Sahabat Alam Maya

Friday, September 30, 2011

Kasihannya Mereka

Tak sanggup nak letak kat blog munna...sebab kesian dengan anak2 yang tak berdosa ni. Tapi sebagai pengajaran dan peringatan buat kita semua ... sama-samalah kata insafi.

Thursday, September 29, 2011

Thank You Nuffnang


Walaupun dah jarang update blog .. uv pun dah tak sekencang dulu ... tapi nuffnag masih sudi lagi hadiah kan BE kat blog munna ni. Thanks Nuffnang

Cuti Panjang

Minggu ini nampaknya munna terpaksa ambil cuti panjang . Cuti berblog dan kerja pun munna ambil EL dari hari isnin hari tu lagi... cuma hari ini munna masuk office sekejap untuk siapkan kerja-kerja munna yg memang wajib di siapkan dalam minggu ni.

Ini semua gara-gara demam, selesema dan batuk menyerang munna sekeluarga. Bermula dengan Yasmin yang demam sejak hari Ahad lagi sampai ke hari ini. Semalam pula kakak Meya pula dah mula panas satu badan. Dah 2 kali munna ke klinik yang berlainan tapi demam Yasmin tetap on and off je . Risau juga di buatnya. Munna pun dah selsema dan batuk-batuk ni. Doakan munna sekeluarga cepat sembuh ye

Friday, September 23, 2011

Tolang Sebarkan


Munna pun tak tahu samada ini benar atau palsu....apa-apa pun munna tolong sebarkan sebab ada kawan dari FB yang tag munna untuk sebarkan pada yang lain. Jika betul harap ini dapat membantu dan sama-samalah kita berdoa semoga anak ini dilindungi Allah dan di jumpai semuala

p/s: Ada yg kata anak yang hilang tu dah di jumpai ada yg kata belum...apa pun kita doakan yang terbaik je...kalau dah di jumpai..Alhamdulillah

Kalau Ada Durian Pasti Ada Ini


Ini kesukaan en. abang munna, dia lagi suka makan durian dengan pulut dan santan daripada bedal macam tu je. Kebetulan ada banyak durian bolehlah masak pulut, perah santan dan masak air gula .... best....

Thursday, September 22, 2011

Pantang Jumpa


Yasmin yang suka dapat makan durian. Munna dan anak-anak memang suka durian tapi abahnya kureng sikit... selalunya jadi tukang beli je.


Semalam en. abg munna beli 2 longgok durian kat pasar malam.


 Tangan Yasmin yang dah tak sabar nak makan durian... 


Memang sedap.....

Wednesday, September 21, 2011

Yasmin Yang Teruja Di Water Park

Bila pergi mandi-manda budak-budak lah yang paling suka dan teruja. Gambar Yasmin je yang sempat munna shoot... kakak Meya dah teruja dalam kolam .. taknak dah naik.  Nak ajak bergambar pun dia tak mahu... sebab munna belikan pelampung kecik tuk dia..selak dia main air satu hari tu...





Tuesday, September 20, 2011

Destinasi Family Munna Di Hari Raya Ketiga


Kebetulan dan berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik semua dan hari tu dah last day cuti sebab ada yang dah mula bekerja esoknya. Jadi kami pakat ramai-ramai pergi Melaka semata-mata nak pergi mandi manda di  Water World A Famosa Resort. 


Sayangnya munna tak mandi pun hari tu sebab bendera merah. Dah lah tak dapat mandi kena pula jadi minah guard hari tu menjaga semua barang-barang kami semua.

Monday, September 19, 2011

Sekeping Ni Aje Yang Ada



Percaya tak... raya ni cuma sekeping ni je gambar yang munna ada dalam kamera munna. Memang tahun ni tak sempat nak bergambar sakan sebab agak sibuk melayan tetamu. Lagipun anak buah dan adik beradik ada kamera masing2, jawabnya lepas ni copy jelah dari diaorg semua.

Thursday, September 15, 2011

Rindunya Pada Semua!!

Alhamdulillah.... bersiaran kembali munna di sini. lama juga munna tak buat entry terbaru di sini.. bw ke blog kawan2 pun tak... ni semua gara2 tukar password blog dan FB lepas tu tak ingat.. save dlm handphone .. handphone pulak hilang.. nasib baik munna ada tulis dalam buku nota... itupun baru je jumpa buku tu.. kalau tak sayonara lah jawabnya...

Pada kawan2 yang tertanya-tanya tentang munna.. terima kasih munna ucapkan.. Alhamdulillah munna sihat aje... terima kasih sebab ambil berat pasal munna, sayang semuanya... nanti munna buat singgah balas kerumah kawan2 semuanya....

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Image Detail

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin buat semua teman-teman blogger semua sekiranya ada yang terasa dan kurang suka dengan apa yang munna telah luahkan dalam blog ini selama ini. Di harapkan Aidilfitri kali ini membawa seribu kerahmatan buat kita semua
Related Posts with Thumbnails