Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Info Kesihatan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan Bayi. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Bangga Dapat Berikan Anak Susu Ibu


Inilah Hasilnya

Sumber : FB

Saturday, December 3, 2011

Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir

Sekarang ni ramai betul kawan-kawan blogger yang tengah mengandung nak dapat baby baru. Tahniah munna ucapkan. Bestnya bila dapat baby baru .. rasa teringin tetapi harus dipendamkan dulu... Munna nak share fakta yang menarik pasal baby dgn kawan2 semua










16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan



# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 



# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum


   semasa bayi membesar.



# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.



# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.



# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.



# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila


   berusia 6 bulan.



# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu 


    serta merta semasa dilahirkan



# Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan 


    baik.



# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 


    seminit.



# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.



# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.



# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.



# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.



# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan 


   kasar, gigitan serangga dan sebagainya.



# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
 

Wednesday, May 11, 2011

Di Serang Cherry Berry

Kakak Meya dah dua hari cirit birit... kesian munna tengok muka dah lesu... hari ni lepas je minum susu dia muntah..  bawa kak meya jumpa doktor... punyalah lama tunggu ... bila dah dapat... masuk doktor kata takde apa-apa ... mungkin sebab cuaca...itu je ...ubat pun cuma dia bagi garam dehidrasi je untuk tambah tenaga...

Malam tadi Yasmin pula kena penyakit ni..kesian tengok dia lesu aje. Cuma dia tak muntah2 macam kakak meya... kalau teruk Yasmin pula kena jumpa doktor hari ini...ni maklumat tentang cirit birit pada bayi yang munna jumpa...

Cirit Birit

Cirit birit terjadi apabila anak buang air besar beberapa kali sehari. Penyakit ini selalunya disebabkan oleh kuman virus tetapi terdapat sebab-sebab lain seperti kuman bakteria, parasit, ubat antibiotik yang berlebihan dan tidak tolerans terhadap susu. Cirit birit kerap terjadi pada anak yang menghidap selesema, sakit tekak dan jangkitan air kencing serta jangkitan-jangkitan lain yang melibatkan perut.

Bayi yang diberi susu badan lazimnya kerap membuang air besar iaitu 6 - 8 kali sehari. najisnya berwarna kuning dan tidak berbau busuk. Ini bukanlah cirit birit.

Cirit birit berbahaya apabila kekeringan atau dehidrasi berlaku. Jika kehilangan cecair melalui najis yang keluar melebihi kemasukkan air dan garam dari mulut dan usus, kekeringan akan berlaku.

Tanda-Tanda

Najis yang cair atau lembik lebih kerap daripada 3 kali sehari (kecuali bayi yang diberi susu badan)

Tanda-tanda kekeringan (dehidrasi) ialah mulut dan lidah kering, tiada air mata, mata cengkung, kurang bermaya, kurang kencing dan kadar jantung meningkat tinggi lebih daripada 120 kali seminit.

Muntah-muntah

Kawasan sekitar kemaluan dan dubur mungkin merah jika cirit birit berpanjangan

Tindakan Ibubapa

Terus memberi anak susu badan atau susu biasa tanpa mengurangkan sukatannya.
Jika anak tidak muntah, berikan cecair garam rehidrasi (ORS, gesolyte, oralyte) setiap kali anak cirit. Ikut sukatan yang disyorkan oleh pembuat.

Jika anak muntah-muntah, kurangkan susu dan cecair rehidrasi tetapi berikan lebih kerap daripada biasa. Cecair boleh diberi 1/2 hingga 1 jam selepas anak muntah.
Ambil suhu badan anak
Sapukan ubat krim petroleum jelly atau zink oksida di kawasan lampin anak jika duburnya merah.
Setelah satu dua hari, cecair ORS boleh diberhentikan.


Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila

Anak kelihatan kekeringan
Anak memuntahkan semua makanan dan cecair yang diberi. Muntah yang berterusan.
Kurang air kencing dan tidak bermaya
Kadar jantung dan pernafasan yang meningkat
Anak demam tinggi
Ada darah pada najis
Sakit perut dan menangis lebih daripada 30 minit.

Nota :
Ubat antibiotik dan ubat untuk cirit birit akan membuatkan cirit birit anak lebih teruk lagi. Ubat untuk memberhentikan cirit birit tidak patut diberikan kepada bayi.
Ada kalanya doktor anda akan menukar jenis susu kepada susu tanpa laktosa. Setelah 2 atau 3 minggu tanpa cirt birit, anak boleh minum susu biasa.
Susu kacang soya jarang sekali digunakan selepas cirit birit kecuali jika doktor pasti yang anak mempunyai alahan kepada protein di dalam susu biasa.

Friday, August 13, 2010

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan Bayi 9 Bulan - < 12 Bulan

Sambungan Entry yang sebelumnya . Credit kepada Kak Engku


Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan 9 Bulan - <>

Bidang Perkembangan:

1. Pergerakan Kasar

Aktiviti Perkembangan:
a) Mengesut dengan punggung

b) Berpegang kepada sesuatu untuk berdiri

c) Berdiri dengan sokongan

d) Berjalan sambil berpegang


2. Pergerakan Halus

Aktiviti Perkembangan:
a) Mengambil benda kecil dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk

b) Bertepuk tangan

c) Mengetuk dua objek satu sama lain

d) Meletakkan satu objek yang dipegang untuk mendapatkan objek yang lain


3. Psikososial

Aktiviti Perkembangan:
a) Takut pada orang yang tidak dikenali

b) Gemar didokong/dipeluk dan minta didokong oleh orang lain yang dikenali

c) Menangis apabila ditinggalkan/berjauhan dengan ibubapa/penjaga

d) Boleh menyatakan kehendak melalui memek muka, tunjuk jari atau sebutan seperti 'mam-mam'

e) Berminat pada keadaan sekeliling

f) Memahami perlakuan ibubapa/pengasuh (perasaan marah, disayang, disukai)

g) Tidak mudah memberi barang kepunyaannya

h) Boleh melambai

i) Suka berdamping/bermain dengan ahli keluarga

j) Suka mengulangi perlakuan yang menyeronokkan

k) Datang apabila nama dipanggil

l) Menunjuk kemesraan dengan mendekatkan muka kepada ibubapa/pengasuh/orang yang dikenali

m) Mengangguk untuk 'ya' dan menggeleng untuk tidak


4. Pendengaran

Aktiviti Perkembangan:
a) Jika ujian saringan belum dilakukan, lakukannya


5. Bahasa Pertuturan

Aktiviti Perkembangan:
a) Memahami arahan yang mudah seperti mari sini, duduk

b) Menyebut/membebel ' ma ma', 'ba ba', 'aga aga'

c) Meniru bunyi-bunyi pertuturan atau persekitaran seperti bunyi 'batuk, 'broom, 'duh duh duh

Wednesday, August 4, 2010

Cara Penyusuan Susu Yang Betul

Munna sekarang tengah fully breast feeding anak munna yang kedua. en3 kali ni khas untuk ibu2 dan bakal2 ibu semua. sumber pengetahuan munna pinjam dari blog kak engku yg memang pakar tentang hal ni


Cara Penyusuan Yang Betul

Menyusukan bayi tidak semudah yang kita sangkakan. Malah kita tidak akan berjaya hanya dengan sekali melakukannya. Jadi jangan mudah putus asa selepas anda mempelajari teknik penyusuan yang betul.

Sebelum Menyusukan Bayi


Lembutkan payudara dengan meletakkan kain tuala yang hanya pada payudara selama beberapa minit atau berdiri di bawah air pancuran (suam).

Urut Payudara

Dengan perlahan menggunakan tangan. Cuba picit keluar sedikit susu untuk mengurangkan bengkak. Gerakkan jari anda ke bawah ke arah aerola.

Mencari Puting

Bagi menyusukan bayi baru pastikan anda duduk selesa dan letakkan bayi pada kedudukan yang betul. Bayi akan mempunyai refleks naluri yang menyebabkannya mencari puting payudara untuk memperoleh makanan. Ini merupakan refleks berakar. Hingga kira-kira hari ke 10 hidupnya, rangsanglah refleks ini dengan mengusap pipinya. Bayi akan berpaling ke arah payudara dan mencari puting anda.

Melekap

Sebaik sahaja melekap pada payudara, bayi menghisap payudara dengan menggunakan rahangnya dengan cara menekan takungan susu pada dasar aerola. Sekiranya bayi hanya menghisap puting, anda akan berasa sakit dan dia pula tidak memperoleh susu.

Selepas Bayi Sendawa Atau Tidur

Dia mungkin cukup lapar hingga mengeringkan susu dari payudara pertama. Bila bayi telah kenyang, dia mungkin akan tertidur dan puting akan keluar dari mulutnya. Untuk giliran menyusu seterusnya, tawarkannya payudara yang satu lagi.

Memicit Keluar Susu Dengan Tangan

Sokong payudara dengan sebelah tangan dan mula mengurut ke bawah dari bahagian atas payudara. Gunakan seluruh tangan anda untuk mengurut payudara. Urutkan semua kawasan di sekeliling payudara termasuk di sebelah bawah.

Lengkapkan sekurang-kurang 10 putaran. Ini membantu pengaliran susu melaui saluran. Tekan ibu jari dan jari telunjuk bersama-sama dan pada masa yang sama tekan ke belakang. Susu sepatutnya terpancut keluar melalui puting. Lakukan selama 2 minit.

Memerah Susu Menggunakan Pam

Sterilkan semua peralatan dan cuci tangan anda. Pasang pam dengan lengkap. Lembutkan payudara dengan air suam dan urutnya sama seperti urutan apabila anda hendak memerah susu menggunakan tangan. pastikan anda memasang pam dengan betul dan mula mengepam susu daripada payudara. Tutup susu yang telah diperah dengan ketat dan masukkan ke dalam peti ais atau sejukkan dan didinginbekukan sehingga diperlukan.

Menyimpan Susu

Tuang susu ke dalam botol dengan menggunakan satu corong. Anda boleh mendapat kira-kira 60ml susu pada minggu awal. Pastikan anda menggunakan peralatan yang sudah disterilkan. Tutup botol dengan ketat dan masukkan ke dalam peti sejuk atau sejukkan dan dinginbekukan. Cairkan selama 4 jam pada suhu bilik. Jangan biarkan puting tercelup ke dalam susu. Jika anda hendak mendinginbekukan susu, jangan sertakan puting susu.

Tuesday, July 20, 2010

5 Cara Beri Ubat Pada Bayi

Munna sekeluarga dijangkiti virus selsema dan demam... pergi klinik semua dapat ubat masing-masing. Susahnya nak bagi ubat kat 2 orang puteri munna ni... nasib baik ada tip dari kak engku


5 Cara Beri Ubat Pada Bayi


Anak tidak mahu makan ubat? Pastinya ramai di kalangan ibubapa menghadapi masalah ini. Pelbagai reaksi pernah anda hadapi, antaranya nampak sahaja ubat terus geleng kepala, tutup mulut, memuntahkannya dan tidak kurang juga yang menangis serta memberontak.

Sedangkan hampir semua ubat kanak-kanak berupa sirap yang manis dan berperisa buah-buahan, namum kebanyakkan kanak-kanak tetap fobia bila sebut sahaja minum ubat. Maka wajarlah kalau anda terpaksa bersabar bila memberikan anak ubat.

Untuk memudahkan anak minum ubat dengan baik dan anda tidak menghadapi masalah memberikannya, cubalah tip berikut:-
  • Dukunglah bayi semasa memberi ubat, pastikan posisi mendukungnya, kepala lebih tinggi dari badan supaya bayi tidak tersedak yang boleh menyebabkan ubat masuk ke paru-paru.
  • Bayi yang tidak boleh duduk diam, mintalah bantuan orang dewasa lain atau anak lebih besar untuk menenangkannya. Kalau tidak ada orang lain, bungkus (bedung) tangan bayi agar tidak mengganggu anda.
  • Jika bayi sering memuntahkan semua ubat yang diberikan, minta bantuan seseorang untuk membuka semula mulutnya dengan perlahan. Perlahan-lahan masukkan ubat ke dalam mulutnya.
  • Jika memberi ubat jenis cecair anda boleh gunakan sudu, cawan atau pam ubat (biasa disediakan oleh farmasi semasa mengambil ubat).
  • Menggunakan sudu : Letakkan di bahagian bibir bawah. Angkat sedikit sudu agar ubat mudah mengalir ke dalam mulut.
  • Menggunakan pam ubat : Letakkan pam di sudut mulut bayi dan pamkan perlahan-lahan ubat ke dalam mulutnya sebelum mengeluarkan semula pam dari mulutnya.
  • Pemberian ubat titis untuk hidung, mata dan telinga pada bayi juga ada caranya. Ubat titis hidung : Baringkan bayi di atas pangkuan atau di katilnya, tinggikan bahagian kepala dan biarkan bahagian hidungnya tinggi. Sebelum ubat titis diberikan, beri tumpuan kepada perkara-perkara berikut:-
  • Rendam ubat titis dalam bekas berisi air suam dengan posisi tegak beberapa minit supaya apabila dimasukkan ke dalam mata atau telinga anak tidak terlalu terkejut.
  • Jangan sentuhkan ubat titis ke hidung, telinga atau mata agar bakteria tidak berpindah ke dalam botol ubat.
  • Perhatikan tarikh akhir penggunaan ubat kerana ubat yang melebihi tarikh akhir akan memburukkan lagi penyakit dihidapi oleh anak.
Memberi Ubat Untuk Anak Lebih Dewasa
  • Minta anak menutup hidung semasa minum ubat supaya dia tidak tercium bau ubat yang kuat.
  • Campurlah ubat tablet dengan sirap atau madu agar tidak berasa pahit.
  • Jangan larutkan ubat dengan air dalam gelas kerana ada kemungkinan ubat mendap dan tak terminum oleh anak.
  • Minta anak menggosok gigi selepas minum ubat yang manis agar tidak melekat di gigi.
Nota :
  • Jangan takut-takutkan (ugut) anak anda dengan ubat, setiap kali dia melakukan kesalahan dan sebagainya. Ini akan memburukkan keadaan bila anda ingin memberi ubat kepadanya kelak, kerana anak beranggapan ubat adalah ancaman kepadanya.
  • Jangan campurkan ubat dengan susu. Ini akan membuatkan anak mungkin tidak mahu minum susu lagi apabila diberi kerana merasakan susu yang diminum lain rasanya, serta kemunkinan dos ubat yang perlu diambil tidak mencukupi sekiranya anak tidak menghabiskan susu tersebut.
  • Pujuk dan berilah hadiah atau habuan kepada anak setiap kali anak makan ubat, dengan ini dapat membuatkan anak-anak lebih rela makan ubat dengan sendirinya tanpa dipaksa.
Related Posts with Thumbnails