Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 Finale


Malam ini finale bagi program Maharaja Lawak Mega. Tema minggu terakhir ni ialah muzikal komedi dan freestyle. Siapalah agaknya yang bakal di nobatkan menjadi juara.
Pilihan pertama munnna rasanya kalau ada Johan munna rasa Jozan mungkin boleh menang, tapi sebab dia takde nampak Zizan macam susah nak buat lawak seorang2 kat atas pentas tu. Tapi mana tahu kalau Johan buat come back untuk finale ni.

Kalau tak mungkin Jambu akan jadi juara, memang lawaklah diaorang berdua ni. Shiro pun hujung-hujung ni munna rasa diaorang punya persembahan memang lawak, memang boleh bagi saingan sengit pada otai2 yang lain. Apa-apa pun kitu tunggu dan lihat malam ni.
Pic ehsan en google






Sunday, April 22, 2012

Konsert Mania Minggu Ketiga Terbaik


Program Mania ni buat munna setia di depan tv setiap minggu pada hari sabtu malam. Dah masuk minggu ketiga, semua artis buat persembahan yang terbaik dan mantap. Susah nak pilih artis yang mana satu harus diundi keluar setiap minggu kerana semuanya hebat-hebat dan sentiasa membuat yang memukau. 

Setakat ni munna suka Stacy sebab persembahan dia pelbagai dan sentiasa berubah setiap minggu, Jaclyn Victor pun best juga lagi2 dengan vokal dia yang mantap, Hazama pun best sentiasa ada kelainan pada persembahan dia setiap minggu tak lupa juga Hafiz dan Akim.

Rasanya konsert Mania malam tadi memang terbaik ...semuanya bagi persembahan yang mabtap dan meletopsss.......

Thursday, March 22, 2012

Saksikan Karoot Komedia Malam Ini Di Astro Warna


Dah macam duta Astro Warna pulak rasanya. Malam ini jangan lupa saksikan Karoot Komedia jam 10 malam di saluran Astro Warna ye. Munna kalau rancangan komedi macam ni memang suka..lagi-lagi kalau lawak yang spontan.

Konsep baharu Karoot Komedia


KAROOT KOMEDIA turut menampilkan pelakon residen pada setiap episod yang sebahagian besarnya merupakan pelawak-pelawak yang sudah mencipta nama.


Sejajar dengan konsep Astro Warna (saluran 132) yang ingin sentiasa memberikan program lawak berkualiti kepada penonton mereka, sebuah rancangan komedi terbaharu, Karoot Komedia bakal disajikan kepada penonton yang inginkan komedi secara berterusan.
Karoot Komedia merupakan sebuah program komedi muzikal yang berdurasi selama 30 minit. Melalui gabungan muzik dikir barat serta lakonan sketsa pelakon komedi terkenal, Astro Warna menjanjikan program ini bakal menyerlahkan sisi lain serta konsep baharu rancangan komedi yang sedia ada di Astro Warna kini.
Karoot merupakan perkataan yang lahir daripada tukang karut yang bertindak sebagai pencerita semasa dikir barat. Istilah komedia pula lahir daripada perkataan Greek iaitu comedia iaitu gelaran kepada teater komedi di Greek.
“Antara keunikan yang bakal diselitkan menerusi Karoot Komedia adalah penampilan kumpulan dikir barat yang mengikut tema sketsa pada rakaman minggu tersebut.
“Selain itu, kami juga tampilkan pelawak-pelawak yang diminati ramai seperti Ebby Yus, Johan, Jep Sepahtu, Jihan Raja Lawak serta Yus Raja Lawak yang menjadi pelakon residen program ini setiap minggu.
“Konsep seperti ini dipilih kerana kami mahu berikan sesuatu yang berbeza kepada penonton. Idea ini juga tercetus setelah saya, Sabri Yunus dan Husin Saaban mencapai kata sepakat mahu menghasilkan sesuatu yang akan membuatkan penonton tidak berganjak dari depan kaca TV dari mula hingga ke akhir program,” jelas Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai tentang konsep yang dipilih.

KELAINAN Karoot Komedia dijana menerusi penampilan kumpulan dikir barat yang akan berubah penampilan mengikut teman yang berbeza pada setiap minggu.


Apa yang menariknya, kumpulan dikir barat akan mengikut tema judul pada minggu tersebut. Sebagai contoh, jika tema rakaman minggu itu ialah tentang Mat Rempit, maka ahli dikir barat akan berpakaian seperti Mat Rempit iaitu dengan memakai topi keledar dan koreografi juga akan menjurus kepada aksi merempit.
Selain itu juga, para pelakon residen akan ditentukan watak mereka oleh penonton yang hadir dan mereka juga tidak diberi skrip serta dialog. Namun, sebelum program dirakam, mereka akan diberitahu secara ringkas tentang jalan cerita yang akan dipilih kelak.
“Jalan ceritanya pula dipilih mengikut isu semasa yang popular dan sememangnya kami selitkan teladan dan mesej yang boleh memberi pengajaran kepada penonton. Kami memang mahu wujudkan mesej melalui komedi supaya ia mudah diterap penonton.
“Alhamdulillah sepanjang rakaman, ia sangat mendapat sambutan daripada penonton yang hadir ke studio. Apa yang dilihat, mereka juga sangat enjoy ketika menonton Karoot Komedia,” kata Bob lagi.
Apa yang boleh disimpulkan, penonton pasti tidak kering gusi menonton program baharu Karoot Komedia dengan sajian lawak spontan yang dilakonkan pelawak-pelawak residen yang dipilih.
Program itu bakal bersiaran bermula 22 Mac setiap hari Khamis pukul 10 malam.

Friday, March 16, 2012

Mania Di Astro Ria Bermula

 

Asyik tengok iklan promo rancangan ni aje sekarang ni kat Astro Ria. Pandai betul Astro ni dah takde Akademi Fantasia diaorang buat rancangan realiti nyanyian yang terbaru.

Mania merupakan satu rancangan hiburan bercorak pertandingan nyanyian melibatkan artis-artis terkemuka tanahair mas kini. Sesuatu yang unik mengenai Mania ialah ianya akan menggandingkan para artis hebat ini dengan ikon-ikon penerbitan muzik yang gah dalam industri muzik. Sepanjang 10 minggu pertandingan ini berlangsung, para penonton akan menyaksikan hasil gandingan artis terkenal dengan ikon penerbitan muzik ini di pentas. Siapa yang terhebat di antara artis-artis hebat ini? Anda selaku penonton yang akan menentukannya melalui undian SMS anda

Berikut merupakan senarai 12 artis yang terpilih menjadi peserta program mania 2011 astro ria
  1. Stacy AF6
  2. Jaclyn Victor
  3. Hafiz AF7
  4. Shila Amzah
  5. Hazama AF9
  6. Atilia
  7. Akim AF7
  8. Alyah
  9. Adira AF8
  10. Estranged
  11. Kristal
  12. Awi Rafael
Manakal 3 orang lagi akan dipilih melalui undian dari peminat di laman web rasmi “Mania”.
Pemenang tempat pertama “Mania” akan membawa pulang wang tunai RM500,000, kedua RM200,000 dan ketiga pula ialah RM100,000. Penerbit muzik atau ikon yang berjaya membawa ‘anak murid’ mereka bergelar juara akan membawa pulang wang tunai RM300,000.

Update : Tiga lagi artis yang di undi ialah Ebi AF, Aril AF dan Chaq






Tuesday, March 13, 2012

Demam Bella

Aduhai sejak ada Astro Bella ni....munna dah kena demam layan telenovela rasanya. Hari-hari mesti  kena tengok sebab dah tengok dari mula lagi. Tapi munna suka layan cerita Filipino terutama cerita Rivals Dan Fish Port Princess. 

Magkaribalposter-1.jpg



Tapi nak tengok Astro Bella ni bila budak kecik berdua tu dah tidor je sebab tak sesuai untuk budak-budak lagi2 kakak meya yang banyak tanya tu. Tak terjawap semua pertanyaan dia.

Telenovela Empartiz pun best juga ... lagi yang jadi heroin tu dlm telenovela ni Gabreilla Spanic yang berlakon dalam La Usurpadora dulu.



Thursday, October 13, 2011

Maharaja Lawak Gabungkan 47 Otai Pelawak Dari 3 Negara

Tengok dalam iklan kat Astro macam best je Maharaja Lawak Mega ni. Lagi-lagi ia menggabung pelawak-pelawak dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Akan mula bersiaran di Astro Warna pada 28 Oktober ini. 


Info Lanjut DISINI


Friday, July 1, 2011

Siapa Akan Dinobatkan Sebagai Juara Imam Muda Musim Kedua Malam Ini


Malam ini siapa bakal di nobatkan sebagai juara Imam Muda musim kedua bakal terjawab. Diantara Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazarul siapa pilihan anda.


Apapa pun kita tunggu saja malam ini.

P/s : Munna suka kalau Imam Muda Nazarul yang menang

Tuesday, June 21, 2011

Sayang Abah...Memang Meleleh Air Mata Di Buatnya

Semalam munna blogwalking ramai blogger yang bercerita tentang drama ini. Kebetulan semalam Astro Prima ulang tayang semula drama itu munna tak lepas peluang untuk menonton drama tu.



Aduhai memang sedih cerita ni..penuh dengan mesej kepada kita semua..sayangilah Abah kita selagi mereka masih ada di sisi kita.

Sunday, June 19, 2011

Astro..... Cakap Tak Serupa Bikin

Dah la sentap dengan Gdex sebab lambat hantar smart card Astro pada munna. Bila dah dapat smart card tu pulak buat hal....asyik invalid je. Munna call Astro katanya mungkin ambil masa 24 jam untuk smart card tu di aktifkan... ini dah 5 hari masih lagi tak terima siaran yang keluar cuma invalid smart card. Hari-hari munna call Astro katanya mungkin masalah satelit je... tiba-tiba call hari ni katanya sebab smart card tu rosak... Bengang betul munna di buatnya.... diaorg tak test dulu ke smart card tu... RM 80 tu untuk sekeping smart card... jangan hantar yang baru diaorang caj lagi sudahlah.... Dah la nak naikkan lagi caj bulanan...perkhidmatan hampeh....oooo Astro....

Friday, May 20, 2011

Hujan Sikit Aje Pun Nak Merajuk

Malam kelmarin hujan turun kat Temerloh ini. Hujan rahmat betul bila dah panas terik di siang hari bila Allah turunkan hujan memang bahagia rasanya sejuk sikit malam tu, tidur pun sedap aje ... 

Tapi yang buat munna naik angin ialah siaran ASTRO yang kejap-kejap ada, kejap-kejap hilang macam biskut. Kalau hujan tu turun dengan lebatnya dan lama  bolehlah kan nak marah tiada siaran tapi ini hujan  yang lebatnya sekejap je lepas tu dan renyai-renyai siaran masih lagi takde. Terbantut nak tengok program Bersamamu malam tu. Dah lah tu lama pulak tu.. Kenapalah takde ke resolusi yang terbaik pihak ASTRO dapat berikan untuk menyelesaikan masalah ini.. rasanya bayaran bulanan diaorang pun dah naik patutnya tingkatkanlah lagi mutu perkhidmatan ASTRO.

Malam ni jangan buat hal lagi sudah lah.. tengok kat luar awan mendung hitam dah mula nak berkumpul tu.. Nanti kalau hujan nanti tak dapat nak tengok Imam Muda dan Maharaja Lawak malam nanti. Ulangan ada.. tapi macam tak best bila tak tengok live time tu juga....
Related Posts with Thumbnails