Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Sepanjang Minggu Lepas







Antara yang dan selamat di hadamkan dalam perut munna


Kak meya yang jadi peneman munna untuk 2 minggu ini di ofis sebab nenek dia pergi Sabah.. jadi takde yang jaga kenalah angkut ke ofis hari2.


Friday, November 2, 2012

Tengah Best Layan Game Ni

Boss takde ni.... munna pun tengah best layan game ni... ntah sapa yang download game ni kat pc office ...  dah ada depan mata layan je lah... best jugak game ni



Bilalah castle munna nak complete sempurna ni....

p/s : bila takde boss je layan game ni semua...


Monday, September 24, 2012

Nasi Kukus Untuk Lunch Hari Ini



Nasi kukus Balqis .... sedap juga 

Thursday, March 22, 2012

Di Old Town Dengan Kawan Sekolah Dulu

 Hari lunch di Old Town dengan kawan masa sekolah menengah dulu. Punyalah kelakar rupanya ofis munna dan rakan dekat je... silap2 kalau menjerit pun dah boleh dengar


Classmate munna masa sekolah dulu.... Azlina ...nanti-nanti kita lunch sesama lagi ye. 


Kalau ke Old Town... memang ini jelah air yg munna akan order ..suka sangat


Kali ni order nasi ini .... tapi agak berminyak


Kawan munna order yang ni.... macam maggi je munna tengok...

Bestkan kalau jumpa kawan-kawan lama... berborak masa lalu dan gossip2 macam tak cukup je masa... nasib baik dekat je ofis kitaorang senang je lah nak ngulor time lunch lain kali.

Wednesday, March 21, 2012

Layan Makan Jambu Batu Petang Ini


Asyik layan yang goreng-goreng je bila petang kat ofis ni... hari ini tukar menu makan jambu potong pula. Memang sedap jambu ni..lagi2 adik yang jual jambu tu tak kedekut asam ...memang syok rasanya. Mahal dah jambu sekarang ni ye... dulu 0.60 je untuk dah cukup... sekarang ni RM 2 baru dapat sebelah je jambu .

Tuesday, January 31, 2012

Kudapan Untuk Hari Ini


Petang macam ni kalau takde benda untuk di buat kudapan memang tak syok. Pagi tadi singgah kedai runcit depan rumah mak munna sempat lagi beli ini untuk buat kudapan kat office


Kacang panggang tradisional cuma RM 2 saja sebungkus besar.


Banyak isi kat dalam ..rasa pun sedap sebab di panggang cara tradisional


Besar-besar isi kacang ini.

Thursday, January 19, 2012

Sekali Sekala Memang Syokk


Bila dah tak tahu nak makan apa waktu lunch semalam, inilah jawabnya... Burger Ayam Special 


Memang terbaiklah burger ni.... walaupun cuma RM 2.80 dah rasa macam makan burger McD lah pulak


Wednesday, January 18, 2012

Karipap Hari-Hari Pun Takpe


Sekarang ni kalau boleh nak makan karipap je hari-hari. Dah banyak tempat dan jenis karipapa yang munna cuba. Akhirnya dapat juga yang berkenan di hati. Karipap ni memang sedap... size pun besar. Makcik tu jual RM 0.50 sebiji tapi memang puas hati dengan size yang besar dan isi yang banyak. Nak pergi beli karipap ni lah sekejap lagi...

Tuesday, January 17, 2012

Kitar Semula


Catridge ini memang company munna guna banyak tiap-tiap bulan untuk print gambar claim projek. Dulu lepas habis munna terus buat catridge kosong ni. Rupanya boleh jual balik yang kosong tu. Kebetulan ada uncle cina naik atas ofis munna dan tanya ada tak cartridge kosong.... munna pun berilah yang ada pada simpanan munna. Munna jual semua dalam 8 biji .. uncle cina tu bagi munna RM 38. Banyak juga tu . Munna cerita dengan boss dia cakap takpelah duit tu munna ambil je lah tak payah masuk dalam petty cash. Oraitlah tu .. lepas juga buat belanja makan tengahari 3 hari. Sekarang ni memang kumpul bila dah banyak je .. call uncle suruh datang ofis.

Thursday, June 16, 2011

Makan McD Hari Ini...


Kebetulan ada urusan di Mentakab..alang2 dekat situ je ada McD jadi inilah menu munna untuk tengahari ini... Panas2 lagi ini.... jemput makan semua ye.....

Wednesday, May 25, 2011

Tapau Nasi Air Aje Hari Ini


Ini jelah untuk santapan tengahari hari ini. Bukan pasal berdiet tapi pasal dah jemu dan tak tahu nak makan apa utk lunch hari ini.  Bila hari2 makan kat luar jadi bosan juga kan. Nasi air ini pun dah mengenyangkan. 

Monday, May 9, 2011

Kerahan Tenaga Di Office Munna

Kerja elok-elok ye..Yasmin ...jangan curi tulang...semua ni kasi bersih semuanya 


Semangat Yasmin membersih pejabat ummi. 


Alahai dah penat bekerja..sampai tertidur atas sofa ..kesian anak ummi

Ini bukan kerahan tenaga buruh kanak-kanak ye.. cuma jumaat yang lalu pengasuh Yasmin tak dapat jaga dia jadi munna terpaksa bawa dia ke pejabat. Nasib baik dia tak buat perangai hari tu.. behave sangat.. good girl. 

Friday, May 6, 2011

Bila Mata Ku Mula Mengantuk

Biasalah bila dah petang, perut dah kenyang  dan esok pula dah cuti hujung minggu. Jadi mood pun dah entah ke mana jadi mata pun mulalah berat je nak pejamkan mata. Aduhai mata janganlah kau terpejam, claim compantytak siap lagi ni. Nasib baik ada stock gula-gula ini mint mint berangin rasanya. 


Hilang juga mengantuk mata ini. Coklat ini munna memang suka sebab ada choco filled kat dalamnya. Alamak! coklat dah habis, sapa ada stock bagi munna sikit!

Friday, February 11, 2011

Under Renovation

Office munna yang kecil ni  nak makeover juga... bos nak tukar warna kasi ceria sikit... yang tak bestnya tukang cat tu dah sepahkan office ni. Janji nak siapkan dalam 2 hari je.. tapi dah 4 hari macam tu juga... bayangkanlah keadaan munna bekerja dlm keadaan macam ni...


Punyalah serabut.. nasib baik kat office cuma 2 orang je... yg lagi 2 mmg jarang masuk kat office diaorg duduk kat site aje...


Isnin ini .. munna kerja dalam suasana yang baru 

Friday, January 21, 2011

Makan Kek Lagi

Rezeki makan kek lagi. Kali ni member office munna celebtrate birthday. Dapatlah sepotong kek. Dia memang beli 4 ketol je .. sebab kat office ni mmg ada 4 kerat je pun orang



Kek tiramisu.. yang best.... 

Jom Pegi Lunch Semua!

Dah lunch ke hari ni?.. munna hari ini bawa bekal dari rumah aje. Kebetulan lauk malam tadi masih banyak lagi jadi panaskan dan bawa bekal untuk lunch hari ini. Menu munna untuk hari ini nasi putih dengan sambal udang petai + singgang ikan raya + tumis bayam.

Orait munna nak gi lunch dah ni..lepas tu nak jalan2 cuci mata ..dan beli hadiah untuk ahli baru dalam famili munna...Muhaimmad Aiman. Muhaimmad Aiman adalah anak angkat my SIL, esok ada majlis cukur jambul dan akikah untuk Aiman. Kebetulah munna pun tak pernah jumpa lagi Aiman jadi nak cari hadiah untuk dia.

P/S : gembira dengan kehadiran Aiman my SIL dah dapat anak setelah hampir 6 tahun menunggu.

Thursday, January 6, 2011

Burger Cheezy Zinger Crunch For My Lunch

Hari ini tekak kata mau makanan fast food untuk lunch. Pergi KFC tapau burger yg baru keluar tu... aiseh ingatkan kalau makan happening lah macam iklan kat tv tu... rupanya hampeh.. serupa macam makan CB je... prosperity lagi best lah... tapi Burger King tetap terbaekkk....

ini dia Cheezy Zinger Crunch yag tak berapa nak crunchy pun


sekarang ini macam dah teraddict dengan minuman ni...3 layer tea . kalau masuk kfc mesti nak order air ni.... dah namanya peminat tea kan.. tapi tanya dulu kat budak ni ..pakai tea yg sukat tu ke?



Side order untuk menambahkan lemak tepu di badan

Oraitttt... Jom Makan

Thursday, December 30, 2010

Bila Cik Abangku Rajin



Ada siapa2 yang lapar bila tengok gambar ni tak? Hujan-hujan cuaca sejuk pagi-pagi ni layan nasi lemak memang best. Lagi best kalau cik abang kita yang buat. Inilah sarapan munna pagi ini. Tak sempat nak makan kat rumah jadi bawak bekal ke office aje.

Pagi2 lagi dengar kelentung kelentang kat dapur ..rupanya cik abang tengah masak nasi lemak. Sangat rajin cik abang hari ini , walaupun ikin bilis dah habis dia belasah guna udang kering dan goreng telur lepas tu potong kecik-kecik masuk dalam sambal .

Monday, December 20, 2010

Petang Hujan Gerimis Sedapnya Dapat Makan.....

Cuaca kat area munna ni hari-hari hujan .. cuaca pun sejuk je..kalau kat office ni rasa dah beku macam ais rasanya... Petang2 kalau hujan macam ni pekena pisang goreng panas-panas memang best.... Pakat-pakat dengan officemate nak pergi keluar beli goreng pisang ... tapi hampehhh... makcik tu tak jual pulak.... Nak pergi beli tempat lain jauh lah pulak. Jawabnya kunyah je lah jajan kerepek bawang ni..

Kerepek bawang ni memang munna suka giler.. mesti kena ada selalu kat office untuk stock kunyah-kunyah... Ini dalam laci munna macam2 kerepek ada untuk stock makan dengan kawan-kawan..

Korang ada tak stock jajan kat office, macam munna yang kuat makan ni?

Wednesday, December 1, 2010

Menu Tengahari... Kalau Dah Tak Sempat

Biasanya awal-awal bulan ini, munna memang sibuk tahan gaban dengan kerja-kerja office. Time ni biasanya munna sibuk dengan kerja-kerja untuk prepare claim report syarikat dengan pihak kontraktor utama .Time ini nak pergi keluar makan pun dah tak sempat rasanya, sebab kejarkan due date hantar claim report...

Kalau dah tak sempat KFC jelah jawabnya untuk lunch.. dah kedai pakcik buncit janggut putih ni sebelah je office.. apalagi tapau jelah... Ini je yang dekat dengan office munna yang lain tu berpeluh gak kalau jalan kaki jadi ini jelah untuk tengahari ni... korang dah makan ke belum?.. jemput semuanya jamu mata je yek...
Related Posts with Thumbnails