Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Perkembangan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Bayi. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Perkembangan Nurain Yasmin 9 Bulan




Anak ummi yang sorang ni dah masuk 9 bulan.. setakat ni memang takde masalah dari segi perkembangan Yasmin cuma berat dia tak berapa nak naik la.. koman-koman tiap-tiap bulan dia cuma naik 200 gm .. kadang-kadang geram je tengok anak orang lain montel-montel anak ummi kecik je... at least ada juga pertambahan berat badan kan... jangan tak naik sudah...

Apa dia yang Yasmin boleh buat pada usia 9 bulan ni

~ Yasmin dah pandai ikut mulut ummi dia kalau buat bunyi

~ Yasmin dah pandai berdiri dan lepaskan tangan dia

~ Yasmin dah pandai meniti di tepi sofa atau meja ...tapi mesti nangis kuat-kuat sebab tak
pandai nak duduk semula

~ Yasmin dah pandai nak panjat tangga

~ Yasmin cuma Ada 2 batang gigi

~ Yasmin sangat sukakan kucing

Yasmin dah masuk 9 bulan tapi ummi dia tak bawa dia pergi bersunat lagi lah... tengah survey mana-mana klinik yang sesuai kat sini...

Tuesday, October 5, 2010

Risiko Tersedak Susu

Tertarik dengan artikel daripada Kak Engku ini.. lagi-lagi sekarang ni banyak betul kes tersedak susu.. takut juga .. anak munna pun dah mula minum menggunakan susu botol... harapnya bukan saja pada pengasuh, kita juga sebagai ibubapa harus elakkan sebarang kecuaian ketika memberi susu kepada anak kita.


Risiko Tersedak Susu

Kecuaian ibubapa, pengasuh tak endah teknik penyusuan botol punca tragedi.

Kes Maut Mangsa Tersedak Susu
  • Kes 1 - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu, ketika berada di pusat jagaan kanak-kanak di Taman Impian Emas, Johor bahru, Mei lalu.
  • Kes 2 - Bayi perempuan sembilan bulan, Noramirah Shahrulnizam, mati akibat tersedak susu ketika dalam jagaan pusat asuhan di Putrajaya, 20 September lalu.
  • Kes 3 - Bayi berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz, maut akibat tersedak susu di pusat asuhan lain di Putrajaya, 21 September.
Tiga kes membabitkan mangsa berlainan tetapi berkongsi punca sama - kematian akibat tesedak susu. Kejadian itu sudah pasti membimbangkan ramai ibubapa, khususnya yang terpaksa bergantung harap kepada perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak.

Ibubapa mana yang dapat menerima berita buruk apabila permata hati yang baru mengenali dunia, hilang sekelip mata. Lebih dikesali, kematian insan tersayang akibat punca yang sememangnya boleh dielakkan andai semua pihak, khususnya yang menjaga bayi berkenaan, lebih bertanggungjawab menjaga bayi itu.

Namum, perlu diingat kejadian seumpama itu tidak hanya membabitkan pusat jagaan, sebaliknya boleh berlaku di mana-mana. Apalagi ia membabitkan risiko ketika memberi susu botol kepada si kecil berkenaan.

Persoalannya, bagaimanakah kejadian tersedak susu itu boleh berlaku? Bayi sememangnya berisiko untuk tersedak ketika menyusu terutama jika berusia di bawah setahun. Semakin kecil usia mereka, semakin tinggi riiko untuk tersedak ketika menyusu. Dua fakta yang utama, sistem pertahanan tubuh yang belum matang dan kecuaian ibubapa atau pengasuh mengenai keselamatan anak-anak menyumbang kepada kejadian tersedak susu ini.

Walaupun ia bukan kes yang terlalu kerap dilaporkan tetapi kecuaian boleh menyebabkan ia terjadi. Setiap bayi sememangnya berisiko untuk mengalami masalah ini. Selain itu, bayi juga tidak hanya berisiko tersedak susu tetapi juga pelbagai jenis makanan lain. Ini seperti kekacang, ketulan daging atau ikan yang dipotong dalam saiz besar atau disediakan dengan tidak sempurna seperti tidak dihancurkan sebaiknya hingga menyukarkan mereka untuk menelan.

Berbanding orang dewasa, sistem pertahanan tubuh bayi juga belum terbentuk dengan sempurna. Dan bagi kes tersedak susu, ia membabitkan pembentukan 'cough reflex' yang belum cukup matang. "Cough reflex' merujuk komponenan sensori dan motor, iaitu sebahagian daripada mekanisme pertahanan badan yang sangat penting. Sistem pertahanan tubuh ini memungkinkan reseptor batuk dalam epithelium di laluan pernafasan sangat sensitif pada stimulasi mekanikal ataupun kimia.

Stimulasi pada reseptor batuk bertindak mengeluarkan bahan asing daripada sistem pernafasan sebelum ia sampai ke paru-paru. Keadaan itu menyebabkan bayi sukar untuk mengeluarkan bahan asing atau yang tidak dikehendaki, termasuklah cecair seperti susu daripada tekak. Otot mereka masih kecil untuk bertindak sedemikian.

Sehubungan itu, tiada cara yang lebih berkesan bagi mengelakan permasalahan atau risiko itu kecuali ibubapa atau pengasuh bersikap lebih prihatin dalam penjagaan bayi. Jangan sesekali tinggalkan mereka sendirian ketika menyusu. Walaupun anda berada di sebelah bayi itu sekalipun, jangan biarkan mereka menyusu dengan bertindak menjadikan bantal sebagai bahan penyendal atau penahan botol susu.

Sebaliknya, cara terbaik adalah memegang botol susu itu. Pada masa sama, pantau sesi penyusuan itu. Ibubapa juga perlu prihatin aspek pemilihan puting botol susu yang digunakan. Lubang puting yang besar menyebabkan susu mengalir terlalu laju yang memudahkan mereka tersedak.

Begitu juga ketika memberi mereka makan, ibubapa atau pengasuh perlu peka untuk melihat keupayaan anak sama ada si kecil itu sudah berupaya mengunyah makanan dengan baik atau sebaliknya. Tidak semua makanan mesti dihancurkan sebelum disuap kepada anak. Sebaliknya, potong makanan dalam saiz kecil yang bersesuaian dengan keupayaan anak untuk mengunyah atau menelan.


Info - Cara Betul Teknik Menyusu Bayi
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payudara anda. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
Perkara Yang Perlu Dielak
  • Jangan sekali-kali tinggalkan bayi sendirian ketika menyusu.
  • Jangan jadikan bantal atau kusyen sebagai penahan atau penyendal botol susu yang diberi kepada si kecil, sebaliknya pegang botol susu itu.
  • Pantau sesi penyusuan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
  • Jangan pandang remeh pembelian puting susu. Sebaliknya, peka kepada aspek lubang puting itu kerana lubang besar juga berisiko menyebabkan bayi tersedak susu.
Nota Kaki : Seelok-eloknya sendawa kat bayi anda selepas dia habis menyusu

Sunday, September 26, 2010

Majlis Cukur Jambul Nurain Yasmin Mohd Osman

Majlis cukur jambul anak munna ini sebenarnya dilakukan sebelum bulan puasa hari tu lagi. Saja munna nak tunggu gambar dari cameraman siap baru nak upload kat sini. Majlis diadakan serentak dengan majlis persandingan adik bongsu munna. Sebab tu korang nampak ada pelamin kat belakang tu. Nanti munna letak gambar adik munna sanding pulak lepas ni... 3 orang sekaligus baby yang kena cantas rambut hari tu

Yasmin masa mula-mula nak kena cantas rambut dia oleh Ustaz


Ini anak buah munna... kiranya yang kena cukur cambul tu Nur Shasha Rafika cucu sulung munna... alahai dah tua rupanya


Ni pula adik munna ... anak dia Zalifah Kasih Nasuha cuma tua sebulan dari anak munna

Ini kumpulan marhaban yang cukur rambut cucu & cicit keluarga Md. Yunus hari tu...

Tuesday, September 21, 2010

Perkembangan Nurain Yasmin 6 Bulan

Pagi semalam bawa Yasmin ke Klinik Desa untuk monthly check up yasmin 6 bulan. Alahai sedihnya anak Ummi ni cuma naik 100 gm je dari timbang untuk 5 bulan hari tu .. sedihnyalah .... tapi tinggi dia ok dah bertambah lagi 3 cm ... cuma berat je susah nak naik ... dia punya line berat badan dah atas pagar dah .. kalau bulan depan turun ke garisan kuning dah kira anak tak cukup khasiat..

kalau drop sampai ke garisan kuning next month... kena jumpa pakar nutrisi kanak2..

Pelik juga kenapa berat dia tak nak naik padahal bila bagi makan nestum ok je.. cuma kurang minum susu agaknya ... yasmin pun masuk 6 bulan lepas ni munna boleh mula bagi dia susu formula(FM) untuk tambahkan berat badan dia.. sebelum ni dia fully breastfeeding mungkin kalau bagi FM badan dia boleh naik .. tanya kat JM diaorang pun suruh cuba bagi FM kat yasmin untuk tambahkan berat badan dia....

ini masa check up untuk 5 bulan

ni untuk 6 bulan.. tengok cuma naik 100 gm je...

Tapi kecik-kecik pun ... Yasmin ni kira aktif juga sekarang ni dia dah mula nak merangkak berbanding sepupu dia yang lebih kurang sebaya dengan dia, yasmin lagi cepat buat kerja. Mungkin sebab tu badan lambat naik... aktif sangat anak dara munna ni.

Friday, August 13, 2010

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan Bayi 9 Bulan - < 12 Bulan

Sambungan Entry yang sebelumnya . Credit kepada Kak Engku


Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan 9 Bulan - <>

Bidang Perkembangan:

1. Pergerakan Kasar

Aktiviti Perkembangan:
a) Mengesut dengan punggung

b) Berpegang kepada sesuatu untuk berdiri

c) Berdiri dengan sokongan

d) Berjalan sambil berpegang


2. Pergerakan Halus

Aktiviti Perkembangan:
a) Mengambil benda kecil dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk

b) Bertepuk tangan

c) Mengetuk dua objek satu sama lain

d) Meletakkan satu objek yang dipegang untuk mendapatkan objek yang lain


3. Psikososial

Aktiviti Perkembangan:
a) Takut pada orang yang tidak dikenali

b) Gemar didokong/dipeluk dan minta didokong oleh orang lain yang dikenali

c) Menangis apabila ditinggalkan/berjauhan dengan ibubapa/penjaga

d) Boleh menyatakan kehendak melalui memek muka, tunjuk jari atau sebutan seperti 'mam-mam'

e) Berminat pada keadaan sekeliling

f) Memahami perlakuan ibubapa/pengasuh (perasaan marah, disayang, disukai)

g) Tidak mudah memberi barang kepunyaannya

h) Boleh melambai

i) Suka berdamping/bermain dengan ahli keluarga

j) Suka mengulangi perlakuan yang menyeronokkan

k) Datang apabila nama dipanggil

l) Menunjuk kemesraan dengan mendekatkan muka kepada ibubapa/pengasuh/orang yang dikenali

m) Mengangguk untuk 'ya' dan menggeleng untuk tidak


4. Pendengaran

Aktiviti Perkembangan:
a) Jika ujian saringan belum dilakukan, lakukannya


5. Bahasa Pertuturan

Aktiviti Perkembangan:
a) Memahami arahan yang mudah seperti mari sini, duduk

b) Menyebut/membebel ' ma ma', 'ba ba', 'aga aga'

c) Meniru bunyi-bunyi pertuturan atau persekitaran seperti bunyi 'batuk, 'broom, 'duh duh duh

Wednesday, July 28, 2010

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan Bayi 6 Bulan - < 9 Bulan

sambungan kepada en3 sebelum ini


Bidang Perkembangan:

1. Pergerakan Kasar

Aktiviti Perkembangan:
a) Maju ke depan menggunakan dada atau perut dalam keadaan meniarap

b) Berpusing-pusing dan berguling dalam keadaan baring

c) Duduk dengan sokongan

d) Duduk tanpa sokongan

e) Merangkak

f) Jika kanak-kanak didapati lambat perkembangannya ujian akan dilakukan oleh Anggota kesihatan


2. Pergerakan Halus

Aktiviti Perkembangan:
a) Memasukkan objek ke dalam mulut

b) Memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain

c) Memegang objek di kedua-dua tangan pada masa yang sama

d) Menggunakan tangan yang sama setiap masa (TIDAK NORMAL)


3. Psikososial

Aktiviti Perkembangan:
a) Ketawa bila diagah.

b) Marah/menangis bila permainannya diambil

c) Mengenali ibubapa/pengasuh melalui suara, sentuhan dan paras rupa

d) Menangis apabila ditinggalkan

e) Main cak cak (peek-a-boo)


4. Pendengaran

Aktiviti Perkembangan:
a) Berpaling dengan pantas (90 darjah) pada bunyi ketukan sudu dan cawan dari jarak 1 meter.

b) Untuk dilakukan oleh kakitangan kesihatan:
  • Modified Distraction Hearing Test (Menggunakan loceng/rattle)
  • Bunyi 's', 'sh', 'o-oo
  • Respons ke Infantometer pada 50 db (jika ada)

5. Bahasa Pertuturan

Aktiviti Perkembangan:
a) Menyebut 'da', da da', da', 'ba, ba ba' (gunakan satu, dua sukukata)

b) Ketawa atau menghasilkan bunyi-bunyi bila bermain dan menjerit jika marah

munna dapat info ini dari kak engku

Friday, July 16, 2010

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan 3 Bulan - < 6 Bulan

Bidang Perkembangan:

1. Pergerakan Kasar

Aktiviti Perkembangan:
a) Kawalan kepala yang baik semasa didudukkan dan meniarap

b) Meniarap dengan satu tangan ke depan, kedua-dua tangan ke depan, menolak perut dan badannya ke atas

c) Boleh mengampu berat badan apabila dipegang berdiri


2. Pergerakan Halus

Aktiviti Perkembangan:
a) Sentiasa menggengam kuat jari-jari (TIDAK NORMAL)

b) Melihat, cuba mencapai objek yang berwarna warni

c) Mencapai dan memegang objek

d) Mengambil objek dengan telapak tangan (palmer grasp)


3. Psikososial

Aktiviti Perkembangan:
a) Selesa dengan ibubapa/pengasuh yang melayan keperluannya

b) Senyum bila diagah

c) Senang dipujuk jika menangis

d) Boleh ambil perhatian ibubapa/penjaga

e) Suka menyentuh benda-benda


4. Pendengaran

Aktiviti Perkembangan:
a) Berpaling bila nama dipanggil

b) Bertindak balas pada perubahan nada suara

c) Kenal pada suara yang biasa didengari

d) Untuk dilakukan oleh anggota kesihatan "Modified Distration Hearing Test" (menggunakan loceng/rattle)


5. Bahasa Pertuturan

Aktiviti Perkembangan:
a) Menangis mintak perhatian

b) Mengeluarkan suara lantang seperti 'aah' 'eeh'

c) Bersuara dengan riang bila orang bercakap dengannya atau apabila gembira

Thursday, July 15, 2010

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan Bayi 0 - 3 Bulan

Penilaian Pembesaran Dan Perkembangan Bayi 0 - 3 bulan

Bidang Perkembangan:

1. Pergerakan Kasar

Aktiviti Perkembangan:
a) Pergerakan tangan dan kaki secara aktif

b) Kepala berpaling ke arah objek yang menyentuh pipi dan mulut

c) Memusing kepala dan badan ke kiri dan kanan


2. Pergerakan Halus

Aktiviti Perkembangan:
a) Tertarik kepada muka seseorang

b) Memandang tetap pada sesuatu objek

c) Jari-jari mula terbuka

d) Membawa kedua-dua tangan ke depan muka

e) Pegang objek yang diberi ke tangan sekejap dan melepasnya


3. Psikososial

Aktiviti Perkembangan:
a) Senyum

b) Mudah diam dari tangisan bila didodoi


4. Pendengaran

Aktiviti Perkembangan:
a) Terkejut/terjaga pada bunyi yang kuat

b) Diam apabila bercakap dengannya

c) Mengelip mata pada bunyi dan menghentikan pergerakan

d) Berpaling sedikit ke arah bunyi


5. Bahasa Pertuturan

Aktiviti Perkembangan:
a) Menangis apabila lapar/tidak selesa

b) Mengeluarkan suara lembut (berkukur)

p/s: info ini munna dapat dari kak engku

Thursday, July 1, 2010

Perkembangan Bayi

Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.

Bulan
Pertama:

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.



Bulan
kedua:

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.



Bulan
ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.



Bulan
keempat:

Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.



Bulan
kelima:

Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.



Bulan
keenam:

Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.



Bulan
ketujuh:

Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".



Bulan
kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.



Bulan kesembilan:

Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.



Bulan kesepuluh:

Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.



Bulan kesebelas:

Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.



Bulan
kedua belas:

Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.

Credit to edaransalindah.com
Related Posts with Thumbnails