Sahabat Alam Maya

Saturday, October 30, 2010

Tragedi Ngeri Kemalangan Bas Terbabas Di Genting Sempah

Tadi masa tengok buletin utama ada disebutkan pasal kemalangan ngeri di Genting Sempah melibatkan bas.. melalui berita jam 12 tadi mangsa dah meningkat kepada 6 orang.. kesiannya muda belia lagi yang jadi mangsa... Al-Fatihah


Bas pelancongn terbabas: Enam maut, 21 cedera

KUALA LUMPUR:Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Kilometer 38 Genting Sempah, dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang membabitkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.


Bas itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.


Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.


Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.-Bernama

Bas terbabas: Senarai mangsa korban kemalangan di Genting Sempah


Berikut ialah senarai enam penumpang bas pelancongan yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.

Mereka dikenali sebagai:- Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.


-Bernama

2 comments:

  1. ish..ishk2..tak sempat pasal 101010 yg aritu, 1 kes lagi muncul..

    dimana ada jalan..disitulah ada accident...Takziah & Alfatihah buat semua mangsa yg terkorban.

    ReplyDelete
  2. br tau neh.. takziah utk keluarga mangsa.. yg lain, kita sama berhati² ye..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails