Sahabat Alam Maya

Friday, September 3, 2010

Persiapan Raya Dah Complete Ke?

Dah nak raya ni.. korang punya persiapan raya dah cukup semua ke?.

Alhamdulillah setakat ni dari segi pakaian, munna punya persiapan raya dengan anak-anak dah siap cuma tinggal nak cari kasut je untuk Meya. Yasmin pun dah siap semua bajunya .. munna cuma beli 2 pasang je untuk yasmin sebab baju masa dlm pantang hari tu ramai member kasi tak pakai lagi .. situ je dah save budget munna . Hubby punya je belum shopping lagi ialah anak dengan bini kena dahulukan .. nanti lagi 2-3 hari nak raya barulah nak shopping untuk dia pula.

Dari segi perabot pula memang takde penambahan tahun ni cuma ingat nak tukar karpet je... pasal yang lama tu warna pun dah pudar. Langsir pun tak tukar sebab baru je tahun lepas munna tempah langsir untuk raya. Gelas, pinggan mangkuk dan bekas kuih raya pun tak beli tahun ni sebab yang lama masih elok lagi dan baru je beli ... jadi tak perlulah kita membazir.

Kuih raya pula bahan-bahan semua dah beli ingat cuti merdeka hari tu nak buat Almond London tak jadi pulak sebab takde anak buah yang nak datang tolong . Nampaknya weekend ni bermulalah usaha gigih munna buat kuih raya cuti sekolah pun dah mula ada yang sudi datang nak menolong.

Korang semua macamana dah siap semua ke... yang penting jangansampai lari budget sudah nanti lepas raya... poket kering... susah wei.. nak tunggu gaji seksa rasanya



3 comments:

  1. Salam kenal Munna,

    Baguslah semua persiapan telah selesai dibuat. betul tu jgn membazir, semoga Munna sekeluarga gembira di hari lebaran yg bakal tiba beberapa hari lagi.

    ReplyDelete
  2. salam kak munna.. lady x buat ape2pun..
    beli jer kot.. hihihi..bagus, x perlu membazir.. nanti lepas raye dh xde duit.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. lin pun lebih kat anak2 je..barang rumah sume ok lagi..heheh ari tu ingat nak beli dining table utk living area, so org tak yah masuk dapur..sekali, bonus tak de daa...harapan palsu je la survey dining table ari tu! hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails