Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Mentakab Star Mall. Show all posts
Showing posts with label Mentakab Star Mall. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Perghhhh... Sejuk-Sejuk Pun Layan


Dah berkira-kira malam ni nak pergi Mentakab Star Mall... nak makan kat McD. Menu kat atas ni mesti munna order nanti... memang suka sangat McFlurry di McD

Friday, May 25, 2012

Minah Rempit Cilik Beraksi Di Mentakab Star Mall

Semalam bawa anak-anak ke Mentakab Star Mall. Saja je dah lama tak kesana .... banyak dah kedai yang di buka di sana. Kenny Rogers, Kemaman Kopitiam, Secret Recipe, The Face Shop, iPeople dan beberapa kedai lagi yang munna tak ingat.

Di tingkat satu ada disediakan permainan untuk budak-budak... Kakak Meya tergedik-gedik minta nak naik motosikal tu. Suruh bawa kereta dia tak nak .. layan kan je lah. Bayaran yang dikenakan RM 3 untuk 5 minit dan RM 5 untuk 10 minit.


Scooter pilihan Kakak Meya


Lajunya dia merempit... munna pula yang takut di buatnya



Pandai pula kakak Meya tekan minyak dan pusing handle motor tu bila ada kereta lain di depan. Mula-mula je slow bila dah pandai .... fuhhhh lajunya dia bawa.... 

Sekali lagi terpaksa mengalah dengan budak berdua ni bila time makan... munna nak ke Kenny Rogers diaorang nak ke Mc D juga.... alahai anak......

Friday, April 13, 2012

Sold Out Sokmo

Sokmo?....faham kan maksud sokmo tu apa.

Malam tadi ke Mentakab Star Mall lagi. Saja nak tengok progress di sana dan bawa budak2 berdua tu jalan-jalan. Hajat utama nak beli donut kat Big Apple sebenarnya.


Bawa balik je kalau makan kat sana habis comot budak berdua tu nanti


Aiseh.. tinggal perisa ini je yang munna suka semuanya dah sold out... beli juga sebab kakak Meya suka sangat dengan donut ni.

Hajat di hati nak makan kat  Shushi King... tapi budak berdua tu mengamuk nak ke Mc Donalds sebab nak main kat dalam tu. Pendamlah lagi hasrat di jiwa. 

Wednesday, March 14, 2012

Kupon Tayangan Percuma Sempena Pembukaan GSC Lite Mentakab Star Mall


Lepas 2 bulan tertangguh ...akhirnya GSC Lite di Mentakab Star Mall akan di buka hari ini, Munna ada dapat kupon percuma untuk tayangan percuma tetapi filem-filem dia pulak tak best dan yang lama. Jadi pada warga Temerloh dan Mentakab boleh lah serbu GSC hari ini. Munna plan nak bawa anak2 tgk seefood weekend ni....

Tuesday, March 6, 2012

Aksi Meya dan Yasmin Di Mentakab Star Mall

Budak berdua ni memang lasak.... kalau munna je sorang memang tak kan berani bawa budak berdua ni keluar... lagi-lagi ke Mall.





Layan je lah aksi diaorang ni... ummi diaorang tengah sibuk dengan borang tender sebenarnya...

Friday, March 2, 2012

Kedai Popular Di Mentakab Star Mall

Malam tadi saja pergi meronggeng di Mentakab Star Mall... saja nak tengok progress kat sana ... sedihnya GSC masih belum di buka kerana belum dapat lesen dari pihak Majlis Perbandaran. Cuma ada 3 kedai je baru di buka di sana dan pastinya yang menjadi tumpuan ialah ialah kedai buku Popular


Munna datang semalam adalah hari pembukaannya.... punyalah ramai orang ... nak membayar pun beratur punyalah panjang.

Bawah ini 3 barang yang sempat munna rembat kat popular.... nak juga beli novel.. tapi orang yang terlalu ramai dan padat nak di section novel ... tak sanggup nak mencelah rasanya... takpelah nanti dah reda sikit demam Popular ni barulah boleh membeli dengan aman dan bijaksana...


Pilihan Yasmin ... puzzle farm animals


Kakak Meya pula puzzle hidupan laut


En. abang pun nak juga... pilihan dia buku masakan ni.... banyak resepi masakan pure pahang dalam ni.


Sungguh popular kedai Popular ni

Tuesday, February 7, 2012

Big Aplle Tunggang Terbalik

Baru-baru ni ke Mentakab Star Mall sebab nak merasa donut Big Apple. Punyalah ramai orang kat sana dan yang beratur nak membeli pun punyalah panjang. Ini kiranya first time munna merasa donut Big Apple ni.


Pilih macam-macam perisa dan yang warna warni. Munna tapau je nak makan kat rumah 


Tapi sayangnya ... beginilah rupanya bila bawa balik rumah. Gara-gara Yasmin baling kotak ni habis tunggang terbalik donut kat dalam kotak tu. Donut Big Apple memang sedap dan gebu je bila masuk mulut. Munna suka yang ada cheese kat atas tu... 2 ketul munna belasah sorang je

Wednesday, January 25, 2012

Big Apple Dah Di Buka Di Mentakab Star Mall


Sebab ramai yang masuk dalam blog munna ni kebanyakkannya nak tahu pasal Mentakab Star Mall jadi munna update dia sini ye. Big Apple dah di buka dan juga Sushi King. Kedai baru buka punyalah ramai orang beratur nak membelinya. Esok nak terjah Star Mall lagi nak cuba donut Big Apple pula.

Thursday, January 19, 2012

Pembukaan GSC Lite Di Mentakab Starr Mall Pada Hari Ini Di Batalkan


Dah berangan hari ini ... nak pergi tengok wayang di GSC Lite di Mentakab Star Mall. Sekali dapat info yang mengatakan pembukaan tersebut telah di batalkan tanpa di ketahui sebabnya. Keciwa lah juga rasanya.


Menunggu lagilah lepas ni...

Sunday, January 15, 2012

Buah Ngaku


pic Google

Teruja sangat tengok kat blog member2 ramai yang dah buat kerepek ngaku. Jadi kebetulan ke Mentakab Star Mall munna pun carilah buah ni. Akhirnya berjumpa sudah buah ni... kat Pacific buah ini di jual  sudah siap sedia di bungkuskan... munna rembat terus 2 bungkus . Sebungkus cuma RM 2.40. Lepas ni nak mulakn operasi membuat kerepek pula.

Ingatkan Dapat Makan Kenny Rogers

Malam semalam tiba-tiba je en abang ajak pergi makan kat luar. Dah plan nak ke Mentakab Star Mall nak ronda-ronda di sana sambil jalan jalan cari makan. Berangan dah nak makan kat Kenny Rogers tapi hampeh  tak buka lagi yang ada cuma KFC dan McD aje.. Shushi King pun masih dalam renovation lagi.  Sudahnya makan je lah di Mc D.


Kakak Meya yang asyik memandang brader india sebelah meja kami


Pilihan en abang Big Mac Chicken. Yasmin tumpang sekaki makan  fun fries.


Menu wajib kakak Meya kalau ke McD... Bubur Nasi


Munna punya Quarter Pounder  


Yasmin yang tak boleh duduk diam ... berlari dari hujung ke hujung kerusi.. lepas tu menjerit sekuat hati.

P/s : Misi sampingan nak cari buah Ngaku sebenarnya...

Thursday, January 5, 2012

GSC Lite In The Making

Sabar menunggu GSC Lite di buka di Mentakab Star Mall











Wednesday, January 4, 2012

Mentakab Star Mall Dah Di Buka Tapi GSC Belum Lagi

Ingat lagi tak entry munna pasal Mentakab Star Mall ni. Akhirnya Mall ini telah di buka pada 19/12 yang lalu tapi munna baru je berkesempatan pergi ke sana cuti tahun baru yg lalu.

Setakat ni tak banyak pun lagi kedai yang dah di buka. Rasanya baru Pacific Supermarket dan Mc Donalds je . Lain-lain masih lagi under renovation termasuklah GSC... kena tunggu lagilah kalau nak tengok wayang.






Tarikh dibuka : 19 Disember 2011
Kemudahan utama:
 kedai-kedai
Pasaraya Pacific
Pusat Bowling
Panggung wayang GSC (pertama di pahang Tengah)

Lokasi :
Berhampiran Taman Saga, Taman Bkt Bendera
Kordinat :
3°28'16"N   102°19'53"E

Senarai kedai : maklumat dari Peri Chinta (Facebook). Kedai-kedai yg menyewa ialah :

Lower Ground Floor (LG)
Food Court, myNews.com, Some Mentakab local retailers

Ground Floor (GF)
Pacific Superstore, McDonald's, Sushi King, Kenng Rogers, Big Apple, Bread Story, Hong Kong Char Chan Tank, Pizza Hut, KFC, Tutti Frutti, Little Taiwan, Caring Pharmacy, The Orginal Shop, Tomei Jewelry, Bolton Optical, Fotokem, Time Galarie, OK Optical, Eu Yan Sang, KEMC Jewelry, Habib Jewelry, Noodle Station, Chicken Rice Delight, Shabu Shabu, Watsons, RHB, Hot & Roll, Shilin, Takashima, Ogawa, Aussino, Chatime, 1901

First Floor (FF)
Pacific Departmental Store, Popular, Anakku, Sox World, TF Hair Beauty, Vincci, Le Boutique, PDI, Hush Puppies, First Lady, Pets' More, 101 Haircare, Brands Outlet, Slimming Saloon, Li Ning, Al-Ikhsan, Adidas, RSH, Bata, Renes, Azze Fashion, Tropicana Life, The Face Shop, SASA, Etude House, Converse, Everlast, Vern's, Pink Lady, Bras & Things, Giordano, Scholl, XES, Mom's Care, RA Fashion

Second Floor (SF)
Golden Screen Cinema (GSC), IT Hyperstore, Capcom Station, IT City, Mega Electrical, Song Box (Karaoke), Bowling Court (30 lanes), CSL, Sony Ericsson, PM Communication, APEX, AOE, Uncle Ali Café, Each A Cup, Ayam Ria, Living Cabin, Speed Marketing, Fresh Geaf, The One Group, Daily News, Tokutokuya..

Related Posts with Thumbnails