Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Penyusuan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan Bayi. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Dua Bayi Mati Tersedak Susu Di Pusat Asuhan ... Kenapa Tak Ambil Iktibar


Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan


2012/01/20

KELUARGA dan sahabat  salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam. 

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu. 

Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga. 

“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama. 

“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya. 
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini. 

Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu. 

“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian. 


Sumber

Bila baca berita ini buat munna rasa sakit hati.. kenapalah kejadian macam ni berulang lagi walaupun sudah banyak kisah begini terjadi dan di paparkan di akhbar. Harap-harap lepas ni akan di kenakan hukuman yang berat pada pihak taska bila terjadi kejadian macam ni.

Thursday, January 19, 2012

Bangga Dapat Berikan Anak Susu Ibu


Inilah Hasilnya

Sumber : FB

Monday, March 21, 2011

Bila Masa Yang Sesuai Nak Berhenti Pil Norriday

Sekarang ini munna makan pil Norriday untuk merancang kehamilan. Tap0i baru-baru ini masa pergi klinik desa utk check up Yasmin... JM sana kata dah kena tukar makanpil yang lain pula.

Munna nak tanya kat mama-mama yang pernah consume pil ni... bila seelok-eloknya kita tukar pil ni kepada yg lain. Pil ini khas untuk ibu2 yang menyusukan anak... takut pula bila berhenti nanti susu munna jadi kurang.

Wednesday, December 22, 2010

Mana Dia Stock EBM Munna?

Pic dari Mr. Google

Ada yang tanya pada munna, mana dia gambar stock EBM (Expressed Breast Milk) munna sebab fully breast feeding anak kedua munna. Biasanya bagi ibu-ibu yang bekerja dan pentingkan penyusuan ibu mesti ada buat stock EBM untuk anak masing-masing kan? Tapi munna seriyes tak pernah buat stock EBM dah sekarang ni... awal-awal lepas pantang dulu memang ada buat stock tapi di sebabkan Yasmin taknak menggunakan botol susu untuk feeding munna pun stop buat stock EBM.

Kalau tak pump susu masa kerja tak bengkak ke?

Munna tak pernah pulak alami masalah bengkak susu ini..sebab tiap-tiap hari masa lunch hour munna akan balik ke rumah pengasuh Yasmin untuk direct breastfeeding. Lagipun air susu munna tak banyak sangat sekali pump je pun cuma dapat dalam 4 oz je.. itupun dah kira banyak sangat tu..sebab tu tak pernah bengkak . Rasnya cuma sekali je alami masalah bengkak susu ini masa terpaksa tinggalkan Yasmin 10 jam tanpa direct breastfeeding kerana outstation.

Munna rasa bersyukur sangat dapat menyusukan anak munna dengan susu ibu sepenuhnya, kalau boleh nak teruskan bagi susu ibu kat Yasmin sampai umur dia 2 tahun. Masa kakk Meya dulu tak tahu sangat pasal kepentingan susu ibu ini dan info pun kurang munna cari dulu rasa sangat menyesal. Memang dah terbukti pada munna perbezaan diantara anak yang menyusu badan dengan menyusu susu formula...

P/s : Bagi yang bakal nak menimang cahayamata ... kalau boleh pastikan anak kita mendapat susu ibu sepenuhnya

Tuesday, October 5, 2010

Risiko Tersedak Susu

Tertarik dengan artikel daripada Kak Engku ini.. lagi-lagi sekarang ni banyak betul kes tersedak susu.. takut juga .. anak munna pun dah mula minum menggunakan susu botol... harapnya bukan saja pada pengasuh, kita juga sebagai ibubapa harus elakkan sebarang kecuaian ketika memberi susu kepada anak kita.


Risiko Tersedak Susu

Kecuaian ibubapa, pengasuh tak endah teknik penyusuan botol punca tragedi.

Kes Maut Mangsa Tersedak Susu
  • Kes 1 - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu, ketika berada di pusat jagaan kanak-kanak di Taman Impian Emas, Johor bahru, Mei lalu.
  • Kes 2 - Bayi perempuan sembilan bulan, Noramirah Shahrulnizam, mati akibat tersedak susu ketika dalam jagaan pusat asuhan di Putrajaya, 20 September lalu.
  • Kes 3 - Bayi berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz, maut akibat tersedak susu di pusat asuhan lain di Putrajaya, 21 September.
Tiga kes membabitkan mangsa berlainan tetapi berkongsi punca sama - kematian akibat tesedak susu. Kejadian itu sudah pasti membimbangkan ramai ibubapa, khususnya yang terpaksa bergantung harap kepada perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak.

Ibubapa mana yang dapat menerima berita buruk apabila permata hati yang baru mengenali dunia, hilang sekelip mata. Lebih dikesali, kematian insan tersayang akibat punca yang sememangnya boleh dielakkan andai semua pihak, khususnya yang menjaga bayi berkenaan, lebih bertanggungjawab menjaga bayi itu.

Namum, perlu diingat kejadian seumpama itu tidak hanya membabitkan pusat jagaan, sebaliknya boleh berlaku di mana-mana. Apalagi ia membabitkan risiko ketika memberi susu botol kepada si kecil berkenaan.

Persoalannya, bagaimanakah kejadian tersedak susu itu boleh berlaku? Bayi sememangnya berisiko untuk tersedak ketika menyusu terutama jika berusia di bawah setahun. Semakin kecil usia mereka, semakin tinggi riiko untuk tersedak ketika menyusu. Dua fakta yang utama, sistem pertahanan tubuh yang belum matang dan kecuaian ibubapa atau pengasuh mengenai keselamatan anak-anak menyumbang kepada kejadian tersedak susu ini.

Walaupun ia bukan kes yang terlalu kerap dilaporkan tetapi kecuaian boleh menyebabkan ia terjadi. Setiap bayi sememangnya berisiko untuk mengalami masalah ini. Selain itu, bayi juga tidak hanya berisiko tersedak susu tetapi juga pelbagai jenis makanan lain. Ini seperti kekacang, ketulan daging atau ikan yang dipotong dalam saiz besar atau disediakan dengan tidak sempurna seperti tidak dihancurkan sebaiknya hingga menyukarkan mereka untuk menelan.

Berbanding orang dewasa, sistem pertahanan tubuh bayi juga belum terbentuk dengan sempurna. Dan bagi kes tersedak susu, ia membabitkan pembentukan 'cough reflex' yang belum cukup matang. "Cough reflex' merujuk komponenan sensori dan motor, iaitu sebahagian daripada mekanisme pertahanan badan yang sangat penting. Sistem pertahanan tubuh ini memungkinkan reseptor batuk dalam epithelium di laluan pernafasan sangat sensitif pada stimulasi mekanikal ataupun kimia.

Stimulasi pada reseptor batuk bertindak mengeluarkan bahan asing daripada sistem pernafasan sebelum ia sampai ke paru-paru. Keadaan itu menyebabkan bayi sukar untuk mengeluarkan bahan asing atau yang tidak dikehendaki, termasuklah cecair seperti susu daripada tekak. Otot mereka masih kecil untuk bertindak sedemikian.

Sehubungan itu, tiada cara yang lebih berkesan bagi mengelakan permasalahan atau risiko itu kecuali ibubapa atau pengasuh bersikap lebih prihatin dalam penjagaan bayi. Jangan sesekali tinggalkan mereka sendirian ketika menyusu. Walaupun anda berada di sebelah bayi itu sekalipun, jangan biarkan mereka menyusu dengan bertindak menjadikan bantal sebagai bahan penyendal atau penahan botol susu.

Sebaliknya, cara terbaik adalah memegang botol susu itu. Pada masa sama, pantau sesi penyusuan itu. Ibubapa juga perlu prihatin aspek pemilihan puting botol susu yang digunakan. Lubang puting yang besar menyebabkan susu mengalir terlalu laju yang memudahkan mereka tersedak.

Begitu juga ketika memberi mereka makan, ibubapa atau pengasuh perlu peka untuk melihat keupayaan anak sama ada si kecil itu sudah berupaya mengunyah makanan dengan baik atau sebaliknya. Tidak semua makanan mesti dihancurkan sebelum disuap kepada anak. Sebaliknya, potong makanan dalam saiz kecil yang bersesuaian dengan keupayaan anak untuk mengunyah atau menelan.


Info - Cara Betul Teknik Menyusu Bayi
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payudara anda. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
Perkara Yang Perlu Dielak
  • Jangan sekali-kali tinggalkan bayi sendirian ketika menyusu.
  • Jangan jadikan bantal atau kusyen sebagai penahan atau penyendal botol susu yang diberi kepada si kecil, sebaliknya pegang botol susu itu.
  • Pantau sesi penyusuan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
  • Jangan pandang remeh pembelian puting susu. Sebaliknya, peka kepada aspek lubang puting itu kerana lubang besar juga berisiko menyebabkan bayi tersedak susu.
Nota Kaki : Seelok-eloknya sendawa kat bayi anda selepas dia habis menyusu

Wednesday, August 4, 2010

Cara Penyusuan Susu Yang Betul

Munna sekarang tengah fully breast feeding anak munna yang kedua. en3 kali ni khas untuk ibu2 dan bakal2 ibu semua. sumber pengetahuan munna pinjam dari blog kak engku yg memang pakar tentang hal ni


Cara Penyusuan Yang Betul

Menyusukan bayi tidak semudah yang kita sangkakan. Malah kita tidak akan berjaya hanya dengan sekali melakukannya. Jadi jangan mudah putus asa selepas anda mempelajari teknik penyusuan yang betul.

Sebelum Menyusukan Bayi


Lembutkan payudara dengan meletakkan kain tuala yang hanya pada payudara selama beberapa minit atau berdiri di bawah air pancuran (suam).

Urut Payudara

Dengan perlahan menggunakan tangan. Cuba picit keluar sedikit susu untuk mengurangkan bengkak. Gerakkan jari anda ke bawah ke arah aerola.

Mencari Puting

Bagi menyusukan bayi baru pastikan anda duduk selesa dan letakkan bayi pada kedudukan yang betul. Bayi akan mempunyai refleks naluri yang menyebabkannya mencari puting payudara untuk memperoleh makanan. Ini merupakan refleks berakar. Hingga kira-kira hari ke 10 hidupnya, rangsanglah refleks ini dengan mengusap pipinya. Bayi akan berpaling ke arah payudara dan mencari puting anda.

Melekap

Sebaik sahaja melekap pada payudara, bayi menghisap payudara dengan menggunakan rahangnya dengan cara menekan takungan susu pada dasar aerola. Sekiranya bayi hanya menghisap puting, anda akan berasa sakit dan dia pula tidak memperoleh susu.

Selepas Bayi Sendawa Atau Tidur

Dia mungkin cukup lapar hingga mengeringkan susu dari payudara pertama. Bila bayi telah kenyang, dia mungkin akan tertidur dan puting akan keluar dari mulutnya. Untuk giliran menyusu seterusnya, tawarkannya payudara yang satu lagi.

Memicit Keluar Susu Dengan Tangan

Sokong payudara dengan sebelah tangan dan mula mengurut ke bawah dari bahagian atas payudara. Gunakan seluruh tangan anda untuk mengurut payudara. Urutkan semua kawasan di sekeliling payudara termasuk di sebelah bawah.

Lengkapkan sekurang-kurang 10 putaran. Ini membantu pengaliran susu melaui saluran. Tekan ibu jari dan jari telunjuk bersama-sama dan pada masa yang sama tekan ke belakang. Susu sepatutnya terpancut keluar melalui puting. Lakukan selama 2 minit.

Memerah Susu Menggunakan Pam

Sterilkan semua peralatan dan cuci tangan anda. Pasang pam dengan lengkap. Lembutkan payudara dengan air suam dan urutnya sama seperti urutan apabila anda hendak memerah susu menggunakan tangan. pastikan anda memasang pam dengan betul dan mula mengepam susu daripada payudara. Tutup susu yang telah diperah dengan ketat dan masukkan ke dalam peti ais atau sejukkan dan didinginbekukan sehingga diperlukan.

Menyimpan Susu

Tuang susu ke dalam botol dengan menggunakan satu corong. Anda boleh mendapat kira-kira 60ml susu pada minggu awal. Pastikan anda menggunakan peralatan yang sudah disterilkan. Tutup botol dengan ketat dan masukkan ke dalam peti sejuk atau sejukkan dan dinginbekukan. Cairkan selama 4 jam pada suhu bilik. Jangan biarkan puting tercelup ke dalam susu. Jika anda hendak mendinginbekukan susu, jangan sertakan puting susu.
Related Posts with Thumbnails