Sahabat Alam Maya

Friday, December 28, 2012

Rindu Serindu Rindunya

Lama dah munna tak update dan buka blog ni.... comment pun banyak yang tak baca lagi... maaf sesangat .. mood ku entah kemana perginya. Insyaallah... lepas ni munna balas ye...

Thursday, December 20, 2012

Al-Fatihah .... Mansor Bin Ismail (19/12/2012)


Al-Fatihah..... abang ipar munna telah kembali ke rahmatullah petang semalam. Terima kasih buat sahabat yang mendoakannya. Buat ahli keluarga, saudara mara dan sahabat semuanya yang melawat dan menziarahinya, family en abang munna ucapkan berbanyak terima kasih dan doakan arwah tenang di sana.

Tuesday, December 18, 2012

Mood Masih Bersedih Dan Terima Kasih Sahabat

Terima kasih pada sahabat yang sudi mendoakan kesihatan abang ipar munna. Setakat ini keadaan abang ipar munna masih tidak baik lagi. Bila ada ahli keluarga yang sakit memang rasa sedih dan bimbang je... tak senang duduk dan tidur di buatnya.Kebetulan rumah munna paling dekat dengan hospital Temerloh jadinya rumah munna lah jadi tempat persinggahan dan tidur ahli keluarga en abang munna yang datang dari jauh untul melawat abang ipar munna. Meriah dan seronok anak2 munna dan sepupunya datang. Anak-anak apalah yang mereka tahu kan?

Semalam melawat abang ipar munna di hospital kebetulan anak sulung dia pun datang. Anak sulung dia pasangan kembar lelaki dan baru berumur 13 tahun. Sayu di hati melihat anak2  menangis di sisi ayah mereka yang sakit dan tak mampu lagi bersuara. Anak yang bongsu 7 tahun. tapi sebab di sini kanak2 bawah 12 tahun tak di benarkan melawat jadinya abang ipar masih tak dapat berjumpa dengan anaknya yang bongsu. Kasihan melihatnya berkali-kali menyebut nama anaknya ... Insyaallah akan memohon belas kasihan dari pihak hospital untuk membenarkan anaknya naik ke atas melawatnya. Ya Allah semoga kau berikanlah kekuatan buatnya.

p/s : Teringat pada arwah abang ipar munna...  suami kakak munna yang meninggal pada 12/2/2011. Kali ini kami berada di ward yang sama dengan keaadaan yang sama cuma kali ini abang ipar adalah abang kepada en abang munna. Berharap sangat kejadian yang menimpa kakak munna tak berulang lagi kali ini. Al- Fatihah buat arwah abang ipar munna


Monday, December 17, 2012

Tolong Doakan

Baru je bergembira sebab dapat anak buah baru... family munna di kejutkan pula dengan berita abang ipar munna di tahan di wad sehingga ke hari. Sehingga ke hari ini keadaan abang ipar munna agak teruk juga. Abang ipar munna disahkan menghidap kanser hati dan paru-paru berair. Melawat dia di hospital rasa tak sampai hati tengok keadaanya... melihat kan isterinya dan anak-anak sayu rasa di hati. Munna harap dia dapat sembuh dan tabah melawan penyakitnya. Mohon sahabat doakan kesihatan abang ipar munna semakin baik ye..... 

Friday, December 14, 2012

Alhamdulillah ..... Dapat Anak Buah Lagi


Comel Tak?

Memperkenalkan Nur Imanina Batrisya anak buah munna yang paling latest sekali.Iman ni anak sulung adik ipar munna yang bongsu sekali. Alhamdulillah selamat melihat dunia pada 9/12/2012. Tahniah buat adik ipar munna Eija dan suaminya Zaril.

Semalam dah pergi melawat baby ni kat rumah mertua tapi tak ingat nak ambil gambar baby Iman... sudahnya munna cilok je gambar baby Iman dari facebook mama dia... harap dihalalkan ye maksu Eija.

Thursday, December 13, 2012

Hasil Dengan Nuffnang


Jadilah kan daripada takde ... sapa nak bagi banyak tu. Ini hasil selama 2 tahun setengah bersama dengan Nuffnang. 

Buah Abiu Jawapannya

Rupanya ramai yang tak tahu buah apa yang munna tanya pada entry semalam.
Sebenarnya itu adalah buah Abiu. Memang tak berapa femes lagi buah abiu ini sebab belum di komersialkan. Munna dapat buah abiu ni pun dari adik munna yang baru balik dari Tawau, Sabah. Katanya di sana banyak orang tanam pokok buah abiu ni.



Gambar Ihsan Google

Bila tengok buah abiu ni kat pokok teringin pulak nak tanam sendiri suka tengok buah bergayut kat dahan pokok tu.. macam pokok buah epal je rupanya.

Rasa buah abiu ni juicy sangat macam jely kelapa pun ada gak.... bila simpan dalam freezer sekejap nyaman je kat tekak bila makan lepas tu.


Wednesday, December 12, 2012

WW : Pernah Makan Tak?



Ada sesiapa yang pernah makan tak buah ni?

Tuesday, December 11, 2012

Sepah The Movie & Pontianak VS Orang Minyak

Musim cuti sekolah ni.... kesian tengok budak-budak terperok je kat rumah. Munna dan kakak berpakat bawa anak2 pergi tengok wayang dan berjimba-jimba dekat Mentakab Star Mall. Minggu lepas pergi tengok Sepah The Movie. Boleh la layan citer ni.. sebab budak2 tu semuanya suka lawak kumpulan sepah. 


Yasmin suka sangat dapat tengok tv besar....


Kakak Meya ... posing sokmo lah mcm tu skrg ni.


Minggu sebelumnya pula tengok Pontianak VS Orang Minyak. Ok gak citer dia tapi bab ending tak best.Masa citer ni Yasmin takut sebab ada hantu lagipun ini first time Yasmin masuk panggung wayang.
  

Kakak meya dan sepupu dia.... Aiman dan Kimmy

Minggu lepas juga tengok Rise Of Guardian ... memang best. Meya dengan Yasmin suka sangat layan kartun  kat tv besar. 

Monday, December 10, 2012

Pemanggang Ajaib Munna Pun Ada

Orang lain ada ... munna pun nak juga. Tapi bukan yang pemanggang ajaib dari menang tu. 


Yang ini dari Oli Marketing made from Korea



Magic pan ni size dia lagi besar dari pemanggang ajaib. Seronok bila masak sate, bakar ayam dan goreng telur dadar... cepat je masak bila bakar gunakan magic pan ni.

Friday, December 7, 2012

Durian Crepe Siap Sedia Untuk Delivery


Bukannya munna jual pun cuma anak-anak buah request semuanya.... tu yg packing siap-siap untuk di agihkan pada mereka. Seronok membuatnya bila semuanya suka 

Wednesday, December 5, 2012

Dari Teman Blogger


Alhamdulillah dah selamat sampai... buku dari blogger Cik Intan Berlian ni pada munna semalam


Buku ni untuk murid tahun satu sebenarnya... walaupun kakak meya baru je nak masuk tadika tapi bila dia dapat buku ni... teruja sangat . Semua gambar kat dalam tu dia nak warna... asyik tanya je apa dlm gambar tu sedang buat. Sayang sangat dengan buku ni.. siap berlagak dengan Yasmin sebab dia ada buku baru


Buku ni blogger Cik Intan Berlian  yang tulis sendiri. Tahniah munna ucapkan dan terima kasih atas pemberian  buku ini.

P/S :  Intan.... sampai je buku ni kat munna walaupun setem 60 sen... posmen tu tak mintak pun top up utk setem.

Tuesday, December 4, 2012

Merasmikan Yang Baru Di McD

Bukannya merasmikan prosperity burger ye... cuma merasmikan Mc Donalds Jalan Bahagia yang baru je di buka di Temerloh ni. Besar juga Mc D ni buka 24 jam dan ada drive thru .


Kakak Meya dgn style terbaru bila bergambar


Selamat masuk perut untuk dihadamkan semuanya

Munna ke yg tak pandai parking... ke Exora tu yang parking senget dulu?

Related Posts with Thumbnails