Sahabat Alam Maya

Friday, November 5, 2010

Happy Deepavali .... 1 Malaysia

Deepavali...jalinkan muhibah antara kaum

Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian yang bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan 'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka.

Lebih bermakna lagi jika Deepavali dapat dirayakan bersama ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang lain sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Di negara ini Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sebagai tanda muhibah dan perpaduan.

Ia disambut oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai etnik, termasuklah Punjabi, Benggali, Marathi dan Telegu.

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan.

Ini sekali gus bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan.

Menyentuh mengenai sambutan Deepavali, segala persiapan termasuk dari segi menyediakan pakaian, kuih-muih dan menghias rumah dilakukan lebih awal terutama seminggu sebelum perayaan.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan yang enak termasuklah hidangan tradisi kaum India.

Kebiasaannya makanan yang dihidangkan lebih kepada makanan yang agak berat seperti nasi dan dalca.

Significance Of Deepavali

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.

Girl Painting Rangoli in CalcuttaMaking Art, Making Worship

Upacara ini membawa maksud yang amat dalam di mana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh mereka tetapi juga makhluk kecil lain di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu. Tidak ketinggalan juga, pada malam itu kalangan kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.

Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Pada pagi perayaan satu perkara wajib yang dilakukan ialah menjalankan upacara mandi dengan minyak bijan.

Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek sebelum membersihkan diri dan mengenakan pakaian baru.

Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan adalah upacara yang diwajibkan. Kebaikannya bagaikan mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali. Ini bertujuan menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang seperti hasad dengki dan tamak.

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India, selain sari, 'lengha' iaitu baju yang dipadankan dengan kain serta 'dupata' sejenis selendang turut menjadi pilihan utama kepada kaum wanita India.

Bagi yang inginkan kelainan, mereka juga gemar memakai Salwar Kamez iaitu baju labuh yang dikenakan dengan seluar. Kaum lelaki pula kebanyakan mereka lebih gemar memilih 'kurta' dan 'dhoti' iaitu sejenis pakaian ala Punjabi.

Dengan memakai pakaian dan perhiasan baru, seseorang itu umpama telah memulakan kehidupan yang baru.

Dancing in a Sari

Dari segi pemilihan warna, warna-warna yang agak garang seperti merah, biru dan oren lebih digalakkan berbanding pakaian berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan.

Tanpa menjamah sedikit pun makanan pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga akan ke kuil untuk menjalankan upacara sembahyang. Ini bertujuan bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

SweetsBadam Burfi-a sweet made on Deepavali

Selepas bersembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan 'Prasad' sebelum pulang ke rumah untuk menikmati juadah.

Mengenai juadah tradisional kaum India yang terkenal, selain manisan seperti halwa dan laddu, sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah 'aloogobi' iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga', 'paneer' campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam selain payasam.


Sumber sini

5 comments:

  1. teringin nak tengok mcmn perayaan ini disambut. Kat Terengganu tak ramai india, jadi sambutan mcm x meriah (xde ape2pun).

    Macam susah je nak susun beras2 tu.. kalau lady pasti x menjadik :)

    ReplyDelete
  2. waa bagus info nie .. akak baru balik dari umah jiran india .. akak sampai umah dia .. dia tgh masak2 ... heeh kelakoor kan kita pagi2 raya dh pakai baju cantik2 sambut tetamu dtg .. dia masih memasak ... huhuh

    akak dptlah makan maruku .. tapi teringin makan vaei sbnrnya .. dia x buat pulak huhuh

    ReplyDelete
  3. slmt hari deepavali akak. nak tgk juga diorg sambut tp tak tau mana nak pi. huhu

    anyway, akak ditag sini

    Mari berkenalan

    ReplyDelete
  4. dulu pernah ada jiran kaum india... very friendly... klu time deepavali je... pagi2 lagi dia dah hantar sedulang kuih muih kat rumah munna...time giliran family munna pula balas dgn lemang, ketupat bagai

    ReplyDelete
  5. thanks info yang camni kak...miera xpenah tau pasal adat2 dorang...bila baca ni ada la jugak ilmu..love it =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails