Sahabat Alam Maya

Saturday, May 26, 2012

Masterchef Selebriti Malaysia Bermula Malam Ini


sumber pic

Pandai betul Astro ni... dah habis Mania diaorang sambung pula dengan Masterchef Selebriti pula di saluran Astro Ria. Melekat lagi depan TV nampaknya. Tengok peserta yang join pun macam-macam ragamnya mesti happening program ni nanti.

Artikel dari www.budiey.com

Program MasterChef Selebriti Malaysia yang buat julung kali diterbitkan ini bakal menampilkan 16 orang selebriti tanah air yang popular dalam bidang masing-masing iaitu Dato’ Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro; Encik Nizam Sani berkata, “Saya mewakili pihak Astro Ria secara jujurnya berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat kesungguhan, kreativiti dan daya saing selebriti-selebriti popular tanah air untuk berperang di dapur MasterChef Selebriti Malaysia.

Menariknya, mereka ini bukan sahaja disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama, tetapi juga berpeluang untuk beramal yang mana setiap selebriti akan menyumbangkan wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal yang diwakili. Kami berasa amat gembira dan berterima kasih dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh barisan selebriti yang terlibat untuk menjayakan program ini.

Kami percaya dengan adanya program realiti yang berunsurkan hiburan amal seumpama ini dapat menyerlahkan sikap prihatian di kalangan selebriti tanah air yang sudi menghulurkan bantuan dalam usaha untuk meringankan beban badan-badan kebajikan yang memerlukan. Ini adalah di antara inisiatif kami yang ingin menghiburkan dan beramal pada masa yang sama,” jelas Nizam.
Nizam turut menambah, ”Pada tahun ini juga kami amat berterima kasih dengan kehadiran pihak penaja, Panasonic kerana telah membantu merealisasikan penerbitan program MasterChef Selebriti Malaysia. Persetujuan mereka dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program ini dilihat dapat menyemarakkan musim ini.


SENARAI PENUH BADAN KEBAJIKAN
1. Tomok – Women’s Aid Organization (WAO)
2. Karl Shafek – House Of Joy
3. Jehan Miskin – Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan (PLPP)
4. Dato’ Fazley Yaccob – Yayasan Jantung Malaysia
5. Azwan Ali – Taman Sinar Harapan (JKM)
6. Farouk Hussein – Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia (Prihatin Malaysia)
7. Mejar Dr. Faiz – Yayasan Angkasawan Malaysia
8. Angah Raja Lawak – Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil
9. Raja Azmi – Kompleks Penyayang Baksi Sungai Buloh (JKM)
10. Soo Wincci – Kiwanis Down Syndrome Foundation
11. Juliza Adlizan – Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia
12. Thanuja – Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia
13. Serina Redzuan – Malaysian Liver Foundation
14. Salamiah Hassan – Pertubuhan Medifun Kuala Lumpur
15. Siti Sarah Raisuddin – Malaysian Association For The Blind (MAB)
16. Louisa Chong – Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan


3 comments:

  1. xlanggan astro kt rumah cni...lggan kt kg jew...

    ReplyDelete
  2. izan tak sempat tgk pun munna... tgk promonya cam best je.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails