Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Gelagat Yasmin. Show all posts
Showing posts with label Gelagat Yasmin. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Sambutan Ala Kadar

Hari tu dah sambut birthday kakak meya kat tadika.... kebetulan birthday Yasmin pula selang 13 hari je dari kakak dia jadi munna sambut birthday diaorang sekali harung je lah. Jimat budget kan......ala sambut dengan ahli keluarga yang terdekat je ....


Menu untuk sambutan kali ini.. atas permintaan ramai diorang minta buatkkan pizza. Sebagai tambahan munna sediakan juga sphagetti carbonara dan blueberry cheese tart. Tapi ada juga terselit mee goreng kat situ.. sebab ayah munna tak makan makanan ala2 omputih tu.


Ini kek untuk meraikan puteri munna berdua tu... ini bukan kek coklat biasa tau.... tapi kek aiskrim black forest.... memang sedap kek ni... tak cukup di buatnya.


Acara potong kek..... 

Tuesday, December 11, 2012

Sepah The Movie & Pontianak VS Orang Minyak

Musim cuti sekolah ni.... kesian tengok budak-budak terperok je kat rumah. Munna dan kakak berpakat bawa anak2 pergi tengok wayang dan berjimba-jimba dekat Mentakab Star Mall. Minggu lepas pergi tengok Sepah The Movie. Boleh la layan citer ni.. sebab budak2 tu semuanya suka lawak kumpulan sepah. 


Yasmin suka sangat dapat tengok tv besar....


Kakak Meya ... posing sokmo lah mcm tu skrg ni.


Minggu sebelumnya pula tengok Pontianak VS Orang Minyak. Ok gak citer dia tapi bab ending tak best.Masa citer ni Yasmin takut sebab ada hantu lagipun ini first time Yasmin masuk panggung wayang.
  

Kakak meya dan sepupu dia.... Aiman dan Kimmy

Minggu lepas juga tengok Rise Of Guardian ... memang best. Meya dengan Yasmin suka sangat layan kartun  kat tv besar. 

Wednesday, October 31, 2012

Imej Baru Yasmin

Sebab dah mencucuk mata rambut depan yasmin tu jadi nenek dia cantas lah kasi kemas sikit.




Hasil cantasan nenek yang tak sekata... ada panjang pendek.... 


Layan makan di Marrybrown.... habis licin semuanya

Friday, June 1, 2012

Sarapan Pagi Yasmin

Yasmin memang suka makan pasta-pasta ni.  Minah western betul budak sorang ni...

Sphagetti Goreng 

Wednesday, May 16, 2012

Gegirl Sedang Beraksi Di Lubuk Ujid




 Sempena cuti hol Pahang pada 7/5 hari tu... munna sekeluarga pergi bawa budak-budak ke Pusat Rekreasi Lubuk Ujid untuk mandi manda sambil melawat anak buah yang sedang berkhidmat dalam PLKN di kem yang berdekatan dengan pusat rekreasi ini


Air kat sini takdelah dalam sangat ...air pun tak deras sedang molek untuk anak-anak kecik yang mandi kat sini. Tapi kami semua yang dah jadi nenek pun turut berendam dalam ni...air dia sejuk sangat.
Takde gambar tengah mandi sepat munna rakamkan...sebab dah seronok sangat berendam dalam air tu.
cuma sempat snap gambar 3 dara pingitan ni je

 


Yasmin di apit oleh sepupu dia Kasih dan cucu munna Syasha


Yasmin dan Kasih beza cuma sebulan je tua Kasih

Monday, May 14, 2012

Yasmin Memang Budak Pandai

Setakat hari ini dah 3 minggu berjaya training Yasmin tak pakai diaper siang dan malam. Tak pernah lagi terbabas setakat ini. Alhamdulillah ...lagi mudah nak latih dia dari kakak Meya. Meya hari tu dah 3 tahun baru berhenti pakai diaper ..Yasmin 2 tahun sebulan dah free dari diaper. Cuma kalau nak jalan-jalan jauh je munna pakaikan diaper sebab agak leceh sikit nak berhenti selalu kalau dia nak ke tandas. 

Walaupun agak payah pada mulanya sebab sampai 2-3 kali munna kejutkan dia masa tidur malam supaya bangun kencing. Tapi sekarang ni automatik dia sendiri yang bangun dan kejutkan munna kalau dia nak ke tandas. Alhamdulillah... Yasmin memang budak pandai.... itu je yang munna ucapkan setiap kali dia bangun tidur. Mulalah senyum2 bila kena puji macam tu... 


Tuesday, March 27, 2012

Beginilah Jadinya Bila Semuanya Nak Buat Sendiri



Yasmin yang suka sangat bergambar sekarang ni.. pantang tengok orang nak ambil gambar dia mulalah badan tu dia lentokkan.


Beginilah jadinya bila Yasmin nak pakai baju dan seluar sendiri. Bila orang nak pakaikan dia marah sanggup dia cuba pakai berjam-jam janji dia sarung sendiri seluar dan baju dia. Sudahnya macam ni lah jadinya... seluar terbalik dan baju sebelah tangan je yang masuk itupun terbalik 

Tuesday, March 13, 2012

Yasmin Dah Berjaya Untuk 2 Hari Ini

Dah 2 hari Yasmin berhenti menyusu badan.... kesian juga tengok dia serba tak kena lagi2 bila malam tengah tidur ...bila terjaga je .... meraban mencari susu. Tapi Alhamdulillah berjaya dah menempuhnya untuk 2 hari harapnya berterusanlah selepas ini.

Bila Yasmin teringat je susu dia cepat2 munna katakan yg susu ummi sakit jadi tak dapat bagi dia... nasib baik dia boleh terima dan faham... sekarang ni asyik cakap ..sian ummi sakit.. Tak payah susah2 munna ikut petua orang2 dulu letak macam-macam cuma cakap je ummi dia sakit terus dia faham....

Sekarang ni tengah training Yasmin minum susu formula .... nampaknya dia kurang suka. Dah bermacam-macam jenis susu dan perasa munna beli tapi nampak dia tak berminat sangat. Semalam munna cuba begi dia susu Enfagrow pula... alhamdulillah kali ni tengok dia minum lebih sikit. Lebih-lebih bila munna puji dia pandai banyaklah juga dia minum. Memang harap dia nak minum susu formula ni sebab Yasmin makan memang kurang harapkan susu je lah untuk tambahkan berat badan dia.

Tuesday, March 6, 2012

Aksi Meya dan Yasmin Di Mentakab Star Mall

Budak berdua ni memang lasak.... kalau munna je sorang memang tak kan berani bawa budak berdua ni keluar... lagi-lagi ke Mall.





Layan je lah aksi diaorang ni... ummi diaorang tengah sibuk dengan borang tender sebenarnya...

Thursday, March 1, 2012

Pertama Di Bulan Mac

Sekejap je dah masuk bulan Mac ye.... rasanya baru je terbayang di depan mata percikan bunga api sempena tahun baru. Bulan Mac adalah bulan kelahiran Yasmin.... nampaknya anak ummi yang kecik ni akan sambut birthday yang kedua nanti. Kebetulan birthday Meya pun baru je berlalu ... jadi munna plan nak sambut birthday diaorang berdua sekaligus aje... mudah dan menjimatkan....


Ini dia Yasmin yang sangat banyak cakap....

Friday, February 17, 2012

Jadi Mangsa Cubitan


Sepanjang di Langkawi Yasmin sentiasa jadi rebutan abang-abang sepupu dia. Semuanya berebut nak melayan dan tolak stroller Yasmin. Munna juga yang untung ...boleh rileks sekejap bila ada anak buah yang layan Yasmin sepanjang di Langkawi.

Friday, February 3, 2012

Bila Dah Jumpa Doktor Kenalah Makan Ubat


Inilah hasil kutipan yang kakak Meya dapat bila jumpa doktor tadi. Cuma demam biasa tapi panas juga suhu Meya tadi dalam 39.2'celcius juga .. jadi kenalah bagi ubat masuk ikut bon*** tadi. Alhamdulilah dah nampak ceria sikit kakak Meya kalau tidak monyok je tadi. Nasib baik Meya jenis tak takut makan ubat mudah je dia telan ubat2 tu semua.. Semoga anak ummi cepat sembuh ye... kita kan nak jalan2 Langkawi minggu depan.

Sunday, January 15, 2012

Ingatkan Dapat Makan Kenny Rogers

Malam semalam tiba-tiba je en abang ajak pergi makan kat luar. Dah plan nak ke Mentakab Star Mall nak ronda-ronda di sana sambil jalan jalan cari makan. Berangan dah nak makan kat Kenny Rogers tapi hampeh  tak buka lagi yang ada cuma KFC dan McD aje.. Shushi King pun masih dalam renovation lagi.  Sudahnya makan je lah di Mc D.


Kakak Meya yang asyik memandang brader india sebelah meja kami


Pilihan en abang Big Mac Chicken. Yasmin tumpang sekaki makan  fun fries.


Menu wajib kakak Meya kalau ke McD... Bubur Nasi


Munna punya Quarter Pounder  


Yasmin yang tak boleh duduk diam ... berlari dari hujung ke hujung kerusi.. lepas tu menjerit sekuat hati.

P/s : Misi sampingan nak cari buah Ngaku sebenarnya...

Friday, January 6, 2012

Misi Mencari Basikal Kakak Meya


Hari-hari kakak Meya tanya bila nak beli basikal untuk dia... padahal kayuh basikal pun tak reti lagi. Hari ini misi munna ronda-ronda satu Temerloh survey basikal untuk kakak Meya. Kalau kakak dapat basikal baru adik dia pun mesti nak kena beli permainan baru..tapi nak beli apa ye untuk Yasmin?...

Wednesday, December 7, 2011

Duta Mamee Sedang Beraksi

 Orang lain sibuk dengan majlis akad nikah Maksu diaorang... tapi budak berdua ni tak mau diam.. terjerit, berlari dan melompat sana sini. Jadi nak kasi diaornga berdua behave bagi upah Mamee sebungkus sorang. Tapi tak kasi makan dengan perencah mamee tu masin sangat.



Kakak Meya dengan Mamee



Adik Yasmin pula dengan Mamee.

Barulah diaorang duduk diam dan aman sikit majlis tu

Friday, November 11, 2011

Makan-Makan Di Pizza Hut Lagi

Hari itu cuma makan berdua je dengan Kakak Meya di sini . Kali ini munna ke Pizza lagi dengan Family.


Pizza terbaru tetap menjadi pilihan ... cuma munna add-on dengan pepperoni


 Budak berdua ni tak boleh duduk diam dalam tu...ada je yg diaorang nak buat...

Tuesday, October 11, 2011

Ahli Mesyuarat Tingkap Sedang Mesyuarat


Punyalah kecoh bila budak2 ni berkumpul. Ummi2 diaorang yang pening kepala.Tapi yang jadi kepalanya kakak meya lah.. pergi rumah orang dia pulak yang lebih2. 

Monday, June 27, 2011

Yasmin Yang Nakal Bila Berposing

Program hari sabtu  jalan-jalan ke shopping mall dalam misi untuk mencari hadiah buat cucu munna yang menyambut birthday setahun hari esoknya.


Bergambar dengan sepupu Kasih. Suruh posing buat tangan peace macam tu jadinya


Sangat suka bila orang ambil gambar dia


Muka masam bila ummi ajak turun dia taknak turun dari kaunter cashier tu...

Misi mencari hadiah berjaya. Malam tu misi membuat apam dot dot atas permintaan anak buah munna sempena sambutan majlis harijadi anak dia keesokan harinya..

Friday, June 24, 2011

Perasmian Jalan Berturap Oleh Cik Yasmin Dan Cik Syasha

Nak panggil Ahli Parlimen Temerloh datang rasmikan sibuk katanya, nak jemput Tok Ketua pun sibuk katanya nak iringi Ahli Parlimen. Sudahnya bagi budak kecik berdua ni je lah yang rasmikan jalan baru depan rumah mak munna.


Mula-mula gaduh ..Cik Syasha tak bagi Cik Yasmin naik sama. Kena pujuk baru ok


Seronok naik stroller sebab jalan dan ada.... jalan pun lancar je takde dah lecak-lecak macam sebelum ni.


Entah apa-apa yang diaorang berdua bincangkan....nak minta wang kopi sebab ramsikan jalan ini agaknya.

Entry bersangkutpaut dengan entry yg INI

Tuesday, May 31, 2011

Tayang Baju Baru

Budak berdua ni nak tayang baju baru diaorang ni... comel tak? Ini kesinambungan dari entry INI


Yasmin puas suruh tgk camera dia buat dek je



Baju ni agak besar sikit buat budak berdua ni sebab memang munna order yg besar satu size dari  size sebenar jadi lama sikit boleh pakai 
Related Posts with Thumbnails