Sahabat Alam Maya

Friday, March 29, 2013

Perfume Untuk Dia Dan Handbag Untuk Saya

Shopping memang terapi jiwa betul buat kita semua kan... walaupun cuma window shopping je.... tapi hati happy je bila jalan2 mengukur mana2 shopping mall.
Tapi bila ada barang yang dibeli bertambah lah hati berlagu riang.


Konon-konon nak jalan-jalan je kat bandar Kuantan.. tapi bila dah masuk East Cost Mall ada pulak barang yang berkenan di hati. 


Minyak wangi pilihan munna untuk en. abang..... suka bau dia..... amoi yang jaga kaunter pun sangat bijak melayan ... 



Takkan en abang je yang shopping kan... munna pun nak juga. Masuk kedai Carlo Rino terbekenan pulak dengan handbag ni.... ini pun gara-gara salesgirl kat situ sangat ramah tamah melayan munna kat dalam kedai. Seronok bila kita nak beli barang ada salesgirl yang pandai melayan.... kadang-kadang tu jumpa salesgirl yang masam mencuka kita tanya pun macam nak taknak layan je ...  memang potong mood lah munna nak beli barang kat situ

Wednesday, March 27, 2013

WW : Sedapnya


Nak makan yong tou fu  untuk lunch hari ni

Monday, March 25, 2013

Cheese Tart Merasmikan Oven Baru

Ada gadjet baru kat dapur munna. Ini dia oven yang baru dan lebih besar dari oven yang sebelumnya. Oven lama tu dah lah kecil jangka hayat pun macam dah tak lama je ... al maklumlah belinya zaman munna muda remaja lagi


Ini oven baru munna.... suka dapat yang besar sikit ... semangat nak membuat kuih dah kek pun harapnya besar juga lepas ni


Oven baru ni dirasmikan oleh cheese tart. Munna buat cheese tart ni utk majlis sambutan ala kadar birthday Meya dan Yasmin hari tu


Sangatlah tak cantik cheese tart munna ni..... silap pada adunan creme cheese.... nasib baik rasa dia ok je. Ni first time buat cheese tart.... sebelum ni munna pernah buat fruit tart je.

Thursday, March 21, 2013

Sambutan Ala Kadar

Hari tu dah sambut birthday kakak meya kat tadika.... kebetulan birthday Yasmin pula selang 13 hari je dari kakak dia jadi munna sambut birthday diaorang sekali harung je lah. Jimat budget kan......ala sambut dengan ahli keluarga yang terdekat je ....


Menu untuk sambutan kali ini.. atas permintaan ramai diorang minta buatkkan pizza. Sebagai tambahan munna sediakan juga sphagetti carbonara dan blueberry cheese tart. Tapi ada juga terselit mee goreng kat situ.. sebab ayah munna tak makan makanan ala2 omputih tu.


Ini kek untuk meraikan puteri munna berdua tu... ini bukan kek coklat biasa tau.... tapi kek aiskrim black forest.... memang sedap kek ni... tak cukup di buatnya.


Acara potong kek..... 

Wednesday, March 20, 2013

WW : Dua Dalam Satu


kongsi je ... jimat budget kononnya....

Friday, March 15, 2013

Buat Ayahanda Tercinta


Cantik tak?.... org veteren memang suka yag warna gold agaknya... dah 3 kali tukar jam baru tapi mantain pilih yang warna gold macam ni.

Ini jam untuk ayah munna.... hari tu ayah dapat duit BRIM .. sibuk cakap nak trade in jam lama dia. Jadi kami adik beradik pakat2 lah carikan dia jam baru. Bawa pergi kedai jam inilah jam yang ayah berkenan... Harga pun lebih RM 3K.... setelah trade in jam lama ayah  balance dia kami 6 orang adik beradik share sama-sama. Happy tengok ayah gembira dapat jam baru.

Thursday, March 14, 2013

Walaupun Bukan Musim Durian

Walaupun musim durian berbuah dah lama habis. Tapi sebab adik en abang teringin sangat nak makan durian crepe. Gigih en abang cari durian kat pasar malam. Dapat juga dengan harga yang agak mahal.


Sebahagian durian crepe yang dah siap.... buat untuk 2 adunan dapatlah dalam lima belas ketol yang bersize jumbo.


Asingkan untuk adik ipar munna bawa balik Subang.

Wednesday, March 13, 2013

Yasmin Suka Sangat



Kalau buat cekodok ... yasmin paling suka.. lagi-lagi  kalau ada isi sosej kat dalam tu.


WW : Masa Kecik




Sekejap je masa berlalu..... 3 tahun dah Nurain Yasmin 10/3/2013 yang lalu

Tuesday, March 12, 2013

Apam Ladybird dan Coklat Sudu



Apam ladybird walaupun tak berapa nak rupa ladybird... 



Coklat sudu untuk kawan-kawan Meya.

Antara isi2  yang terdapat dalam goodies bag kakak meya hari tu... Layan buat sorang2... tapi berbaloi bila budak2 suka... terutama coklat sudu tu... tak cukup sebatang sorang

Sunday, March 10, 2013

Selamat harijadi Yasmin

Hari ni genap Yasmin 3 tahun. Happy birthday buat anak Ummi



Wednesday, March 6, 2013

WW : Ole-ole Dari Tanah Suci


SEDAPNYA!

p/s : blm berkesempatan nak bw.... adalah sgt sibuk skrg ni.... 


Tuesday, March 5, 2013

Goodies Bag Untuk Kawan-Kawan Meya



Jenuh juga nak menyiapkan goodies bag untuk kawan2 meya ni.... setiap kali ada masa terluang gigih munna DIY paper bag ni. 


Ini isi dalamnya... ada coklat sudu , apam ladybird, sharpener ala2 angry bird, coklat nips dan mentos


DIY paper bag ni munna belajar dari blog Mummyayu

Friday, March 1, 2013

Sambut Harijadi Dengan Kawan-Kawan

Hari isnin yang lalu hari lahir kakak meya. Jadi munna buat sikit makan-makan untuk kawan-kawan dia tadika pada hari tu. 

Muka kakak meya di hari kejadian. 


Kakak meya dalam kelas... duduk sebelah Nurul Hannan... jadi kawan baik sejak kes tertukar beg sekolah hari tu


Baca doa dulu sebelum makan



 Menu yang simple je.... cuma meehun goreng singapore dengan nugget sahaja. Munna sediakan untuk 100 orang budak makan. 


Goodies bag untuk kawan-kawan kakak meya.... bagi pada semua budak termasuk yang tahun 4 dan 6. 

Seronok tengok budak-budak kat tadika happy haritu... kakak meya pun suka sangat .. ntah berapa kali dia ucap terima kasih pada munna sebab sambut harijadi dia kat sekolah.



Related Posts with Thumbnails