Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Dah Tersangkut Dengan Drama Tentang Dhia


Sekarang ini tiap2 petang balik je kerja semuanya munna siapkan kerja cepat-cepat. Kemas rumah dan bersih dan basuh mana-mana yang patut. Masak memang jarang masa weekdays sebab munna selalunya masak bila weekend ataupun bila cuti kerja.

Semuanya gara-gara dah tersangkut dengan drama Tentang Dhia ni...  kalau dah tengok  dari episod mula memang mudah ketagih di buatnya.. tak sabar-sabar nak tengok sambungan cerita esoknya dan seterusnya. Suka tengok Nora Danish yang comel dan Adi Putra yang cool dan macho dalam drama ini.


Nora dan Izreen yang bawa watak Meli dalam drama ini.. memang sakit hati tengok watak Meli dalam darama ini.. rasa nak cili-cilikan je mulut dia.


Comel jer Nora Danish bawa basikal ni....

Nasib baik kakak Meya suka juga layan citer ni jadi takdelah nak berebut tv dgn dia... sampaikan dia boleh hafal dah lagu tema drama ni.. 

Sunday, October 16, 2011

Dah Habis Tengok 54 Episod


Hari tu munna ada citer kan yang munna tengah gigih nak menghabiskan tengok drama korea Jewel in the palace ni secara online. Akhirnya habis juga 54 episod itupun ada yg munna forwardkan mana2 scene yg tak mendebarkan.

Lepas ni plan nak tengok drama jepun pulak... ingat nak tengok Beautiful Life. Antara citer jepun yang munna suka lagi-lagi sebab ada Takuya Kimura dalam drama ini.



Wednesday, October 12, 2011

Drama Jiwa & Lara Tak Boleh Tak Tengok


Sekarang ini.. munna dah tertambat dengan drama ni. Setiap malam selasa hingga khamis mesti setia tengok drama ni. Suka tengok Aaron Aziz dalam cerita ni walaupun dia jahat sangat.



Monday, October 3, 2011

Layan Citer Korea Jewel In The Palace


Walaupun dah pernah tengok cerita ni...tapi masih tak jemu munna ulang tengok cerita ni. Rasanya ni kali ketiga munna tengok cerita ni. Kali ni tengok online dekat Maadu je sebab original dvd cerita ni ada yang pinjam tapi tak tahu nak pulang balik.


Gara-gara cerita ni lah munna gilakan kdrama. Suka tengok adengan masak2 dalam cerita ni.

Baru habis tengok 3 eps ada lagi 50 eps nak khatam citer ni....

Monday, August 1, 2011

Marathon Tengok Sinetron Dewi


Terjebak sudah.... kalau dah tengok episod pertama mesti akan terjebak nak tengok eps seterusnya. Kebetulan channel bintang saluran 141 tayang sinetron ni secara marathon hari sabtu dan ahad lalu, munna pun terpaku depan tv layan sinetron ni. 

Pelakon heroin utama dia Rianti Cartwright muka dia sangat iras dengan  Diana Danielle dan ada Luna Maya yang kontoversi dan pujaan hero Indonesia Baim Wong. 

SINOPSIS

DEWI [Rianti Cartwright] adalah gadis kampung yang ayu, lugu, ceria, dan selalu optimis. Begitu lugunya Dewi sampai-sampai dia percaya seribu persen pada GUSTAF [Ibnu Jamil], teman sekaligus jodohnya sedari kecil. Dengan senang hati, Dewi menerima tawaran Gustaf untuk ikut dengannya bekerja di Jakarta.
Ternyata apa yang dijanjikan Gustav tidak seindah kedengarannya. Gustaf ternyata hanyalah seorang supir keluarga kaya. Selain itu ia ternyata juga terjerat hutang dengan BOS JOSH [David Hoffman]. Karena tidak sanggup membayar hutang, Gustaf pun mengiyakan permintaan Bos Josh untuk menyerahkan Dewi untuk melunasi hutang-hutangnya. Dewi yang tahu niat buruk Gustaf pun akhirnya berhasil kabur.
Dalam pelariannya, Dewi diselamatkan oleh ANDRE [Baim Wong], lelaki tak dikenal yang baik hati mau menolongnya, hingga ia pun bebas dari kejaran anak buah Bos Josh. Andre pun memaksa Dewi untuk ikut ke rumahnya, karena ia menyangka Dewi adalah SITA, calon istrinya. Dewi yang masih bingung tak kuasa menolak ajakan Andre, karena Andre tak mau mendengar penjelasannya.
Sesampainya mereka berdua di rumah, betapa kagetnya anggota keluarga Andre,NENEK WIDYA [Mieke Wijaya], TANTI – Ibu Andre [Meriam Bellina], INDY - Ibu Satria [Vicky Burki], & SATRIA [Dimas Seto] melihat kehadiran Dewi, yang sangat mirip sekali dengan SITA. Nenek Widya pun meminta Dewi tinggal di rumah itu untuk merawat Andre, karena ia melihat perubahan positif pada diri Andre saat Dewi di dekatnya. Nenek Widya juga menjelaskan Sita adalah calon istri Andre yang meninggal karena serangan jantung di hari pernikahannya, yang kemudian membuat Andre menjadi depresi. Karena tidak tega, Dewi pun akhirnya menyanggupi. Selain itu Dewi juga teringat akan kebutuhan keluarganya di kampung.
Andre yang masih menganggap kalau Dewi adalah Sita semakin ketergantungan dengan Dewi. ia pun tidak ingin Dewi jauh-jauh dari dirinya. Hal itu membuatLILA [Luna Maya], wanita yang selama ini mendampingi Andre sejak kepergian Sita pun menjadi cemburu. Karena setelah sekian lama ia berjuang mendekati Andre, ia tidak berhasil melenyapkan Sita dari pikiran Andre. Dan setelah kepergian Sita pun, datang lagi ancaman baru, yakni Dewi yang mirip sekali dengan Sita.
Bagaimanakah kisah hidup Dewi selanjutnya? Haruskah ia selamanya berperan sebagai orang lain? Akankah ia akan menemukan kebahagiaan dan cinta sejatinya?


Wednesday, June 22, 2011

Best Juga Layan Drama Ana Lulu Di TV3

Dah 2 episod munna layan drama Ana Lulu di TV3, tengok kakak Meya pun suka  je. Mungkin sebab citer ni tak berat sangat ada komedi dan yg penting sebab baju yg Ana Lulu tu pakai semuanya warna-warna ceria jadi sukalah kakak Meya tengok. Takde pulak dia suruh tukar channel ceria atau Maharaja Lawak...kira oklah dapat juga ummi dia layan drama2 melayu. Suka tengok pelakon Nora Danish yang jadi Ana Lulu sesuai je dengan watak tu sebab dia comel sangat.

Drama Ana LuLu Slot Lestary TV3


ANA LU’LU mengisahkan Ana Lulu (Nora Danish), seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya. Ana bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah kedai bunga bersama seorang kenalan baru, Bunga (Wawa). Konflik percintaan bermula apabila Harris (Kamal Adli) telah jatuh hati terhadap Ana. Walau bagaimanapun, Ana sedang menyulam cinta dengan Fadzil (Adey Syafrien) tanpa menyedari Fadzil sering mempergunakannya demi wang.
Kalau anda masih ingat, Ana Lu’Lu adalah arahan Pierre Andre dan merupakan adaptasi dari telemovie yang pernah ditayangkan di Astro dulu, tapi dulu telemovie ni diberi tajuk Lu’Lu sahaja, dan pelakon utama dulu ialah Yana Samsudin. Drama Ana Lu’Lu ni konsep dan genre tetap sama cuma jalan cerita je lain. Sinopsi Ana Lu’Lu tak dapat lagi. Tapi dengar ceritanya, drama ni ada sikit sikit macam cerita Ugly Betty. Sinopsi nanti akan diupdate.
Watak Nora Danish dalam ni agak gila gila, dan kebudak-budakan sikit, comel dan manja. Ikut kata pengarah dia, Pierre Andre, mungkin drama ni akan mengatasi Adamaya.

Tuesday, June 21, 2011

Sayang Abah...Memang Meleleh Air Mata Di Buatnya

Semalam munna blogwalking ramai blogger yang bercerita tentang drama ini. Kebetulan semalam Astro Prima ulang tayang semula drama itu munna tak lepas peluang untuk menonton drama tu.



Aduhai memang sedih cerita ni..penuh dengan mesej kepada kita semua..sayangilah Abah kita selagi mereka masih ada di sisi kita.

Wednesday, January 12, 2011

Maaduu Tempat Layan Kdrama Online Terbaekkk!!!


Munna memang minat giler dengan cerita korea  ni. Dulu-dulu kalau nak tengok cerita korea yang baru selalunya munna akan download dekat clubbox.Tapi sekarang ni munna dah jumpa port baru untuk layan drama-drama korea ni. Jom terjah sini Maaduu yang bestnya kat sini setiap episod ditayangkan full untuk satu episod takde split macam kan web online yang selalunya pecah-pecahkan satu epsod sampai  file. Loading pun lajunya aje ... jom peminat kdrama semua kita layan temgok drama online kat Maaduu. Munna tengah layan Winter Sonata ni...

Tuesday, August 10, 2010

Legenda Budak Setan..Memang Lagenda



Siapa yang tak pernah baca novel ni dulu... yang baru lahir dalam tahun hujung 90an mungkin ada yang tak pernah baca... tapi kalau zaman munna sekolah dulu ... novel ni memang jadi rebutan kalau ada yang bawa kat sekolah... munna salah seorang yang terjebak dengan novel ni... dulu memang minat giler dengan penulis novel ni Ahadiat Akashah...


Masa tengok Trailer movie.. memang hati membuak-buak nak tengok movie ni kat panggung... tapi apakan daya kat Temerloh ni takde panggung wayang..nak turun kuantan malaslah pulak... gigit jari jelah. ini sinopsis untuk Filem ni:

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

PELAKON: Farid Kamil, Lisa Surihani, Raja Farah, Fazura dan Que Haidar




Tiba-tiba tengok dekat Astro Prima ada drama siri untuk citer ni... alahai sukanya munna dapat jugak nak tengok citer ni... tengok trailer macam best je lagi-lagi diaorang citer masa zaman kasyah sekolah lagi... memang munna tak sabar nak tengok cerita ni....

Sinopsis Drama Lagenda Budak Setan

Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah (lakonan Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Mereka sering dikenakan tindakan disiplin dan turut melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan.

Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (lakonan Maslina Nasir). Kehadiran Ayu di sekolah itu telah berjaya menambat hati dan perasaan Kasyah lalu membuatkan lelaki yang sebelum ini tidak pernah kenal erti kasih sayang jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dan perasaan sayang mulai bercambah. Walau bagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (lakonan Nas T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha (lakonan Arifah Damanhuri) untuk menambat hati Ayu semula. Ayu terpaksa menerima Azmi semula walaupun sebenarnya dia semakin menyayangi Kasyah.

Selepas menamatkan persekolahan, Kasyah membawa hatinya yang luka ke luar negara setelah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di sana. Tidak lama kemudian, Ayu juga ditakdirkan mendapat tawaran di universiti yang sama.

Di sini mereka bertemu semula dan Ayu yang sebenarnya memang berniat mencari Kasyah untuk menebus kesilapannya, berjanji untuk setia setelah mengecewakan Kasyah dan menerima Azmi dahulu. Di sinilah bibit cinta mereka bermula dan perasaan sayang kembali mekar.

Namun segalanya berubah apabila Azmi yang merupakan seorang kaki perempuan sedar yang dia tidak boleh hidup tanpa Ayu. Sekali lagi dia menggunakan Mak Leha untuk memenangi semula hati Ayu. Ayu dijemput pulang oleh Azmi dengan alasan ibunya sakit kuat tapi setibanya di Malaysia, segalanya sudah diatur untuk Ayu bernikah dengan Azmi, dengan izin dari ibunya yang sebenarnya sihat walafiat.

Dalam dilema dan kepedihan, jiwa Ayu tewas dengan rayuan emaknya. Tanpa kerelaan, Ayu terpaksa memenuhi permintaan itu walaupun di sudut hatinya dia terluka dan kecewa kerana dia tahu yang dia telah melukakan hati Kasyah untuk kali kedua.

Hati Kasyah sekali lagi hancur berkecai sewaktu mendapat tahu berita itu dan kini dia tidak lagi seceria seperti sebelumnya. Dia menjadi tidak terurus dan jiwanya tiada lagi cahaya dan harapan untuk menjalani kehidupan mendatang membuatkan dia lebih gemar bersendirian.

Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi semakin berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan perangai “kaki perempuan”nya yang masih tidak berubah. Ayu sering dipukul dan disakiti. Pada satu malam setelah teruk dibelasah Azmi, Ayu telah melarikan diri dan di dalam kekalutan itu kereta yang dipandunya terbabas melanggar pokok.

Mujur nyawanya masih panjang tetapi seluruh wajahnya telah hancur, sehancur hati dan jiwanya. Azmi yang melihat wajah Ayu yang tidak lagi sempurna terus membawa Ayu ke Amerika untuk menjalani pembedahan kosmetik dengan seorang pakar yang terkenal dan Ayu hanya bersetuju jika wajahnya ditukar sama sekali. Ayu kemudiannya menuntut cerai kerana tidak mahu lagi kembali ke pangkuan suaminya dan Azmi terpaksa akur.

Dengan wang pampasan perceraian yang diterimanya dan wajah serta identiti yang baru, Ayu memulakan hidup baru dengan wajah baru serta nama barunya Emilia (lakonan Jue Aziz). Di sinilah satu episod baru bermula dan Ayu, yang kini dikenali dengan nama Emilia mencari semula Kasyah.

Ayu yang cuba mendekati Kasyah dengan identiti baru sebagai Emilia tetapi akhirnya Kasyah dapat juga mengesan identiti sebenar Emilia dan cinta Kasyah yang satu waktu dulu pernah dikongsi bersama Ayu masih tak berubah, malah sanggup menerima Ayu seadanya. Cinta mereka yang masih utuh membenarkan mereka kembali bersama.

Di sinilah keindahan hakiki mula berputik dan sesungguhnya cinta yang suci itu dicampakkan ke api menjadi seri, dicampak ke laut menjadi ikan. Bagaikan tiada apa yang berlaku sebelumnya, mereka meraih cinta sebagaimana pasangan bahagia yang lainnya.

Sehinggalah satu hari, Azmi sekali lagi muncul membawa petaka sehingga menyebabkan suatu kejadian. Kejadian yang membawa kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita cinta ini?

Untuk mengetahui jawapannya, saksikan drama Lagenda Budak Setan yang bakal bersiaran setiap Selasa bermula pada 10 Ogos ini jam 10.30 malam menerusi Astro Prima di saluran 105.

Drama bersiri Lagenda Budak Setan turut menampilkan gabungan barisan pelakon baru dan lama dan diterajui oleh pelakon terkenal dan juga pengarah filem muda, Farid Kamil yang memegang watak Kasyah serta pelakon jelita yang baru meningkat naik,Maslina Nasir yang akan memegang watak Ayu.

Turut menjayakan drama bersiri ini ialah Jue Aziz sebagai Emilia, Melissa Maureen Rizal sebagai Katerina, Nas T sebagai Azmi, Arifah Damanhuri sebagai Mak Leha dan Ngasriah Ngasri sebagai Suzana.

Credit to Murai .Com


Thursday, July 15, 2010

Coffee House Drama Series

2 eps je lagi munna nak habiskan cerita Personal Preference. Munna dah plan lepas ni nak layan drama Coffe House. Tgk trailer macam best je.... hero dah ok tapi tak berepa suka dengan heroin...



Title: 커피하우스 / Coffee House
Previously known as: 페이지 원 / Page One
Genre: Romance
Episodes: 16-20
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2010-May 17 to TBA
Air time: Monday & Tuesday 20:55

Cast

Kang Ji Hwan as Lee Jin Soo

Park Si Yeon as Seo Eun Young



Jung Woong In as Han Ji Won
Ahn Kil Kang as Seung Yeon's dad
Kim Ji Young as Seung Yeon's grandmother
Jung Soo Young as Oh Hyun Joo
Jin Sung (진성 as Park Young Chul
Lee Soon Jae
Heo Tae Hee
Jung Joon Ho (cameo, ep1-2)


Synopsis

Lee Jin Soo made it big after writing several thriller novels and established himself as a talented novelist.He works for Seo Eun Young and has a long time friendship with her. She is the owner of the biggest publishing company in Korea. Lee Jin Soo has lots of fans, specially female ones, and he seems to be the perfect match for any woman, but what no one knows is that in fact he is a bit weird and sarcastic and has lots of strange habits combined with his perfectionist to the extreme behavior and holds a dark secret... Who has to cope with him and his habits is his secretary, Kang Seong Yeon who begged him for this job to become a pro instead of the below average girl that she really is. On top of that there is also the return of Han Ji Won, Seo Eun Young ex-fiance, who she despises, Han Ji Won is trying to get Seo Eun Young back, but she has her eyes set to Lee Jin Soo.

source:-
wiki.d-addicts
Related Posts with Thumbnails