Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Al-Fatihah Buat Arwah Norma Telah Pergi Selamanya

Al-Fatihah..... semoga arwah dicucuri rahmat




Norma telah pergi buat selamanya...

Assalamualaikum..

Untuk makluman semua yang mengikuti kisah Norma dan Talib.. Norma telah meninggal dunia pada pukul 1.00 pagi tadi dan jenazah dimandikan di hospital Serdang dan terus di bawa ke Pontian subuh tadi.. Sekarang Moon dan keluarga dalam perjalanan ke Pontian.. Mama (Ibu mertua Moon) dari Taiping juga dalam perjalanan ke Pontian.. Moon akan berada di Pontian sehingga malam ini selepas tahlil, Insya Allah..

Moon ucapkan terima kasih buat semua yang prihatin selama ini.. harap halalkan makan dan minum arwah dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Norma... terima kasih.


Tuesday, February 28, 2012

Al- Fatihah Buat Sahabatku Nur Maisarah Binti Hashim


Seawal pagi ini munna di kejutkan dengan panggilan dari boss munna yang mengatakan Sarah dan meninggal dunia... keluar airmata mengalir dengan lajunya bila munna sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Menyesal pun ada juga ...sebab hari Jumaat lepas boss munna ada cakap yang arwah sarah di tahan di wad Hospital Temerloh... tapi munna tangguhkan nak pergi melawat arwah. Bila dapat berita pagi ni..memang terkilan sungguh rasanya.

Arwah ialah sepupu boss munna dan pernah bekerja di ofis munna pada tahun 2009 selepas dia tamat Politeknik. Jadi sebelum dapat kerja  tetap dia bekerja dulu di sini selama hampir setahun sebelum bertukar ke Felda . Untuk pengetahuan rakan-rakan arwah masih muda lagi iaitu 26 tahun dan meninggal di sebabkan barah kalau tak silap munna. Arwah baru je tahu beliau menghidap barah tahun lepas rasanya. Kawan-kawan marilah sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Thursday, February 23, 2012

Al-Fatihah Buat Adik Faris


Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah  buat adik Faris. Sesungguhnya tempat mu adalah di syurga. Hilang sudah penderitaanmu. Al-Fatihah...



Friday, January 20, 2012

Al-Fatihah ~ Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia



Al -Fatihah buat arwah Izwan Pilus yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada petang tadi kerana jangkitan kuman pada paru-paru pada jam 6.15 petang tadi. Berita kematiannya telah di sahkan sendiri oleh adiknya penyanyi Aril AF dalam twitter nya. Salam takziah buat ahli keluarganya.


Dua Bayi Mati Tersedak Susu Di Pusat Asuhan ... Kenapa Tak Ambil Iktibar


Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan


2012/01/20

KELUARGA dan sahabat  salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam. 

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu. 

Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga. 

“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama. 

“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya. 
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini. 

Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu. 

“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian. 


Sumber

Bila baca berita ini buat munna rasa sakit hati.. kenapalah kejadian macam ni berulang lagi walaupun sudah banyak kisah begini terjadi dan di paparkan di akhbar. Harap-harap lepas ni akan di kenakan hukuman yang berat pada pihak taska bila terjadi kejadian macam ni.

Friday, December 2, 2011

Al-Fatihah Buat Arwah Rara Zikri (ZARITH NADHIRA BT MOHAMAD ZIKRI)


Mungkin ada yang pernah lihat kisah tentang Rara Zikri di di TV3, MHI dan Nona. Munna lihat kisah Rara ni di Nona. Memang besar dugaan buat ibu Rara yang selama ini melihat anaknya membesar dengan ceria, cerdik dan cantik tiba-tiba menjadi insan kurang upaya sekelip mata dan hari ini telah di jemput kembali  oleh penciptanya Allah SWT. Al- Fatihah buat arwah.




Friday, October 21, 2011

Bekas Pemimpin Libya Muammar Gadaffi Mati Di Tembak

Semalam berita mengatakan bekas pemimpin Libya Muammar Gadaffi telah mati ditembak. Seorang lagi musuh ketat Amerika Syarikat dah di bunuh nampaknya makin berkuasalah Amerika lepas ni.


Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarka Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.
IMEJ yang dirakam melalui telefon kamera menunjukkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi cedera parah sebelum disahkan terbunuh dalam serangan pejuang revolusi di bandar kelahirannya, Sirte, Tripoli, hari ini. -
Menteri PeneranganLibya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.
“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya….Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.
Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.
Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.
Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.
Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.
Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. – APAS


Gambar Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi terbunuh

Monday, October 3, 2011

Campak Bayi Dari Tingkat Atas ...Tergamaknya Kamu Wahai Ibu

Berita yang munna dengar tadi di Buletin Utama memang buat rasa sedih , marah, geram dan bercampur baur semuanya. Sanggup ibu kandung yang berusia 19 tahun campak anak sendiri. Ya Allah...apalah dosa bayi tu... Itulah kerana dosa sendiri anak yang tak berdosa jadi mangsa.... Masa buat dosa tak ingat tu semua ....Al-Fatihah buat baby yang tak berdosa 

Sunday, July 31, 2011

Aleesya Farhana @ Mohd Asyraf Hafiz Abd Aziz Meninggal Dunia

Aleesya farhana Meninggal dunia akibat serangan jantung. Aleesya farhana atau nama sebenar Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital malam tadi kerana serangan jantung dan tekanan darah rendah. Al-Fatihah.Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Credit Melvister

Monday, May 23, 2011

Al-Fatihah Buat Mangsa Korban Tragedi Tanah Runtuh Di Madrasah Al-Taqwa


Lihatlah wajah ceria dan gembira mereka .. begitu tenang dan damai di hati melihat kegembiraan mereka. Gambar ini diambil sebelum kejadian tanah runtuh yang telah meragut sebahagian nyawa penghuni Madrasah ini. Mari kita sedekahkan Al-Fatihan buat yang telah pergi dan doakan yang cedera agar lekas sembuh 

Thursday, May 19, 2011

Al-Fatihah Buat Blogger Telor Dibasuh

Munna baru je dapat berita mengenai pemergian seorang lagi blogger kembali ke Rahmatullah. Rasanya ramai rakan-rakan yang pernah singgah ke blog arwah iaitu Telor Dibasuh. Mari kita sedekahkan Al- Fatihah buat arwah.


Tuesday, February 22, 2011

Majlis Harijadi Kasih Dan Bacaan Yassin Untuk Arwah Abang Ipar

Ahad lepas family munna adakan majlis bacaan yassin untuk arwah abang ipar munna dan sambutan harijadi anak saudara munna  Zalifa Kasih Nasuha yang sepatutnya diadakan sehari selepas pemergian arwah....tetapi di tundakan pada hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hadiah yang munna  ceritakan hari tu pun dah sampai pada tuannya


Kaum-kaum ibu membaca surah Yassin...itupun ramai lagi yang duduk di beranda.. sebab dah tak muat nak masuk rumah


Menu utama untuk majlis ini ialan mee kari dan meehun goreng


Kuih-kuih pula ada puding, agar-agar, pai tee, kuih sagu, lompang dan kasui




Tengah beratur nak ambil makanan... jammed kat situ semua berebut nak ambil makanan


Birthday kek

Ini birthday girl untuk majlis ini

Sudirman Hj. Arshad Tetap Dalam Kenangan



Hari ini genap 19 tahun pemergian insan seni yang terulung pernah kita miliki. Bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah arwah Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Kalau munna pergi ke tanah perkuburuan Kg. Chengal masa Aidilfitri selalunya munna akan singgah ke kubur arwah untuk membaca Al-Fatihah. Biasanya kubur arwah memang sentiasa di kunjungi oleh orang ramai.

Monday, February 14, 2011

Terima Kasih Semua!

Terima kasih munna ucapkan pada semua sahabat-sahabat yang sudi membacakan Al-Fatihah buat arwah abang ipar munna dah ucapan takziah yang diberi telah pun munna sampaikan pada kakak munna. Beliau amat terharu walaupun sahabat semua tak pernah bersua muka tetapi masih sudi sedekahkan arwah dengan bacaan Al-Fatihah. Yang pergi tetap pergi .. yang tinggal harus tabah menghadapi. Walaupun sedih dengan pemergian arwah kami redhakan...Al-Fatihah...Amin

Al-Fatihah Buat Abang Ipar Munna

Assalamualaikum...


Mohon Dari sahabat-sahabat semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat abang ipar munna AHMAD RITAUDDIN BIN JANTAN yang menyahut seruan ilahi pada 12/2/2011

Klik sini utk cerita pasal abg ipar munna

Saturday, January 1, 2011

Baru Je Masuk Tahun Baru Dah Ada Berita Sedih!!

Masa blogwalking tadi terbaca berita yang menyedihkan Faizal Yusof meninggal dunia di blog Zairie




 munna lepas je tengok cerita Adamaya memang minat dengan dia dengan dia ni. Muda lagi dan kerjaya pun baru nak naik...tapi ajal maut ditangan tuhan kan. Al- Fatihah buat keluarga Faizal Yusof .

p/s : Arwah ni duda pada Siti Nordiana kan?
Related Posts with Thumbnails