Sahabat Alam Maya

Wednesday, September 22, 2010

Harus Pelihara Anjing Dengan Bersebab


Di sebabkan pasal kasut raya munna di larikan oleh anjing yang dipelihara oleh jiran munna ... munna pun carilah apa hukumnya orang islam memelihara anjing. Ini info yang munna jumpa :

Harus pelihara anjing dengan bersebab

SOALAN:
Apakah hukum bagi orang Islam memelihara anjing?

JAWAPAN:

Memelihara anjing adalah harus dan pemelihara perlu menjaga kebajikannya untuk tujuan-tujuan yang berikut:

1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu.

2. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas polis.

3. Anjing terlatih untuk menjaga rumah, kebun atau ladang.

4. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak atau peladang untuk kerja-kerja menggembala binatang ternakan

5. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang buta untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Tetapi masih perlu ditempatkan berasingan daripada kediaman tuannya .

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Darqutni dan Hakim dinyatakan pernah menolak jemputan satu kaum yang membela anjing untuk datang ke rumah mereka.

Bila ditanya, baginda menjawab dalam rumah mereka ada anjing, sebaliknya baginda menerima jemputan kaum yang membela kucing. Apabila ditanya, baginda menjawab "kucing itu tidak najis".

Sahabat mengambil faham daripada hadis ini bahawa baginda menolak jemputan mereka yang membela anjing kerana bimbang mengenai najis.

Menurut Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi, hukum membela anjing sebagai hobi adalah haram. Antara alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah:

i. Menakut-nakutkan jiran, orang lalu lalang dan tetamu.

ii. Berkurang pahala pemelihara. Nabi bersabda yang maksudnya: Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap pahalanya berkurangan satu qirath. (Bukhari dan Muslim)

iii. Malaikat enggan masuk ke rumah.

iv. Tabiat anjing suka menjilat dan kenajisan mughallazah pada jilatannya menyebab kesukaran pemeliharaannya. Cara menyucikan najis mughallazah ialah menyamaknya dengan tujuh kali air, dan salah satu air tersebut bercampur tanah.

*Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Tambahan;

1. Memang terdapat Hadis Sohih mengenai malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan patung. Antara Hadis tersebut:

a. Daripada Abu Talhah r.a.: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan surah (gambar)" Muttafaq 'alaih.

b. Daripada Ibn Umar r.a.: Jaibril berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lam menanti, Jibril tidak juga muncul. Lalu Rasulullah pun keluar, maka baginda menemuinya di luar. Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya. Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" Riwayar al-Bukhari.

c. Daripada 'Aisyah r.a. "Jibril telah berjanji pada Rasulullah akan datang pada suatu waktu tertentu. Tiba waktu yang dijanjikan, Jibril tidak datang. Ketika itu baginda sedang memegang sebatang tongkat, lalu mencampakkannya seraya bersabda: "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya tidak pernah memungkiri janji". Kemudian baginda menoleh ke satu arah, lalu terpandang bangkai anjing di bawah katilnya. Baginda bertanya: "Bilakah anjing ini masuk?" Saya menjawab: "Saya tidak tahu". Baginda memerintahkan agar anjing itu dikeluarkan. Sebentar kemudian Jibril a.s.pun datang. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya:"Anda berjanji kepada saya. Saya duduk menanti, tetapi anda tidak datang. Jibril menjelaskan: "Aku dihalang oleh anjing yang ada di dalam rumahmu. Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" Riwayat Muslim.

Di samping Hadis-hadis yang dikemukakan di atas terdapat nas-nas yang menunjukkan malaikat ada di mana-mana bersama anak Adam, khususnya Raqib dan 'Atid yang mencatat segala amalan dan lain-lain yang bertugas secara langsung dalam mengawal manusia. Lantaran itu untuk mensejajarkan antara nas-nas itu ulamak cuba memberi tafsiran bahawa yang tidak masuk itu bukanlah semua jenis malaikat, hanya yang tertentu sahaja antaranya ialah Jibril a.s. sebagaimana jelas di dalam Hadis yang dikemukakan dan malaikat yang mendoakan rahmat untuk kita.

2. Binatang yang telah dilatih untuk berburu tidak akan memakan sedikitpun dari mangsa yang ditangkap untuk tuannya. Jika dia telah memakan sebahagiannya, kemudian baru dibawa kepada tuannya maka hasil buruan itu tidak halal dimakan. Buruan yang ditangkap oleh anjing yang dilatih tidak perlu disamak. Cuma dibuang tempat yang digitinya sahaja.

3. Tidak ada salahnya pada anjing itu kerana memang sudah tabiatnya. Yang salah ialah manusia yang berakal tidak boleh membezakan antara kebenaran dan kepalsuan seperti anjing yang tidak berakal itu tidak dapat membezakan antara orang halau atau sebaliknya.

10 comments:

  1. mari kita jauhi perkara yg dilarang dlm Islam...

    ReplyDelete
  2. saya puji tuan empunya blog kerana membuat pencarian dan penyelidikan apabila berasa musykil, daripada sikap sesetengah orang yang malas untuk mencari dan sekadar terikut-ikut.

    ReplyDelete
  3. teringin nak pegang anjing, nampak lembut jerk..

    ReplyDelete
  4. anjing mmg mudah jinak ngn tuannya..blh jg rumah masa tuan dia xde..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. dpt ilmu di sini ttg anjing.. Thanks yer..

    ReplyDelete
  6. ayah sy penah bela anjing utk jaga ladang dulu..

    ReplyDelete
  7. ya..kakno penah dengar ustaz citte hal ni..trima kasih munna atas info yang padat ni ye..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails