Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Selamat Tinggal Pulau Langkawi


Selama 3 hari di Langkawi memang seronok rasanya.... cuma tak dapat buat islands hoping je yang tak bestnya sebab dah tak cukup masa. Insyaallah kalau panjang umur munna bercadang nak pergi lagi ke Langkawi hujung tahun ni.. bolehlah nak buat aktiviti  islands hoping nanti dan pergi mana-mana tempat yang menarik yang munna belum pergi lagi.

Wednesday, February 29, 2012

WW : Tanda Kenangan Dari Langkawi


Fidge Magnet dan Key Chain yang di beli di Langkawi sebagai buah tangan

P/s : Ada beberapa FM Langkawi lagi,...  mungkin akan di layangkan kepada beberapa pengomen yang setia mengomen di blog munna ini 

Monday, February 27, 2012

Sempat Lagi Shopping Handbag Di Langkawi

Last day di Langkawi sempat lagi munna jalan-jalan sekitaR kedai-kedai di Pekan Kuah. Tengok harga handbag di sana dengan harga di Temerloh ada beza juga... jadi rembatlah satu.


Ala yang biasa-biasa je... tak mampulah nak pakai yg mahal-mahal tu


Handbag baru munna diimport dari Langkawi.... kenangan dari sana.

Dataran Lang Destinasi Terakhir

Hari terakhir di Langkawi kami semua pergi ke Dataran Lang tempat wajib rasanya nak bergambar di Langkawi ni. Tapi masa munna datang cuaca tengah panas terik... Nak bergambar pun tak selesa dengan panas terik hasil gambar pun tak menarik. Ini je gambar yang ada di Dataran Lang


Kakak Meya berposing sakan



Yasmin dan abah pun nak bergambar juga

Thursday, February 23, 2012

Kenangan Di Cable Car Langkawi

Aktiviti seterusnya di hari kedua ialah ke Langkawi Cable Car


Punyalah tinggi cable car ni... takut seram semuanya ada perasaan munna masa naik cable car... Meya steady je tapi Yasmin mula2 naik dia memang takut dan setiap kali cable car tu sampai ke stesen dia mesti menangis takut dengan gegaran tu...Munna punyalah takut dah macam-macam doa dan ayat munna baca masa tu... tapi tengok Mat Salleh selamba je diaorang berdiri dan ambil gambar bagai dalam tu...

 Memang best naik cable car ni... kalau ke Langkawi lagi mesti munna naik lagi... kali ni nak jalan-jalan kat puncak gunung dan jambatan tu. Masa pergi ni munna tak turun sebab bawa anak kecil .. takut juga kat atas tu nanti...


Inilah kenangan munna sekeluarga naik cable car Langkawi... semua orang  ada dalam gambar ini . Foto ini di ambil oleh jurufoto sebelum naik cabel car .... kena bayar RM35 untuk sekeping gambar ... memang cantik gambar ini dan jadi kenangan buat kami sekeluarga.  Gambar kat atas tu munna dah snap semula guna camera digital biasa tu yg tak nampak cun... kalau gambar sebenar besar dan bersih je semuanya....

Tuesday, February 21, 2012

Underwater World di Langkawi

Akitiviti seterusnya selepas melawat Makam Mahsuri ialah pergi tengok hidupan laut di Underwater World Langkawi di Pantai Chenang.


Meya yang tetap dengan kata-katanya ini buaya bukannya ikan.


Hanya bertiga .... Meya teruja tengok ikan sampaikan ajak bergambar pun tak nak 


Dapat juga bergambar berempat... tapi muka semuanya pulak tak sedia lagi... 



Spesis yang tak duduk kat laut pun ada kat sini


Comel je 


Ini rupanya binatang seadragon

p/s : rasanya tak berbaloi harga tiket nak masuk Underwater World ni... tiket mahal tetapi ikan2 kat dalam tu tak banyak pun macam kat Aquaria

Friday, February 17, 2012

Mesti Melawat Mahsuri Kalau Ke Langkawi

Agenda pertama di hari kedua di Langkawi ialah melawat Makam Mahsuri. Tak sah percutian ke Langkawi kalau tak pergi ke tempat bersejarah ini. 


Mulakan dengan kakak sulung munna yang bergambar dengan potret Mahsuri di Rumah Mahsuri.


Dua beradik yang suka sebab dapat pergi Langkawi.


Penat!!... mak dengan kakak munna berehat dulu di bawah rumah Mahsuri


Ini dia rumah Mahsuri... nasib baik tak ramai sangat orang hari tu.


Makam Mahsuri.... 

Jadi Mangsa Cubitan


Sepanjang di Langkawi Yasmin sentiasa jadi rebutan abang-abang sepupu dia. Semuanya berebut nak melayan dan tolak stroller Yasmin. Munna juga yang untung ...boleh rileks sekejap bila ada anak buah yang layan Yasmin sepanjang di Langkawi.

Thursday, February 16, 2012

Borong Coklat Di Haji Ismail Group

Lepas Idaman Suri destinasi tempat nak melaburkan duit ialah kat Haji Ismail Group (HIG). Kat sana bagi yang sukakan coklat memang itulah tempatnya. Ada banyak pilihan coklat kat sana.

Pic Google
Gambar depan HIG yang munna cilok dari Google. Bangunan HIG ini senang je nak jumpa. Lagipun warna hijau tu dari jauh orang dah nampak.


Ini dia  sebahagian coklat yang munna borong kat HIG. Melayang juga RM300 untuk coklat saja. semua coklat munna beli kat HIG cuma coklat Daim je munna beli kat Coco Valley itupun dapat masa dah last day kat Langkawi sebab stock coklat Daim dah habis semuanya di pekan Kuah masa hari yang munna shopping tu. Nasib baik dapat juga sikit coklat tu sebab semuanya minta munna belikan coklat Daim. 

Idaman Suri Memang Idaman Surirumahtangga

Hari pertama di Langkawi memang munna khaskan untuk aktiviti shopping saja. Lepas je berehat sekejap di homestay terus bergerak ke Idaman Suri. Dari jeti ke homestay munna memang akan lalu Idaman Suri ini jadi mudah jelah nak mencari arah tak payah nak turn on GPS pun.

Masuk je kat dalam...mata tak lepas pandang dah..semua benda nampak cantik.. semua benda kalau boleh nak beli. Semuanya pakat memborong kat dalam tu.


Munna cuma beli dinner set,sudu dan senduk je. Ingatkan nak rembat kuali Tefal satu...  tapi masa tu Yasmin meragam sebab dia demam nak berkepit je dengan munna terpaksalah lepas bayar je harga barang yang munna beli terus lepak kat luar je...


Tapi kakak munna borong sakan lebih 1K dia habis kat Idaman Suri ni .. mak munna pun sama. 


Yasmin yang asyik merengek petang tu... dia demam sebab perubahan cuaca agaknya..ialah 7 jam dlm kereta   sejuk dengan aircond. Lepas tu naik ferry pun sejuk giler dengan air cond... alih-alih sampai Langkawi panas hangat betul. Malam tu round satu pekan Kuah barulah jumpa satu farmasi yang buka nak beli ubat demam untuk Yasmin

Wednesday, February 15, 2012

3 Hari 2 Malam Di Haszlena Homestay Langkawi


Selama di Langkawi munna menginap di Haszlena Homestay.Memang selesa dan bersih rumah ini. Owner pun sangat baik dan lemah lembut je. Munna tak sempat nak snap gambar dalam homestay ni. Maklumlah masa check in badan semua dah penat terus ambil port masing-masing dan tidor dulu sebelum aktiviti seterusnya di lakukan.

Lain kali bila nak ke Langkawi lagi munna memang akak sewa homestay dengan kakak Haszlena ni... lain kali nak sewa rumah yang ada aircond pula baru selesa rasanya nak tidor malam sebab cuaca kat Langkawi panas lah. Sewa bagi homestay tu adalah RM 300 untuk 3 hari 2 malam dan kemudahan dan kelengkapan pun semuanya cukup dalam tu. 

Bagi yang tercari-cari homestay di Langkawi bolehlah lihat kat blog Haszlena Homestay

WW : Camping Di Langkawi


Seronok Makan Ramai-Ramai

Tuesday, February 14, 2012

Van Sewa Yang Tak Best Di Langkawi


Semuanya best dan seronok kat Langkawi ..cuma bab kereta sewa ni je yang tak best. Hal kereta sewa memang abang ipar munna yag uruskan. Memang dah rancang siap-siap kami nak sewa sebuah van je ... mudah nak gerak dan jimatkan kos. Lagipun kalau dah ramai-ramai elok naik sekali je.. jadi takdelah masalah yang tercicir nanti.

Yang tak bestnya dapat van yang dah nak expired ni. Janji sebelum tu nak bagi van baru dan aircond power. Alih2 dapat van macam ni. Dah la lama menuggu van ni  kat jeti ... sampai kat kami tgk van tu dahlah air cond tak berfungsi sangat ... tayar pun dah botak. Alasan tuan kereta tu van yang kami tempah tu penyewa sebelum tu tak pulangkan lagi dah nak sambung lagi sewa untuk satu hari. Terpaksalah pakai juga van ni. Sewa selama 2 hari di sana ialah RM360.00.

Budak Berdua Ni Teruja Sangat Dapat Naik Ferry

Dari Kuala Kedah ke Langkawi kena naik ferry nak kesana. Family munna sampai je kat Jeti ..ferry nak ke Langkawi dah menunggu terus beli tiket. Dewasa RM 23 dan kanak-kanak RM 17.



 Budak berdua yang monyok baru keluar dari kereta... sementara tunggu abang ipar munna dan en abang uruskan hal tiket kami semua.



Bila dah naik ferry .. budak berdua ni yang paling teruja sangat... menjerit-jerit kat dalam tu... macam rumah sendiri diaorang buat. Masa nak pergi ni dapat ferry yang selesa dan besar...aircond pun sejuk sangat. Selesa je kat dalam tu sampai kan rasa 1jam 30 minit dalam tu sekejap je rasanya.


Yahoo......dah sampai Langkawi

Monday, February 13, 2012

Perjalanan Selama 7 Jam Dari Temerloh Ke Jeti Kuala Kedah

Letih memanglah letih tetapi seronok bila konvoi ramai-ramai. Rasanya kalau ikutkan 5 jam je dah boleh sampai ke jeti. Biasalah bila dah jalan ramai-ramai ada yang nak singgah buang airlah, nak pergi makanlah dan driver pun sempat juga tidur sekejap di hentian. 

Munna bertolak dari Temerloh dalam jam 1.30 pagi dan sampai di Jeti Kuala Kedah dalam lebih kurang jam 8.30 pagi. Walaupun penat dalam kereta tapi bila nampak ferry besar ke Langkawi teruja rasanya. Lagi pun first time naik naik ferry. Alhamdulillah... tercapai juga hasrat nak ke Langkawi.

Monday, February 6, 2012

On The Way Nak Ke Langkawi

Saat ini munna mungkin dah on the way nak cuti-cuti Malaysia. Kali ini destinasi pilihan munna ialah Langkawi. Ini baru pertama kali munna ke Langkawi. Ramai juga yang pergi dengan munna termasuk mak munna dan keluarga kakak munna. Doakan perjalan kami ke Langkawi selamat sampai dan kembali ye.

Saturday, January 14, 2012

Nak Pergi Langkawi



Bila je tengok kawan-kawan pergi Langkawi.. hati ini gedik je rasanya nak pergi ke sana juga. Sebenarnya dari tahun 2010 lagi dah merancang nak ke sana tetapi ada saja halangannya. InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH munna dan keluarga akan kesana pada 6-8 Febuari nanti. Semoga hasrat kali ini akan tercapai. Tak sabar dah rasanya.
Related Posts with Thumbnails