Percutian ke Langkawi kali ini dalam bulan April hari tu lagi kejadiannya... munna je yang baru nak update. Perancangan untuk ke Langkawi pun secara on the spot je... tiba2 je kakak ajak munna pun on je lah... Ini kali kedua munna ke Langkawi tahun lepas pergi juga. Rasanya takkan jemu ke Langkawi ni... tiap-tiap tahun pun boleh yang penting pulus nya ada. Lagipun banyak lagi tempat yang munna tak pergi lagi.
Sebahagian daripada beg kami semua... semuanya campur yang kecik dan besar rombongan munna ke Langkawi kali ini seramai 13 orang. Naik feri dari Kuala Kedah ke Kuah.
Yasmin yang takut dalam feri.... sepanjang dalam feri tu tuitup mata je... suruh tido tak nak pula
Kakak Meya maintain ..... dia memang suka naik feri.
Ceria bila dah sampai ke Langkawi.... hilang penat badan walaupun 6 jam duduk dalam kereta dan 1jam 45 minit dalam feri bila nampak je jeti Langkawi.
Minum ice blend sementara tunggu van yang di sewa pick up kami semua.
Nanti sambung lagi ye