a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.


c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam bandannya".

2. KECERDASAN & KECERGASAN

a.Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : "Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi " pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."


BUAH KURMA MAMPU CERDASKAN OTAK
Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."



"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis."

"Kurma boleh dijadikan makanan yang membantu mencegah penyakit kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.

Katanya, buah kurma mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama.

Prof Asiah berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsangkan kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Katanya, kanak-kanak digalakkan memakan banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

"Selain berbuka puasa, kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka'" katanya. - Berita Harian, Selasa 20 Febuari 2001
Related Posts with Thumbnails