Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Masterchef. Show all posts
Showing posts with label Masterchef. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Siapa Juara Masterchef Selebriti Pertama


Sekejap je dah masuk finale rancangan Masterchef Selebriti. Malam ini adalah penentuan diantara Dato Fazley dan Angah Raja Lawak merebut gelaran juara Masterchef Selebriti pertama Malaysia.


Tak sangka Angah yang akan masuk finale ...munna ingatkan Juliza Adlizan


Dato' Fazley awal-awal lagi munna dah jangkakan dia akan masuk finale. Mungkin dia yang akan jadi juara malam ini. 

Saturday, May 26, 2012

Masterchef Selebriti Malaysia Bermula Malam Ini


sumber pic

Pandai betul Astro ni... dah habis Mania diaorang sambung pula dengan Masterchef Selebriti pula di saluran Astro Ria. Melekat lagi depan TV nampaknya. Tengok peserta yang join pun macam-macam ragamnya mesti happening program ni nanti.

Artikel dari www.budiey.com

Program MasterChef Selebriti Malaysia yang buat julung kali diterbitkan ini bakal menampilkan 16 orang selebriti tanah air yang popular dalam bidang masing-masing iaitu Dato’ Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro; Encik Nizam Sani berkata, “Saya mewakili pihak Astro Ria secara jujurnya berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat kesungguhan, kreativiti dan daya saing selebriti-selebriti popular tanah air untuk berperang di dapur MasterChef Selebriti Malaysia.

Menariknya, mereka ini bukan sahaja disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama, tetapi juga berpeluang untuk beramal yang mana setiap selebriti akan menyumbangkan wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal yang diwakili. Kami berasa amat gembira dan berterima kasih dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh barisan selebriti yang terlibat untuk menjayakan program ini.

Kami percaya dengan adanya program realiti yang berunsurkan hiburan amal seumpama ini dapat menyerlahkan sikap prihatian di kalangan selebriti tanah air yang sudi menghulurkan bantuan dalam usaha untuk meringankan beban badan-badan kebajikan yang memerlukan. Ini adalah di antara inisiatif kami yang ingin menghiburkan dan beramal pada masa yang sama,” jelas Nizam.
Nizam turut menambah, ”Pada tahun ini juga kami amat berterima kasih dengan kehadiran pihak penaja, Panasonic kerana telah membantu merealisasikan penerbitan program MasterChef Selebriti Malaysia. Persetujuan mereka dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program ini dilihat dapat menyemarakkan musim ini.


SENARAI PENUH BADAN KEBAJIKAN
1. Tomok – Women’s Aid Organization (WAO)
2. Karl Shafek – House Of Joy
3. Jehan Miskin – Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan (PLPP)
4. Dato’ Fazley Yaccob – Yayasan Jantung Malaysia
5. Azwan Ali – Taman Sinar Harapan (JKM)
6. Farouk Hussein – Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia (Prihatin Malaysia)
7. Mejar Dr. Faiz – Yayasan Angkasawan Malaysia
8. Angah Raja Lawak – Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil
9. Raja Azmi – Kompleks Penyayang Baksi Sungai Buloh (JKM)
10. Soo Wincci – Kiwanis Down Syndrome Foundation
11. Juliza Adlizan – Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia
12. Thanuja – Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia
13. Serina Redzuan – Malaysian Liver Foundation
14. Salamiah Hassan – Pertubuhan Medifun Kuala Lumpur
15. Siti Sarah Raisuddin – Malaysian Association For The Blind (MAB)
16. Louisa Chong – Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan


Sunday, January 8, 2012

Ezani Juara Masterchef Malaysia Yang Pertama


Tahniah pada ezani kerana menjadi juara Masterchef Malaysia yang pertama... juga tahniah pada Wahidan. Memang mereka berdua sangat hebat. 

Saturday, January 7, 2012

Ezani Atau Wahidan Juara Masterchef Malaysia Yang Pertama


Sekejap je dah nak masuk finale rancangan realiti Masterchef Malaysia ini. Munna memang follow rancangan ini dari mula lagi. Rasanya dua-dua peserta akhir ni sama hebat.


Siapa jadi pilihan korang untuk jadi juara Masterchef kali pertama ini. Samaada doktor gigi Ezani ataupun pekebun Wahidan. Munna pilih Wahidan. Apa apa pun harapnya yang terbaik akan menang. Jangan lupa ye Finale Masterchef Malaysia esok Ahad 8 Januari jam 9 malam hanya di Astro Ria

Saturday, October 22, 2011

MasterChef Malaysia Bermula Malam Ini

contestant

Tak sabar nak tengok rancangan realiti memasak ni. Sebelum ni memang munna suka tengok MasterChef Australia dan Junior MasterChef di Star World. Rancangan ini akan bermula pada 9.00 mlm Sabtu hingga Rabu. 40peserta akan diuji kepandaian mereka dalam menyediakan hidangan pada episod pertama malam ini.

Sunday, April 3, 2011

Masterchef Malaysia Pula



Munna memang minat dengan rancangan Masterchef ni. Tak pernah miss tengok rancangan ni kat Star World. Sekarang ni tengah layan cerita Junior Master Chef. Memang kagum dengan budak-budak tu, munna pun tak tentu lagi boleh masak macam diaorang.

Berita baik buat yang pandai bab masak-masak ni Masterchef versi Malaysia akan di adakan pula. Sekarang ni pihak Astro tengah mencari orang untuk ujibakat bagi menyertai rancangan ini. Apalagi siapa yang terror bab masak memasak ni, cepatlah hantar detail kat Astro ye



Adakah anda seorang yang minat memasak? Berpengetahuan luas dalam pelbagai ramuan dan rempah ratus masakan? Mampu memukau dengan aroma dan hidangan masakan anda?

Kini anda berpeluang untuk menonjolkan bakat masakan dalam MasterChef Malaysia, suatu program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang bakal menemui anda di Malaysia.

Rancangan ini akan mencungkil bakat baru dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan. Rancangan ini juga memberi inspirasi dan membuka ruang kepada chef-chef amatur untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh                                            dibanggakan.

Jika anda rasa anda mampu menjadi MasterChef Malaysia yang PERTAMA, muat turun borang ujibakat, lengkapkan dan hantar ke masterchef@astro.com.my
Related Posts with Thumbnails