Sahabat Alam Maya

Thursday, July 26, 2012

Salam Ramadhan Buat Semua


kESIAN aNGRY bIRDS.....

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Esok kita dah mula berpuasa. Munna nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat teman-teman semua. Bila bulan puasa nanti mungkin jarang munna update blog ini. Sibuk dengan membantu suami munna yang akan berniaga di Baazar Ramadhan nanti. Kat office pula banyak kerja skrg ni... sebab company dapat tender baru. Jadi mungkin jarang blog ini berupdate nanti. Selamat Berpuasa buat semua ya....

Ketupat Sotong, Makan-Makan dan Durian Sempena Menyambut Ramadhan

Malam tadi family munna dah berpakat kami enam beradik nak buat makan-makan sekeluarga sempena menyambut Ramadhan tahun ini di rumah mak munna. Selalunya kami buat bbq, tapi tahun ni ubah sikit, kali ni buat ala-ala pot luck setiap family bawa juadah masing-masing. 


Atas permintaan ramai...munna bawa ketupat sotong. Banyak juga buat dapat juga beri sedikit pada keluarga mentua munna. 


Antara lauk pauk yang ada ... ada ayam kepsi, lala goreng berlada, patin masak asam pedas, tomyam dan ada 2-3 lagi yang tak sempat munna ambil gambar. Makan pun kat ruang tamu rumah je ...almaklumlah bila dah berkumpul ramai-ramai penuh sesak rumak mak munna dibuatnya.


Anak buah munna sponsor durian kampung.... terduduk kekenyangan selepas itu.


Durian kampung .... alhamdulillah semuanya elok-elok isinya.... 

Wednesday, July 18, 2012

WW : Boycott


WW : Qaza' Adalah Haram


Trend anak muda sekarang ni..... anak buah munna pun ada buat macam ni. Nanti nak bagitahu pada dia.... sekarang main ikut je fesyen dan trend terbaru tanpa memikirkan mana yang boleh dan mana yang dilarang.

Tuesday, July 17, 2012

Durian Oh Durian



10 Fakta Menarik Buah Durian


1. Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat kan...kan...kan..


2. Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukannya tumbuhan.


3. Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus


4. Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)


5. Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.


6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.


7. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciumanan. 


8. Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan atau minuman yang tinggi glukosa.


9. Kurangkan stress? Bergantunglah kot... tetapi buah durian mengandungi asid amino bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.


10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.



P/S - Buah kesukaan munna... sejak musim ni mmg ada je buah ni kat rumah hari2 ...tapi mmg tak makan banyak sgt ...cukup sekadar 2-3 ulas je sehari


Sumber : Tok Wan

Monday, July 16, 2012

Siapa Juara Masterchef Selebriti Pertama


Sekejap je dah masuk finale rancangan Masterchef Selebriti. Malam ini adalah penentuan diantara Dato Fazley dan Angah Raja Lawak merebut gelaran juara Masterchef Selebriti pertama Malaysia.


Tak sangka Angah yang akan masuk finale ...munna ingatkan Juliza Adlizan


Dato' Fazley awal-awal lagi munna dah jangkakan dia akan masuk finale. Mungkin dia yang akan jadi juara malam ini. 

Friday, July 13, 2012

Pizza Hut Dengan Cik Syasya

Semalam rezeki ada orang belanja munna makan tengahari. Baru je nak turun lunch dapat call dari anak buah munna ajak makan pizza. Apalah lagi laju je maklang dia ni..jalan kaki ke pizza hut.Kakak munna yang sulung dan mak munna pun ada sekali sebab haritu diaorang hantar mak munna appointment doctor untuk check mata yang baru di laser bulan lepas


Cucu sulung munna... Cik Syasya dalam percubaan untuk membuat peace.


Penuh meja kami dengan makanan..


Order je lebih ...tapi takde yang makan.... jawabnya tapau bawa pulang.


Untuk Cik Syasya


Nasib baik soup of the day mushroom soup  kalau chicken soup munna tak suka sangat

Brppp.... Alhamdulillah.... kenyang sudah....  memang sedap lebih-lebih lagi bila org belanja kan....

Thursday, July 12, 2012

Psttt...Tengah Berkursus Ni


Aduhai boringnya.... mata pun dah nak terlelap je..... cepatlah habis....

Wednesday, July 11, 2012

WW : Abah Yang Lebih-Lebih


Ni siapa yang nak main ni... Yasmin ke atau Abah?

Tuesday, July 10, 2012

Bila Di Suruh Bergambar



Bila suruh senyum nak bergambar je... inilah hasilnya.... main2 je kakak Meya ni...

Thursday, July 5, 2012

SUKMA Di Pahang


Sukan Malaysia di Pahang akan bermula 2 hari je lagi. Kali ini bandar Temerloh akan jadi venue untuk pertandingan lumba basikal. Persiapan pertandingan tengah rancak dijalankan sekarang ni. Munna share kan artikel untuk info penduduk Temerloh ye.


TEMERLOH – Aliran trafik sekitar bandar ini akan ditutup dan dilencongkan buat sementara waktu untuk melancarkan acara lumba basikal sempena Sukan Malaysia (Sukma) bermula 8 Julai ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, pada 8 dan 9 Julai, polis akan menutup Jalan Tengku Ismail hingga ke bulatan Bukit Angin bermula jam 9 pagi hingga jam 4.15 petang.

Menurutnya, penutupan itu bertujuan melancarkan acara lumba basikal yang akan berlangsung di situ, bagaimanapun pengguna boleh menggunakan laluan bersebelahan yang akan dibuka untuk lencongan.

“Pada 10 hingga 12 Julai, polis akan menutup laluan dari stesen minyak Esso Jalan Triang hingga ke Wisma Persekutuan kerana kawasan itu dijadikan trek untuk acara pecut.

“Jalan ini akan ditutup bermula 8 pagi hingga 11 pagi. Pengguna dari Seberang Temerloh perlu melalui laluan alternatif untuk ke pusat bandar dengan membuat pusingan U di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah yang baru.

“Pengguna dari Mentakab yang ingin ke Bera pula perlu membuat pusingan U di hadapan Pejabat Jabatan Kerja Raya Seberang Temerloh,” katanya pada sidang media, semalam.

Mohd Nor berkata, polis juga akan menutup laluan pada 14 Julai membabitkan banyak kawasan bermula dari Stadium Majlis Perbandaran Temerloh melalui hadapan mahkamah hingga persimpangan Hotel Jelai.

Menurutnya, laluan dari hotel itu akan ditutup hingga ke Bulatan Bukit Angin terus ke Stadium MPT bermula 9 pagi hingga 12.45 tengah hari.

“Laluan sejauh 3.4 kilometer itu akan ditutup sehingga tengah hari dan mungkin lebih awal untuk melancarkan persediaan teknikal.

“Polis akan menempatkan seramai 184 pegawai dan anggota di laluan itu sepanjang Sukma berlangsung untuk membantu melancarkan acara lumba basikal. Orang ramai yang bekerja dinasihati keluar awal supaya tidak terperangkap apabila penutupan jalan dibuat bermula jam 8 pagi,” katanya.

Mohd Nor juga menasihati pengguna supaya berhati-hati sepanjang acara terutama peka dengan kehadiran pelumba basikal dari seluruh negara termasuk Brunei.

Penonton pula dinasihati supaya mematuhi arahan dan tidak meletakkan kenderaan mereka di tempat yang boleh mengganggu acara berlangsung.

Wednesday, July 4, 2012

Aduhai.... KL SOGO Sale


Tengok pic tu .... terus terasa nak terbang macam tu je ke SOGO. 


Lebih-lebih lagi bila berada kat deparment baju untuk anak-anak. 

Aduhai...sempat lagi ke nak ke SOGO ni.... hari tu masa hantar mak munna pergi umrah singgah juga ke sana . Sempat juga beli pakaian untuk anak-anak sikit utk raya nanti... masa tu pun ada sale... tapi sale kali ni lagi mega sale kan. Bulan puasa pun tak lama je lagi ni.... time bulan puasa mmg tak larat dah nak shopping. Harap2 ada lah kesempatan nak ke sana. 

Tuesday, July 3, 2012

BE Terbaru Lagi Dan Rahsia Nak Dapat BE Nuffnang


Awal-awal bulan dah dapat BE baru lagi... alhamdulillah murah rezeki. Punyalah lama menunggu BE Great Eastern tu bertukar jadi ME sebelum cash out. Tup tap ... bila dah cash out esoknya terus tukar jadi ME... saja je nuffnang ni tau.

Pada yang bertanya macamana nak dapat BE tu .. munna mmg tak boleh tolong nak explain kan macamana, pasal munna pun tak reti sangat. Yang jelas kena up dan mantainkan UV dan selalulah update blog ye... itu je yang munna tahu.
Related Posts with Thumbnails