Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Mania Di Astro Ria Bermula

 

Asyik tengok iklan promo rancangan ni aje sekarang ni kat Astro Ria. Pandai betul Astro ni dah takde Akademi Fantasia diaorang buat rancangan realiti nyanyian yang terbaru.

Mania merupakan satu rancangan hiburan bercorak pertandingan nyanyian melibatkan artis-artis terkemuka tanahair mas kini. Sesuatu yang unik mengenai Mania ialah ianya akan menggandingkan para artis hebat ini dengan ikon-ikon penerbitan muzik yang gah dalam industri muzik. Sepanjang 10 minggu pertandingan ini berlangsung, para penonton akan menyaksikan hasil gandingan artis terkenal dengan ikon penerbitan muzik ini di pentas. Siapa yang terhebat di antara artis-artis hebat ini? Anda selaku penonton yang akan menentukannya melalui undian SMS anda

Berikut merupakan senarai 12 artis yang terpilih menjadi peserta program mania 2011 astro ria
  1. Stacy AF6
  2. Jaclyn Victor
  3. Hafiz AF7
  4. Shila Amzah
  5. Hazama AF9
  6. Atilia
  7. Akim AF7
  8. Alyah
  9. Adira AF8
  10. Estranged
  11. Kristal
  12. Awi Rafael
Manakal 3 orang lagi akan dipilih melalui undian dari peminat di laman web rasmi “Mania”.
Pemenang tempat pertama “Mania” akan membawa pulang wang tunai RM500,000, kedua RM200,000 dan ketiga pula ialah RM100,000. Penerbit muzik atau ikon yang berjaya membawa ‘anak murid’ mereka bergelar juara akan membawa pulang wang tunai RM300,000.

Update : Tiga lagi artis yang di undi ialah Ebi AF, Aril AF dan Chaq






Thursday, February 23, 2012

Selamat Pengantin Baru Yusry Dan Lisa Surihani (Gambar)

Gambar sekitar majlis Pernikahan Yusry KRU dan Lisa Surihani





Tahniah buat mereka berdua... semoga jodoh mereka berkekalan ...

credit to beautifulnara

Friday, January 20, 2012

Al-Fatihah ~ Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia



Al -Fatihah buat arwah Izwan Pilus yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada petang tadi kerana jangkitan kuman pada paru-paru pada jam 6.15 petang tadi. Berita kematiannya telah di sahkan sendiri oleh adiknya penyanyi Aril AF dalam twitter nya. Salam takziah buat ahli keluarganya.


Tahniah Sir Ally Iskandar


Teringat lagi pada Sir Ally Iskandar yang pernah mengajar di tempat munna belajar dulu di Yayasan Pelajaran Malyasia. Bila terserempak dengan Sir Ally budak2 semuanya teruja terumata sekali student perempuanlah. Masa dia mengajar dulu dia dah mula jadi pengacara sambilan di TV3 masa tu.

Sir Ally orangnya kecik je tapi memang peramah dah suka senyum. Tahniah pada dia kerana dah bertemu dengan si jantung hati.

Monday, October 17, 2011

Yang Mana Satu

Ingatkan nak layan citer Jepun tapi tak jadilah pulak... tetap nak layan Kdrama gak. Tengah nak pilih antara 2 drama ini

 
 My Fair Lady

Munna suka sebab ada heroin Yoon Eun Hye


Secret Garden

Ini pula sebab ada hero Hyun Bin yg  memang munna minat sejak tengok dia berlakon dalam My Lovely Samsoon. Cerita ini Diana Senyum-Senyum yang rekomenkan. Survey dulu lah...

Thursday, October 13, 2011

Maharaja Lawak Gabungkan 47 Otai Pelawak Dari 3 Negara

Tengok dalam iklan kat Astro macam best je Maharaja Lawak Mega ni. Lagi-lagi ia menggabung pelawak-pelawak dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Akan mula bersiaran di Astro Warna pada 28 Oktober ini. 


Info Lanjut DISINI


Saturday, October 1, 2011

Majlis Pernikahan Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub

Alhamdulillah..... selamat sudah Nabil menjadi suami kepada Nazirah. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya....





Sama cantik dan sama padan....

Friday, July 1, 2011

Trailer Filem Hantu Bonceng Dan Sinopsis

Sebab ada Zizan Maharaja Lawak rasa tak sabar-sabar nak tengok cerita ni. Kalau Mamat Khalid yang punya filem rasanya mesti kelakar tapi filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham. Harap-harapnya kelakar lah... Filem ini akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti....






Mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.
Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

Friday, April 8, 2011

Usop Wilca Dalam Anugerah Bintang Popular 2010

Cer layan video Usop Wilca ni... suka tengok dia sekarang ni.. layan radio Hot Fm tu gelak je dengar lawak dia...

Monday, April 4, 2011

Fasha Sandha Menang Anugerah Pelakon Tv Wanita Popular 2010


Walaupun banyak kontroversi yang melanda dan di kutuk oleh pelbagai pihak tetapi dia tetap menang
Anugerah Pelakon Tv Popular 2010. Rupanya masih ramai yang suka dan sayangkan Fasha ini. Rezeki dia untuk menang ..lagipun sekarang ni banyak betul drama series yang dia berlakon tengah di tayangkan kat tv. Memang tengah hot dan laku macam pisang goreng Fasha sekarang ni. Tahniahlah buat Fasha Sandha

Anugerah Bintang Paling Popular 2010 Milik Shaheizy Sam



Tak berganjak munna depan tv gara-gara melayan ABP kali ni. Seronok tengok gandingan kak Engku, Zizan dan Sharifah Shahira mengacara ABP kali ini. Sesuai gandingan diaorang yang penting Zizan menang pelakon komedi paling popular kali ini.

Tahniah pada Shaheizy Sam sebab menang Anugerah Artis Paling Popular. Memang dia sekarang ni tengah top dan meletup kan. Filem dia pun dah box office kan.... kira keputusan ABP kali ni semuanya oklah

Saturday, January 22, 2011

Janganlah Asyik Buat Lawak Saja!!

Baru-baru ini melayan Kakak Meya tengok Ceria, terlayanlah satu Game show kanak-kanak kat saluran ni.. Gerak Geri Gasing namanya. Game Show ni sebenarnya untuk budak-budak  tapi masa munna tengok ni ada selebriti jemputan yang main bersama dengan kanak-kanak ini. Masa tu artis yang dijemput ialah Nabil, Johan Raja Lawak, Marsha AF dan Farah AF.

Yang tak bestnya dua orang raja lawak ni, masa tengah bertanding dengan budak-budak tu diaorang boleh buat main-main sambil berlawak aje. Yang budak jadi partner diaorang punyalah bersungguh-sungguh. Bila kalah kesian tengok budak-budak siap ada yang nangis lagi. Nasib baik si Zoey pengacara tu alert tolong pujuk. Lain kali tak payahlah jemput diaorg ni kesian budak-budak yang datang dari jauh berkobar-kobar semangat  masuk gameshow nak menang dan dapat hadiah, tetapi disebabkan pak lawak duaorang ni diaorg kalah.

Tuesday, January 11, 2011

Trafik Blog Munna Sedap Gara-Gara Ana Rafali

Gara-gara Ana Rafali menang AJL 25, tempias ke blog munna punya trafik. Hari ini dalam sejarah blog munna punya pageview cecah 300 sebelum pukul 6 petang biasanya nak cecah 150 pun susah. Hari ini kebanyakan blogger semua buat posting pasal Ana Rafali ini. Disebabkan keputusan juri mengejutkan jadi ramai yang tak puas hati. Semua pakat nak tahu pasal Ana Rafali ni ye!



Tengok keyword yang munna print screen dlm pukul 5 pm semalam. Semua keyword yang keluar cari pasal Ana Rafali kat blog munna. Bertambah femes lah si Ana Rafali lepas ni

Monday, January 10, 2011

Ana Rafali Juara AJL 25... Ada Aku Kesah!!!!

Lain yang dicanang-canang , orang lain pula yang menang. Seriyes munna punya tekaan takde satu pun yang mengena. Tapi kemenangan Faizal Tahir untuk persembahan terbaik memang berbaloi.

Ana Rafali Juara AJL 25

Tak kisahlah siapa yang menang.... rasanya tahun ini agak kurang sikit dari tahun lepas yang munna rasakan AJL terbaik setakat ini. Tapi munna memang berpuashati dengan persembahan penutup oleh tiga diva tersohor negara kita... tak kisahlah siapa yang menang pun... Ada Aku Kesah!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, January 1, 2011

Baru Je Masuk Tahun Baru Dah Ada Berita Sedih!!

Masa blogwalking tadi terbaca berita yang menyedihkan Faizal Yusof meninggal dunia di blog Zairie




 munna lepas je tengok cerita Adamaya memang minat dengan dia dengan dia ni. Muda lagi dan kerjaya pun baru nak naik...tapi ajal maut ditangan tuhan kan. Al- Fatihah buat keluarga Faizal Yusof .

p/s : Arwah ni duda pada Siti Nordiana kan?
Related Posts with Thumbnails