Sahabat Alam Maya

Tuesday, January 28, 2014

Puding Raja

Sejak bulan puasa tahun lepas lagi munna suka sangat makan puding raja ni..... pantang nampak orang jual puding ni mesti nak beli. Puding ni pulak payah nak jumpa kat Temerloh ni kalau area Kuantan atau Pekan senanglah dapat. 

Baru2 ni blogger Anita Mohd Sharkawi pula ada update status pasal puding raja ni kat FB. Sudahnya munna pun meleleh air liur dibuatnya. Gigih lah mencuba buat sendiri puding raja ni. Senang je nak buat puding raja ni cuma time nak buat jala emas tu yang leceh sikit.


 
Inilah puding raja munna





Bila makan dengan kuah puding tu memang mabeles ... lagi2 kalau sejukkan dulu dalam peti ais.

Puding Raja

Resipi untuk puding raja ni munna ambil dari blog  Azie Kitchen . Munna malas nak taip jadi munna copy paste je dari blog Azie Kithcen

Bahan bahan:
4 sikat pisang lemak manis - buang kulit
1 cawan biji gajus - digoreng
2-3 genggam jala emas
200gram buah prun - potong 4
Buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi
Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding:
1 tin susu cair
3 biji telur - ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula (ikut citarasa)
Daun pandan - simpul
Esen vanilla

Cara memasak:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.

Kuah Puding:
Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. 

Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak  bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang:
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus.
Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Thursday, January 23, 2014

Macaroni Cheese Bakar

Sejak dah jadi surirumah tangga ni... memang mood memasak on je memanjang. Selalunya hari Ahad munna selalu buat makan-makan sebab hari tu kami adik beradik akan berkumpul rumah mak munna. Meriah bila anak-anak buah berkumpul bersama dan bila makanan yang kita masak tu mendapat sambutan lagilah bertambah rajin dibuatnya.


Ini macaroni cheese sebelum di bakar ye....


Ini hasilnya bila dah siap dibakar... suka isi dalam bekas aluminium kecik2 macam tu mudah nak makan sorang ambil satu terus ngap... dah habis terus buang je bekas tu... 

Bacalah Anakku

 Alhamdulillah... sejak munna gunakan buku set bacalah anakku ini untuk kakak meya memang nampak perubahannya. Sekarang ni kakak meya dah masuk buku 3 ada lagi 5 buku untuk dihabiskan.  Harapnya menjelang dia masuk darjah satu kakak meya dah boleh membaca dengan lancar.


Wednesday, January 22, 2014

Kenduri Doa Selamat Berkhatan

Kenduri doa selamat ni family munna buat masa cuti sekolah hari tu sempena anak buah nak dikhatankan .


Kenduri dibuat sebelum budak berlima ni nak disunatkan tetapi masa hari bersunat yang tengah tu menangis taknak sunat kebetulan pula dia demam masa tu ... jadi ada alasan yang kukuhlah buat dia. Tapi nanti dia sunat nanti dah takde geng sebab yang bawah pada dia sepupu papat semuanya gegirl.

Gambar kat bawah ni semuanya menu yang dihidangkan sempena majlis hari tu. 


Ayam goreng berempah yang dimasak oleh adik munna ... towkey nasi kukus gelora



Menu kurma telor dan daging masak kicap pula en abang munna yang masak, memang mabelesss daging tu.


Kakak munna yang ketiga pula ambil tender untuk masak sayur kacang buncis goreng ni


Antara kuih muih yang ada.... pai tee tu memang sedap  


Pencuci mulut katanya....


Tuan blog beraksi depan lauk pauk yang akan dikendurikan....


Ni semua model untuk desa murni batik..... lai lai boleh pilih yang mana berkenan.... adik beradik munna. Boleh teka yang mana satu yang sulung sampai yang kelima tak? 


Nampak tak ustaz yang pakai baju purple tu.  Itulah Ustaz Heryanto Rizal Lokman .... selalu keluar kat tv9. Kebetulan ustaz ada program kat masjid di kampung munna jadi abang ipar munna jemputlah sekali dia datang makan kenduri.

 Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Anak2 buah munna pun semuanya dah sihat2 belaka.

GIVEAWAY 1ST BIRTHDAY MEMORY BY MOMMYAIDA

Dah lama tak join mana-mana GA. Tiba-tiba mood marilah pulak. Kali ni nak join GA yang Aida anjurkan sempena birthday anak dia yang kedua Medina.

Ini gambar yang kak munna pertaruhkan. Gambar masa birthday Yasmin yang pertama. Masa ni memang takde satu pun gambar yasmin suka dan ketawa semuanya masam mencuka dan melalak je... memang Yasmin moody sangat masa birthday dia hari tu


Siapa-siapa yang nak join sekali GA ni silalah kesini ye

Ucapan untuk birthday girl Medina Amani 
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN MEMBESAR SEBAGAI KEBANGGAAN IBUBAPA BILA BESAR NANTI YE... SANAH HELWAH!


Tuesday, January 21, 2014

Kejamnya Manusia

Menitis airmata munna bila baca berita dan melihat gambar pasal penemuan mayat kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di Terengganu yang dipercayai dirogol dan dibunuh. Kanak-kanak tu sebaya dengan kakak Meya buat hati ini rasa sebak dan sedih sekali. Ya Allah... kenapalah kejamnya manusia. Semoga perkara-perkara macam ini dijauhkan dari kita semua.... AL FATIHAH

Monday, January 20, 2014

Rutin Baru



Kakak meya dengan pakaian seragam dia untuk kelas pra tahfiz di Kaffah Al Amin.

Mulai tahun ni munna hantar meya kelas Kafa untuk sesi petang. Sebelum ni dia cuma ke tadika pasti je sesi pagi... Daripada takde buat apa2 baik masuk kelas Kafa. Ingatkan nak masukkan Yasmin sekali tetapi Kaffah cuma terima anak umur 5 tahun keatas. Tahun depan je lah Yasmin ye. Belajar rajin2 ye sayang Ummi.

Thursday, January 16, 2014

Pavlova Pertama

Serius!.... Ni lah first time munna makan pavlova dan buat sendiri. Sebelum ni tengok dan lihat je orang tayang pavlova kat blog atau kat kedai. Tak rasa teringin pun. Cuma baru2 ni ada rasa teringin sangat nak rasa macamana lah pavlova ni.



Jadinya inilah hasilnya.... Percubaan pertama munna buat pavlova. Tapi mungkin sebab rasanya yang agak manis jadi anak2 munna tak berapa suka sangat. 

Wednesday, January 15, 2014

WW : Siap Akhirnya



Membalut buku kerja kakak meya sambil ngap2 kerepek ngaku

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul

     
                                       


                                                   


Sunday, January 12, 2014

Alahai! senyumlah sikit

             Gambar untuk tadika Yasmin..... Alahai masamnya muka.... Bila suruh senyum sikit.... Dia 
                                                            buat peace yo! lah pulak              

                                                
                                                             


                                                                    Senyumlah sikit                

Saturday, January 11, 2014

Akhirnya

Akhirnya dapat juga munna blogwalking kat blog kawan2 yang rajin tinggalkan komen dekat setiap entry munna.


P/s..... Tengah mengoogle resepi pavlova ni.... Baru rasa teringin nak membuatnya.

Thursday, January 9, 2014

Kerepek Ngaku

Dah nak sambut Tahun Baru Cina jadi banyaklah ngaku kat pasaraya sekarang ni. Munna memang suka ngap ngap kerepek ngaku. Tak sedar habis sebalang munna balun sorang2 je.... Ini kerepek ngaku pertama munna untuk tahun ni....

Tuesday, January 7, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah - Menara Taming Sari Melaka

Sesi persekolahan dah bermula  tapi munna baru nak buat entry untuk aktiviti anak-anak masa cuti sekolah yang lalu. Tak kisahlah kan... dah munna ni baru je dapat mood nak berblog kan. Biarlah basi janji munna ada letakkan dalam blog munna buat kenang-kenangan masa depan nanti.

Awal cuti persekolahan hari tu munna bawa anak-anak ke Melaka. Cuma sempat pergi naik Menara Taming Sari dan pusing-pusing bandar Melaka aje. 


Kakak Meya yang teruja nak naik Taming Sari. Rasanya dah 3 kali naik menara ni, tapi dia tak pernah jemu.

 
Permandangan dari atas/dalam Menara Taming Sari.



Yasmin peace yo!

Hajat di hati nak masuk Taman Buaya tapi sebab dah lambat sampai Melaka banyaklah aktiviti yg dirancang tak dapat buat. 

Monday, January 6, 2014

Cheesekut Leleh Den Bertingkek-Tingkek

Inilah hasilnya semalam.....

Sunday, January 5, 2014

Bahagianya

Anak adalah anugerah terindah buat munna dan suami

Syoknya tengok diaorang tido...gambar ini munna ambil masa diaorang balik dari tadika .... penat sangat gayanya.... 

Thursday, January 2, 2014

Hari Pertama Yasmin Bersekolah

Hari ini hari pertama persekolahan buat Yasmin.... Alhamdulillah dia tak meragam bangun pagi. Kat sekolah pun ok je.... Munna cuma hantar dia dgn meya sekejap lepas tu terus balik. 
 Ceria di pagi hari.... Lagi susah nak siapkan meya dari adiknya. Uniform Yasmin tak dapat lagi jadi kenalah pakai baju biasa je dulu.
 Yasmin dalam kelas ...... 
    Kakak meya pun kelas dia kat depan tu je... Senang lah nak tolong Yasmin kalau ada apa2 hal....
Related Posts with Thumbnails