Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Dari Teman Blogger


Alhamdulillah dah selamat sampai... buku dari blogger Cik Intan Berlian ni pada munna semalam


Buku ni untuk murid tahun satu sebenarnya... walaupun kakak meya baru je nak masuk tadika tapi bila dia dapat buku ni... teruja sangat . Semua gambar kat dalam tu dia nak warna... asyik tanya je apa dlm gambar tu sedang buat. Sayang sangat dengan buku ni.. siap berlagak dengan Yasmin sebab dia ada buku baru


Buku ni blogger Cik Intan Berlian  yang tulis sendiri. Tahniah munna ucapkan dan terima kasih atas pemberian  buku ini.

P/S :  Intan.... sampai je buku ni kat munna walaupun setem 60 sen... posmen tu tak mintak pun top up utk setem.

Thursday, April 5, 2012

Sesi Bayar Hutang

Minggu ini walaupun ada entry dari munna tapi blogwalking memang terbatas sangat. Memang busy dengan kerja-kerja di office.. hanya beberapa blog je yang sempat munna terjah dan tinggalkan komen. Jadi hari ini kerja semua dah siap dan ada kelapangan jadi bolehlah blogwalking sepuasnya. Munna nak bayar hutang ni... tunggu ye!!

Friday, March 30, 2012

Glamerlah Blogger Kak Ieda Herbalife Ini


Wah glamernya blogger Kak Ieda ni. Nampaknya semua kenal dengan Kak Ieda ye. Sebenarnya Kak Ieda lah blogger yang bagi munna kupon diskaun untuk tiket masuk ke Gambang Waterpark hari tu. Munna jumpa Kak Ieda kat tempat kerja dia di University College Shahputra untuk collect kupon tu. 

Tapi sayang dapat jumpa sekejap je... kalau tak nak juga culik Kak Ieda kejap angkut sekali pergi Gambang. Kak Ieda secara reality nya sangat lah lemah lembut, peramah dan juga cantik orangnya. Lain kali kalau munna turun Kuantan nak jumpa dan borak-borak lebih lama dengan Kak Ieda.

Thursday, March 29, 2012

Terima Kasih Tak Terhingga Pada Blogger Ini


Cer teka munna dengan blogger siapa ni...

Blogger kedua munna jumpa secara face to face .. seronoknya. 


Monday, March 12, 2012

Leganya.... Sudah Siap Semuanya....

Akhirnya semua kerja munna yang menimbun minggu lepas dah siap semuanya. Sebab semua dokumen tender yang menimbun dan perlu disiapkan juga minggu lepas... jadinya minggu lepas munna tak update blog dan berjalan-jalan ke blog kawan2. Bila dah siap semuanya tender dari Alloy, JKR dan JPS baru aman rasanya dan nak berblog rasa bahagia je....Happy blogging semua....

Monday, February 27, 2012

Boleh Selamatkan Ke Tidak?

Sayangnya... tiba-tiba je bila nak upload gambar ke computer ... keluar mesej macam kat bawah tu


Aduhai... kalau format semula gambar dalam tu akan hilang semuanya... macamana ye nak selamatkan gambar dalam memory card tu... sayangnya banyak gambar dalam tu yang munna belum savekan ke dalam computer lagi.... ada sesiapa yang boleh tolong tak....

Friday, February 10, 2012

Demam Dan Batuk Menyerang Pulang Dari Langkawi

Balik je dari Langkawi hari Rabu kelmarin munna di serang demam, batuk dan selsema. Mungkin perubahan cuaca agaknya. Di Langkawi cuaca panas sangat bila balik ke Pahang cuaca agak sejuk menyebabkan tekak munna perit dan demam pun menjadi. Terpaksa munna sambung lagi cuti munna. Oklah munna nak berehat dulu ye...nantilah munna citer pasal Langkawi.

Wednesday, February 1, 2012

Blogger Fail Saman Balas Adun Pantai Remis RM11 juta

Blogger fail samam balas ADUN Pantai Remis RM11 juta


2012/02/01

IPOH: Blogger, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang mengendalikan blog sekupangduas.blogspot.com memfailkan saman balas bernilai RM11 juta terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming di Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi. 

Ia difailkan menerusi firma guaman Ong, Hanim & Bbadrul jam 2.30 petang tadi.
Pada 3 Januari lalu, Kor Ming menyaman Ahmad Ssofian RM10 juta kerana didakwa menyiarkan artikel yang memfitnahnya.

Sumber : Berita Harian Online

P/s : Berbalas saman menyaman nampaknya....RM 11 juta..   banyak tu. semoga kita berblog dengan aman dan baik...  janganlan sampai saman menyaman ni...  hendaknya di elakkanlah

Friday, December 2, 2011

Dapat Hadiah Dari Blogger Lagi

Gembiranya rasa di hati... datang ofis hari ini munna dapat hadiah lagi. Kali ni dari blogger Dunia Mayaku pula. Hadiah FM yang comel dan geram rasa macam nak makan je.

Tapi sayangnya hari ini munna tak bawa kamera pula jadi tak dapat nak tayang kat blog hari ini. Nak snap dgn handphone mmg hampeh tak memuaskan gambarnya nanti. Takpe nanti munna balik rumah munna posingkan hadiah tu nanti dan tayang kat blog ni.

Buat Yana terima kasih daun keladi ye... munna memang suka kalau dapat FM... boleh juga menambahkan koleksi yang tak seberapa tu.

Friday, November 18, 2011

Walimatulurus Raja Sehari



20/11/2011

Cuma nak war-warkan pada rakan-rakan blog yang munna akan menghilangkan diri sebentar kerana nak jadi orang kuat untuk Majlis Nikah dan Persandingan adik ipar munna hujung minggu ini. Jadi mungkin munna tak dapat online lama sikit.. maklumlah kenduri kahwin banyak hal yang perlu di selesaikan. Kalau ada pun entry terbaru itu semua adalah autopublish dan curi2 masa utk update nanti..

Pada teman-teman yang berdekatan di jemput hadir sekali memeriahkan majlis ini ye.

Thursday, November 17, 2011

Tahniah....UPSR 2011

Hari ini result UPSR dah keluar kan... Tahniah munna ucapkan pada anak-anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Dalam kalangan ahli keluarga munna tiada yang ambil UPSR tahun ni. 

Munna nak ucapkan tahniah pada anak boss munna yang dapat result 5A 2C.... C untuk kertas Bahasa Cina. Tak lupa juga pada anak-anak blogger yang akan mendapat keputusan hari ini seperti anak kak Hanis Azla, Kak Zakie dan Mak Lagenda. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Tuesday, October 18, 2011

Patutlah... Pergi Ke Spam Semuanya


Pelik juga munna rasa ..selama ni kalau munna komen kat blog Ardini Humaira mesti Dini akan komen balik entry munna. Tetapi rasanya dah lama dia tak komen...ingatkan dah sombong. Rupa-rupanya semua komen dari Dini dah masuk ke kotak Spam ..patutlah. Nasib baik tergerak hati nak check tadi....  ada juga beberapa komen dari bloggers yang lain dah masuk Spam. Nampaknya kenalah selalu check kat kotak Spam tu takut ada komen2 dari kawan yang termasuk ke sana

Friday, October 14, 2011

Cer Citer Ke Rumah Blogger Azian

Dah lama juga citer pasal ni. Cuma munna je tak sempat nak cer citer kat sini. Sebenarnya dah lama planning nak beraya ke rumah blogger Azian tapi ada saja halangan di kedua-dua pihak. Akhirnya dah habis bulan raya baru dapat berjumpa. Ini bukan kali pertama Munna berjumpa dengan Azian... sebelum ni  dah jumpa masa birthday Yasmin hari tu


Sampai je ke rumah Azian dah terhidang atas meja mee goreng ala lasih sayang dan soto. Munna dan family makan sampai kenyang hari tu....

 
Perut dah kenyang dengan soto dan mee  Azian keluarkan pula pizza homemade dia yg panas baru je keluar dari oven. Makan lagi... kenyang lagi....


Akhir sekali kek marble chocolate cheese ni pula Azian hidangkan ..kenyang lagi...


Kek ni memang munna request dengan Azian. Memang sedap kek ni mak munna yang kurang suka makan kek pun kata kek ni sedap. Thanks pada Azian sebab sudi buatkan kek ni untuk kak munna


Last sekali mestilah sesi bergambar kan. Inilah blogger  Azian yang ramah tamah dan pandai memasak. Azian pun ada kedai online tau... menjual baju-baju anak di Baju Branded Kanak-Kanak

Tuesday, October 11, 2011

Ahli Mesyuarat Tingkap Sedang Mesyuarat


Punyalah kecoh bila budak2 ni berkumpul. Ummi2 diaorang yang pening kepala.Tapi yang jadi kepalanya kakak meya lah.. pergi rumah orang dia pulak yang lebih2. 

Sunday, October 2, 2011

Nak Jumpa Blogger

InsyaALLAH... kalau tak ada aral melintang munna dah plan nak jumpa blogger petang ni... Dah lama plan tapi asyik ada halangan je. Nanti munna citer ye

Thursday, September 15, 2011

Rindunya Pada Semua!!

Alhamdulillah.... bersiaran kembali munna di sini. lama juga munna tak buat entry terbaru di sini.. bw ke blog kawan2 pun tak... ni semua gara2 tukar password blog dan FB lepas tu tak ingat.. save dlm handphone .. handphone pulak hilang.. nasib baik munna ada tulis dalam buku nota... itupun baru je jumpa buku tu.. kalau tak sayonara lah jawabnya...

Pada kawan2 yang tertanya-tanya tentang munna.. terima kasih munna ucapkan.. Alhamdulillah munna sihat aje... terima kasih sebab ambil berat pasal munna, sayang semuanya... nanti munna buat singgah balas kerumah kawan2 semuanya....

Thursday, August 18, 2011

Terima Kasih Pada Yang Sudi

Walaupun dah jarang update blog dan jarang blogwalking apalagi meninggalkan komen tetapi Alhamdulillah UV blog picisan munna ni masih lagi di tahapnya yang memuaskan. Terima kasih pada yang sudi singgah di blog munna ini.


Terima kasih juga munna ucapkan pada Nuffnang kerana masih sudi menghadiahkan BE di blog munna ni... ada 2 BE baru lagi Nuffnang kasih.

TERIMA KASIH SEMUA 

Monday, August 8, 2011

Rindunya.... Lama Tak Update

Wah! tak sangka dah 6 hari munna tak update cerita baru kat blog ni. Walaupun tak update tapi munna tetap jalan2 dan tinggalkan komen dekat blog kawan-kawan bila ada masa yag terluang. Sekarang ni memang sibuk dengan kerja di ofis dan di rumah pula waktu malam sibuk pula dengan business buat kuih untuk jualan di pasar ramadhan tu yang dah lama tak update blog. InsyaALLAH kalau ada masa lapang dan terluang munna update selalu blog ni ye.

Wednesday, July 13, 2011

Ku Seru .. Marilah Kemari

Semalam sibuk dengan borang tender sampaikan takde masa langsung nak on9 semalam. Bila kerja dah banyak mood nak berblog pun  hilang entah kemana. Tengok figure yang berjuta tu jadi pening lalat di buatnya. Ini pun nak taip entry ni dari pagi tadi dah nak masuk lunch hour barulah siap....

Sat ye ... munna kena seru mood berblog ni mari.... pulangkanlah mood munna... ku seru!!!!

Monday, July 11, 2011

Tayang Hadiah Lagi!

Kali ini munna nak tayang hadiah yang baru je sampai hari ini...kiranya ni segar dari ladang lagi ni. Hadiah FM comel ini munna terima dari Izan dari blog Dua Hati Menjadi Satu sebab menang contest hari tu


FM yang comel.... 


Izan...... munna suka sangat FM ni.....

Related Posts with Thumbnails