Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Menu Balik Kampung

Sempena Raya Aidiladha yang lalu munna ada sediakan buah tangan untuk di bawa balik kampung en abang munna. Selalunya memang ada juga buat biskut tapi tahun ni mmg takde buat kuih langsung jadinya sediakan je lah  puding karamel dan chocolate cheese marble untuk makan-makan kat rumah mertua nanti. 

Sepatutnya raya ni beraya di rumah mak munna tapi disebabkan tahun ni adik beradik en abang munna  ramai yang tak balik jadi kami sekeluarga ambil keputusan beraya di sana. Kesian tok mek dan tok ayah sunyi je di pagi raya nanti... jadi kami yang dekat ni bolehlah balik kesana. Lagipun dekat je. 


Puding Karamel ni tok ayah suka sangat


Chocolate cheese marble dan jadi kek wajib buat sekarang ni... semuanya suka


Dua-duanya munna buat dua bahagian ...  satu untuk rumah mertua dan satu lagi untuk rumah mak munna ... barulah adil namanya



Thursday, September 20, 2012

Resepi Puding Tauhu Buat Kak Yon


Atas permintaan kak yon munna letakkan resepi puding ni. Banyak juga versi untuk puding tauhu ni, tapi munna selalu guna resepi dari My Resepi untuk buat puding ini...Alhamdulillah menjadi.... 

Munna copy paste je resepi ni dari My Resepi

Bahan-bahan
  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-Cara
  1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
  2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  7.  Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..


Wednesday, September 19, 2012

Munna Sponsor Dessert

Masih lagi ceita pasal rumah terbuka munna.

Semua dessert masa majis ini munna sendiri yang buat.


Puding roti simple


Marble Chocolate Cheese cake yang paling laris masa majlis ni. 


Puding tauhu kegemaran munna.... sejuk je masuk kat tekak ni...

Monday, May 16, 2011

Puding Tauhu Yang Nyaman Rasanya




Menjadi juga puding tauhu yang munna nak buat ini akhirnya. Memang sedap makan puding ini sejuk-sejuk bila cuaca panas sekarang ini. Puding ini ada rupa ala-ala tau fu fah dan lembut je ... bila je makan nyaman je rasa tekak ni. Siapa-siapa yang nak mencuba bawah ini munna bagi resepi ye....  




PUDING TAUHU Oleh kak nor67

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat 
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan



Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit cocktai)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2:

Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.


Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan letakkan laici/fruit coktail dan kuah atasnya.

Saturday, May 14, 2011

Nak Buat Puding Tauhu Ini

Puding_tauhu_2

Pic credit Google

Plan hari esok nak buat puding tauhu ni . Kebetulan ada makan-makan dengan family sempena hari ibu jadi munna ingat nak buat puding yang best ni... kalau menjadi nanti munna buat entry pasal puding ni ye... kalau takde ..jawabnya tak menjadi lah ... Sebelum ini dah pernah buat .. tapi dah lama...  takut tak menjadi pula nanti... Ok lah... nak keluar ni ... nak pergi beli bahan2 untuk buat puding ni...

Monday, February 21, 2011

Puding Trifle Simple


Munna buat puding ni petang sabtu yang lalu.... layan tekak yang nak makan puding yang sejuk-sejuk time cuaca panas ni... tapi ada sedikit kesilapan teknikal telah berlaku  sepatutnya munna letak buah-buahan lepas kastard tetapi silap letak lepas lapisan swiss roll tu yg nampak tak mengancam trifle munna... tapi rasa memang dah terbaik... nak buat pun mudah dan simple je. Resepi munna cari dekat myresepi

Thursday, January 13, 2011

Puding Caramel Versi Munna


Selepas teruja tengok puding ini dekat blog Kak Ina KL. Balik aje dari office terus singgah mini market dan beli bahan-bahan dia. Malam tu lepas je siap masak untuk dinner terus google resepi yang paling mudah dan simple kat internet. Jumpa dah resepi puding ini kat blog Home Sweet Home.

Apalagi misi diteruskan . Mudah sangat nak buat  masuk je semua dalam blender dan blend sampai sebati lepas tu kukus. Dah jadi pun Puding Karamel versi munna. Yang part karamel cik abang munna yang buat. Memang bestlah puding ini lagi-lagi kalau makan yang dah disejukkan dalam fridge. 


BEST CARAMEL PUDDING




Bahan:-
  • 6 biji telor saiz sederhana
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin air (sukatan tin susu sejat di atas)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung

Untuk Caramel:-

  • 10 sudu besar gula pasir
  • 1/3 cawan air panas

Cara Membuat:-
  1. Untuk Caramel - Masak gula pasir dalam kuali dengan api perlahan. Kacau sehingga gula mencair dan benar2 cair dan tidak berketul (lebihkurang 8 - 10 minit).
  2. Bila gula telah bertukar keperangan (jgn sampai gelap, nnt pahit), masukkan air dan kacau-kacau sebentar dengan api paling kecil. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang. Ketepikan agar caramel mengeras sedikit.
  3. Untuk Puding - Panaskan kukusan. Sediakan blender, masukkan semua bahan dengan mendahulukan bahan cair. Kisar 2 - 3 minit hingga bahan semua sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi caramel dan kukus lebihkurang 25 - 30 minit atau hingga puding masak/membeku. (jika menggunakan acuan2 kecil, tempoh mengukus hanya 15 - 18 minit sahaja).
  4. Setelah masak, biarkan sebentar pada suhu bilik agar wap panas hilang. Masukkan dalam fridge biarkan benar2 sejuk baru diterbalikkan ke dalam bekas hidangan. 

Friday, December 3, 2010

Puding Karamel Di Petang Hari

Orang lain cari yang panas-panas untuk minum petang yang sedang hujan lebat... tapi tekak ni macam nak makan kuih yang manis-manis dan sejuk je... Operasi bermula dari satu kedai ke satu kedai .... akhirnya jumpa pujaan hati munna. Sambil goyang kaki kat office makan puding ni ..wah memang terbaikk.. (goyang kaki sebab semua kerja munna dah siapkan)

dulu masa zaman munna belajar kat UITM sepotong baru RM 1 sekarang ni harga dia 2 potong RM3.50 ...

fuhh.. ni masuk je dalam mulut ... sejuk je .. sblm makan letak dlm peti ais dulu untuk kesejukan yang lebih nikmat


munna dah makan sepotong.. ada lagi balance ni... sapa nak.. sila angkat laptop anda....

P/S : Ingat projek hujung minggu ini nak buat puding ni lah
Related Posts with Thumbnails