Jiran sebelah rumah mak munna buat kenduri sambut menantu minggu ini. Jiran ni memang rapat dengan mak munna dah kira macam anak angkat pada mak munna. Dia dah warning awal-awal kalau boleh pakai baju warna hijau untuk kenduri dia nanti....
Gigih dah munna mencari baju kurung hijau masih tak jumpa...al maklumlah size macam munna susah nak jumpa. Nak beli on9 memang tak berani sebab size tak sama ikut pattern... ada yg ni size 48 dah boleh masuk... cuba jenama lain size 48 dah macam sarung nangka pulak....
Cantiknya baju yg jual on9 ....
Belek2 baju lama... rupanya baju munna yang warna hijau cuma ada satu je...itupun dah selalu pakai..malulah pulak asyik pakai baju yang sama je.... Esok hari jumaat lunch hour lama sikit jadi nak cuba try cari kat mentakab pula... itulah bila last minute baru nak mencari...itu belum cari tudung lagi tu.... beginilah jadinya...