Sahabat Alam Maya

Wednesday, December 15, 2010

Perkembangan Nurain Yasmin 9 Bulan




Anak ummi yang sorang ni dah masuk 9 bulan.. setakat ni memang takde masalah dari segi perkembangan Yasmin cuma berat dia tak berapa nak naik la.. koman-koman tiap-tiap bulan dia cuma naik 200 gm .. kadang-kadang geram je tengok anak orang lain montel-montel anak ummi kecik je... at least ada juga pertambahan berat badan kan... jangan tak naik sudah...

Apa dia yang Yasmin boleh buat pada usia 9 bulan ni

~ Yasmin dah pandai ikut mulut ummi dia kalau buat bunyi

~ Yasmin dah pandai berdiri dan lepaskan tangan dia

~ Yasmin dah pandai meniti di tepi sofa atau meja ...tapi mesti nangis kuat-kuat sebab tak
pandai nak duduk semula

~ Yasmin dah pandai nak panjat tangga

~ Yasmin cuma Ada 2 batang gigi

~ Yasmin sangat sukakan kucing

Yasmin dah masuk 9 bulan tapi ummi dia tak bawa dia pergi bersunat lagi lah... tengah survey mana-mana klinik yang sesuai kat sini...

Alamak!... banyaknya sawang

Alamaknya banyaknya sawang dan habuk kat rumah munna... sebab sibuk dengan dokumen tender yang perlu di submit pada hari ini.. jadi munna terpaksalah tinggalkan sekejap rumah munna ni... Tapi walaupun berhabuk dan bersawang.. ada jugak lagi jiran-jiran yang sudi singgah dah bertandang kat sini.. terima kasih ye... yang mana tanya mana munna menghilang tu ..sebenarnya bukanlah menghilangkan diri cuma kerja kena di dahulukan ..al maklumlah kerja makan gaji kan...

Alhamdulillah dokumen-dokumen tender yang bertimbun kat meja munna dah pun disiapkan... lepas ni aktiviti berblog akan berjalan seperti biasa ya... mana yang singgah tu munna ucapkan ribuan terima kasih... lepas ni aktiviti membalas dendam pulak...
Related Posts with Thumbnails