Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Resepi Tart Buah



Atas permintaan ramai munna bagi resepi tart buah yang cik abang munna buat baru-baru ini

Resepi tart cik abang kata dia copy dari sini

Resepi Tart Buah

Bahan-bahan untuk pastry:

240 gm tepung gandum
45 gm tepung jagung
75 gm gula icing
150 gm butter
2 biji kuning telur
sedikit esen vanila dan garam

Cara-caranya:

Ayak bahan-bahan kering,masukkan butter,gaul sampai jadi serbuk roti baru masukkan kuning telur dan esen vanila.Uli hingga jadi doh dan masukkan kedalam acuan tat dan tekan tekan mengikut bentuk acuannya.Potong lebihan doh agar tat tu menjadi lebih kemas.Cucukkan dengan garfu bahagian bawah tat sebelum dibakar.Bakar sehingga masak .

Bahan-bahan untuk kastadnya:

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula halus
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar butter

cara-caranya:

Bancuhkan semua bahan-bahan diatas ,masukkan dalam periuk yang tidak melekat dan kacau atas api yang perlahan sampai masak.Sudukan kedalam tat dan hiaskan dengan hirisan buah-buahan yang anda suka

P/S : kalau nak nampak buah-buah tu berkilat sapu je apricot jem kat atas buah tu

Tuesday, November 2, 2010

Tart Buah Oleh Cik Abang

Aktiviti minggu lepas ..cik abang munna buat tart buah... mentang-mentang bini dia dgn kakak Meya suka tart buah ini.. dia pun nak tunjuk skill buat tart ini..

Kulit tart yang baru masak.. panas-panas dari oven


Lepas tu kita letak filling kustard



Ini tart yang sudah di makeover dengan buah strawbery, anggur, kiwi dan oren.. abaikan


dah siap... apa lagi makan lah.. kakak meya jadi model tunjuk tart buah dia sebelum habis dia ngap

Resepi nanti munna baginya ... cik abang dah lupa resepi dekat blog mana yang dia copy

P/S : nak tunjuk skill konon.. dah memg cik abang munna tukang masak semua benda dia boleh buat... request saja mesti dia boleh buatkan.. yang penting lepas makan jangan lupa puji masakan dia...
Related Posts with Thumbnails