Sahabat Alam Maya

Monday, April 2, 2012

Tak Kering Gusi Layan Super Spontan


Walaupun dah ulang kali tengok kat Astro Warna tetap ketawa tak kering gusi dibuatnya... Dua-dua kumpulan iaitu Angsa Ganas dan Beruang Comel sama-sama hebat dan Lawak. Pilihan Munna mestilah Angsa Comel sebab ada Zizan Raja Lawak. 



KL, 22 MAC 2012: Seronok betul Murai Batu melihat iklan TV untuk program baru di Astro Warna iaitu Super Spontan.
Dari segi gaya persembahan promo yang telah disiarkan dibeberapa saluran Astro, Murai Batu yakin program ini mampu melakar sejarah baru lagi buat Astro Warna yang kini dikenali sebagai saluran jenaka pilhan rakyat tempatan.
Mungkin juga, seperti mana sejarah yang telahpun dicipta Astro Warna menerusi program Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Siap dapat anugerah lagi.
Namun, Murai Batu dapat merasakan pasti ramai penonton setia saluran itu tertanya-tanya apakah sebenarnya Super Spontan?
Adakah ianya sebuah program lawak semata-mata atau pun sebuahgames show ala-ala program 1 VS 0 yang diacarakan oleh Didie Alias dan Enot?
Selepas mengorek rahsia dari orang terdekat program ini, Murai Batu diberitahu Super Spontan boleh diibaratkan sebagai sebuah program TV yang perjalanan aturcaranya mirip seperti program Maharaja Lawak Mega.Wow! Betul kah begitu?
Murai Batu difahamkan lagi Super Spontan boleh dikatakan lebih hebat dari Maharaja Lawak Mega kerana ia bukan saja mendapat penyertaan dari pelawak tempatan tetapi juga turut disertai oleh selebriti tanahair yang bergelar penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio.
Murai Batu dimaklumkan lagi, antara nama selebriti tempatan yang bakal terlibat dalam program ini adalah Adibah Noor, Rashid Salleh dan Reza. Oops, bukan Reza Mohammed pengacara Propaganza tetapi Reza Zainal Abidin.
Dalam pada itu, ada juga sumber memberitahu bahawa Super Spontan bukanlah program lawak semata-mata kerana khabarnya, program ini adalah sebuah program realiti yang mencari selebriti tempatan yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi serta bijak pandai.
Dalam erti kata yang lain, Mania mahu mencari Superstar Malaysia manakala Super Spontan mencari Super Intelligent Komedian di kalangan selebriti tempatan. Apa yang penting, Murai Batu sudah teruja mahu menyaksikan program ini. Anda bagaimana?

17 comments:

  1. alorr nak tgk lah kejap layie dlm utube ;)

    ReplyDelete
  2. Ari tu mase mkn kt kedai mkn..tertgk citer ni..kelakar jugak la..
    Hehhe..pengacara kak adibah mmg best..tambah plak dgr peserta angsa ganas ngan beruang comel tu.. hahaha..^^_

    ReplyDelete
  3. kalau ada zizan mesti menjadi. zizan selalu over! hehee. best!

    ReplyDelete
  4. mania saya tak minat..
    saya kurang gemar rancangan nyanyi2 ni sebab nyanyi lagu sama je..
    tak macam lawak jenaka..kan??

    ReplyDelete
  5. bestkan munna. lea berapa kali tengok pun gelak jugak

    ReplyDelete
  6. best ye Munna? KC tak penah tgk.

    ReplyDelete
  7. Assalam Kak Munna, saya tgk ari Jumaat kat Astro Prima, pas ni dia kuar kat Astro Warna je kan, so, kene beli la pakej tu... syokkk la Super spontan, saya gelak, cam tak cukup nafas, tapi..cite tu je best kan, cite lain tak best, rasa cam sayang duit je kalo langgan Pakej Mustika... alaa... takpela..leh tgk kat youtube ada kan, hehehehe...

    ReplyDelete
  8. Ooh gameshow eh kat estro eh. Boleh tumpang baca jalah, estro takda kat rumah akak :)

    ReplyDelete
  9. munna..
    ayu mulanya layan spotan.. yang arwah din beramboi masih ada..
    sampai skrang dh spotan 2,
    nie super spotan pun ayu masih teruskan layan..
    suker jenaka ori dr pelawak..
    kan

    ReplyDelete
  10. seronoknya dapat tengok,... kalau ada peluang, rasa nak cuba tengok gak, tp kene pujuk kakak iman x yah nengok tv 1q... dapat ker?

    ReplyDelete
  11. izan pun baru dpt tgk semalam...best juga!

    ReplyDelete
  12. alorr..jue tak dan lagi ngk cerita² tu.. :P

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum..

    alamak...tak langgan astro warnalah huhuhhhhh

    ReplyDelete
  14. tak ada maknanya nak tengok tv sgt. layan kartun je dgn budak2 ni.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails