Sahabat Alam Maya

Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Selera Mat Salleh Pagi Ini

Hari ni munna sarapan pagi ala-ala orang mat salleh ye. Ni kakak meya yang request. Pizza blackpaper tapi bukan munna yang buat, cuma beli kat pasar malam je. Request kat budak jual tu nak extra cheese dan tak payah bakar sebab munna nak bakar sendiri kat rumah.


Pagi ni sebelum masuk oven munna tambahkan lagi sosej kesukaan yasmin dah tambah juga lagi kepingan keju chisdale kat topping pizza ni.


Dah siap bakar... dan dah hadam pun dalam perut kami anak beranak Alhamdulillah.... sedap juga walaupun cuma dari pasar malam je. Harga pun boleh tahan size regular ni budak tu jual RM 15 aje.



Friday, October 12, 2012

Senyum Lebar Kalau Ke Pizza Hut

Kakak meya memang suka sangat makan pizza . Bila keluar je mesti ajak makan pizza. Dating berdua lagi dengan kakak meya.... dah jadi kawan ummi bila nak keluar bandar sekarang ni.



Suka sangat air blacberry flizz ni


semankuk sup tu meya boleh habiskan sorang2


Ini untuk munna


Pilihan kakak meya.... supreme

Tuesday, October 2, 2012

Jom Makan Pizza Cara Kakak Meya

 Kakak meya memang suka makan pizza. satu pan personal pizza tu dia boleh habiskan sorang-sorang je.

 
Happy je bila dapat makan pizza. Tapi meya makan pizza ada lain sikit dari orang lain.


Macam ni lah cara dia makan... semua topping dia buang ... dia cuma makan roti dia je... selalunya munna lah yang tukang habiskan segala topping kat atas pizza tu....

Friday, July 13, 2012

Pizza Hut Dengan Cik Syasya

Semalam rezeki ada orang belanja munna makan tengahari. Baru je nak turun lunch dapat call dari anak buah munna ajak makan pizza. Apalah lagi laju je maklang dia ni..jalan kaki ke pizza hut.Kakak munna yang sulung dan mak munna pun ada sekali sebab haritu diaorang hantar mak munna appointment doctor untuk check mata yang baru di laser bulan lepas


Cucu sulung munna... Cik Syasya dalam percubaan untuk membuat peace.


Penuh meja kami dengan makanan..


Order je lebih ...tapi takde yang makan.... jawabnya tapau bawa pulang.


Untuk Cik Syasya


Nasib baik soup of the day mushroom soup  kalau chicken soup munna tak suka sangat

Brppp.... Alhamdulillah.... kenyang sudah....  memang sedap lebih-lebih lagi bila org belanja kan....

Friday, March 23, 2012

First Time Order Online

Mudah je hidup sekarang ni kan, nak makan .. order je on9... tunggu 30 minit dah sampai depan pintu rumah.


Ini yang munna order... personal pizza tu dapat percuma sebab kesilapan pizza hut sebab lambat.


Feveret kak Meya ... makan cicah dengan mushroom soup....


Personal pizza yang dapat free je....

Teringin nak makan Domino's pulak lepas ni... tapi nak kena ke KL lah jawabnya.... kat Kuantan pun takde lagi rasanya 

Friday, November 11, 2011

Makan-Makan Di Pizza Hut Lagi

Hari itu cuma makan berdua je dengan Kakak Meya di sini . Kali ini munna ke Pizza lagi dengan Family.


Pizza terbaru tetap menjadi pilihan ... cuma munna add-on dengan pepperoni


 Budak berdua ni tak boleh duduk diam dalam tu...ada je yg diaorang nak buat...

Tuesday, November 1, 2011

Dating Berdua Dengan Kakak Meya

Ini kejadian minggu lepas. Selasa lepas bawak kakak Meya ke opis dengan niat nak gunting rambut depan dia yang dah mencucuk biji mata. Sebelum pergi gunting rambut isi perut dulu. Tanya dia nak makan apa..dengan semangatnya kata nak makan Pizza. Dulu hantu kepsi sekarang ni nak makan Pizza sokmo.


Budak yang gembira sangat dan tak sabar-sabar nak makan pizza.


Munna order pizza yang terbaru kat Pizza Hut. Memang sedap tapi kenalah makan panas-panas bila dah sejuk rasa muak pula sebab cheese tu banyak sangat. 



Budak yang tak boleh duduk diam dlm Pizza Hut. Terlompat2 kakak meya dalam tu...kalau ada Yasmin lagilah... mahu menjerit2 suka dia dlm tu.

Wednesday, October 5, 2011

WW : Percubaan Pertama


Homemade Pizza

Agak hangus sikit...tapi puas hati berjaya juga buat sendiri

p/s : tgk tarikh pada kamera ..sila abaikan ye

Tuesday, December 21, 2010

Hot Tiket .. Siapa Yang Dah Redeem

Perut hujan-hujan ni rasa lapar je... nafsu makan payah betul nak kawal. Dah plan hari ni nak redeem hot tiket ni ..boleh dapat 4 personal pan pizza dengan hot tiket yang munna dan collect...
jawabnya malam ini makan pizza saja untuk dinner... jommmm


tengah tunggu adik munna kasi lagi 3 keping tiket ni baru boleh redeem 4 personal pan pizza...

Sunday, November 14, 2010

Pizza Hawaian Cheesy Versi Munna's Family

Tekak ni rasa lain macam je hujung minggu ini.. rupanya nak makan makanan orang itali rupanya... ni dia projek minggu ni .. homemade pizza hawaian cheesy


close up sebelum dibakar


Kat tepi keliling doh tu cik abang munna letak cheese kat dalam

close up lepas dah bakar


Jangan meleleh air liur sudah...

Related Posts with Thumbnails