Sahabat Alam Maya

Friday, April 26, 2013

Mana Mood Ni Hanyut....

Lamanya bersawang blog munna ni..... mood nak berblog dah hanyut entah ke mana. Lagipun baru je balik dari cuti2 Malaysia Langkawi dengan family. Nanti munna update ye.

Thursday, April 18, 2013

Karnival Sukan Pasti Kakak Meya

Ini kali pertama anak munna nak bersukan..... ummi dia pulak yang lebih teruja. 
Karnival ni dah 2 minggu berlalu munna je yang baru nak update kat blog ni. Karnival sukan ni cuma untuk acara bola sepak dan bola jaring dan semua Pasti yang ada kat daerah Temerloh ni terlibat. Kakak meya ikut serta untuk acara bola jaring, perbarisan dan persembahan koir hari tu


Siap sedia untuk perbarisan.




Persembahan koir oleh kakak meya dan kawan2... seronok tengok budak2 perfom macam2 ragam dan perangai.


Happy sebab Pasti kakak meya menang perbarisan terbaik dan bola jaring dapat no. empat. .... tapi tetap dapat piala.... seronok budak2... penat berlatih ada juga hadiah buat kenangan.....


Wednesday, April 17, 2013

Monday, April 15, 2013

Susahnya

Bila bawa budak2 macam nilah jadinya. Nak suruh bergambar ramai-ramai... semuanya buat ragam masing2. satu pose yang menarik pun tak dapat. 




Yasmin tengah mencuba nak buat peace......




Ini jelah yang terbaik dapat snap hari tu.... 


Meya dah bengang .... ummi suruh ambil gambar je..... kaki pun dah terkangkang....

Thursday, April 11, 2013

Alkisah Makan Besar

 Ini cerita untuk entry WW : Makan Besar  hari tu ye.
Ada rezeki terlebih jadi adalah ahli keluarga munna yang open table untuk majlis ini. 


Hidangan untuk satu family..... semuanya ada 7 family hari tu


Family munna yang besar.....


Kakak sulung munna dan anak2 .... ada 2 orang anak lagi yang tak join sebab kerja.


Family kakak kedua munna ...


Family adik bongsu munna.... bersama isteri dan anaknya


Ini family adik munna yg kelima..... anak dia lagi sorang taknak diajak bergambar.


Ini pula family ipar kepada kakak munna yang kedua


Seronok semuanya bila berkumpul macam ni. Cuma gambar family kakak munna yg ketiga je takde dalam ni.... entah mcmana takde langsung terselit gambar dia dengan anak2

Wednesday, April 10, 2013

WW : Sedapnya



Tuesday, April 9, 2013

Tutti Frutti Di Temerloh


Tutti Frutti dah buka di Temerloh ni... Munna je yang belum berkesempatan nak terjah ke sana... lagi pun kami anak beranak tengah selsema dan batuk .. jadi kena bagi sihat kan dulu tekak ni....


Thursday, April 4, 2013

Tempat Kesukaan Kakak Meya

Sejak dah bersekolah ni... kakak meya memang sangat sukakan buku.....kalau keluar bandar mesti nak masuk kedai buku. Ada je buku yang dia nak beli.... layan jelah... bagus juga dia minat dengan buku...


Kakak meya sedang memilih buku di Popular Mentakab Star Mall


Yasmin ... susah nak ambil gambar dia ni..... semua buku yang dibeli untuk kakak dia munna akan belikan yang sama juga untuk Yasmin .... diaorang berdua ni suka sangat berebut.



Hasil tangkapan di Popular..... novel I Love You Stupid untuk munna...

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Dibubarkan Hari Ini

Baru je dengar berita di tv tadi... yang PM kita dah bubarkan Parlimen. Selepas ini tanggungjawab kita pula untuk memilih pemimpin kita untuk 5 tahun mendatang. Semoga pilihan kita semua akan membawa Malaysia terus kehadapan dan aman damai selamanya.

WW : Makan Besar



  

Tuesday, April 2, 2013

Majlis Bacaan Yassin Dan Berkumpul Bersama







Layan je gambar munna sekeluarga masa majlis bacaan yassin di rumah mak munna
Related Posts with Thumbnails