Hari kedua di Cameron Highlands ...
Bangun pagi solat dan dah sarapan semua terus check out dari hotel. Dah niat nak pergi MARDI program utama kali ini. Tapi sebelum tu jalan-jalan kat Brinchang dulu. Bunga-bunga kat atas tu... cantik sangat.
Wajib beli ini.... sedapnya!.... tengoklah warna strawberry tu.. menggoda betul..
Meya dan Yasmin suka sangat.... makan sampai 2-3 kali ulang beli selama kat CH.
Lepas penat memusing satu Brinchang terus turun ke Tanah Rata nak pergi MARDI. Sampai kat sana .. rupan-rupanya MARDI tutup hari Ahad..... aduhai ...keciwa sungguh!.
Peace Yo!.... bergambar di replika strawberry dekat Kampund Sedia. Banyak kebun strawberry kat sini
Suka masuk kedai-kedai yang jual cenderahati strawberry....merah menyala semuanya
Ini pun kesukaan munna.... tart buah dan strawberry cheese cake.... sedapnya....
Budak berdua yang happy kat CH... alhamdulillah tak banyak ragam. Yasmin siap tanya bila lagi kita nak pergi rumah tangga. Sebab dia suka sangat duduk kat hotel yg bertingkat-tingkat tu... munna punya bilik dekat third floor ... jenuh juga naik tangga ... budak berdua tu pulak suka sangat naik turun tangga.
Hujung bulan Ogos naik lagi ke Cameron Highlands kali ini bawa mertua munna pula