Sahabat Alam Maya

Thursday, May 31, 2012

Murah Rezeki Di Bulan Mei Ini

Alhamdulillah .... dapat satu lagi BE baru iaitu UIP Madagascar 3. Memang murah rezeki bulan ni, 3 BE yang munna dapat untuk bulan ni. 

BE dari Digi Broadband Internet setakat ini adalah jumlah tertinggi BE yang pernah munna terima.


Nak tunggu hujung bulan Jun ni untuk cash out.... boleh gak buat belanja untuk beli bahan untuk buat kuih raya nanti

Sample Free Dari MamyPoko Dah Sampai

Semalam terima parcel dari MamyPoko. Dah tak ingat entah bila munna daftar untuk dapatkan sample free ni.



Dapatlah dua pampers drypants dari Mamypoko.

Wednesday, May 30, 2012

WW : Semoga Dipermudahkan Semuanya


Mak dan ayah Munna pergi umrah bermula pada 29/5/2012 hingga 11/6/ 2012. Semoga mereka berdua diberikan kesihatan yg baik dan dapat melaksanakan umrah dengan baiknya

Monday, May 28, 2012

Dah 5 Tahun Bersama

Sabtu lalu genap usia perkahwinan munna dengan en abang 5 tahun. Tak sempat nak buat entry kerana 2 hari ini sibuk dengan kenduri di rumah jiran munna. Alhamdulillah sekejap je masa berlalu dengan 2 cahayamata di sisi munna dan suami  cukup bahagia dan diharapkan berpanjangan ke akhirnya. Tarikh 26/5/2007 akan tetap menjadi tarikh yang istimewa buat munna dan suami.

Saturday, May 26, 2012

Masterchef Selebriti Malaysia Bermula Malam Ini


sumber pic

Pandai betul Astro ni... dah habis Mania diaorang sambung pula dengan Masterchef Selebriti pula di saluran Astro Ria. Melekat lagi depan TV nampaknya. Tengok peserta yang join pun macam-macam ragamnya mesti happening program ni nanti.

Artikel dari www.budiey.com

Program MasterChef Selebriti Malaysia yang buat julung kali diterbitkan ini bakal menampilkan 16 orang selebriti tanah air yang popular dalam bidang masing-masing iaitu Dato’ Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro; Encik Nizam Sani berkata, “Saya mewakili pihak Astro Ria secara jujurnya berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat kesungguhan, kreativiti dan daya saing selebriti-selebriti popular tanah air untuk berperang di dapur MasterChef Selebriti Malaysia.

Menariknya, mereka ini bukan sahaja disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama, tetapi juga berpeluang untuk beramal yang mana setiap selebriti akan menyumbangkan wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal yang diwakili. Kami berasa amat gembira dan berterima kasih dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh barisan selebriti yang terlibat untuk menjayakan program ini.

Kami percaya dengan adanya program realiti yang berunsurkan hiburan amal seumpama ini dapat menyerlahkan sikap prihatian di kalangan selebriti tanah air yang sudi menghulurkan bantuan dalam usaha untuk meringankan beban badan-badan kebajikan yang memerlukan. Ini adalah di antara inisiatif kami yang ingin menghiburkan dan beramal pada masa yang sama,” jelas Nizam.
Nizam turut menambah, ”Pada tahun ini juga kami amat berterima kasih dengan kehadiran pihak penaja, Panasonic kerana telah membantu merealisasikan penerbitan program MasterChef Selebriti Malaysia. Persetujuan mereka dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program ini dilihat dapat menyemarakkan musim ini.


SENARAI PENUH BADAN KEBAJIKAN
1. Tomok – Women’s Aid Organization (WAO)
2. Karl Shafek – House Of Joy
3. Jehan Miskin – Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan (PLPP)
4. Dato’ Fazley Yaccob – Yayasan Jantung Malaysia
5. Azwan Ali – Taman Sinar Harapan (JKM)
6. Farouk Hussein – Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia (Prihatin Malaysia)
7. Mejar Dr. Faiz – Yayasan Angkasawan Malaysia
8. Angah Raja Lawak – Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil
9. Raja Azmi – Kompleks Penyayang Baksi Sungai Buloh (JKM)
10. Soo Wincci – Kiwanis Down Syndrome Foundation
11. Juliza Adlizan – Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia
12. Thanuja – Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia
13. Serina Redzuan – Malaysian Liver Foundation
14. Salamiah Hassan – Pertubuhan Medifun Kuala Lumpur
15. Siti Sarah Raisuddin – Malaysian Association For The Blind (MAB)
16. Louisa Chong – Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan


Friday, May 25, 2012

Minah Rempit Cilik Beraksi Di Mentakab Star Mall

Semalam bawa anak-anak ke Mentakab Star Mall. Saja je dah lama tak kesana .... banyak dah kedai yang di buka di sana. Kenny Rogers, Kemaman Kopitiam, Secret Recipe, The Face Shop, iPeople dan beberapa kedai lagi yang munna tak ingat.

Di tingkat satu ada disediakan permainan untuk budak-budak... Kakak Meya tergedik-gedik minta nak naik motosikal tu. Suruh bawa kereta dia tak nak .. layan kan je lah. Bayaran yang dikenakan RM 3 untuk 5 minit dan RM 5 untuk 10 minit.


Scooter pilihan Kakak Meya


Lajunya dia merempit... munna pula yang takut di buatnya



Pandai pula kakak Meya tekan minyak dan pusing handle motor tu bila ada kereta lain di depan. Mula-mula je slow bila dah pandai .... fuhhhh lajunya dia bawa.... 

Sekali lagi terpaksa mengalah dengan budak berdua ni bila time makan... munna nak ke Kenny Rogers diaorang nak ke Mc D juga.... alahai anak......

Thursday, May 24, 2012

Sesekali Layan Nasi Lemak

Mesti ramai yang puasa kan?.... sorry ye... nak tayang nasi lemak sedap ni ha....


Jarang sangat munna sarapan pagi dengan nasi lemak...selalunya dgn biskut atau roti je....

Wednesday, May 23, 2012

Al-Fatihah Buat Arwah Norma Telah Pergi Selamanya

Al-Fatihah..... semoga arwah dicucuri rahmat




Norma telah pergi buat selamanya...

Assalamualaikum..

Untuk makluman semua yang mengikuti kisah Norma dan Talib.. Norma telah meninggal dunia pada pukul 1.00 pagi tadi dan jenazah dimandikan di hospital Serdang dan terus di bawa ke Pontian subuh tadi.. Sekarang Moon dan keluarga dalam perjalanan ke Pontian.. Mama (Ibu mertua Moon) dari Taiping juga dalam perjalanan ke Pontian.. Moon akan berada di Pontian sehingga malam ini selepas tahlil, Insya Allah..

Moon ucapkan terima kasih buat semua yang prihatin selama ini.. harap halalkan makan dan minum arwah dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Norma... terima kasih.


WW : Di Nilai 3


Jumpa di kedai makan di Nilai 3 

Tuesday, May 22, 2012

Layan Ini Untuk Sarapan Pagi Tadi

Orang lain dah nak lunch ... munna baru je sibuk nak tayang menu untuk sarapan pagi tadi. Al maklumlah sibuk sangat sekarang ni.... dah tengahari baru ada masa nak on9.

Ubi kayu ni en abang munna beli dari pasar malam. Banyak juga dapat untuk RM 5. Ada lagi yang belum terusik, ingat nak rebus pula nanti. Cicah dengan kelapa memang sedapnya.


Ubi kayu goreng sempoi sambil minum kopi o kaw kaw panas

Monday, May 21, 2012

Masih Setia Dengan Natasya


Hampir 5 Tahun menggunakan produk Natasya ini... alhamdulillah masih sesuai dengan kulit muka munna. Pernah juga mencuba yang lain ... tapi kembali semula kepada produk ini. Tapi sejak ramai yang bagi feedback Safi Rania Gold pun memberi hasil yang baik ...teringin juga nak mencupa.

Sunday, May 20, 2012

Tahniah Hafiz Juara Mania Pulang Dengan RM 500,000.00



Memang dah dapat Hafiz yang akan memenangi Mania. Persembahan dia memang mantap lagi-lagi 2 pilihan lagu yang dia nyanyikan memang sedap. Teringan persembahan dia semasa pertandingan Akademi Fantasia dulu semasa dia nyanyikan lagu I Believe I Can Fly. Hafiz membawa pulang RM 500,000.00 selaku juara.

Tempat kedua pula  di menangi oleh Stacy dan Jaclyn Victor di tempat ketiga. Tahniah juga buat Hazama dab Aril. Walaupun tak menang tetapi persembahan mereka semua memang hebat dan terbaik.

Friday, May 18, 2012

Phewittt... Dapat Satu Lagi



Alhamdulillah...dapat satu lagi BE dari nuffnang...... terima kasih daun keladi.... ingat nak cash out dah hujung bulan ni... tapi nak tunggu lagilah untuk bulan depan.... 

Thursday, May 17, 2012

Chicken Foldover Dan Mc Flurry Horlicks Akhirnya

Punyalah lama terpendam hasrat di jiwa ... akhirnya dapat juga merasa menu terbaru dari Mc Donalds ni. Kat sini Mc D cuma ada kat bandar Mentakab je... jauh juga kalau nak ke sana... bila ada hal kat sana mmg munna serbu Mc D ni....


Memang sedap ni.... tapi agak manis... kena makan cepat-cepat kalau dah cair mmg terasa kemanisannya tak sanggup nak telan....


Gumbira rasanya dapan makan semula foldover ni.... tapi rasanya lagi sedap yang dulu rasanya.... harap-harap yang beef pun ada nanti.

Wednesday, May 16, 2012

Gegirl Sedang Beraksi Di Lubuk Ujid




 Sempena cuti hol Pahang pada 7/5 hari tu... munna sekeluarga pergi bawa budak-budak ke Pusat Rekreasi Lubuk Ujid untuk mandi manda sambil melawat anak buah yang sedang berkhidmat dalam PLKN di kem yang berdekatan dengan pusat rekreasi ini


Air kat sini takdelah dalam sangat ...air pun tak deras sedang molek untuk anak-anak kecik yang mandi kat sini. Tapi kami semua yang dah jadi nenek pun turut berendam dalam ni...air dia sejuk sangat.
Takde gambar tengah mandi sepat munna rakamkan...sebab dah seronok sangat berendam dalam air tu.
cuma sempat snap gambar 3 dara pingitan ni je

 


Yasmin di apit oleh sepupu dia Kasih dan cucu munna Syasha


Yasmin dan Kasih beza cuma sebulan je tua Kasih

WW : Sibuk Buat Salinan Ini


Tengah sibuk buat salinan ini dah siap.... tiba-tiba boss kata ada spelling error.... kena photocopy semula

Tuesday, May 15, 2012

Misi Mencari Hadiah

Tak lama lagi nak sambut anniversary dan birthday en. abang munna. Kebetulan tarikh tu dekat jadi sekali harung je lah bagi hadiah kat dia. Sekarang ni tengah fikir nak bagi hadiah apa kat dia... macam dah tak tahu nak bagi apa pada dia. Nak bagi gadjet2 ni ... tak mampu. Lagipun dia tak minat sangat pun.
Pening...ooo kepala ku pening. Nak bagi apa ye?

Monday, May 14, 2012

Yasmin Memang Budak Pandai

Setakat hari ini dah 3 minggu berjaya training Yasmin tak pakai diaper siang dan malam. Tak pernah lagi terbabas setakat ini. Alhamdulillah ...lagi mudah nak latih dia dari kakak Meya. Meya hari tu dah 3 tahun baru berhenti pakai diaper ..Yasmin 2 tahun sebulan dah free dari diaper. Cuma kalau nak jalan-jalan jauh je munna pakaikan diaper sebab agak leceh sikit nak berhenti selalu kalau dia nak ke tandas. 

Walaupun agak payah pada mulanya sebab sampai 2-3 kali munna kejutkan dia masa tidur malam supaya bangun kencing. Tapi sekarang ni automatik dia sendiri yang bangun dan kejutkan munna kalau dia nak ke tandas. Alhamdulillah... Yasmin memang budak pandai.... itu je yang munna ucapkan setiap kali dia bangun tidur. Mulalah senyum2 bila kena puji macam tu... 


Friday, May 11, 2012

Kisah Di Sebalik Gambar WW : Sakitnya

Kejadian si Meya kena jahit kat dahi tu berlaku minggu lepas lagi. Terkejut dapat call kat ofis dari mak munna kata kepala Meya keluar banyak darah sebab terhantuk kat bucu dinding rumah mak. Munna dah cuak gila cepat-cepat inform boss nak balik time tu juga.

 Ingatkan nak bawa hospital tapi mesti lama proses dia .... biasalah kan hospital kerajaan. Sudahnya munna bawa ke klinik swasta. Nasib baik kebetulan masa tu doktor yang tukar shift petang baru sampai terus dia bawa Meya masuk dalam untuk cuci luka dulu untuk periksa luka tu samada cuma perlu di gam atau jahit.

 Bila doktor kata kena jahit luka tu munna dah seriau rasanya teringat pengalaman kena jahit kat dahi juga sebab kemalangan jalanraya dulu. Tahu sakitnya rasa bila kena cucuk dengan ubat bius... sedangkan munna rasa sakit masa kena jahit inikan lah pulak Meya yang kecik tu lagi.. tak sampai hati rasanya nak bagi doc tu jahit. Redha je lah itupun mengalir air mata bila setiap kali Meya nangisdan meronta-ronta masa doc tu cucuk jarum kat dahi dia. Nasib baik ada aka-akak misi yang pandai pujuk Meya masa tu.

Sekarang ni alhamdulillah ...jahitan tu ok. Kering dengan cepatnya. Punyalah lasak si Meya ni.. esok tu bangun-bangun tido tengok jahitan tu satu dah lepas. Nasib baik ok je.


Muka budak baru lepas kena jahit.


Lepas jahit bawa pergi makan terpat kesukaan dia pizza hut.


Yasmin dengan imej rambut terbaru hasil seni nenek dia

Thursday, May 10, 2012

BE Terbaru Untuk Bulan Mei

 Alhamdulillah ... nampaknya BE sentiasa singgah di blog munna ini. Walaupun hanya sekejap tapi tetap memberikan hasil.


BE terbaru yang menyinggah.... Alhamdulillah selalunya kalau dari syarikat telekomunikasi lama dan lebih hasilnya.


Iklan yang sedang menari-nari di blog munna... TQ Nuffnang

nanti munna update kisah WW semalam ye

Wednesday, May 9, 2012

WW : Sakitnya


Merasa kena tiga jahitan kat dahi

Friday, May 4, 2012

GA Duet : Anis Alya & Ana

Baru perasan kan entry ni rupanya dah lama tersimpan dalam draft munna. Nasib baik perasan kalau tak tak dapat nak menjoinkan diri dalam GA Duet ni

Click banner ye kalau nak join sekali

Dia Dah Kembali


Alahai ... foldover dah kembali... jom serbu McD.... 

Wednesday, May 2, 2012

Hanya Mampu Menjeling

Aduhai lamanya tak berupdate blog munna ni. Memang sibuk betul sekarang ni... company dapat projek baru jadi banyak sikit kerja yang perlu diuruskan dahulu. Memang tak sempat nak skodeng blog2 kawan hanya jeling2 manja je yang termampu. Ini pun curi2 juga utk update sebab ada yang dah bertanya kemana menghilanggnya munna.
Related Posts with Thumbnails