Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Tingginya Di Melaka

Permandangan ... nampak bandar Melaka dari atas ini


Cantik bandar Melaka ni.... Ini gambar yang munna ambil masa naik Menara Taming Sari sebenarnya. Kalau ke Melaka mesti nak naik menara ni. Tak jemu walaupun dah banyak kali naik menara ni.


Meya tak takut langsung naik menara ni.... bergambar dengan makcik dan sepupu dia Acap



Munna dan Meya ... Peace Yoo!!

Yasmin tunngu bawah dengan abah.... dia memang takut naik tinggi2 ni....


Friday, September 28, 2012

Pertama Kali Makan Ayam Penyet

Orang lain dah beribu-ribu kali agaknya... tapi munna inilah kali pertama makan nasi ayam penyet. Sedap rupanya terutama sambal dia tu.

Makan ayam penyet ni di Kuantan 



Order extra yang ini 


Munna punya set ayam penyet


En abang ambil set pecal lele

Mula-mula ajak en abang makan kat sini dia taknak ... katanya macam makan nasi ayam je... tapi bila dah terhidang depan mata... dia yang lebih2 makan ....

Memang berbaloi makan di sini rasanya ... memang sedap dan kena dengan selera munna dan en abang. Siap kata lagi kalau turun kuantan sinilah tempat port utuk makan2.

Friday, May 25, 2012

Minah Rempit Cilik Beraksi Di Mentakab Star Mall

Semalam bawa anak-anak ke Mentakab Star Mall. Saja je dah lama tak kesana .... banyak dah kedai yang di buka di sana. Kenny Rogers, Kemaman Kopitiam, Secret Recipe, The Face Shop, iPeople dan beberapa kedai lagi yang munna tak ingat.

Di tingkat satu ada disediakan permainan untuk budak-budak... Kakak Meya tergedik-gedik minta nak naik motosikal tu. Suruh bawa kereta dia tak nak .. layan kan je lah. Bayaran yang dikenakan RM 3 untuk 5 minit dan RM 5 untuk 10 minit.


Scooter pilihan Kakak Meya


Lajunya dia merempit... munna pula yang takut di buatnya



Pandai pula kakak Meya tekan minyak dan pusing handle motor tu bila ada kereta lain di depan. Mula-mula je slow bila dah pandai .... fuhhhh lajunya dia bawa.... 

Sekali lagi terpaksa mengalah dengan budak berdua ni bila time makan... munna nak ke Kenny Rogers diaorang nak ke Mc D juga.... alahai anak......

Wednesday, May 16, 2012

Gegirl Sedang Beraksi Di Lubuk Ujid




 Sempena cuti hol Pahang pada 7/5 hari tu... munna sekeluarga pergi bawa budak-budak ke Pusat Rekreasi Lubuk Ujid untuk mandi manda sambil melawat anak buah yang sedang berkhidmat dalam PLKN di kem yang berdekatan dengan pusat rekreasi ini


Air kat sini takdelah dalam sangat ...air pun tak deras sedang molek untuk anak-anak kecik yang mandi kat sini. Tapi kami semua yang dah jadi nenek pun turut berendam dalam ni...air dia sejuk sangat.
Takde gambar tengah mandi sepat munna rakamkan...sebab dah seronok sangat berendam dalam air tu.
cuma sempat snap gambar 3 dara pingitan ni je

 


Yasmin di apit oleh sepupu dia Kasih dan cucu munna Syasha


Yasmin dan Kasih beza cuma sebulan je tua Kasih

Friday, April 6, 2012

Gegirl Makan-Makan Di e-Station Cafe

 Gegirl lah sangat ... padahal dah jadi nenek dan mak budak pun yang join makan-makan ni


Mak munna dan kakak munna .... aksi cover line mereka sebab munna snap gambar diaorang kata nak masukkan dalam FB.


Inilah gegirl yang sebenarnya... anak buah munna. Lepas SPM jadi mengikut jelah mana nenek dia nak pergi. 

Sebenarnya mak munna ada temujanji di hospital jadi anak buah munna je yang free jadi dialah jadi bodyguard nenek dia. Bila dah selesai urusan di hospital kakak munna yang jemput diaorang. Kebetulan hari tu mak munna nak terus ke bandar sebab nak cari beberapa barang lagi persiapan dia nak pergi umrah bulan 5 nanti jadi dia ajak munna join lunch sekali. Sekali diaorang suruh munna pilih tempat nak makan jadi munna bagilah cadangan makan di e-Station Cafe sebabnya teringin nak makan sushi kat situ.

Antara makanan yang diorder hari tu


Nasi lemak dengan rendang daging


Kuew teow kung fu

Chicken Mermite Rice


Inilah pujaan hati munna... Shushi yang pelbagai....


Beverages.... munna semestinya Mocha Blend tu.... Jasmine tea tu munna tak boleh telan lah... terasa sangat macam telan bunga yg banyak kat tanah perkuburan tu...


Total semua makanan pada hari kejadian.... rasanya ada satu hidangan yg munna tak sempat snap gambar... nasi goreng thai rasanya. Terima kasih pada kakak munna kerana menaja makanan kami semua pada hari tu... lain kali belanja lagi ye...






Tuesday, April 3, 2012

Menambah Koleksi Ariani

Alang-alang ke Kuantan nak collect kupon Gambang Waterpark dari Kak Ieda hari tu. Singgah sebentar ke Butik Ariani, kebetulan pula ada sale kat sana sempat lah munna rembat tudung kat sana.

2 warna yang jadi pilihan hati
Kalau Ariani munna suka yang Tiara 120 sebab agak labuh dan selesa bila memakainya. 


Alang-alang buat kad ahli sekali dapat juga potongan tambahan bila ada sale lagi nanti.

Tuesday, February 14, 2012

Van Sewa Yang Tak Best Di Langkawi


Semuanya best dan seronok kat Langkawi ..cuma bab kereta sewa ni je yang tak best. Hal kereta sewa memang abang ipar munna yag uruskan. Memang dah rancang siap-siap kami nak sewa sebuah van je ... mudah nak gerak dan jimatkan kos. Lagipun kalau dah ramai-ramai elok naik sekali je.. jadi takdelah masalah yang tercicir nanti.

Yang tak bestnya dapat van yang dah nak expired ni. Janji sebelum tu nak bagi van baru dan aircond power. Alih2 dapat van macam ni. Dah la lama menuggu van ni  kat jeti ... sampai kat kami tgk van tu dahlah air cond tak berfungsi sangat ... tayar pun dah botak. Alasan tuan kereta tu van yang kami tempah tu penyewa sebelum tu tak pulangkan lagi dah nak sambung lagi sewa untuk satu hari. Terpaksalah pakai juga van ni. Sewa selama 2 hari di sana ialah RM360.00.

Budak Berdua Ni Teruja Sangat Dapat Naik Ferry

Dari Kuala Kedah ke Langkawi kena naik ferry nak kesana. Family munna sampai je kat Jeti ..ferry nak ke Langkawi dah menunggu terus beli tiket. Dewasa RM 23 dan kanak-kanak RM 17.



 Budak berdua yang monyok baru keluar dari kereta... sementara tunggu abang ipar munna dan en abang uruskan hal tiket kami semua.



Bila dah naik ferry .. budak berdua ni yang paling teruja sangat... menjerit-jerit kat dalam tu... macam rumah sendiri diaorang buat. Masa nak pergi ni dapat ferry yang selesa dan besar...aircond pun sejuk sangat. Selesa je kat dalam tu sampai kan rasa 1jam 30 minit dalam tu sekejap je rasanya.


Yahoo......dah sampai Langkawi

Monday, February 6, 2012

On The Way Nak Ke Langkawi

Saat ini munna mungkin dah on the way nak cuti-cuti Malaysia. Kali ini destinasi pilihan munna ialah Langkawi. Ini baru pertama kali munna ke Langkawi. Ramai juga yang pergi dengan munna termasuk mak munna dan keluarga kakak munna. Doakan perjalan kami ke Langkawi selamat sampai dan kembali ye.

Wednesday, January 25, 2012

Big Apple Dah Di Buka Di Mentakab Star Mall


Sebab ramai yang masuk dalam blog munna ni kebanyakkannya nak tahu pasal Mentakab Star Mall jadi munna update dia sini ye. Big Apple dah di buka dan juga Sushi King. Kedai baru buka punyalah ramai orang beratur nak membelinya. Esok nak terjah Star Mall lagi nak cuba donut Big Apple pula.

Friday, January 20, 2012

Dating Dengan Kakak Meya : Nasi Air

Dating dengan kakak meya lagi. Kali ini bawa dia pergi makan nasi air yang glamer kat Temerloh ni


Wajib order milo ais je anak dara munna ni.


Berselera dia makan nasi air tu


Ini munna punya setelah semua isi-isi dan bahan dalam nasi air kakak meya dia bagi pada munna dia makan nasi air kosong je. 

Sunday, January 15, 2012

Ingatkan Dapat Makan Kenny Rogers

Malam semalam tiba-tiba je en abang ajak pergi makan kat luar. Dah plan nak ke Mentakab Star Mall nak ronda-ronda di sana sambil jalan jalan cari makan. Berangan dah nak makan kat Kenny Rogers tapi hampeh  tak buka lagi yang ada cuma KFC dan McD aje.. Shushi King pun masih dalam renovation lagi.  Sudahnya makan je lah di Mc D.


Kakak Meya yang asyik memandang brader india sebelah meja kami


Pilihan en abang Big Mac Chicken. Yasmin tumpang sekaki makan  fun fries.


Menu wajib kakak Meya kalau ke McD... Bubur Nasi


Munna punya Quarter Pounder  


Yasmin yang tak boleh duduk diam ... berlari dari hujung ke hujung kerusi.. lepas tu menjerit sekuat hati.

P/s : Misi sampingan nak cari buah Ngaku sebenarnya...

Saturday, January 14, 2012

Nak Pergi Langkawi



Bila je tengok kawan-kawan pergi Langkawi.. hati ini gedik je rasanya nak pergi ke sana juga. Sebenarnya dari tahun 2010 lagi dah merancang nak ke sana tetapi ada saja halangannya. InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH munna dan keluarga akan kesana pada 6-8 Febuari nanti. Semoga hasrat kali ini akan tercapai. Tak sabar dah rasanya.

Tuesday, November 15, 2011

Cer Citer Di Zoo Melaka Dan Melaka Wonderland

Jalan-jalan di zoo Melaka memang seronok. Walaupun cuaca agak panas tapi budak berdua tu happy je...lagi2 si Yasmin yang memang sukakan binatang. 


 Teruja Yasmin dan abah tengok binatang masa ni...


Zirafah ini tinggi betul ..lalu kawasan ni dekat sangat dengan zirafah tu..... 


Tengah tunggu gajah-gajah ini untuk buat persembahan. 


Yasmin yang suka gajah tapi bila bawa dekat dengan gajah menangis takut. Kakak meya masa ini memang dia duduk kat kerusi depan sekali sebab nak tengok gajah...
Sebenarnya banyak lagi gambar kat zoo Melaka tapi dlm kamera anak buah sebab masa ni camera munna dah buat hal ini je yang sempat munna snap...

Dah penat dan cuci mata tengok binatang kami sekeluarga pergi ke Melaka Wonderland pula memang seronok kat sini. Tempat ini pun baru je di buka jadi kemudahan dan prasarana kat sini masih baru dan selesa juga. Punyalah seronok mandi kat sini tak sedar dari jam 1 sampai jam 4 ptg kami berendam dalam air.


Yasmin yang takut dengan maskot2 kat situ


Anak buah munna berposing sakan dengan maskot2 ni.
Gambar masa mandi manda memang takde... dah niat memang nak mandi sakan kat sini... tak mau dah jadi minah guard jaga barang macam masa mandi-manda di A Famosa dulu.

Monday, November 14, 2011

Jalan-Jalan Di Negeri Melaka

Minggu lepas Munna dan keluarga jalan-jalan di negeri Melaka. Seronok sangat sebab banyak tempat-tempat yang menarik di Melaka. Walaupun dah selalu pergi tapi tak jemu rasanya. Kali ini munna cuma pergi 
2 tempat je ... kebetulan kedudukan 2 tempat ni pun dekat je. 


Mula-mula masuk zoo Melaka. Memang seronok bawa anak-anak kat sini ...semuanya teruja nak tengok binatang terutamanya Yasmin yang suka tapi takutkan gajah.


Dah penat berjalan dalam zoo Melaka ... munna terjah ke sini pula untuk relaks dan suka-suka bermandi-manda. Kejap lagi munna cer citer jalan2 di Melaka ye....
Related Posts with Thumbnails