Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Menu Balik Kampung

Sempena Raya Aidiladha yang lalu munna ada sediakan buah tangan untuk di bawa balik kampung en abang munna. Selalunya memang ada juga buat biskut tapi tahun ni mmg takde buat kuih langsung jadinya sediakan je lah  puding karamel dan chocolate cheese marble untuk makan-makan kat rumah mertua nanti. 

Sepatutnya raya ni beraya di rumah mak munna tapi disebabkan tahun ni adik beradik en abang munna  ramai yang tak balik jadi kami sekeluarga ambil keputusan beraya di sana. Kesian tok mek dan tok ayah sunyi je di pagi raya nanti... jadi kami yang dekat ni bolehlah balik kesana. Lagipun dekat je. 


Puding Karamel ni tok ayah suka sangat


Chocolate cheese marble dan jadi kek wajib buat sekarang ni... semuanya suka


Dua-duanya munna buat dua bahagian ...  satu untuk rumah mertua dan satu lagi untuk rumah mak munna ... barulah adil namanya



Monday, October 29, 2012

Salam Aidiladha Dan Terima Kasih

Rasanya belum terlambat munna nak ucapkan Salam Aidiladha buat rakan-rakan semua. Sambutan tahun ini agak meriah juga. Seronok rasanya dapat berkumpul dengan ahli keluarga walaupun masih ada yang tak dapat pulang bersama-sama  meraikannya.

Munna juga nak ucapkan terima kasih di atas ucapan dan doa yang rakan-rakan berikan sempena ulang tahun kelahiran munna yang lalu. Terima kasih semua.
Related Posts with Thumbnails