Sahabat Alam Maya

Tuesday, January 28, 2014

Puding Raja

Sejak bulan puasa tahun lepas lagi munna suka sangat makan puding raja ni..... pantang nampak orang jual puding ni mesti nak beli. Puding ni pulak payah nak jumpa kat Temerloh ni kalau area Kuantan atau Pekan senanglah dapat. 

Baru2 ni blogger Anita Mohd Sharkawi pula ada update status pasal puding raja ni kat FB. Sudahnya munna pun meleleh air liur dibuatnya. Gigih lah mencuba buat sendiri puding raja ni. Senang je nak buat puding raja ni cuma time nak buat jala emas tu yang leceh sikit.


 
Inilah puding raja munna





Bila makan dengan kuah puding tu memang mabeles ... lagi2 kalau sejukkan dulu dalam peti ais.

Puding Raja

Resipi untuk puding raja ni munna ambil dari blog  Azie Kitchen . Munna malas nak taip jadi munna copy paste je dari blog Azie Kithcen

Bahan bahan:
4 sikat pisang lemak manis - buang kulit
1 cawan biji gajus - digoreng
2-3 genggam jala emas
200gram buah prun - potong 4
Buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi
Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding:
1 tin susu cair
3 biji telur - ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula (ikut citarasa)
Daun pandan - simpul
Esen vanilla

Cara memasak:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.

Kuah Puding:
Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. 

Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak  bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang:
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus.
Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

10 comments:

  1. Tak pernah lagi makan ni..nampak sedap tu...

    ReplyDelete
  2. lamanya tak makan, nampak gaya kena cari pisang lemak manis & cuba buat sendiri.

    ReplyDelete
  3. Kakak tak pernah buat ni Munna. Macam tak pernah jumpa pun ye juga. Ketinggalanlah kakak ni..

    ReplyDelete
  4. yummy...rietta masa kat gambang aitu ada makan...tpi ada sekali tu, terkena pisang salai yang snagat manis, cmpur kuah....aduh, xmasuk dek tekak...tapi naseb baik jumpa yang laen juga...yang sangat sedap...

    ReplyDelete
  5. Salam K.Munna..
    Puding raja? cma tak pernah mkn lg.. pernah tgk rupa jer.. dap2.. :)

    ReplyDelete
  6. sedapnya puding raja akak... ada masa nk cuba la :)

    ReplyDelete
  7. pernah rasa puding rajani sebab ada orang bagi... syukur sedap rasanya...

    ReplyDelete
  8. Nampak macam sedap..tapi tengok macam pelik jugak..hehee..nanti kalau teringin boleh try buat..hehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails